• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Kereta sport melebihi 12 tahun

Kereta sport melebihi 12 tahun

22nd November 2013 by akubiomed 64 Comments

Ford Mustang dan Pontiac GTO usia melebihi 12 tahun.

KLIMS 2013 ada mempamerkan dan menjual kereta sport lama yang menjadi gilaan pengemar mengumpul koleksi kereta klasik. Ford Mustang Fastback 1965 generasi pertama dan Pontiac GTO 67 diantara kereta sport yang usianya melebihi 12 tahun dijual.

kereta sport

Menjadi isu hangat diperdebatkan tahap keselamatan kereta yang berusia lebih 12 tahun tidak selamat dan tidak dibenarkan berada diatas jalan negara ini. Bagi peminat tegar kereta klasik @ vintage @ pemilik kereta melebihi 12 tahun tentu akan berasa gusar jika larangan ini diluluskan oleh jemaah menteri.

Kereta saya sama ciri dengan Ford Mustang dan Pontiac GTO.

Memandang kereta saya sudah pun berusia 8 tahun dengan jumlah batuan tidak sampai lagi 60,000 km. Apa bila baca artikel rakan blogger Ariff Shah membuat perbandingan kereta buatan tempatan dengan keluaran luar negara mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti Air bag, ABS dan sebagainya.

Bila dibandingkan kereta saya tidak mempunyai Air Bag dan ABS kecuali ketahanan impak sisi dan casis. Bolehlah sama kereta saya dibandingkan dengan Ford Mustang Fastback 1965 dan Pontiac GTO 67. Satu perbandingan syok sendiri oleh saya.

Apabila dibandingkan kekuatan enjin boleh dilupakan memang tidak termenang membanding dengan Ford Mustang  Fastback 1965 dan Pontiac GTO 67. Belum dibandingkan harga pasaran semakin susut.

 Ford Mustang Fastback 1965 di KLIMS 2013.

 Pontiac GTO 67 di KLIMS 2013.

  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi
  • Cuci mata di KL International Motor Show 2013
  • Proton Saga R3 “My PROTON Makeover” pertama

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Ummi Hanie says

    29th November 2013 at 9:49 pm

    tak boleh lepas atas jalanraya lah kereta ni ye? erkk…

    Reply
  2. Ismail N says

    27th November 2013 at 1:51 pm

    Honestly, kawe tak rasa airbags tu bagus. Dangerous utk anak kecil – boleh sebabkan kematian. Tapi ciri-ciri lain kereta luar negara almost the same dgn kereta tempatan kecuali yg kereta mahal-mahal dan dibuat utk sebab tertentu seperti bergaya.
    Kereta kalau dah lama.. mmg boleh jalan pon cuma kena tahan maintenance je lah. Almost every month ada part yg mahu ditukar salih berganti – Tak kira lah mustang atau proton 😀

    Reply
  3. zool says

    27th November 2013 at 1:09 am

    memang gempak kalau pakai kete antik muscle camni..
    dpt dodge ke camaro 70-an memang ngam.. tapi mimpi je la.. mana nak cari kat sini

    Reply
    • Ismail N says

      27th November 2013 at 1:52 pm

      Klasik kan? plus sampai bila-bila pun nampak menarik.

      Reply
  4. Rahmat Ariffin says

    26th November 2013 at 3:02 pm

    merah sangat lah mak ngah…teringat iklan dulu-dulu… 🙂

    Reply
  5. Fazrol says

    26th November 2013 at 1:59 pm

    Cantiknya.. Warna merah plak tue.. Geram je..

    Reply
  6. cik tom says

    26th November 2013 at 1:29 pm

    wah dh 8thn guna kerata tp xsmpi lg 60K mileage…ciktom baru je lebih 100K..huhu…

    Reply
  7. Denaihati says

    26th November 2013 at 7:59 am

    lebih baik adakan pemeriksaan lengkap dari terus letakan kenyataan kereta 12 tahun tak selamat rasanya.

    Reply
  8. nizam ijam says

    25th November 2013 at 12:47 pm

    perghh ramai giler… cantik pulok tu…

    Reply
    • akubiomed says

      25th November 2013 at 6:59 pm

      Sekadar cuci mata sahaja. 🙂

      Reply
  9. Bahrain says

    25th November 2013 at 7:01 am

    kereta ni memang legend..

    Reply
    • akubiomed says

      25th November 2013 at 6:59 pm

      Walau kereta sudah berumur masih ada peminat dan harga yang tinggi.

