Macaron cinta manjanya kamu hingga memerlukan perhatian.
Pertama kali melihat Macaron cinta, hati sudah tertawan bak kata pujangga “dari mata turun ke hati”. Kulitmu yang licin dan berwarna merah jambu membuatkan hatiku membuak-buak. Menyentuhmu satu kenikmatan tetapi cintamu mudah rapuh memang susah berdamping denganmu.
Macaron cinta hadiah kemenangan telah tiba.
Hati teruja apabila menerima penghantara Macaron cinta pemberian Cikmin hasil kemenangan penyertaan Cikmin 2nd birthday blog & Macaron Giveaway. Sampai sahaja Macaron cinta ini terus dimasukkan ke dalam peti ais tanpa berdolak-dalik patuhi arahan Macaron yang dihantar melalui SMS oleh Cikmin.
Barulah saya faham kenapa Macaron ini perlu disimpan didalam peti sejuk kerana Macaron ini sungguh rapuh tapi apabila masuk ke dalam mulut nikmatnya tidak terkata. Belum sampai 2 hari sudah sebaris Macaron cinta telah dihabiskan. Menjadikan saya agak kedekut dan selalu memerhati peti sejuk jika ada tangan-tangan yang cuba membawa lari Macaron Cinta tanpa sedar. 🙂
Hadiah Kalendar 2012 EmilaYusof.
Klik blog Yanmie untuk melihat gambar-gambar didalam Kalendar EmilaYusof ini. disini
Alang-alang menulis Macaron cinta tidak salah saya promosikan sedikit Cikmin pakar menghasilkan Macaron. Kalau hendak memesan boleh klik blog Cikmin.
p/s: Saya pasti sahabat blogger tidak akan menyesal memesan Macaron cinta ini. 🙂
sedapnyer macoron nie…teringin nak cuba…
iskk manis sgt tu. tak elok. baik share dgn kwn2
Tahniah atas kemenangan saudara.
Sya dah pi belajar buat macaron tapi tak berkesempatan mhasilkan sendiri lagi…
Macam mana buat Macaron ini susah tak?
Aku tengok gambar je pun dah terliur. 🙂
tahniah!!wah comelnya macaron tue…
sgt comel
fuh sedap nampaknya
Adakah setelah kita memakan macaron cinta,
perasaan cinta akan wujud?
Erm mungkin saya boleh membuat tempahan dan menikmatinya sorang2
sebelum bertemu cinta 😉
boleh buat barang hantaran ni kan…cantik wooo
tapi kena ingat, yang sedap tu kekadang memudaratkan..hu hu
macaron cinta tu sejenis makanan rupanya.. td fikir mcm keychain.. hihi
kalau aku ler, sekali hadap habis terus…
budak-budak perempuan mesti suka giler ni..
Bro boleh buat barang hantaran nanti. 🙂
belum pernah neikmati rasanya…
Rezeki Allah lagi utk brother.. rajin sungguh join contest.. aku ni pemalas sikit
nak masuk.. tapi tgklah nanti kalau ada contest2 yang benar2 berkenan aku
join.. macaron selalunya buat sendiri jer coz boleh kurangkan bahan gulanya
yg teramat manis…
Ada contest yang saya masuk menang dan ada yang kalah tetapi walaupun kalah sekali pun ia tetap memberi trafik kepada blog. 🙂
wah cantiknya…sayang lah nak makan macam tu.
kalau syg kempunan ler brother.. hik3
Kalau mcm tu jgn tgu lelama….kang ade “hantu” peti lakkk….tetiba je macaron tu ilang…hehehe
macaron cinta namanya? mmg bleh tangkap cintan sape2 yg memakanya..
slalu bentuk bulat..ni bentuk love..syg plak nak makan nya
Nanti Chii boleh buat Macaron sebagai barang hantaran. 🙂
tapi ramai ckp manis sgt…saya ni kurang sikit manis2 ni…
warna terang buat memikat jiwa
nampak sgt sedap, mesti sedapkan… 🙂
mkn mesti sedp.cuba ada manis2 lgi sedap uem..
cinta dan cinta ini adalah dilema ku.
adehhh canteknya.. kawe nak makan pun rasa tak sampai hati…..
