• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / Lesung kayu semakin dilupakan

Lesung kayu semakin dilupakan

9th March 2013 by akubiomed 150 Comments

Masakan lebih sedap mengunakan lesung kayu.

Mungkin biasa dengar lesung batu, batu giling dan alatan moden ada mesin kisar @ blender. Bagaimana pula dengan lesung kayu mungkin tidak ramai generasi baru kenal akannya.

lesung kayu
lesung kayu

Lesung kayu digunakan untuk melumat bahan masakan dalam jumlah besar.

Lesung kayu adalah diantara peralatan tradisional yang digunakan untuk menumbuk bahan -bahan masakan didalam jumlah yang besar. Kalau lesung batu pula untuk melumat bahan masakan didalam jumlah yang sedikit.

Keluarga mentua saya masih mengunakan lesung kayu yang diwarisi dari generasi ke ke generasi. Apa bila ada kenduri kendara lesung kayu di antara peralatan penting yang digunakan untuk melumatkan bahan masakan.

Mesin kisar ada juga digunakan tetapi lesung kayu tetap menjadi pilihan kerana apabila mengunakan mesin kisar, bahan-bahan yang dikisar akan kehilangan khasiat dan kurang sedap berbanding mengunakan lesung kayu.

Menumbuk mengunakan lesung kayu boleh dilakukan secara secara berdua atau berseorangan. Kalau menumbuk secara berdua perlu ditumbuk secara berganti-ganti setiap seorang. Nampak mudah tetapi secara praktikal perlu ada kesefahaman diantara satu sama lain.

Menghasilkan kerisik kelapa dengan mengunakan lesung kayu.

parut kelapa dengan mesin memarut kelapa
Baby Aslah memberi kata-kata semangat kepada babahnya yang memarut kelapa.

Saya telah ditugas untuk menumbuk kelapa parut yang telah digoreng untuk menghasilkan kerisik kelapa salah satu bahan penting didalam masakan. Memandangkan kerisik kelapa ini antara bahan utama penyediaan masakan kenduri kahwin adik ipar yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

menumbuk dengan lesung kayu
Menumbuk boleh dilakukan secara perseorang atau beregu.

Kelapa parut perlu ditumbuk sehingga lumat dan terbit minyak menghasilkan kerisik kelapa. Bagi yang pertama kali mengunakan lesung kelapa tentu berterabur kelapa parut tentu ada makcik-makcik ternampak tentu kena jerit. Boleh jatuh saham woo..Sabau jer lah. 🙂 Setuju tak Kak Siti?

kerisik kelapa yang dihasilkan daripada kelapa parut
kerisik kelapa yang sudah terbit minyak

Harap perkongsian saya ini dapat memberikan pengetahuan kepada generasi baru mengenai peralatan tradisional yang digunakan orang tua-tua dahulu. Antara sebab masakan yang dihasilkan sedap dan bearoma. Betul tak Kak Ina KL?

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Md Salleh Abdullah says

    3rd November 2021 at 3:29 pm

    boleh saya bel satu 0125120297

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2021 at 3:44 pm

      Maaf saya tak jual lesung kayu. Ini ada lesung warisan keluarga yang tinggal.

      Reply
  2. MD SALLEH BIN ABDULLAH says

    28th October 2021 at 9:23 am

    DEkat mana boleh tempah lesung

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2021 at 1:07 pm

      Maaf saya tidak tahu. Lesung ini diwarisi.

      Reply
  3. boni kacak says

    16th June 2014 at 9:04 pm

    betyullah.. lesung kayu ni dah semakin dilupakan.. saya sendiri pun dah lupa keujudannya

    Reply
  4. PerenLee says

    15th May 2013 at 8:33 pm

    lesung warisan,takda jin ke?haha

    Reply
  5. Aya says

    17th March 2013 at 12:38 pm

    Aya sempat gak merasa menggunakan lesung kayu ni.. 🙂

    Reply
  6. Cikgu Hairul says

    16th March 2013 at 8:53 am

    Lesung dan alu, menambah erat persaudaraan, merapatkan ukhwah orang kampung. Dulu kat kampung saya, lesung ni diguna untuk tumbuk kopi.

    Reply
  7. Lynn says

    14th March 2013 at 6:36 pm

    Susah dah nak nampak lesung yang bersaiz ni sekarang , kat rumah mini malaysia di melaka adalah.

