• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Lawak Ke Der 3 huru hara dengan lelaki cina bernama Douglas

Lawak Ke Der 3 huru hara dengan lelaki cina bernama Douglas

5th December 2013 by akubiomed 26 Comments

Lawak Ke Der 3 kembali lagi mengegarkan Istana Budaya

Semalam adalah hari pertama perbukaan persembahan Lawak Ke Der yang kali ke 3. Ia adalah kesinambungan sambutan dan kejayaan Lawak Ke Der 1 dan 2 yang lalu. Sekali lagi Istana Budaya telah menjadi hos pementasan Lawak Ke Der kali ke 3 ini.

Lawak Ke Der 3 menampilkan kumpulan Jambu dan Douglas

Lawak Ke Der 3 buat pertama kali menampilkan kumpulan Jambu(yang dianggotai oleh Tauke dan Yus) dan penampilan stand up komedi bernama Douglas Lim berbangsa Cina. Lawak Ke Der yang dipentaskan di Istana Budaya kali ini tanpa kelibat kumpulan Jozan Maharaja Lawak yang dianggotai oleh Johan dan Zizan. Nabil dan Harith Iskandar(God Father stand up comedy Malaysia) antara yang dikekalkan.

Pembukaan tirai dengan Nabil sebagai hos.

Nabil sebagai hos Lawak Ke Der 3 telah menjadi hos dengan membuka tirai lagu Havoc nyanyian Joe Flizzow dengan diiringi penari. Memang Havoc gaya Nabil memang muka selamber.

Penampilan pertama kali oleh kumpulan Jambu.

Jambu yang pertama kali ditampilkan didalam Lawak Ke Der 3 menampilkan lawak mahkluk asing dari planet asing bermain catur. Bahagian mencuit hati apabila lagu kebangsaan mahkluk asing dimainkan.

Lelaki cina bernama Douglas yang ditampilkan didalam Lawak Ke Der 3?

Siapa mamat cina ini? Mampukah dia berlawak? Antara persoalan yang bermain dikepala saya. Douglas telah berjaya menawan penonton di Istana Budaya dengan lawak-lawak bersahaja dan menghiburkan. Setiap ‘punch line’ yang dilepaskan disambut helai ketawa dan tepukan oleh penonton. Tak sangka mamat cina ini juga pandai menyanyi lagu Melayu dengan baik. Memang ‘best giler siot’.

Harith Iskandar – God Father Stand Up Comedy Malaysia

Persembahan penuntup yang dinanti-nantikan dari Harith Iskandar –  God Father Stand Up Comedy Malaysia memang dinantikan. Beliau sudah sinonim dengan stand up comedy membawa isu kekeliruan untuk memilih jenis bangsa kerana ibu beliau adalah berbangsa Inggeris dan mana kala bapa beliau adalah Melayu.

Pujian harus diberikan kepada Douglas memang ‘outstanding’ boleh dikatakan beliau ‘player of the match’ untuk Lawak Ke Der 3 dan begitu juga yang lain-lain. Kalau bagi yang sudah menonton Lawak Ke Der 1 dan 2 harus menonton untuk musim yang ke 3 ini yang bermula 4 Dis sehingga 8 Disember 2013.

Tempahan tiket boleh layari Ticket2u.biz

AkuBiomed: Terima kasih EscNow dan Broframestone atas jemputan menonton pembukaan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya.

Sila tekan butang kongsi:

  • Lawak Ke Der 3 yang dibawa oleh ESCAPE
  • Penyingkiran pertama Maharaja Lawak Mega 2012
  • Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega Akhir

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Hairul Hissam says

    7th December 2013 at 3:21 am

    saya pun belum pernah kesana.. tentu ketawa terbahak2 dlm istana budaya tu..

    Reply
  2. Zarul Umbrella says

    6th December 2013 at 10:45 pm

    semuanya pak lawak hebat2 ni…kalau ada rezeki lebih dan masa insyaallah akan pergi tengok

    Reply
    • akubiomed says

      7th December 2013 at 1:56 am

      Kalau tak sempat menonton. Boleh menonton di Escape untuk pelanggan Celcom.

