Celup-celup kaki di kolam air panas Kuala Kubu Bharu.
Bersambung trip ke empangan air sungai Selangor. Ketika perjalanan pulang dari empangan air sungai Selangor singgah sekejap di kolam air panas Kuala Kubu Bharu.
Kolam air panas Kuala Kubu Bharu ini senang hendak dicari kerana landmarknya adalah JPJ dan sekolah Menengah Agama Tinggi Kuala Kubu Bharu.
Nampak kolam air panas Kuala Kubu Bharu ini baru diubah suai. Jalan berturap tar sehingga ke kolam dan tempat meletak kereta juga agak luas.
Kawasan kolam air panas ini dibahagi kepada 2 bahagian kolam. Satu kolam besar dengan kedalaman lebih kurang paras pinggang dan kolam kedua agak kecil lebih kurang paras lutut. Secara keseluruhan kolam ini tidaklah besar tetapi memadai untuk merasai air panas dari kolam ini.
>>Offer pemanggang ajaib murah<<
Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke kolam air panas KKB. Memandangkan masuk adalah PERCUMA dan sebagai pengunjung kita mestilah menjaga kebersihan kawasan sekitar kolam ini dengan mengunakan kemudahan yang disediakan secara berhemah.
Senarai nama penderma-penderma yang bermurah hati menyumbang untuk kerja naik taraf dan pengindahan kawasan sekitar kolam air panas.
Antara kemudahan yang disediakan untuk pengunjung ke kolam air panas ini.
badan akan rasa lega lepas mandi air panas ni..
Dekat je dengan rumah kakak ni. nanti ajak dia la. hahaha
assalamualaikum,
musim cuti sekolah ni…boleh jadi antara destinasi kalau lalu KKB
KM suka poie ke kolam air panas belah petang, redup sikit. Di Negeri Sembilan ada juga kolam air panas. Yang popular di Pedas
Pernah juga sampai kat Rumah Rehat atas bukit tu.. cuma tak berkesempatan nak terokai tempat-tempat menarik yang lain..
seumur hidup memang tak pernah mandi kolam air panas
jika tampin kenakan cas dulu murah berapa ringgit sahaja sekarang naik harga rasanya..
sedap dan badan akan rasa lega lepas mandi air panas ni..kata orang lumpuh dari air panas bagus untuk merawat pelbagai jenis penyakit
nampaknya kebersihan di situ terjaga sahaja.percuma lagi aduh..
dah lama saya x pergi kolam air panas, teringat masa pergi dulu, kita x boleh mandi lama, badan cepat letih
mandi air panas menghilangkan sakit tulang dan penat juga melancarkan peredaran Darah Insya Allah
amboi kemain seronok adik2 ni ye..hehe..
Wah best ni..picnic ramai-ramai satu keluarga..bawak telur ayam ke telur puyuh untuk direbus..
macam best je… insyaAllah ada masa akan sampai kar sana
Boleh bercuti-cuti di Hulu Selangor ini. 🙂
Best sangat ni, dewasa dan kanak-kanak pasti seronok. B
Paling bagus, mereka yang menyumbang, pasti ada yang waqaf..
Pahala yang berterusan.. Cantiknya!
Dapat mandi lagi ‘sedap’ ni. Tapi terbuka sangat tempatnya…
Kat Kuala Kubu pun ada kolam air panas yea, baru tahu ni!
Saya pun baru tahu. Pada hal setiap kali naik empangan air sungai Selangor selalu lalu. 🙂
sudah tahu bolehlah singgah waktu hujung minggu nanti ya..
iya.tarak puas hati asyik gambar abam koning jer mana adik comelnya tu heee.. 😉
Nampak bersih kawasannya tu. Kalau ada kelapangan berhajat juga untuk ke sana.
Kawasan sekitar baru diperindahkan dan dinaik taraf. Pengunjung pun tak ramai.
kolam air panas bagus untuk terapi minda..sebab dengan pergi ke tempat begini pasti menimbulkan rasa cool dan rileks.
Saya ke sana pun untuk mendapatkan kebaikkan air panas ini.