• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Lorenzo Juara Dunia MotoGP 10.10.10 dan Rossi hebat di podium

Lorenzo Juara Dunia MotoGP 10.10.10 dan Rossi hebat di podium

11th October 2010 by akubiomed 6 Comments

Lorenzo Juara Dunia MotoGP 10.10.10 dan Rossi hebat di podium.

Semalam 10.10.10 aku dan kawan-kawan ke litar F1 Sepang untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP. Aku membeli tiket stand K1 betul-betul dekat corner selepas Grand stand. Semalam panas ya amat tapi kerana passionate dengan lumba motorsikal menyebab Adrenalin aku membuak-buak macam tajuk lagu  Adrenalin oleh Faizal Tahir.

Seawal pukul 7 aku bertolak sebelum bertemu kawan-kawan yang lain di Kota Damansara. Kami semua berkongsi satu kereta ke Sepang. Melihat dereten motorsikal kuasa tinggi mengujakan kerana aku sendiri ada ZZR250 yang sekarang ni tersadai, ntah kerana merajuk tak nak start mungkin ada dengar ura-ura aku nak jual buah hati kesayangan aku ni.

“Toni Alias  merupakan juara dunia Moto2 yang pertama”

Toni Alias telah dinobatkan Juara Dunia pertama Moto2 yang pertama kali diadakan pada MotoGP musim 2010 dan menyaksikan kejuaraan 125cc masih terbuka. Pelumba-pelumba dari Malaysia tidak kurang hebatnya seperti Zulfahmi dari 125cc berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan 16 terbaik tetapi tidak dapat meraih mata sekurang 1 mata pada kedudukan 15.

Manakala Zamri Baba dari kelas Moto2 yang pertama kali berlumba secara wild card telah menamatkan pada kedudukan 22, satu pencapaian yang boleh dibanggakan bagi pelumba anak Malaysia yang telah memebuka mata dunia bahawa kita juga tidak ketinggalan mampu melahirkan pelumba kelas dunia.

“Kejuaran Valentino Rossi ke 46 bersamaan nombor pada no 46 yang dipakai pada motorsikal Fiat Yamaha M1”

Jorge Lorenzo telah meraih Juara Dunia MotoGP 2010 merampas kejuaraan takhta juara dunia 2009 yang dimenangi dari Valentino Rossi pada tahun lepas walaupun menduduki podium nombor 3 kerana Lorenzo perlu menamatkan 10 nombor keatas untuk ditabalkan Juara Dunia MotoGP.

Manakala bagi Valentino Rossi telah memenangi perlumbaan di litar Sepang pada 10.10.10 adalah satu tarikh yang istimewa kerana litar Sepang adalah salah satu litar kegemarannya dan kemenangan 46 kali sepanjang kareernya sebagai pelumba berkaitan dengan nombor motorsikal Fiat Yamaha M1 yang bernombor 46.

Sila tekan butang kongsi:

  • MotoGP 10.10.10 - Lorenzo aku ingin melihat kamu ditabal World Champ
  • MotoGP Casey Stoner juara dunia 2011
  • Senarai anak Malaysia bersaing di MotoGP 2014

Filed Under: blog Tagged With: jorge lorenzo, motogp

Reader Interactions

Comments

  1. afiq aiman says

    12th October 2010 at 7:30 pm

    byknya superbike…mintak satu weyh

    Reply
    • akubiomed says

      12th October 2010 at 7:48 pm

      Bukan setakat bro je nak sambau sebiji, saya pun terliur cuma kantung ada sikit kempis 😉

      Reply
  2. zik says

    12th October 2010 at 4:41 am

    wah banyakknya motor…. rossi memang hebat… standing mula2 no6…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in