• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Maharaja Lawak Akhir – babak peserta akhir

Maharaja Lawak Akhir – babak peserta akhir

27th June 2011 by akubiomed 41 Comments

Babak perserta akhir di Maharaja Lawak Akhir

Kumpulan Sepah yang dianggotai oleh Mamat, Jep, dan Shuib telah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Akhir dengan wang tunai RM350k berserta trofi. Mana kala kumpulan Jozan( dianggotai oleh Johan dan Jizan) yang disebut-sebut sebagai juara terpaksa akur di tempat ke-2.  Nabil adalah satu-satunya peserta akhir solo ditempat ke-3 dan Jambu (dianggotai oleh Yus dan Tauke) ditempat ke-3.

Beberapa aksi menarik yang dipersembahkan oleh peserta akhir Maharaja Lawak mencuit hati penonton. Bermula kemasukan 4 peserta akhir Maharaja Lawak dengan gimik ala-ala gusti WWE bermula dengan Nabil diikuti oleh Jambu, Sepah dan terakhir Jozan.

Kumpulan Sepah memakai Jubah

Kumpulan Jozan dengan aksi menari

Pusingan pertama Maharaja Lawak Akhir dengan tema Bebas

1. Nabil membawa persembahan sebagai Salesman. Prop Spiderman disangka patung sebenarnya hidup dan aksi diculik oleh UFO suatu kelainan.

2. Jambu membuat persembahan beradu kekuatan antara Kung Fu dan Tomoi. Persembahan yang dibawa oleh Jambu biasa sahaja.

3. Sepah dengan aksi rompakan ke rumah penceramah Manisnya Kurma yang tidak menjadi. Persembahan Sepah diselit dengan unsur pengajaran berjaya memikat hati penonton Maharaja Lawak Akhir.

4. Jozan membawa watak pencuri menceroboh muzium untuk melarikan keris Taming Sari tetapi telah dihalang oleh Hang Tuah yang hidup didalam bingkai gambar.

Pusingan kedua Maharaja Lawak Akhir dengan Muzikal

1. Nabil terjumpa buku Magic yang boleh mengubah lalat menjadi kumpulan kugiran dan Nabil membawa lagu Bruno Mars.

2. Jambu membawa kisah penyamun dari cerita 1001 malam. Jambu telah mendendangkan lagu medley untuk memikat Zila Bakarin.

3. Sepah membawa kisah rumah tangga suam isteri mula pudar kasih sayang. Kehadiran Dafi AF5 mengamatkan suasana.

4. Persembahan akhir dari Jozan dengan kisah perebutan kawasan diantara 2 gangster iaitui Acai dan Mael Lambung dengan nyanyian mereka mengikut alunan muzik sangat mengibur. Jozan menyanyikan lagu Hafiz AF7 yang bertajuk Awan Nano mengamatkan suasana.

kredit: Astro B.Yond

Harap maaf tiada video disediakan untuk persembahan 4 peserta akhir di Maharaja Lawak Akhir.

Sila tekan butang kongsi:

  • Sepah Juara Maharaja Lawak Akhir
  • Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega Akhir
  • Corat coret keputusan Maharaja Lawak Mega 2013 akhir

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Kimmy says

    29th June 2011 at 12:40 am

    Persembahan Sepah konsisten setiap minggu with fresh idea. Sebab tu best kan

    Reply
    • akubiomed says

      29th June 2011 at 1:19 am

      Sepah selalunya membuat persembahan konsisten dan banyak peningkatan ketika bertanding di Raja Lawak

      Reply
  2. tehr says

    28th June 2011 at 9:30 pm

    aku lihat guna siaran muat turun youtube je
    hehe

    Reply
  3. Princess Zezebel Lair says

    28th June 2011 at 9:19 pm

    Minat dengan semua sekali, jadi takde hal walau siapa pun yang menang hehehe

    Reply
  4. eiela says

    28th June 2011 at 9:10 pm

    diorang nih banyak idea gila-gila.

    Reply
  5. Sabahan Bloggers Club says

    28th June 2011 at 8:09 pm

    macamanalah dorang ni semua dapat idea yang gila-gila macam ni yer? 😀

    Reply
  6. maza says

    28th June 2011 at 5:27 pm

    oh maza tak der kemudahan astro yg itew..
    jawabnya nantikan siaran ulangan shjlah.. huhuhuu

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain says

      28th June 2011 at 7:33 pm

      Kawe pon tiada Maza oiii… tapi siaran di You Tube pon tak lama gak delay nya… 😀

      Reply
      • dnoBiz says

        28th June 2011 at 9:11 pm

        heheh ingat aku je yang guna siaran berbayar you tube tu heheheh 😀

        Reply
  7. Izwan says

    28th June 2011 at 5:10 pm

    serius dari awal tak tengok pn ML ni.. tak keep up date pn.. haha.. nanti la nak amik recoding je..
    btw, genesis tuhhhhh ! mantap bro skrg.. 🙂

    Reply
  8. Wan Perlis says

    28th June 2011 at 1:52 pm

    semua terbaek

    Reply
  9. Junaidiey says

    28th June 2011 at 1:07 pm

    Sepah memang layak menang… tapi duit bagi 3…

    Nabil.. makan sorang2… ok. Nabil juara keseluruhan. hihi…

    Reply
  10. Junaidiey says

    28th June 2011 at 1:07 pm

    Nabil juara sebenar!! hihi… 😀

    apa2 pun Tahniah Sepah..