      Reply
  10. eyriqazz says

    24th November 2013 at 10:59 pm

    owwh keretaku…. memang menyala kental begitu

    Reply
    • akubiomed says

      25th November 2013 at 7:00 pm

      Sahaja letak sebab menang match dengan bro. 🙂

      Reply
  11. Juan says

    24th November 2013 at 10:56 pm

    bagi saya kereta 12 bukanlah x selamat, kena tgk keadaan kereta tu jugak, safety pada kereta lama mungkin kurang tetapi saya rasa ianya lebih kepada pemandu tu juga. Senang cerita kita pasti tahu kalau kereta kita kurang selamat kalau pun ianya baru 5 tahun kalau tayar merekah, brek x makan, hadbrake x cengkam dan sebagainya, bukanlah 12 tahun jadi isunya

    Reply
    • akubiomed says

      25th November 2013 at 7:01 pm

      Punca kemalangan disebabkan kecuaian manusia itu sendiri.

      Reply
  12. Padin says

    24th November 2013 at 10:24 pm

    cun belaka gambar nya….
    ehemmm aku banyak juga koleksi kereta melebihi 12 tahun ni ekekee

    Reply
    • akubiomed says

      25th November 2013 at 7:02 pm

      Terima kasih, tak sangka banyak juga koleksi bro.

      Reply
      • Padin says

        25th November 2013 at 8:53 pm

        hahaha setakat model kereta mainan lah bro…

        Reply
  13. TehR says

    24th November 2013 at 5:28 pm

    memang best ni kalau dapat jalan2 dengan kereta ni
    terbeliak biji mata budak2

    Reply
    • akubiomed says

      25th November 2013 at 7:04 pm

      Paling best bawa kereta sport Pontiac GTO yang tak ada hood @ bumbung

      Reply
  14. Mr KZ says

    24th November 2013 at 5:07 pm

    terbaik memang power kete ni, huhu mini cooper pun mahal now

    Reply
    • akubiomed says

      25th November 2013 at 7:04 pm

      Untuk pengetahuan kerete Mini Cooper rendah tahap keselamatannya.

      Reply
  15. Irwan Alessa says

    24th November 2013 at 1:24 pm

    woww.. pastinya boleh lagi mampu berjalan di atas jalanraya.. kereta kita ni jadi ke selepas 12tahun? hehe

    Reply
  16. Zik says

    24th November 2013 at 8:50 am

    boleh dijadikan koleksi… mini cooper pun harganya mengancam…

    Reply
  17. Norasikin says

    23rd November 2013 at 11:19 pm

    Orang malaysia buat kereta mementingkan harga yg murah je. yg lain tak pernah ambil peduli. Bila kerajaan paksa baru buat. Tak pernah fikirpun pasal keselamatan pengguna. Proton saga tahun 80an pun saya rasa lagi kukuh dari mana2 kereta malaysia yg ada sekarang

    Reply
    • akubiomed says

      25th November 2013 at 7:06 pm

      Dulu pernah disuarakan supaya kereta jenama tempatan dipasang air bag dan ditingkat keselamatan tetapi pengilang memberi alasan ia akan meningkatkan harga kereta.

      Reply
  18. AUC says

    23rd November 2013 at 10:30 pm

    12 tahun dah tu boleh lupus dah…

    Reply
  19. muktasim says

    23rd November 2013 at 8:21 pm

    fuh memang RARE…. org kaya ja boleh pakai ni…

    Reply
    • akubiomed says

      25th November 2013 at 7:07 pm

      Betul. Harga untuk maintenance sahaja pun membuatkan kita telan air liur.

      Reply
  20. ishak says

    23rd November 2013 at 6:52 pm

    kereta luar lagi lebih berkualiti dari kereta buatan malaysia,kereta buatan malaysia,lebih kurang macam pakai handphone made in china yang takde kualiti tu,jatuh sikit rosak jatuh sikit rosak….

    Reply
    • akubiomed says

      25th November 2013 at 7:07 pm

      Kualiti dan keselamatan perlu ditingkatkan untuk membina keyakinan bakal pembeli tempatan.

      Reply
  21. Kujie says

    23rd November 2013 at 10:34 am

    kereta ni high maintenance ni…. tapi cantik dipandang

    Reply
  22. titan says

    23rd November 2013 at 4:24 am

    fuh. kalau ada satu kereat mustang tu, memang best lahh..

    Reply
  23. hatiputera says

    22nd November 2013 at 8:25 pm

    Memang otai mustang nie.. Bila aku dapat rasa memandu mustang nie.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2013 at 11:37 pm

      Mana taknya sampai Mustang generasi ke 5 hendak masuk ke generasi ke 6 yang bakal dilancarkan.

      Reply
  24. hafizmd says

    22nd November 2013 at 7:55 pm

    mmg meleleh tgk kereta camni…lejen!

    bab 12 tahun tu, kita tunggu keputusan akhir, rasanya tak jadi…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2013 at 11:38 pm

      Saya suka Pontiac GTO yang open terasa berangin.

