Keputusan PRU13 menyaksikan Tsunami kaum cina.
Keputusan PRU13 sudah pun diketahui yang mana barisan Nasional telah berjaya mengekal majoriti 2/3 kerusi Parlimen. Keputusan PRU kali ini menyaksikan keputusan mengejut apabila beberapa calon-calon heavy weight yang bertanding telah tewas di kawasan yang mereka wakili dan Tsunami undian kaum cina
Seawal pagi pengundi sudah beratur didepan kaunter semakan saluran.
Semalam seawal pagi saya bertolak ke Keramat kerana saya mengundi N18 DUN Hulu Kelang dan P98 Parlimen Gombak. Ketika didalam perjalanan melalui pusat mengundi sudah kelihatan beberapa pengundi yang sudah mula beratur dikaunter semakan menunggu jam 8.00pagi
Tak jadi membidik di ‘battle field’ PRU13.
Kononnya hendak membidik pada hari mengundi tetapi hajat tidak kesampaian walaupun sudah buat persediaan awal dengan mengecas bateri, dan mengosongkan memori didalam kamera DSLR. Sampai sahaja di destinasi sudah dilawa oleh peraih undi menawarkan pengangkutan ke pusat mengundi. Kalau ikutkan tidak menjadi masalah untuk berjalan kaki ke pusat mengundi. Telah dijanji untuk dihantar pusat pengundian pada jam 12 tengahari.
Agak sesak jalan raya dengan kenderaan dan saya telah diturunkan dipondok peraih undi. Ketika menunju kaunter semakan saya terpandang seorang lelaki yang agak berusia saya percaya baru sahaja selesai membuang undi. Kelihatan beliau mengosok-gosok jari telunjuk yang telah dicalit dakwat kekal didinding pagar sekolah. Saya hanya mampu mengelek kepala melihat perbuatan beliau.
Orang kidal perlu ada pilihan untuk calitan dakwat kekal.
Selepas buat semakan saluran untuk membuang undi, saya membantu ibu saya dengan menghantar beliau ke saluran 5 yang barisan beratur panjang sudah melangkaui 2 kelas. Berlainan pula untuk saya, proses membuang undi untuk saluran saya tidak sampai pun 5 minit. Permintaan untuk calitan dakwat kekal dijari kanan telah ditolak oleh pertugas SPR. Memandangkan saya ini kidal memang ‘struggle’ mengunakan pen untuk memangkah kertas undi maklumlah jari telujuk jari ada calitan dakwat. Sementara menanti proses membuang undi oleh ibu saya selesai sempatlah semak trending di FB dan Instagram . Pengalaman membuang undi pada PRU12 2008 seolah-olah tidak ada pembaharuan untuk saluran bagi golongan orang tua yang masih lagi perlu beratur panjang. Beberapa cadangan kepada pihak SPR untuk penambahbaikan dengan menyediakan kaunter lebih banyak atau menyediakan bilik menunggu dengan susunan kerusi didalam bilik darjah sementara menanti untuk mengundi. Hak golongan ini juga perlu dihormati walaupun saluran untuk golongan muda banyak dibuka untuk mengurangkan beratur panjang.
Cuti umum untuk negeri Selangor sempena PRU13.
Hari Isnin telah diumumkan sebagai cuti di negeri Selangor, Saya yang tinggal dan bekerja di negeri Selangor bercuti hari ini. Pihak Sumber manusia syarikat sudah menghantar SMS mengesahkan cuti yang di istiharkan. Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjumpa Yang DiPertuan Agong di Istana Negara untuk mengangkat sumpah dan diikuti beberapa Menteri Besar negeri baharu mula mengadap Sultan dinegeri masing-masing untuk mengangkat sumpah. Apa yang ditunggukan oleh rakyat Malaysia adalah pelan tindakan untuk perlaksanaan janji manifesto didalam jangka 5 tahun dari sekarang. Sebagai rakyat Malaysia mengharapkan kemakmuran dan keharmoniaan dinikmati segenap golongan.
AkuBiomed: Lega rasanya kerana berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai warga negara Malaysia kalau tidak saya perlu tunggu 5 tahun lagi untuk membuang undi.
cantik kukunya
Macam-macam isu tembul skrg, harap rakyat dan pemimpun dapat berfikir secara rasional
habis ayam telah di pong buat lauk kicap
tak terfikir pulak aku dengan orang yang kidal ni
Sekarang pula hangat dengan perhimpunan Black505…
Memang betul. Kena ambil kira juga mereka yang kidal macam kita ni.
