Melihat Libas yang sebenar.
Siapa pernah menonton filem Libas? Ia adalah mengenai sukan Sepak takraw yang dibarisi pelakon seperti Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Adam Corrie dan lain. Filem Libas memaparkan kisah mengenai sukan Sepak takraw dan filem ini telah disuntik dengan elemen CGI untuk memberi kesan efek khas. Hari Sabtu hujung minggu yang baru ini ada perlawanan Sepak takraw di kampung isteri saya yang dianjurkan Kelab Sukan dan Kebajikan kampung.
Cuti hujung minggu yang panjang bersempena sambutan Tahun Baru Cina, saya juga seperti orang lain tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman di selatan tanah air. Jadi masa untuk online dan melayar blog sahabat agak terhad kerana masa dipenuhi dengan aktiviti tidak rancang berlaku ketika di kampung.
- Ini bukan aksi Joget Lambak tetapi adalah aksi tekong mengambil servis
Beberapa aksi Tekong mengambil servis.
Aksi libas dan teknik pertahanan.
Antara penonton yang hadir untuk menyaksikan libas Sepak takraw.
Saya tidak pandai bermain Sepak takraw walaupun saya mempunyai ketinggian 175cm. Ketinggian tersebut sepatutnya memberi kelebihan untuk libas dengan baik. 🙂
p/s: Ada tak sahabat blogger yang mempunyai libas Sepak takraw yang padu dan tajam?
semangatnya main..macam2 teknik tue…cantik la pic..pandai snap..
Fuh cantik gambar bro snap….saya tak pandai main takraw, tapi suka sangat melihat orang main takraw…terutama sekali bila tengok melibas, memang kecut perut saya tengok sebab ianya boleh mengundang bahaya….
Bagus program macam nie…baru la kita da pelapis dalam sukan sepaktakraw nie..:)
dulu main sepak takraw ni memang fail lah.. haha
cantik2 gambar tu.. colour pn enhance je..
Bestnya melibas, hehe
dekat simpang masuk rumah aku ada gelanggang takraw, sayangnya aku sendiri tak pandai main ni.. jadi tumpang tengok je lah..
memang ada gaya le diorang melibas hehe, kena ada ketangkasan dan stamina
Kalau tidak biasa melibas mahu sakit-sakit badan.
ok, gambar joget lambak serius lawak. haha
Ada nampak macam Joget lambak tak? 🙂
saya tk pernah main sepak takraw (sudah pasti hikhik , tk sesuai lah ..)
tapi nak cakap , cantik gambar tu ..
Terima kasih. Masih diperingkat amatur lagi.
Cantik gambar ni bro AB. Nice. Suka sgt sb teringat zaman dulu2.
Takraw. Selalu jugak main mase sekolah rendah ngn menengah. Posisi tekong@apit kiri. Sbb rendah sikit, tak berpeluang nak libas tajam2…hahaha
Okay lah tuh boleh ambil servis sepakan Takraw.
Ketinggian 175 cm juga sesuai untuk sukan Bola keranjang … bukan mata keranjang yerr … hehehehe 😀
ok. noted =)
Saya main bola keranjang pun agak lewat ketika umur 17 tahun kerana pihak sekolah lambat membina tapak bola keranjang.
Kalau ketinggian 175 cm tak pandai main takraw tak per … cuba try main bola tampar … sekali spike tajam OOOooo … 😀
Pernah juga main bola tampar tapi bola ntah kemana-mana perginya. 🙂
Apa tak pandai main ? … boleh try jadi pedder … tukang angkat bola je …. 😀
Ada ker patut muka kacak angkat bola sahaja. Baik jadi pom pom girl sahaja. Ha..haa…
aku sering gak main ni dulu2
tapi selalu jadi tekong je
tak reti nak melibas
jadi tekong ibarat kepala tu cikgu…
libasan tekong juga selalunya menggerunkan lawan =)
Pandai mengambil servis kuda tak bro TehR? 🙂
tu dia…
gaya tekong tu macam nak berjoget plak…
tapi xtau la gaya melibasnya..
eehheeee
libas gaya joget lambak + poco2…mesti power habis =)
Bila gambar diambil macam-macam gaya tekong ambil servis Takraw.
Minat tengok tapi main tak reti 🙂 gambar2 semua cantik,bila lah nak ada satu dslr ni.
Terima kasih. Masih lagi diperingkat amatur. 🙂
wah! cantik gambar2 ni.. hehehe
maza pernah mencuba permainan tradisi yg satu ini.. tapi memang tak berbakat.. tak boleh bawa bertanding langsung.. ahaks.. lalala
Kiranya bro Maca antara lubuk macam saya juga ler. 🙂
Gambar aksi tekong yang teratas sekali tu rasa cam agak lawak sikit…gaya macam dh nak sepak bola…tp bola x sampai2 lagi…hehehe Apepun, gaya mesti mau lebehhh….:)
Biar menang gaya kot. 🙂
salam..
libasan maut dari anak
tempatan nampaknya tu 🙂
Memang hebat-hebat pemuda kampung yang bermain Sepak takraw. 🙂
mmg hebat!
ni kalau ada ruang utk digilap, pasti skuad takraw negara tak tandus pemain
Ini antara game yg paling diminati. Wah! ada gaya servis kuda lagi tu…
Bro main di posisi yang mana satu?
haha..bagi bola kat akubiomed. lubuk tu. lubuuukk..
Macam biasa main je Titan. Org yg biasa main je tau istilah “lubuk” ni 🙂
Bila dah jadi lubuk, mmg tambah ketaq kepala lutut…asyik jadi sasaran jer nanti…hehe
Kalau siapa sepasukan dengan saya tentu dapat banyak mata sebab lubuk. Ha..haa…
kali terakhir saya main sepak takraw pun saya tak ingat..
sukan ini antara sukan yang saya elakkan..
sakit kepala kena bola takraw tu..
Kalau bola Takraw diperbuat daripada rotan memang sakit bro. 🙂
teringat masa kecik-kecik dulu ketika bermain sepak raga bulatan…bolanya diperbuat daripada rotan,,,best…
erkk suka tengok orang main takraw tapi aku sendiri tak pernah cuba permainan ni, hee
Bukankah orang yang biasa main bola turut berkebolehan bermain Sepak takraw?
err tak jugak kot, bro… mungkin sebab tak pernah cuba tak tahu ada kebolehan ke tak, 😀
Aku men bolasepak boleh.. tapi takraw memang tak pandai
Bro kalau main bola di posisi mana?
saya memang tak reti melibas sepak takraw. tengok orang melibas pun dah kecut perut 🙂
Dulu main sepak takraw untuk suka-suka sahaja.. Bolehlah setakat jadi tekong untuk lepaskan boleh ke kawasan sebelah! 😀
Pernah belajar timan bola Takraw sehingga melecet mana taknya bola Takraw dahulu diperbuat daripada rotan kalau bola basah lagi azab.
nak timbang bola pun tak pandai haha..
ini kalau ada video lagi best ni
Boleh jadi gang dengan saya tidak pandai timbang bola Sepak takraw. 🙂
degan ketinggian bro… jadi tekong memang mengancam… mana tau kot kot dapat kalahkan servis kuda dari Thailand
Lupakan sahaja bro Dno untuk saya melibatkan diri didalam sukan Sepak takraw kerana bakal digelar lubuk. 🙂