    Reply
  11. hafidz says

    28th June 2011 at 12:52 pm

    Memang aku puas hati la Sepah memang, yeah!~ 😀

    Reply
  12. eLLy says

    28th June 2011 at 12:08 pm

    Sepah best tapi Jozan pun best brooo 😉

    Reply
  13. eLLy says

    28th June 2011 at 12:07 pm

    Sepah best tapi Jozan pun best brooo ;p

    Reply
  14. zik says

    28th June 2011 at 12:07 pm

    sepah memang patut juara malam hari tuh…. persembahan setiap minggu memang konsisten….

    Reply
  15. MEKAR says

    28th June 2011 at 11:35 am

    Sya hanya tengok yg ulangan aje di astro. Apa2 pun tahniah kpd semua pemenang.

    Reply
  16. Kamarul Azri™ says

    28th June 2011 at 9:19 am

    malam tu KA suka tengok Jozan & Sepah…
    terhibur betul, kami 1 famili asyik gelak jer 🙂

    Reply
  17. Sobri Mansor says

    28th June 2011 at 9:06 am

    Saya terlepas aksi final ni sebab dalam perjalanan pulang ke kampung. Cuma sempat sengok aksi Jozan pada saat-saat akhir je…. Memang sempoi. Tapi antara ke empat-empat finalis ni. Nabil sorang yang menang paling banyak sebab hadiah wang tunai RM150k dia sorang yang dapat. Finalis lain kena kongsi dan tak boleh tandingi Nabil…. Tahniah

    Reply
  18. ciksembang says

    28th June 2011 at 8:09 am

    sy dah potong astro sebab anak2 dok mengdap tv.. terpaksa download maharaja lawak ni sbb tak tahan dgr cerita2 budak ofis

    Reply
    • zik says

      28th June 2011 at 12:06 pm

      wah smpai macam tuh sekali kak… takpe2.. bagus tuh

      Reply
  19. Ladfe Amir says

    27th June 2011 at 10:58 pm

    sepah pasti dapat markah tinggi melalui para juri, itu yg mengimbanginya dengan undi dari penonton lalu membuatkan mereka menjadi juara.
    apa2 pun peserta semua adalah terbaik, memandangkan bukannya mudah untuk mencari idea dalam melawak

    Reply
  20. Dulu Lain Sekarang Lain says

    27th June 2011 at 10:52 pm

    bila kawe baca komen2 di atas… ternyata setiap peserta ada keistimewaan dan penyokong masing2 …Semua hebat dan layak digelar maharaja lawak 😀

    Reply
  21. Esempoi says

    27th June 2011 at 10:32 pm

    tahniah kepada pemenang semua
    masing2 dapat hadiah.. ok dah tu.. hehe

    Reply
  22. donnyien says

    27th June 2011 at 8:53 pm

    tahniah kepada sepah,terbaik la persembahan mrk malam tu

    Reply
  23. etomyam says

    27th June 2011 at 7:24 pm

    pemenang pali masyuk adalah nabil, dapt duit sorang2 tu 😀

    Reply
  24. Mrs.Ayie says

    27th June 2011 at 6:28 pm

    🙂 Final tak sempat menonton live tapi sempat tengok rakaman saja. Tapi sempatlah bergelak ketawa jugak. Hilang sikit tekanan

    Reply
  25. ieda al-habsyi says

    27th June 2011 at 3:46 pm

    suka sangat dengan sepah, memang bestttt! heheheh 🙂

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain says

      27th June 2011 at 10:56 pm

      penyokong sepah…

      Reply
  26. suri says

    27th June 2011 at 2:52 pm

    lagu best gak..terbaik! sempat gak tgok umah mak mertua

    Reply
  27. Juan says

    27th June 2011 at 12:51 pm

    nabil dpt lagi bnyk, hehe

    Reply
  28. budak69 says

    27th June 2011 at 11:58 am

    hermmm,,,dah tak ade rezeki JOZAN… tapi klu nak dikire hadiah..untung nabil…die makan sorang…. RM150K…

    MASYUKKKKK….. yg lain KONGSI…

    Reply
  29. bEe says

    27th June 2011 at 11:49 am

    Jozan takde rezeki…
    Persembahannya pun kurang sedikit 🙂

    Tahniah kpd Sepah!!!

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain says

      27th June 2011 at 10:54 pm

      hmmm… penyokong Jozan nie…. 😀

      Reply
  30. titan says

    27th June 2011 at 9:43 am

    aku suka persembahan jambu, sepah dan nabil. Jozan tu ni kureng sket..

    Reply
  31. adamfaiz says

    27th June 2011 at 9:38 am

    Sepah nampak bersungguh2 dan sangat konsisten dlm persembahan

    Reply
  32. nurmisnan says

    27th June 2011 at 9:24 am

    Nabil paling untung…
    Sepah BAIK PUNYA
    Jozan nanonanonano….
    Jambu APA PUN X BLH…

    Reply
  33. Ekspresi Ruang says

    27th June 2011 at 7:11 am

    nabil gak yg bawak balik nilai hadiah plg byk berbanding yg lain yg terpaksa berkongsi 🙂

    Reply
  34. tehr says

    27th June 2011 at 2:44 am

    si nabil tu secara solo je boleh hiburkan penonton
    tahniah kepada beliau w/pun tak muncul juara

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain says

      27th June 2011 at 10:55 pm

      ni pula penyokong Nabil….. 😀

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2022 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in