Saya tidak kisah untuk dicalit juga di jari kiri. Terpaksa berhati-hati masa memangkah. Takut jadi undi rosak je.
Ada juga pusat yg membolehkan mereka yg kidal dicalit dakwat di jari kanan.
Emm entah la..lepas satu isu, isu lain pulak timbul..isu lama tak settle lagi, dah kuar isu baru..macam2..haha
5 thn lagi kena tunggu..
sabarkan hati kita semua masa tak lama sekejap sahaja
adik ciktom kidal..bila request, diorg calit dakwat belah kanan…
Ehh ada jugak ke mcm tu?hehe
tunggu MB laksanakan manifesto…
buat masa ni Selangor saja belum ada MB…
kelantan mendapat menteri besar yang baru
masuk hari ke-6 dakwat kekal baru nak hilang sepenuhnya terutama di celah2 kuku
ada yang hilang dalam masa kurang 48 jam ummi..
sama la DT ni ummi… ada lagi celah celah kuku tu..
lain2 tempat, lain2 gaya calit dakwatnya ya…
sy punya dah serupa inai pengantin :p
selesai sudah.. dgn penuh kontroversi…
tahniah diucapkan krn berjaya mengundi
masa utk melaksanakan segala janji 🙂
Lepas 5 tahun nanti boleh semak samada janji telah disanakan atau tidak.
betul tu bro…semua janji kena ditunaikan sebelum pru14,jangan dah dekat election balik baru nak sibuk pulak.
sekarang masa nak untuk tengok samada janji dikota atau sebaliknya
Saya mengharap golongan sederhana seperti saya mendapat pembelaan dan perhatian daripada kerajaan.
paling penting golongan miskin tegar di Sabah juga bro..banyak lagi ni..
Politik memang sentiasa bro…pilihan raya atau bukan tetap sentiasa ada isu yang hangat,yang mana selalu boleh dimanfaatkan oleh blogger..hehe
Blogger kehausan trafik tetapi janganlah main kaut semuanya sehingga semua diredah dan dilanggar.
Alhamdulillah semuanya sudah selesai.. Tapi aktiviti berpolitik takkan pernah selesai! Sentiasa panas membara!
Politik memang sentiasa bro…pilihan raya atau bukan tetap sentiasa ada isu yang hangat,yang mana selalu boleh dimanfaatkan oleh blogger..hehe
Politik biasalah genk..pru tak pru sentiasa ada isu..
politik memang tak pernah habis, tak kira la sape menang pon.. ada je cari kesalahan orang lain
Hurmm….next time kena kasi tau la sila calit warna cat kat jari kanan…. hehehehe
Kawan-kawan kidal yang lain kata mereka tidak ada masalah mendapat calitan dakwat kekal di jari telunjuk kanan.
calit kat lubang hidung barulah efektif..hehe
tak sabar dkna nak tunggu 5 tahun lagi untuk buang undi.. kumpul pengalaman lagi 🙂
Selepas 5 tahun sudah menjadi Puan dah. 🙂
Nampaknya, byk lagi yg SPR perlu buat kajian ttg calitan dakwat ni. Kandungan silver nitrat mungkin patut ditukar ke bahan lain yg lebih organik mungkin. Silver nitrat ni boleh sebabkan kanser jugak kalau terlebih
ya betul tu bro…kata 2-3 minggu baru hilang,mengarut je,dalam masa kurang 48 jam dah hilang pun.
lepas ni buat camni, dah undi potong jari.. hahahha
kenapa tak jadi menembak bro? kekangan masa ke?
Tiba-tiba mood ke laut lah bro walaupun persediaan telah pun dibuat.
masa pangkah parti, dakwat tu calit skali kt kertas bro..ptot dia calit kat tgn kanan la kan utk lefthanded..
Harap golongan kidal mendapat perhatian dari SPR.
yang tak ada tangan pulak??
btol tu orang kidal perlu ada pilhan….kalau x kotor kertas undi kalau tak hati hati…
kenapa den dicalit jari kanan ye??? ingatkan kena pangkah pakai dakwat tu, rupanya kena pakai pen. adoiyai
aduyai…trajis betullah..hehe
Ini mesti tidak pergi membuang undi??
Janji ditepati,harap2 aku dpt kerja kerajaan nanti ,alhamdullilah..hehe
den baru dapat kerja kerajaan.. Alhamdulillah rezeki den
huhuhu… jgn lupa mengundi lagi masa akan datang…. insya Allah
bermulalah cabaran baru untuk yg menang. setuju dengan bro warga emas dan perlu diutamakan masa mengundi.