      Reply
  25. suriaamanda says

    22nd November 2013 at 4:41 pm

    Mak Oii….mak merah Kak Red sure suka tuh…dia kan memang pencinta merah..tp kalau SA DAPAT NI…MMG BEST LA….berangan la kot kan…..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2013 at 11:39 pm

      Warna tema kak Red. 🙂

      Reply
  26. hazman aka species1980 says

    22nd November 2013 at 4:40 pm

    Tak ramai rakyat malaysia yang mampu nak tukar kereta lepas 10-15 tahun ….

    Reply
    • hafizmd says

      22nd November 2013 at 7:54 pm

      jawabnya, pakai selagi bolehlah kan, bang man?

      Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2013 at 11:41 pm

      Sudah pasti banyak perkara perlu dinilai sebelum membuat pengantian. Saya rasa yang memiliki kereta akan menjaga sebaik mungkin untuk memanjangkan jangka hayat kereta.

      Reply
  27. papa mifz says

    22nd November 2013 at 4:12 pm

    fuh smart kereta Mustang tuh…!!!

    Reply
  28. Adam Roslan says

    22nd November 2013 at 3:33 pm

    Saya pernah jumpa Trans Am Turbo. Nampak gagah walaupun parking tepi jalan je.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2013 at 11:43 pm

      Baca ulasan kereta ini sahaja ada turbo tetapi tidak laju.

      Reply
  29. sweetkurma says

    22nd November 2013 at 2:47 pm

    nampak menarik gak nih

    Reply
  30. pipoq says

    22nd November 2013 at 11:17 am

    usia kenderaan bukan faktor utama berlakunya kemalangan..sikap pengguna jalanraya tu sendiri yang menentukan keselamatan diri dan pengguna lain..

    kalau yang bersikap tak mementingkan keselamatan kenderaan yang digunakan, biarpun kenderaan baru beli tapi katakanlah ada masalah pada sistem brek dan tidak pula dipedulikan, apakah kemalangan itu dapat dielakkan ?

    kalau pengguna yang mementingkan keselamatan, biarpun kenderaannya berusia 20 tahun tapi penyelengaraan berkala sentiasa dititik beratkan pasti tiada masalah untuk digunakan..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2013 at 11:45 pm

      Harap arahan ini tidak dilaksanakan.

      Reply
  31. hafiz says

    22nd November 2013 at 11:14 am

    Memang tak patutlah walau kereta kita lama, kalau dijaga dengan sempurna pasti selamat. Ini nak suruh org tambah hutang pulak

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2013 at 11:46 pm

      Betul. Ada yang cermat menjaga kereta dan mendapatkan servis secara berkala.

      Reply
  32. Farid Adam says

    22nd November 2013 at 11:05 am

    Mustang – kereta kategori ‘monster’ ni sebab enjin cc tinggi. Kalau beli pun, mana nak dapat spare part kat malaysia ni…

    Reply
  33. anif says

    22nd November 2013 at 10:59 am

    Saya ada versi hotwheels Mustang ni! 😀 hehe

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2013 at 11:46 pm

      Koleksi yang perlu ada didalam simpanan.

      Reply
      • anif says

        23rd November 2013 at 10:17 pm

        Kalau rindu Mustang / Shelby ni kena layan cerita Spenser: For Hire & Gone in 60 Seconds 🙂

        Reply
  34. Myra Jay says

    22nd November 2013 at 9:50 am

    Cantikkk dan unik kan 😀

    Reply
  35. suri says

    22nd November 2013 at 8:45 am

    kenapa apa makan sebalik perkataan Mustang?

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2013 at 11:47 pm

      Mustang ada sempena nama kuda.

      Reply
  36. suri says

    22nd November 2013 at 8:44 am

    tak salah syok sendiri mana tahu akan datang terbait niat nak beli dan memiliki ahaks.

    Reply
  37. Aniq Bukhary says

    22nd November 2013 at 3:48 am

    Dengar cte , kereta yang berusia lebih 12 tahun yang tidak dibenarkan berada diatas jalan di tarik balik disebabkan banyak bantahan..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2013 at 11:47 pm

      Eloklah dibatalkan.

      Reply
      • Aniq Bukhary says

        23rd November 2013 at 1:51 am

        Tu la pasal bro.. Kesian kereta tua gua kat rumah tu.. huhu 🙂

        Reply
  38. Nine says

    22nd November 2013 at 3:06 am

    american muscle. smart antic car nih, keta depa selalu besar2 body & tahan lasak.

    Rays TE37 Wheels mmg evergreen (Gen2 R3). Thumbs up.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2013 at 11:48 pm

      Body kereta keras dan berat.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Servis karburator mesin rumput sandang

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in