Kita setakat terbaik di Asia Tenggara.
Seperti maklum ramai peminat dan penyokong bola sepak negara kita terpaksa akur kehebatan pasukan Olimpik Bahrain dengan tumpasnya pasukan Olimpik negara kepada Bahrain di Manama. Kekalahan 2-1 keatas menyebabkan pasukan kita kempunan menyapu sebarang mata dan menduduki tangga tercorot. Kita hanya terbaik di Asia Tenggarabuat ketika ini. Pintu untuk skuad Olimpik melangkah ke Sukan Olimpik di London semakin tertutup.
Terbaik di Asia Tenggara bukanlah teruk sangat.
Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang apa yang mengenai pertemuan semalam. Pemain kita sudah bermain sebaik mungkin terutama di bahagian serangan tidak pernah berputus asa mengasak gawang Bahrain untuk menghasilkan gol. Kita berjaya mendapat menyamakan kedudukkan di separuh masa ke 2 setelah tersentak jaringan Bahrain di separuh masa pertama dan seperti berlaku di Bukit Jalil pada Nov lalu pertahanan kita telah dihukum dengan perubahan taktikal oleh skuad Bahrain dengan melakukan 3 pengantian pemain sekali gus.
Pintu untuk melayakkan sukan Olimpik London 2012 semakin tutup rapat. Apa yang boleh dilakukan oleh pemain Olimpik kita mengutip pengalaman dengan baki perlawanan. Buat setakat ini kita hanya terbaik di Asia Tenggara. Lakukan seperti apa yang dilakukan oleh Syria dengan menundukkan jaguh Asia, Jepun dengan jaringan 2-1.
Kalau congakkan diatas sekali pun apa pun boleh berlaku di pentas sebenar kerana bola itu bulat. Pasukan terkuat pun boleh tewas kalau buntu untuk menjaringkan gol. Harap peminat bola sepak negara jangan mudah melatah dan beri skuad ini untuk masa untuk menuai hasilnya pada masa akan datang.
p/s: Buat masa ini kita berpuas hati sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara.
masih jauh lg perjalanan anak2 harimau muda kita. beri mereka peluang. diorang smo pon masih muda. rata2 xsampai 20 tahun lg. hanya dgn pengalaman saja yg boleh bawa malaysia maju lebih jauh lg. skill tinggi pon xguna kalau mental xkuat di pdg. inilah masanya utk buktikan malaysia bukan skdar jaguh kampung
belum ada rezeki lagi. Boleh cuba lagi lain kali
perlu beri lebih lagi masa untuk pasukan kita menyerlah, perlu selangkah demi selangkah. Kita perlu terus sokong mereka. Masih byk yang boleh diperbaiki, jadi suatu hari nanti, mungkin akan jadi terbaik di dunia pula.
Saiz pemain Malaysia kecik molek. kalu terlanggar sikit dengar pemain2 dari luar yg kebanyakkannya berbadan sasa., terus terpelanting (bukan buat2 utk dpt simpati ya)
hehe…comel2 semuanye yer =)
penting jugak utk berbadan tegap (walaupun kecik2).
Satu yang dah lama peminat nantikan…sedikit masa lagi tdk mustahil kita akan jadi kuasa asia jika perancangan FAM MSN berjalan dengan lancar….penonton juga sudah mula menunjukkan perubahan….caiyok Malaysia
Malaysia Boleh!
Satu permulaan yang baik.
Kita akan lebih cemerlang di masa depan jika ada matlamat dan plan. Mungkin akan ke Olimpik nanti.
Teruskan perjuangan Malaysia!
sangat tepat, bro
buat masa ini kita hanyaterbaik di asia tenggara
permulaan yang sangat baik bagi kita
setahun dua nanti,kita akan mengaum di asia
diera kebangkitan semula…walaupun tewas namun kita telah berjaya melahirkan pelapis muda yang berkualiti pemain dan telah menempa nama sebagai jaguh asia tenggara…sesuatu yang perlu kita perkemaskan lagi dalam meningkatkan mutu permainan…cuma berhati hati terhadap bisikan kaki judi…yang boleh meranapkan martabat bolasepak negara
mereka telah melakukan yang terbaik..
memang kite mengharapkan Malaysia menang.. tetapi bg lady Malaysia tetap menang walaupun scr nyatanya kita kalah.. tp kalah kita hanya dengan perbezaan satu gol.. 2-1..
p/s : lain kali insya-Allah kite mampu jadi yang terbaik..
mungkin dari sudut psikologi pemain kot…
dengar je negara barat.. terasa down…
kekalahan ni pun satu pengalaman yang paling baik
setuju 200%
kalah tu jalan utk berjaya =)
Bangkit dari kekalahan dan kegagalan.. Usaha lebih gigih lagi, moga ada kemajuan pada tahun2 yang akan datang.
yup masih juara asia tenggara..rasanya perlu min 2 tahun lagi untuk skuad betul2 mantap ditambah pengalaman2 yang dah ada
ho yeah! Aku x reti sangat nak ngomen pasal bola. yang aku nampak, pasukan Malaysia kena improvekan strategi serangan dan defence. Defence banyak lobang lar. Aku dan bapak x lalu nak makan nasi.
the biggest test buat pasukan kita ialah untuk memasuki kelab elit bolasepak di Asia and then di dunia. Masaalahnya ialah bolasepak telah berkembang pesat sejak beberapa dekad yg lalu dan menjadi lebih fizikal. Ia adalah masaalah buat pasukan hoki kita juga sbb dari segi physicality – kita ZERO. Good thing ialah Spain dan Barcelona ada tunjukkan jalan buat team2 kerdil mcm kita. Kita perlu improve dari segi technicality hingga lebih baik dari team lain. Satu cabaran yg amat sukar dan perlukan banyak pengorbanan dari pemain2 negara. Hopefully Malaysia Boleh!