    Reply
    • PerenLee says

      15th May 2013 at 8:34 pm

      kat kampung saya masih ada…kat Sabah ni banyak lagi yang guna lesung,takdanya nak pupus.

      Reply
  8. daddydee says

    14th March 2013 at 9:49 am

    Barang lama juga yang terbaik….

    Reply
  9. Bro Zulkbo says

    13th March 2013 at 12:59 pm

    salam..
    memang tradisi bab lesung,cuma
    bab parut kelapa kalau pakai
    ‘kukur kelapa’ tradisi tak makan la tetamu
    jawabnya..he he

    Reply
  10. Pondok Papan says

    13th March 2013 at 12:36 am

    Emm tak pernah tgok lagi lesung kayu nih..kenal2 lesung batu ajer..hehe..wahh sedap gulai tu..

    Reply
  11. jal says

    12th March 2013 at 11:25 pm

    kat kampong ada jer lagi lesung kayu tu, dulu ingat lagi time nak raya selalu tolong opah tumbuk apa entah pakai lesung tu, tapi skang dah macam2 teknologi ada terus terbelangkai lah lesung tu belakang rumah kesian jer dia

    Reply
  12. Datin Tyka says

    12th March 2013 at 10:18 pm

    pernah tengok kat muzium.. tapi gunakan nya tak pernah… teringin juga nak mencuba

    Reply
    • PerenLee says

      15th May 2013 at 8:35 pm

      nak cuba pergi je Sabah,kompem dapat cuba.

      Reply
  13. sabree hussin says

    12th March 2013 at 6:54 pm

    Ni kalau ada video ni mesti lagi menarik, dapat la tengok macam mana nak guna lesung kayu tu

    Reply
  14. Suhairi Alias says

    12th March 2013 at 5:28 pm

    byk betul khazanah lame ni..huhu

    Reply
  15. wandisini says

    12th March 2013 at 4:59 pm

    wahhh…lesung turun temurun…
    ada ritual apa-apa tak untuk bagi kerisik tu sedap..maklumlan lesung lama kan..heh.. 🙂

    Reply
  16. Dkna Abza says

    12th March 2013 at 12:27 pm

    lama tak tengok lesung ni..dulu2 umah tokayah jer ada ..sekarang dah hilang agaknya..

    Reply
  17. iza says

    12th March 2013 at 9:21 am

    Assalam..
    Lesung macam tu sudah dibawa ke muzium..tak ada lagi dah..

    Reply
  18. chii says

    12th March 2013 at 9:13 am

    ngeee..chii sendiri pun x pernah cuba..tp mcm menarik je….agknya kalau buat sambal belacan ni…mesti sedap gak kan :p

    Reply
  19. Muktasim says

    12th March 2013 at 9:10 am

    memang lama sgt tak nampak.. dulu masa sekolah rendah ada la juga.. 🙂

    Reply
  20. nazray says

    12th March 2013 at 7:42 am

    saya pernah nampak lesung kayu tu, kat kampung saya. memang besar. hehe.

    Reply
  21. Arieffahmi Abd Razak says

    12th March 2013 at 7:11 am

    Usaha yang bagus! Walaupun saya generasi muda,alhamdulillah saya berpeluang tgk benda alah ni kat kg saya.hehe..

    salam perkenalan dari saya. 😀

    Reply
  22. Mus says

    11th March 2013 at 11:04 pm

    saya masih berpeluang menggunakan peralatan lama ni

    Reply
  23. Oneblogsocial says

    11th March 2013 at 8:32 pm

    Dekat sabah ini,selalunya alat ini di pamerkan.Lebih lagi apabila dah masuk masa PESTA KEAMATAN

    Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:08 pm

      Sesuatu yang unik untuk budaya masyarakat di Sabah.

      Reply
  24. elieza says

    11th March 2013 at 5:04 pm

    nostalgia nih… kapitan santan ada tak? dah lama tak tengok..

