• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Keputusan Malaysia vs Taiwan 3 Julai 2011

Keputusan Malaysia vs Taiwan 3 Julai 2011

3rd July 2011 by akubiomed 55 Comments

Skuad Harimau Malaya menang tipis pada pertemuan pusingan pertama Malaysia vs Taiwan

Keputusan perlawanan Malaysia vs Taiwan pertama

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia vs Taiwan pada pusingan pertama memihak kepada Malaysia dengan kemenangan jaringan gol 2 – 1. Ia adalah kemenangan tipis buat skuad Harimau Malaya dikala selesa dengan kelebihan jaringan 2 gol telah direntap oleh Taiwan dengan mencuri 1 gol pada separuh masa ke-2.

 

Pada pertemuan timbal balik Malaysia di Taiwan nanti  Harimau Malaya bimbingan Datuk Rajagobal perlu mengasak benteng lawan kerana Taiwan hanya memerlukan kemenangan 1-0 ke atas Malaysia untuk mematikan langkah Malaysia ke peringkat seterusnya.

Saksikan siaran langsung perlawanan Malaysia vs Taiwan di TV2 jam 6.50petang dan Astro saluran Arena 801 6.30petang

Keputusan perlawanan Malaysia vs Taiwan kedua

Skuad Harimau Malaya terlebih dahulu menjaring gol dengan sepakan percuma melalui Aidil dari luar kotak penalti. Gol ke-2 Malaysia juga dihasilkan melalui sepakan percuma oleh Syafiq kapten skuad Harimau Malaya. Perubahan ketara permainan yang ditunjukkan oleh pihak lawan telah berjaya menghasilkan 3 gol yang mana 2 gol melalui sepakan penalti.

Penjaga gol Sharbinie dipaksa berkerja keras di pertemuan timbal balas ini bertindak cermerlang dengan menyelamat 1 sepakan penalti. Skuad Harimau Malaya mempunyai beberapa peluang tetapi penyudahan kurang kemas dari barisan penyerang. Kalau diikutkan benteng Taiwan tidaklah kebal dan nampak ada masalah komunikasi antara mereka. Ini adalah kekalahan pertama bagi skuad Harimau Malaya sejak menjulang piala Suzuki AFF 2010 diperlawanan Malaysia vs Taiwan.

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. MEKAR says

    11th July 2011 at 10:44 am

    saya tgk masa perlawanan dibuat di Malaysia yang malaysia menang tipis tu. Kali ke 2, x tgk. harap Malaysia dpt cuba yg tbaik utk game seterusnya

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2011 at 12:49 am

      Dah tidak lama pertemuan skuad Harimau Malaya dengan skuad Singapura.

      Reply
  2. Khidhir says

    10th July 2011 at 8:02 pm

    wlaupun sdikit kecewa, tapi tahniah gak la..

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 9:50 pm

      Malaysia sepatutnya boleh bermain lebih baik. Mungkin pemain muda gugup agaknya

      Reply
  3. bEe says

    7th July 2011 at 6:14 pm

    Ada tgk sekejap game ni. Sbb temankan hubby… Nmpk mcm lemau skit kot pemain Msia 😛 hehehe

    Reply
  4. Dulu Lain Sekarang Lain says

    5th July 2011 at 7:56 am

    Glory Gory Harimau Malaya… kawe nervous jer hujung-hujung tu… Teruk Malaysia under pressure…. Bukan Taiwan lebih baik cuma pemain2 mereka yg tinggi2 membuatkan panik di barisan pertahanan bila bola dilambungkan ke kotak penalti…..

    Reply
  5. Mrs.Ayie says

    5th July 2011 at 1:05 am

    Kecut perut sepanjang tempoh permainan tu. Gigil je rasa. Tahniah pasukan negara, (harimau masih mengaum) Lega, walaupun ada kepincangan sedikit.

    Selamat berjaya nanti

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain says

      5th July 2011 at 7:57 am

      Aik.. dia pon tgk gak… He he.. caya lah.. MsAyie.. 😀

      Reply
  6. titan says

    4th July 2011 at 5:09 pm

    aku tak kisah camana cara kita menang. dari away gol ke..main kasar ke..bentes kaki orang ke apa ke..janji kita menang dan layak ke pusingan seterusnya..pasukan yang kalah, tak layak cakap apa-apa..so..better kita menang..sebab kalau kalah..bagi apa alasan pun dah tak berguna..