Itulah realitinya. Bola sepak macam makin hilang seninya bila permainan fizikal yg berkuasa.
Tp, macam bro cakap, spain dan barca telah buktikan yg dgn pemain2 yg punyai skill yang lebih baik, mampu utk pergi jauh dlm bola sepak.
Yeahhhhh Malaysia! Go Malaysia GO!
bagi aku, ini satu permulaan yang baik. Insya-Allah dalam 5-6 tahun ni, Malaysia akan jadi antara yang terbaik di Asia dan juga Dunia.
Fuhh…dah samapi peringkat tenggara…terbaik ler tu…
nazmi masuk lambat takut kejang kaki macam hari tu kot…apapun Harimau Muda dihatiku
Kita lambat panas/dpt rentak…ong kim swee pula mesti ada sbb kena Nazmi tu masuk lambat…hujung babak pertama barulah nampak derang mula serasi dgn keadaan game….dan mula melancarkan serangan habis2an….
Terpaksalah terima hakikat,.. cuba lagi lain kali
Terpaksa akur jugalah nampaknya…hmm tak berjaya juga masuk olimpik…. 🙂
tak kira lah menang atau kalah, salamanya harimau malaya.. 🙂
Diharapkan baki perlawanan yang ada digunakan sebaiknya untuk mengutip mata. Benjy juga setuju setakat ini Malaysia hanya baik di Asia Tenggara sahaja. Gandakan usaha lagi 😀
Secara ikhlasnya Benjy melihat permainan Harimau muda amat teruk semalam berbanding sebelum ini. Asyik kelam kabut dan hantaran2 tinggi ke kotak penalti … diaorang tak tahu ke bahrin tu tinggi2 orangnya … aduhhh ! 🙁
Yg passing ke kotak penalti tinggi2 ni, mmg saye jugak rase pelik…short passing patutnya (macam lawan kat Malaysia dulu).
Tapi, mungkin juga ada helah teretntu (sangka baik ni…hehehe)
Bulitin Utama nengok tadi Ong Kim Swee semacam tidak puas hati dengan pemain. Mungkin lain yang diarahkan lain pula yang diaorang buat … yer tak ? 😀
rasanya lagi elok keadaanya jika dibandingkan dgn gelaran “Jaguh Kampung”..masalahnya pemain di malaysia tak berapa banyak, jd pihak persatuan tak banyak pilihan…
Yang penting skuad negara ambik iktibar daripada kekalah ini supaya dapat melangkah lebih jauh
walaupun tewas disbbkan nasib tak ada…
harap2 perlawanan di KL dengan Syria nanti mampu mempersembahkan perlawanan yang menarik..
dengan itu dapat mengekalkan momentum penyokong tegar bola sepak negara…
Salam..
Dari segi pendapat saya pula mungkin sebab kurangnya kejituan dari segi training.
Kesungguhan ada tetapi mungkin nasib belum menyebelahi Malaysia.
Apa2 pun harap team Malaysia dapat melepasi kebuntuan nama di Asia yg bertahun2 lamanya tertunggak.
pada pandangan sy lah kan (walaupun tak minat bola)
pasukan Malaysia mmg tak dapat nak menandingi pasukan negara2 besar yg lain sebab pemain-pemain kita semuanya kecil berbanding orang negara lain yg bertubuh besar. kalau bab stamina tu, dah pasti orang negara lain berganda2 stamina mereka tambah pula dgn pengambilan dadah..mestilah depa menang..hekhek
semoga skuad harimau malaya kita terus berusaha tanpa pernah jemu.Sokongan peminat amat-amat diperlukan.
Mesti belajar dari perlawanan ini. Jika tidak, pasukan bola kita tidak dapat melangkah jauh.
salam..
ermm..kata orang dah tak berbisa..
serba tak jadi semalam..apa nak
buat bukan rezeki kita beraksi
di London 🙁
Terbaik di Asia kira dah bagus tuh…
Selepas ini disegani diperingkat Asia pula. 🙂
ameen…optimis ttp optimis! yeahhhh!
boleh lah, dari x mencuba langsung yer x
Bahagian serangan sudah melakukan sedaya mungkin tapi hanya 1 gol berjaya dihasilkan.
Kalau tak kena gaya dan perancangan, silap-silap status sebagai jaguh Asia Tenggara pun sikit hari lagi tergugat. Antara lain sebab kemasukan semula pemain import menyebabkan ‘pool’ untuk pemain-pemain tempatan terutama yang muda-muda menunjukkan bakat semakin kecil. Kalau ada Liga Simpanan mungkin lain cerita, sekurang-kurangnya mereka kekal cergas. Apapun kalau nak melangkah ke luar dari kepompong Asia Tenggara, perancangan teliti, jangka panjang, strategik dan sistematik patut dah lama dibuat.
Masih baru lagi untuk melihat impak membenarkan pemain luar bermain di liga kita. Walaupun bagaimana pun pihak FAM tentu sudah mengkaji dengan terperinci kerana sebelum ini liga kita pun telah membenarkan pengambilam pemain import.
Kira bagus la tu… Harap terus meningkat dan meningkat. Namun gejala rasuah yg muncul boleh sejak kebelakangan ni boleh jadi barah yg mampu melumpuhkan kembali perkembangan team kita.
Barah rasuah ini merosakkan sahaja perkembangan bola sepak negara,
kena tunggu lagi lah nampak gayanya ya…
Semoga pasukan negara mampu bangkit dan tampil lebih mantap pada masa yang akan datang. Betul.. terbaik di Asia Tenggara tidaklah teruk sangat!
Biarlah pemain muda ini dapat belajar daripada kekalahan ini.