    Reply
  25. TehR says

    11th March 2013 at 4:49 pm

    aku pernah lihat benda ni masa budak2 dulu
    sekarang dah tak ada lagi

    Reply
  26. Ummi Hanie says

    11th March 2013 at 3:34 pm

    lesung batu pun ada org tak kenal.. hehehe…

    wah rajinnya babah Aslah memarut kelapa, buat kerisik lagi

    Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:09 pm

      Kerahan tenaga yang perlu diakur. 🙂

      Reply
  27. AmiRini says

    11th March 2013 at 2:41 pm

    Dulu kat kampung AmiRini pun ada benda ni… Kayu dia keras sangat2.. Masa zaman sekolah dulu…
    AmiRini selalu memarut kelapa.. tp pakai kukur parut (betul ker ejaannya)… tp semua tu tinggal kenangan je… Arwah Nyang pun dah 8 tahun tiada.. dan Arwah Wan dh 12 tahun tinggalkan AmiRini…
    Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman… Alfatihah buat Arwah Hajah Som binti Sapie (nyang) dan Hajah Salamah binti Abd Kadir (wan)…

    Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:11 pm

      Saya pernah mengunakan alat memarut kelapa seperti bangku sewaktu kecil dahulu.

      Reply
      • hafizmd says

        13th March 2013 at 1:33 pm

        lama tak tgk jenis yg tu..ambe ada sekali terlajak..nasib baik tak makan muka…fuh!

        Reply
  28. sw33tdarling says

    11th March 2013 at 1:57 pm

    kat melaka jugak yg masih simpan khazanah kita kan… kat tempat lain dah susah nak cari gamaknya

    Reply
  29. Dawaihati says

    11th March 2013 at 1:40 pm

    Dulu ditengah kolam besar yang berada ditengah-tengah kampung saya ada sebuah lesung kayu besar yang selalu digunakan oleh seluruh masyarakat kampung. Namun sekarang lesung kayu itu entah kemana rimbanya.

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:43 pm

      biasa la bro,benda lama kn

      Reply
  30. topijerami90 says

    11th March 2013 at 1:17 pm

    masa aku lahir rasanya benda nie dah tak digunakan la

    Reply
  31. topo says

    11th March 2013 at 12:12 pm

    kat rumah nenek aku ada lesung kayu tu tapi dah tak boleh guna rasanya,, Melaka kat mana bro?

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:18 pm

      kat rumah aku dah tak de,hahaha

      Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:12 pm

      Bukit Rambai, Melaka.

      Reply
  32. Myra Jay says

    11th March 2013 at 11:54 am

    Dah lama tak tengok lesung kayu tu.. 🙂
    Bila guna cara tradisional ni, kerisik pun jadi sedap kan ;D

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:19 pm

      owh yeke?tak tau plak sebab tak guna

      Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:13 pm

      Cara tradisional memang terasa keenakannya.

      Reply
  33. hatiputera says

    11th March 2013 at 11:47 am

    Saya pernah gunakan ini masa kecik-kecik dulu,tolong mak buat keropok lekor..

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:20 pm

      owh buat kepor lekor pun boleh rupanya

      Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:14 pm

      Wah bro tentu pandai buat keropok lekor.

      Reply
  34. hafiz says

    11th March 2013 at 11:44 am

    dah takde lagi nak jumpa benda macam ni kat majlis macam ni…

    Reply
    • Suri says

      11th March 2013 at 12:41 pm

      brg lama walaupun murah namun ia tetap bernilai asetnya..

      Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:20 pm

      boleh dijadikan benda antik nie kn

      Reply
      • akubiomed says

        11th March 2013 at 11:15 pm

        Bukan barang antik bagi kami kerana ia memang digunakan.

        Reply
  35. staibaqhang says

    11th March 2013 at 11:12 am

    barang rare nih… batu giling dan batu kisar juga mmg susah nak jumpa dah sekarang… boleh tgk kat muzium ja la

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:21 pm

      owh kat muzium mana yg ada 2?

      Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:18 pm

      Untung buat kami tidak perlu ke Muzium untuk melihat Lesung Kayu ini. 🙂

      Reply
  36. Mieza Jhaa K says

    11th March 2013 at 11:07 am

    Wahh…ada lg pakai lesung kayu? Dulu kt rumah ada pakai kukut kelapa kayu… skrg dh ada blender dgn mesin kelapa..kerisik kelapa=Nyior gula

    Reply
    • Suri says

      11th March 2013 at 12:42 pm

      kukut kelapa blh tahan juga sy pernah mencuba mau berpeluh gak..kukur ker kukur kelapa eh hee.tu jumpa kt ipoh kt mlk tarak ar

      Reply
      • akubiomed says

        11th March 2013 at 11:21 pm

        Saya pandai memarut kelapa dengan kukur kelapa.

        Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:22 pm

      biasa la 2,teknologi semakin banyak

      Reply
  37. mama maman aka yana says

    11th March 2013 at 10:21 am

    kerja2 memasak utk kenduri mmg remeh tp hasilnya mesti sedap menjilat jari.. huhu.. dapnya..:)

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:23 pm

      mesti pernah guna lesung nie kn?
      🙂

      Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:22 pm

      Memang tujuan kami untuk menyediakan hidangan terbaik untuk tetamu yang hadir majlis kenduri kahwin nanti.

      Reply
  38. hafizmd says

    11th March 2013 at 9:55 am

    Jarang sangat dah nak jumpe benda2 camni. Nampaknya, entri2 camni perlu buat bahan sejarah utk generasi akan datang.

    Thanks bro berkongsi =)

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:23 pm

      betul 2 bro,aku tak pernah jumpa lagi lesung nie

      Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:24 pm

      Memang niat saya untuk merakamkan kewujudan Lesung Kayu yang pernah digunakan oleh masyarakat Melayu sewaktu ketika dahulu.

      Reply
  39. Puan Bardboo says

    11th March 2013 at 7:47 am

    terbayang2 pula bau kerisik bila baca entri ni..

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:24 pm

      kerisik memang best,antara febret 2

      Reply
  40. albaihaqie says

    11th March 2013 at 1:35 am

    this is melaka…
    Kan admin?

    Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:02 pm

      Lesung kayu ini milik keluarga arwah mertua saya di Melaka.

      Reply
  41. wazy says

    11th March 2013 at 12:55 am

    Dah jarang jumpa lesung kayu macam dalam gambar tu ,tengok kerisik berselera la pula 🙂

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:25 pm

      aku plak tak pernah jumpa,haha

      Reply
  42. Ustazah Ain says

    10th March 2013 at 11:41 pm

    memang makanan yg dihasilkan guna lesung kayu ni lebih asli dan sedap..teringat buat sambal pecal Jawa dan buat kuih putu kacang hijau menumpuk guna lesung kayu..letih

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:25 pm

      peh,semua makanan kampung je teringat tengok lesung nie kn?

      Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:23 pm

      Walau pun letih tetapi berpuas hati dengan hasilnya.

      Reply
  43. Nakusan Bali says

    10th March 2013 at 11:22 pm

    di tempat saya sudah jarang orang menggunakan lesung kayu.
    kebanyakan menggunakan alat yang lebih moderen..:D

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:26 pm

      nama alat moden 2 blander kn?hahaha

      Reply
  44. papa mifz says

    10th March 2013 at 10:59 pm

    tak pernah lagi gunakan lesung kayu tuh, lesung batu pun jarang sangat guna…hehe

    eh bro fan barca juga ke..??

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:27 pm

      sekarang lebih kepada alat elektronik la kn

      Reply
  45. titan says

    10th March 2013 at 10:25 pm

    aku ada lesung batu sendiri. haha..

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:27 pm

      koleksi antik dan kacak 2 bro,wakaka

      Reply
  46. Juan says

    10th March 2013 at 10:21 pm

    saya x pernah guna lesung kayu, melihatnya pun tidak pernah, lesung batu biasalah, hehehe

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:28 pm

      samalah macam saya bro…. benda rare nie

      Reply
  47. suri says

    10th March 2013 at 10:17 pm

    manual lagi terbaik sambil2 kluar peluh jahat heee

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:29 pm

      hahaha,peluh jahat aka lemak kn suri?

      Reply
  48. Sumijelly says

    10th March 2013 at 10:00 pm

    Lama x tgk semua gmbr di atas….

    Sekarang kenduri kendara pakainkatering..
    X der lagi gotong royobg memasak… jadi tak derla suasana berganding bahu…

    Mungkin ada yg buat tpmkurang…mungkin faktor masa menjadikan latering pilihan org ramai…

    Suka lg suasana di kampung…rindu pula

    Reply
    • suri says

      10th March 2013 at 10:18 pm

      sekarang semua nak kerja cepat tanpa fikir cara gotong royong ni terbaik cara hdup bermasyarakat

      Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:29 pm

      owh suasana begitu kalau keluarga berkumpul la,org kampung pun dah jarang wat macam 2

      Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:34 pm

      Kampung isteri saya masih mengamalkan gotong royong tetapi hidangan kepada tetamu adalah secara buffet.

      Reply
  49. Denaihati says

    10th March 2013 at 9:56 pm

    lesung kayu ni dah takde jual rasanya, kalau ada pun yg jenis besi kot.