      Reply
  3. hazman aka species1980 says

    6th December 2013 at 4:24 pm

    Terpaksa tolak sebab tak dapat 2 tiket…..

    Reply
  4. titan says

    6th December 2013 at 3:45 pm

    terpaksa tolak. gua kat banting masa ni. haha..

    Reply
  5. tips says

    6th December 2013 at 2:52 pm

    En Douglas tu memang talented.

    *bro bagi berapa bintang ni? 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      7th December 2013 at 1:57 am

      Saya beri 4 bintang untuk beliau.

      Reply
  6. mummydearie says

    6th December 2013 at 1:45 pm

    Belum pernah sampai lagi ke Istana Budaya ni.

    Reply
  7. Anuar says

    6th December 2013 at 11:28 am

    Tak sabar nak menonton Lawak Ke der ke 3 ni… Bilalah agaknya akan keluar dekat Astro?

    Reply
    • akubiomed says

      7th December 2013 at 1:58 am

      Boleh ditonton Lawak Ke Der 3 ini di Escape untuk pelanggan Celcom.

      Reply
  8. papa mifz says

    6th December 2013 at 11:10 am

    teringin nak menonton di Istana Budaya…huhu

    Reply
  9. hafiz says

    6th December 2013 at 11:08 am

    ramai juga yg bagi komen positif dengan lawak ke der 3 ni…

    Reply
  10. sukma says

    6th December 2013 at 11:04 am

    best ler dapat tengok…. live lagi….

    Reply
    • akubiomed says

      7th December 2013 at 1:59 am

      Duduk dibarisan hadapatn macam menonton didalam forrmat 3D. 🙂

      Reply
  11. suri says

    6th December 2013 at 10:36 am

    wah bukan main seronok sakan lagi dia ye

    Reply
  12. Aniq Bukhary says

    6th December 2013 at 9:36 am

    Ye ke.. Dulu tengok rancangan spontan menyambah jgk tgk budak Douglas nie.. lawak syok2 sendiri. Skg makin menjadi plak ye…

    Reply
  13. Aniq Bukhary says

    6th December 2013 at 9:08 am

    Huntong la dapat tengok lawak ke der 3.. Serious jelous bro .

    Reply
  14. Kamal Mustafa says

    6th December 2013 at 8:47 am

    Menonton secara live dengan kat TV memang tak sama.

    Reply
    • suri says

      6th December 2013 at 10:37 am

      bila nak pergi tak ada orang sudi tawarkan pun huhu.

      Reply
  15. Nine says

    6th December 2013 at 1:05 am

    Dulu Douglas nih ada buat mcm sitcom ngan geng2 dia kat tv, tak ingat nama rancangan tu, Natasha Hudson pun ada sekali. Douglas nih main guitar n nyanyi best. Pernah tgk sekali live.

    Reply
  16. fazrol says

    5th December 2013 at 11:48 pm

    Mmg terbaik…
    Enjoy sangat2..

    Reply
  17. TehR says

    5th December 2013 at 11:27 pm

    wah, tahniah
    aku sekali pun belum pernah sampai kat istana budaya

    Reply
    • suri says

      6th December 2013 at 10:54 am

      saya pernah lalu sahaja hee masa tu nak pi perpustakaanlah

      Reply
  18. wazy says

    5th December 2013 at 10:57 pm

    Dah sampai siri ke 3 tu,mesti semakin lawak

    Reply
    • suri says

      6th December 2013 at 10:59 am

      kalau lawak asyik sama saya sah saya seorang yang cepat merasa bosan.

      Reply
  19. kak ina kl says

    5th December 2013 at 10:44 pm

    gelak sampai sakit perut terutama bila pelawak cina tu pot pet pot pet..tapi paling best part dia nyanyi aa

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in