Sampai begitu sekali hingga tidak boleh makan. 🙂
Hahahaha. Amboi, ni mesti taknak anak2 habis kan hehe.
Btw, nampak sgt sedap. Sebelum ni tgk macaron cikmin bulat2 je, tak sangka ada bentuk love hehe. Ni kalau bagi hadiah kat emas atau isteri (bila dah kahwin nanti 😆 ) pun bagus gak 😀
Molek sangat tu bro boleh letak cicin emas didalam Macaron. 🙂
Wahh…macam2 dapat tu bro…makan dapat, kalendar pun dapat…terbaik laaa…tu la kelebihan seorang blogger.
Ada lagi hadiah yang diberikan oleh Cikmin iaitu baucer. Hadiah berganda 🙂
Waahhh…cayalah cik min…
Dapat hadiah berganda tuuu…..
comeynya kalender dari cikmin tu…
Anak-anak saya menyukai lukisan pada kalendar tersebut.
macaron cikmin memang sedap…
Bardboo sudah pernah merasai Macaron dari Cikmin sebelum ini?
saya minat yg kalendar tuh
Kalendar 2012 EmilaYusof ini dijual pada harga RM14. Anak Malaysia yang melukis pada kalendar ini.
Kalau kat rumah aku
Memang tak sempat bermalam dalam peti sejuk tu
Hehe
Macam tuh perlu beli 2-3 set Macaron. 🙂
sedap tak, sangat manisssssssssss kan
Sudahlah tentu sedap dan tekstur Macaron tidak dapat hendak digambarkan bila digigit.
Tak pernah rasa macarone ni … agaknya macam manalah rasanya yer.. 😀
Boleh ditempah dengan Cikmin pembuat Macaron.
salam Bro..
macam ala-ala kueh apam
je ni kan..ermm..kalau
begitu boleh makan..ingat
macam macaroni ke apa..
he he
Kuih Apam saiznya besar tapi Macaron ini comel-comel bentuknya.
menarik sungguh macaron cinta itu. Dah lama terbaca tentang keenakan macaron Cik Min. Nak juga menikmatinya pula.
Macaron cinta adalah yang terbaru daripada Cikmin.
Alamak..saya pon dah jatuh hati pada macaron cinta itewww…
Harus mencuba Macaron cinta bukan setakat bentuknya yang comel tetapi sedap.
wah, sweet tooth juga rupanya. saya suka melihat sahaja macaron ini, sebab manis sangat, kurang gemar sikit. 🙂
Menurut pembuat Macaron iaitu Cikmin, Macaron ini perlu dinikmati sedikit demi sedikit bukan seperti makan biskut. 🙂
Mintak sikit boleh tak? 😀
Rasanya tak sempat bertahan 2-3 hari semakin susut Macaron cinta ini. 🙂
gambar atas sekali, mcm bekas cincin pertunangan pulak. tahniah bro.
Nanti boleh isi cincin tunang didalam Macaron cinta dan buat kejutan si buah hati. Jangan tercekik cincin parah jadinya. 🙂
nak isi cincin tunang saper brother.. ewah2..
sedapnya macaron… bila la nak beli macaron lagi ni…dah terbayang2 kelazatan macaron
hahaha..tajuk dan ayat2 dalam ni terbuai2 rasanya..yang pasi ini bukan segmen berbayar kan kan kan?ok..AB orang kedua yang bagi pic macaron cinta yang nampak sempurna ni..terima kasih! kalau nak tengok yang lagi 1 boleh ke link ni..open for public..
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.257617334314436.62524.100001985151272&type=3
nanti voucher dah sampai jangan lupa sms cikmin ya.. 🙂
Insyallah bila sampai nanti saya SMS. Terima kasih Cikmin.