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:30 pm

      maybe sbb org dah tak guna sbab 2 dah tak de yg jual bro

      Reply
  50. anif says

    10th March 2013 at 9:39 pm

    Skill kena mantap kalau mahu guna lesung ni. 😀

    Reply
    • suri says

      10th March 2013 at 10:19 pm

      masa umah makmertua ada guna tapi tak lamalah

      Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:31 pm

      kena guna banyak tenaga nie kn?hahaha

      Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:35 pm

      Memang tidak dinafikan dan stamina perlu ada kalau bahan yang hendah ditumbuk banyak. 🙂

      Reply
  51. ahmadyani says

    10th March 2013 at 6:48 pm

    Lesung kayu di kampung saya sudah jadi bahan antik yang terbiar bawah rumah. Sudah dimamah bubuk dan menjadi sarang aanai-anai…Betapa sayangnya. Memang apa-apa masakan yang menggunakan kayu memang sedap rasanya.

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:34 pm

      jadi sarang anai2 la kalu kayu kn?

      Reply
  52. Mekar says

    10th March 2013 at 6:38 pm

    Nostalgia sungguh kan lesung kayu nih. Skrg pakai lesung batu ja..

    Reply
    • suri says

      10th March 2013 at 10:24 pm

      dekat dapur rumah mesti ada ini heee

      Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:34 pm

      lesung pipit pun ada seakrang nie,wakakaka

      Reply
  53. Amirez says

    10th March 2013 at 5:34 pm

    agak rare dah lesung kayu ni. jarang orang guna. seelok-eloknya kalau dah guna mesin pengisar sekalipun baik simpan lesung kayu ni sebagai kenangan atau bahan sejarah untuk cucu cicit.

    Reply
    • suri says

      10th March 2013 at 10:25 pm

      umh sy mlk ada lagi bajak sawah tu skrg rasa abg sy bawa umh dia.tpi tak tahu letak mana..hee..

      Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:35 pm

      jangan dimakan anai2 dah la kn

      Reply
  54. Fahmi Raazali says

    10th March 2013 at 4:32 pm

    Sudah nak jumpa lesung kayu sekarang. Dekat rumah arwah moyang saya ada batu giling. Itu pun sudah nak jumpa sekarang. Tak ramai orang pakai sekarang sebab sudah ada mesin pengisar.

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:38 pm

      betul 2,blander lebih menjimatkan masa

      Reply
  55. yas says

    10th March 2013 at 3:21 pm

    Aku ingat last aku guna mende ni masa kecik2 dulu…..la ni payah nk umpe dohhh….

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:39 pm

      owh yeke?kalau ada boleh buat post pasal benda nie kn

      Reply
  56. Izzat Eshak says

    10th March 2013 at 3:19 pm

    Menarik. Tak pernah tengok lagi orang guna lesung kayu ni =)

    Reply
    • suri says

      10th March 2013 at 10:27 pm

      selalu kt kg2 jer ada hee…ada kyu jenis berat payah gak nak angkat heee

      Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:40 pm

      sama la saya, benda rare sekarang nie

      Reply
  57. Kulanzsalleh says

    10th March 2013 at 2:47 pm

    Dulu emak aku memang selalu guna lesung batu untuk tumbuk sesuatu..
    tapi sekarang ni memang tak pernah lagi lesung tu dipakai

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:40 pm

      owh yeke?tahun berape 2 bro?

      Reply
  58. chekguisza says

    10th March 2013 at 1:58 pm

    Oooo..
    Teringat lesung kayu yang perlu dipijak tu..
    Ko nak tumbuk apa2 sayalah mangsanya..

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:42 pm

      kena pijak lagi 2?menarik gak benda lama nie

      Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:52 pm

      Teringin sangat hendak mencuba.

      Reply
  59. auc says

    10th March 2013 at 1:46 pm

    teringat masa kecik2 dulu, tumbuk padi buat emping…

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:42 pm

      owh,emping 2 ape?kurang knowledge aku nie

      Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:50 pm

      Saya sukan makan emping tetapi sekarang ini susah hendak didapati.

      Reply
  60. sukma says

    10th March 2013 at 1:05 pm

    kat rumah mak saya ada lagi lesung kayu nie….pernah guna dulu sebelum adanya blender, pernah p[arut kelapa guna mesin tu…yang tradisional nie lebih sedap….

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:46 pm

      lebih manual lebih power,macam blogging gak la

      Reply
  61. padin says

    10th March 2013 at 12:31 pm

    tak pernah lagi parut kelapa guna mesin..
    rumah mak ayah di kampung masih guna tradisional

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:48 pm

      tu la,tak sangka lesung boleh digunakan untuk parut kelapa kn

      Reply
      • akubiomed says

        11th March 2013 at 11:48 pm

        Lesung kayu hanya untuk menumbuk sahaja.

