Kuala Lumpur Photograpy Festical 2014 di Mid valley Megamall
Pertama kali menghadiri festival Kuala Lumpur Photography Festival 2014 @ KLPF 2014 ini di Mid Valley Megamall. Ia adalah acara tahunan dengan yang pertama dianjurkan pada November 1997. Sangat lama penganjuran festival KLPF ini.

Hiasan floral menarik perhatian ketika menunju pintu masuk utama. Bunga-bunga dihias secara kreatif membentuk kamera DSLR.
Ramai jurugambar bertumpu sesi pentas utama dengan persembahan Fujifilm ‘An Officer & A Punk’ Costume Model Shoot Contest. Lampu flash tidak henti-henti berkelip dari kiri kanan dan tengah. Masing-masing mahu mendapat snap yang terbaik.
3 gambar ini antara yang saya tidak terduga kerana ia adalah gambar kulit pokok berkulat menjadi tema utama. Maaf gambar visual tidak nampak dengan jelas.
Gerai jualan aksesori kamera.
Kamera DSLR Nikon D750 dengan harga body sahaja dijual pada harga RM6,998.
Koleksi kamera lama mengunakan filem
Booth Tourism Authority of Thailand
Persembahan kebudayaan Thailand yang unik dengan gerak geri yang penuh gemalai.
Booth Tourism Selangor. Menengahkan budaya masyarakat orang Asli Mah Meri dari Pulau Carey .
Hasil tangan kayu oleh orang asli Mah Meri.
Booth Sabah Tourism Board
Perkongsian ilmu dan pengalam oleh Photomania dan Travelmania dari dalam negara serta luar negara. Ada 2 bilik seminar tidak termasuk perkongsian Travel Photography di Travel Square.
Perkongsian ilmu di bilik Seminar 1
Sesi mengambil gambar pelakon Opera Cina di Petaling Street Art House.
Ada juga pertunjukkan galeri gambar dengan beberapa tema dan Photography Tourism tetapi saya tidak kongsi didalam entri ini. Pertandingan fotografi diantaranya KLPF Photo-creator of the year 2014 Finalists dengan tema “Freedom” ia adalah pertandingan terbuka dan KLPF 2014 annual photo exhibition dengan tema “Vibrant Festivals”.
Alamak! tetiba rasa minat dalam bidang fotografi ni.. kena cari sifu ni.. hihihi
Terasa nak sambar DSLR sebijik…
syurga dunia nii..
Wahhh..uncle tu main biola ke bro?orang lama yang otai aje haaa..haha
Kawe baru balik dari KL ni..
Adehh tak sedar lak ada pameran ni kat Mid Valley. Kalu tak, bagus gak jengah kojap
wahhhhh kamera DSLR memang mahal kan, tak mampu lah nak beli
wah pergi jugak. terbaik la bro 🙂
pehh..tukang ambil gambar memang suka la event camnih.
Bro dapat peluang bernetworking dengan otai-otai photographer tak?
Wah ni dah macam syurga buat photographer ni….
kamera lama tu untuk dijual ke display je…menarik betul kamera lama-lama ni
kalau dah memang minat, berapa ribu pun sanggup beli. telan air liur jap tengok harga DSLR.
photographer mesti kena pegi tu..
saya ni pegang kamera pun tak pandai..
terbaik untuk peminat fotografi
memang banyak ilmu yang dikongsi
cantik semua picture tu
Wow.. besnya.. thanks for the pics-info! boleh cuba pegi next time
KLPF adalah acara tahunan boleh pergi lagi tahun hadapan.
Pergh! bulan 10 tahun depan plak…
Alaaa.. tak dak gambar model kaa? ha ha ha
Gambar model ?? Tak snap kali ini. 🙂
Terbaiklah bro..seronok kalau dapat hadir ke majlis berkaitan fotografi macam ni..banyak ilmu dan informasi berkaitan fotografi yang kita boleh dapat..
Lain kali nak sertai seminar di KLPF.