Mereka mmg dapat keutamaan termasuklah ibu dalam pantang =)
untuk PRU14, pengundi warga emas perlu diberi keutamaan…
PRU 13 dah selesai, keputusan pun dah keluar, menang kalah adat bertanding, yang menang memerintah yang kalah bersabar.. moga aman damai
Nmpaknya himpunan 505 malam tadi diadakan juga..
kerajaan sudah dibentuk…harap mereka dengar masalah rakyat…
Tahniah BN, semoga Malaysia terus maju dan aman damai
saluran utk urang muda kena kurangkan. takpun sediakan bangku kantin kat saluran Warga emas
rasanya ikut tempat masing masing.. seperti tempat DT, depan saluran 1 khas untuk warga emas memang ada kerusi.. dan kami saluran 4 anak orang muda ada 1 saja.. penat nak beratur…
penang pun cuti….
betoi cakap hang… saluran orang tua kena bagi banyak lagi… kesian aku tgk depa dok beratoq
apa kata bukak 5 saluran. 2 dari saluran itu mesti untk warga tua 🙂 yang lain2 tu ikut had umurlah hee…
5 tahun lagi memang kena buang undi lagi selagi berdaftarkan 🙂
Lagi satu bro,kenapa comment luv kat blog ni macam tak berapa nak berfungsi ye,tak keluar pun latest post saya..
sesekali dia keluar post sesekali dia tak keluar sebab dia merajuk ataupun penat huhu…
haah..dah lama ambe tak tenguk commentluv utk blog ambe keluar kat sini..hehee.
*rinduplak*
@akubiomed ayam tu nak claim telur dia yang awak ambik tu..hehe
undi tetap undi mmehii.. kalau undi sekali rasa akan datang nak undi lagi
kok..kekok..bunyi ayam tu buat sy rasa meluat heee.. sb dia bukan ayam ori
kesian juga pada yang kidal. tak memasal undi boleh rosak fuh~
undi tetap undi mmehii.. kalau undi sekali rasa akan datang nak undi lagi
dakwat kekal yang cepat hilang…..PRU 13 yang excited, yang paling ramai keluar mengundi……..
Macam-macam ragam dan kerenah semasa PRU 13. Dah lepas PRU 13 rupanya lagi banyak isu yang dimainkan terutamanya hal ‘racism’.
KM terpaksa beratur hampir 45 minit
saya mampir cepat sekali he..ini ras anak buat entri ini haaaa
selepas ini kita semakin maju dan melupakan segala sengketa.
masa saya mengundi, ada yg balik sebab tak sanggup beratur panjang….. kali nie betul2 tsunami..
sy pula ke kampung awal dari tarikh sebelumnya huuu..
wktu pagi mmg paling ramai…ada yg ambil peluang tunggu waktu selepas jam 12, baru reda sikit katanya
Macam 2 happening pru13 kali ne
section 18 ipoh ada juga kes pelik tu eh.sakit mata di buatnya
keadaan semakin bertambah parah sekarang .. hmm.. sgt risau .. sampai ada blogger kena tahan polis .. 🙁
sy tak tahu akan perkara itu alahai..maklumlah baru balik dri kg halaman heee
ooo…2 blogger tu ek? bagi ambe, sesape yg terang dan nyata ada buat statement perkauman, elok tahan utk siasatan..habis citer
betul… ambe sendiri takut nak cerita tentang perkauman dan politk di blog.. kekadang tu fitnah pun nak ceritakan ..pelik sungguh
sejak pertama kali mengundi tahun 2003 di pusat mengundi yang sama, tak pernah sy beratur panjang untuk menunggu giliran..memang santai abis pusat mengundi tmpt sy tu..
memang patutnya pihak SPR kena fikirkan satu saluran terbaik untuk pengundi warga emas..ada sesetengah tempat tu, pengundi muda atau yang berupaya tak bagi peluang lansung pada warga emas untuk mendapatkan barisan hadapan atas alasan siapa cepat dia dulu..
yer ke, taklah sb tempat saya ada di berikan 4 saluran. saluran 1 dan 2 utk warga emas, 3 warga pertengahan dan 4 warga muda2 shja..
whualam..
semoga keadaan lepas ni lebih baik…
insyaAllah doa yang terbaik untuk negara kita
lepas kita sokong team bola pulaklah bro..
Marilah kita sokong pasukan negeri dan kelab. 🙂
harap2 lepas ini akan lagi maju dna lebih meriah
betul semoga lepas ni selangor tiada lagi masalah rakyat…
haa ya..selangor mesti maju kedepan lagi 🙂 bahkan utk negeri2 yang lain pula