        Reply
  62. hafiz says

    10th March 2013 at 12:01 pm

    memang susah nak jumpa lagi lesung ni, dah kira barang rare

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:50 pm

      betul 2 bro,dah jadi barang rare dah sekarang nie

      Reply
  63. ciklaili.com says

    10th March 2013 at 9:56 am

    untuk majlis besar lesung kayu memamg sesuai digunakan. di tempat saya pakai lesung batu je.

    teror akubiomed memarut kelapa. nampak steady & bersahaja 🙂

    Reply
    • topijerami90 says

      11th March 2013 at 1:50 pm

      owh,mungkin sebab size dia yg besar

      Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:44 pm

      Terima kasih. Walaupun saya dilahirkan dibandar, orang tua saya tidak manjakan saya.

      Reply
  64. Petua Puteri says

    10th March 2013 at 9:07 am

    mmg ramai yg dah tak kenal lesung kayu ini…. bagus artikel ini memberi info berguna utk generasi muda…

    Reply
    • suri says

      10th March 2013 at 10:30 pm

      anak muda2 skrg ada lupa ke tak kenal hee…

      Reply
    • topijerami90 says

      12th March 2013 at 9:23 am

      betul 2, topijerami90 dari tak kenal dah kenal benda nie 🙂

      Reply
  65. hafizrahim says

    10th March 2013 at 8:54 am

    Kat rumah nenek saudara saya ada lesung kayu ni..tapi dah lama terbiar tak ada orang guna..besar oo..berat pulak tu.

    Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:42 pm

      Lesung didalam yang digunakan didalam gambar tidak berat tetapi saya tidak tahu dari jenis kayu yang dihasilkan.

      Reply
    • topijerami90 says

      12th March 2013 at 9:24 am

      sebab 2 la dah ramai tak guna lesung nie,sebab berat

      Reply
  66. onlajer says

    10th March 2013 at 7:37 am

    haha dulu rumah atuk aku ada

    Reply
    • suri says

      10th March 2013 at 10:45 pm

      skrg ada lagi tak onlajer?

      Reply
      • onlajer says

        11th March 2013 at 12:16 pm

        rumah atuk aku pun dah takde hehe

        Reply
    • topijerami90 says

      12th March 2013 at 9:25 am

      owh,btuah la sempat kenal benda nie

      Reply
  67. KiD says

    10th March 2013 at 6:51 am

    kena jerit dengan makcik tu… tu yang tak tahan tu kalu berterabur buat keje.. huhuu

    Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:40 pm

      Jatuh saham bro dan berkemungkinan tidak termasuk senarai bakal menantu. 🙂

      Reply
  68. munir ardi says

    10th March 2013 at 2:40 am

    kalau di negeri kami lesung kayu guna menumbuk padi atau beras

    Reply
    • topijerami90 says

      12th March 2013 at 9:26 am

      owh begitu rupanya, kat malaysia benda nie digunakan untuk bahan masakan 🙂

      Reply
  69. Putera Dunia says

    10th March 2013 at 1:27 am

    Dah jadi bahan sejarah, sekarang guna lesung batu yang jenis batu je….

    Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:37 pm

      Memang susah hendak cari lagi dah.

      Reply
    • topijerami90 says

      12th March 2013 at 9:26 am

      jenis batu pun da jarang,guna blander

      Reply
  70. Sop says

    10th March 2013 at 12:53 am

    pernah guna masa kecil2 dulu 🙂
    skrg rasanya dah lama x jumpa.. heheh

    Reply
    • topijerami90 says

      12th March 2013 at 9:29 am

      memang semasa kecik benda nie dah tak de rasanya 🙂

      Reply
  71. fariq says

    10th March 2013 at 12:14 am

    dulu kecik2 benda ni selalu buat main kat umah atok, skrg ni tatau ade lg ke x.. mmg mengingatkan zaman tua2 dulu..

    Reply
    • akubiomed says

      11th March 2013 at 11:36 pm

      Mengimbau nostalgia lama.

      Reply
    • topijerami90 says

      12th March 2013 at 9:30 am

      haha,aku memang tak kenal benda nie,ap lagi nak teringat2

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG â–²KUBIOMED

Isi alamat email:

â–²KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL