• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Leka memerhati lebah sibuk mencari nektar

Leka memerhati lebah sibuk mencari nektar

20th April 2015 by akubiomed 24 Comments

Jarang dapat peluang untuk melihat lebah mencari nektar.

lebah mencari nektar

Sejak menanam bunga ros Jepun dihalaman rumah semakin banyak bunga dihinggapi oleh lebah mencari nektar. Bunga ros Jepun yang berwarna warni menambah seri dihalaman rumah.

Saya suka mengamati kejadian alam. Peluang untuk melihat lebah mencari madu di bunga ros Jepun tidak dilepaskan. Sebelum ini kelibat lebah sukar dilihat tetapi sejak menanam bunga ros Jepun semakin banyak kehadiran serangga yang terkenal sifat rajin. Sudah tentu sesuatu yang dipelajari melihat kelibat lebah bertebangan mencari nektar.

Agak unik cara lebah-lebah ini menghisap nektar. Pertama kali didalam hidup saya dapat melihat lebah menangkup kepala sehingga ke dalam bunga untuk mendapatkan nektar. Seolah-olah didalam keadaan bersujud. Ia mengambarkan kebesaran Allah SWT.

Kaki lebah penuh dengan debunga. Lebah perlu ke menunduk  kepala kebawah untuk mendapat cairan nektar secara tidak langsung kaki lebah akan terlekat debunga. Unik sungguh aturan Allah SWT cara lebah untuk mendapatkan nektar dan proses debunga berlaku.

Kehadiran saya tidak diendahkan sebalik lebah terbang dari satu bunga ke bunga. Saya suka gambar yang natural dan satu cabaran saya untuk merakam gelagat lebah berterbangan. Pergerakkan lebah dari satu bunga ke bunga sangat pantas. Kalau tidak kena gaya gambar yang diambil akan menjadi kabur. Bukan boleh diarah untuk duduk diam. Betul tak?

Nak melihat gelagat lebah?

Boleh cuba tanam pokok bunga ros Jepun ini. Tak susah hendak menjaga pokok bunga ros Jepun ini memerlukan air yang cukup dan senang hidup. Cara tanam bunga ros Jepun ini adalah mengunakan batang dan cucuk ke dalam tanah. Bunga akan berkembang diwaktu pagi. Selain ada bermacam warna, bunga ros Jepun ini boleh memberikan seri kepada halaman rumah. Tidak memerlukan ruang yang besar untuk menanam bunga ros Jepun ini.

Pokok bunga ros Jepun pemberian jiran yang sudah terlalu banyak pokok ini. Tidak perlu keluar modal mendapatkan pokok. Saya hanya perlu mendapatkan pasu dan tanah sahaja.

AkuBiomed: Apa yang korang dapat pelajari dari sifat lebah ini?

  • bunga ros jepun
  • Wordless Wednesday – Bunga liar dan Lebah Jantan
  • Solo outing dengan kamera DSLR di Sg Ramal Dalam

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. SaniYunus says

    8th May 2015 at 1:05 am

    Subhanallah. Hebatnya ciptaan Allah swt. Banyak perkara boleh kita pelajari dari lebah, hinggakan dalam al Quran ada menceritakannya.. Apatah lagi banyak manafaat dari madu yang dihasilkan oleh lebah untuk manusia gunakan..

    Reply
  2. blogger lelaki says

    23rd April 2015 at 8:37 pm

    jaga-jaga bro jangan kena sengat nanti…hahaha

    Reply
  3. AZENI AHMAD says

    22nd April 2015 at 4:15 pm

    Nampak gambar cantik sangat la.
    Tak kabur pun.
    Bunga ros Jepun macam tue yea.
    Bau tau.

    Yang penting lebah dan bunga dapat manfaat masing-masing.

    Reply
  4. Hafizul says

    22nd April 2015 at 1:18 pm

    intai2 juga bro..kot ada yang buat sarang..boleh kaut untung pulak..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      26th April 2015 at 10:01 pm

      Pernah lebah buat sarang dihalaman rumah jiran tetapi tidak sampai hati nak ambil madu. Minta bantuan bomba halau kerana bimbang budak-budak terkena sengat nanti.

      Reply
  5. Raihanah Ahmad says

    22nd April 2015 at 6:24 am

    lebah rajin dan kerja berkumpulan. inilah iktibar kita perlu kutip. bukan menjatuhkan sesama sendiri dan malas.

    Reply
  6. ajumohit says

    22nd April 2015 at 5:41 am

    subhanallah cantiknya. Suka tengok hasil foto mcm ni

    Reply
  7. titan says

    22nd April 2015 at 2:21 am

    bagi sikit pokok bunga ros jepun tu.

    hoho..

    Reply
  8. Ani Haryani says

    21st April 2015 at 4:20 pm

    Bukan akubiomed sorang je suka, ani pun leka tengok gambar sekali

    Cantik! Subhanallah

    Pelajaran dari lebah adalah fokus apa yang kita lakukan. Berusaha mencari rezeki, Allah akan bagi . Sifat tawakal ada disitu 😀

    Reply
    • akubiomed says

      21st April 2015 at 10:21 pm

      Ada pengajaran yang diperolehi dengan membuat pemerhatian gelagat lebat mendapatkan nektar.

      Reply
  9. MamaBard says

    21st April 2015 at 3:26 pm

    teringat pulak cerita kartun bee bila tengok gambar2 ni..anak2 suka tengok cerita tu..

    Reply
  10. wahida says

    21st April 2015 at 2:46 pm

    masyaAllah…terima kasih berkongsi detik indah mcm ni…bukan senang nak tgk moment ni…

    betapa besar kuasa Allah…rasa comel nya la hai lebah tu…hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      21st April 2015 at 10:22 pm

      Sudah tentu peluang ini tidak dilepaskan. Bertuah menerima kehadiran lebah ini yang mencari nektar.

      Reply
  11. Inspirasi Huda says

    21st April 2015 at 2:25 pm

    Sepasang kaki belakang lebah memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan.

    Reply
    • akubiomed says

      21st April 2015 at 10:22 pm

      Bunga dan lebah sama-sama mendapat manfaat.

      Reply
  12. suri says

    21st April 2015 at 1:44 pm

    suka melihat aksi menyedut madu kalau lambat snap dia akan larilah ya

    Reply
    • akubiomed says

      21st April 2015 at 10:22 pm

      Perlu pantas menekan butang untuk mengambil gambar.

      Reply
  13. suri says

    21st April 2015 at 1:42 pm

    dah lama meninggalkan ros jepun dengan pelbagai warna -warni ..kalau sekarang mau bela rasanya si kecik akan cubit dan ramas kerjanya.mudah membiak asal tanah subur ada sumber cahaya matahari..

    Reply
    • akubiomed says

      21st April 2015 at 9:31 pm

      Suri juga pernah tanam ros Jepun ini dulu.

      Reply
  14. Khadeejah Hasmad says

    21st April 2015 at 1:28 pm

    Subhanallah. Cantik sgt lebah dengan bunga. Camera shot pon cantik sgt! 😀 Pakai dslr jenis apa erk?

    Reply
    • akubiomed says

      21st April 2015 at 9:31 pm

      Kamera DSLR 600D Canon.

      Reply
  15. Mus says

    20th April 2015 at 11:47 pm

    memang ajaib juga.. lebih boleh kumpul banyak madu

    Reply
  16. Zfarina says

    20th April 2015 at 11:33 pm

    Sifat lebah ni rajin, hari2 sedut nectar untuk buat sarang dia,
    Lebah jugak berbisa, jangan main2, kecik2 cili api, sekali kena ngap ngan ekor die, boleh demam,,, huuu

    Reply
    • akubiomed says

      21st April 2015 at 9:27 pm

      Pernah beberapa kali terkena sengat lebah. Bengkak dan sembab jadinya.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in