    So..yang lepas tu, lepas la..harap yang akan datang ni..masa lawan singapore nanti, buat yang terbaik..dari apa yang aku perhati..taiwan memang attack nak dapatkan penalti..dan skill individu pemain tengah dan penyerang memang bagus. Kucar-kacir defend malaysia semalam..

    Reply
    • akubiomed says

      5th July 2011 at 1:38 am

      Kita tidak perlu main cantik untuk menang 🙂

      Reply
      • hafizmd says

        5th July 2011 at 12:10 pm

        itu yg perlu sekarang, main sungguh2…cantik ke tak..belakang kire…hehehe

        Reply
    • hafizmd says

      5th July 2011 at 12:09 pm

      setuju 100%..main cantik pada aku no 2…janji menang..kalau kalah tp main sungguh2pun, aku tak kisah…janji sungguh2…dan aku tgk player malaysia tunjukkan kesungguhan bertahan dan melawan…terbaik!

      kita gempur kota singa pulak nanti….yeahhhhh!

      Reply
  7. miss b says

    4th July 2011 at 12:59 pm

    saya sempat tgk minit terakhir je. nerves!

    Reply
  8. pipoq says

    4th July 2011 at 12:58 pm

    adakah pasukan bolasepak Malaysia akan mampu menjulang nama Malaysia ke persada dunia ? sama sama la kita nantikan..

    Reply
    • akubiomed says

      5th July 2011 at 1:39 am

      Pemain skuad Harimau Malaya perlu ‘Tepu dada tanya selera’

      Reply
      • hafizmd says

        5th July 2011 at 12:11 pm

        dan juga “tepuk dahi gosok boot” kalau buat byk silap 😀

        Reply
  9. sw33tdarling says

    4th July 2011 at 12:07 pm

    semalam hubby tengok kat rumah, so dapat ler tempias skit lebih kurang… tapi takdan nak tengok abis dah lelap

    Reply
  10. Mr Rileks says

    4th July 2011 at 11:35 am

    reff bengong penalti smp 3 kali…

    Reply
  11. Kamal Mustafa says

    4th July 2011 at 10:54 am

    Masih boleh kejar lagi tue…..kena usaha lebih sikit lan kali

    Reply
  12. khairolghani says

    4th July 2011 at 8:50 am

    Malaysia layak ke peringkat seterusnya..tapi serius,memang cuak juga sebab Malaysia asyik kena serang je..

    Reply
  13. Hadi Rofiee says

    4th July 2011 at 7:27 am

    Memang ‘panas’ ketika kami menonton ramai-ramai siaran perlawanan itu. Masih banyak yang mesti diperbaiki sebelum bertemu dengan Singapura nanti. Perlawanan dengan Liverpool, Chelsea dan Arsenal perlu dimanfaatkan sebaiknya. 🙂

    Saya sokong Malaysia.

    Reply
    • hafizmd says

      5th July 2011 at 12:13 pm

      mmg panas…sempat tgk kat rumah sat, pastu p tgk kat kedai mamak…mmg havoc habis…ramai yg tak puas hati ngn pengadil vietnam tuh…mmg kena sumpah pengadil malam tuh….kesian2…

      nasib baik juga sarbinee dpt save 1 penalti..fuhhh…mmg tak senang duduk!

      Reply
      • Hadi Rofiee says

        5th July 2011 at 2:16 pm

        Macam serupa sahaja pemikiran kita.

        Reply
  14. tehr says

    4th July 2011 at 2:14 am

    tahniah2
    memang tak senang duduk aku tadi
    nasib juga dapat lepas

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain says

      5th July 2011 at 7:59 am

      Patut minum teh banyak2 ehhh… kasi cool down 😀

      Reply
      • hafizmd says

        5th July 2011 at 12:14 pm

        minum byk2kan….mau berkejar ke toilet plak..tak sampai hati nak tinggal player malaysia berjuang! hehehe

        Reply
  15. zik says

    4th July 2011 at 2:00 am

    peningkatan ada.. tetapi banyak lagi yang pemain harus belajar…. ulasan lanjut hanya di zikrihusaini.com haha promote lakk…

    Reply
    • akubiomed says

      4th July 2011 at 11:01 pm

      Betul-betul untuk perincian perlawanan hanya di Zikrihusaini.com 🙂

      Reply
    • hafizmd says

      5th July 2011 at 12:14 pm

      hehe…kalau taip keyword ni pun, mmg akan jumpa zikrihusaini.com! 😀 terbaik

      Reply
  16. anif says

    4th July 2011 at 1:25 am

    Apa pun tahniah buat Pasukan Malaysia.

    Pastinya “Coach” perlu rangka strategi untuk baiki kelemahan yang ada dengan segera. Pastikan pasukan benar-benar mantap untuk peringkat seterusnya.

    Reply
    • hafizmd says

      5th July 2011 at 12:16 pm

      setuju…terutamam part defend tuh…nampak macam kadang2 hilang fokus…harap dapat kuatkan lagi benteng pertahanan…tahniah malaysia!!!

      Reply
  17. afzai.nizam says

    4th July 2011 at 1:20 am

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    happy 2nd anniversery

    aku mengharap Malaysia mara kepusingan seterusnya

    Reply
  18. zulkbo says

    4th July 2011 at 12:24 am

    salam..
    tahniah..semoga terus
    mara dan mara hingga
    ke kedudukkan terbaik
    🙂

    Reply
  19. Tips Blogging Terbaik says

    4th July 2011 at 12:21 am

    tadi tengok 2-1 tp tiba2 jek tgk dah 2 sama… hehe… tgk laptop sambil tgk tv…

    Reply
  20. Sabahan Bloggers Club says

    3rd July 2011 at 11:32 pm

    Uhuuuu….. Tahniah Malaysia.
    Tadi nak tengok bola, wife plak ajak tengok wayang…. 🙂

    Reply
    • zik says

      4th July 2011 at 1:58 am

      tengok transformer lah tuh…hehe ..

      Reply
  21. Sobri Mansor says

    3rd July 2011 at 11:32 pm

    Tak berapa puas hati dengan pengadil kerana memberi sepakan penalti kepada tuan rumah terlalu mudah. Bila kita dijatuhkan dalam kotak penalti tidak pula diberi…. adusssss

    Reply
  22. oldtrafford says

    3rd July 2011 at 11:22 pm

    2 gol Free Kick Malaysia tadi memang terbaik

    Reply
  23. LK says

    3rd July 2011 at 10:55 pm

    Harap M’sia menang lagi semasa temu S’pore….
    Biar pasukan skuad Harimau kita smkin hari smkin kuat….

    Reply
  24. MDHAFiZ.NET says

    3rd July 2011 at 9:25 pm

    mereka kalah…
    tapi layak kiraan agregate 4-4
    kiraan gol tempat lawan menyebelahi Malaysia 🙂
    syukur…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2011 at 10:29 pm

      Pemberian penalti sebanyak 3 kali menjejas tumpuan dan rentak skuad Harimau Malaya. Harap mereka melupakan perlawan ini dan fokus kepada pertemuan dengan Singapura nanti

      Reply
      • LK says

        3rd July 2011 at 10:53 pm

        Boleh tak kita panggil Harimau M’sia, Harimau Malaya macam kita lupa Sabah & Sarawak juga s’hagian drpd M’sia…

        Reply
        • akubiomed says

          3rd July 2011 at 11:31 pm

          Eh janganlah begitu nama Harimau Malaya adalah inspirasi kepada skuad Harimau Malaya yang pertama kali bermain di Olimpik pada tahun 1974. Tidak ada apa-apa sentimen kerana kita semua adalah rakyat Malaysia 🙂

          Reply
          • hafizmd says

            5th July 2011 at 12:17 pm

            setuju! tiada sentimen apa2 yg perlu wujud sbb kita rakyat malaysia! 😀

            Reply
          • LK says

            7th July 2011 at 11:37 pm

            Terima kasih oldtrafford!!! Sebelum tu tak tahu, ingatkan Harimau Malaya dikenali sbl M’sia ditubuhkan.. Penjelasan tu amat dihargai!

            Reply
        • oldtrafford says

          4th July 2011 at 12:04 am

          Tak semestinya kalau panggil Harimau Malaya Sabah & Sarawak di lupakan..Kalau tak silap Harimau Malaya ini ialah maskot skuad bola sepak Malaysia…Harimau Malaya ni benar-benar wujud http://ms.wikipedia.org/wiki/Harimau_Malaya .. Harimau Malaysia tak pernah pula dengar kewujudannya.

          Isu ini dah lama dibangkitkan..cuba search kat Google..

          p/s Tak berniat nak menyinggung mana-mana pihak ,cuma nak beri penjelasan yang mana saya tahu saja.

          Reply
          • akubiomed says

            4th July 2011 at 12:22 am

            Terima kasih kerana penjelasan mengenai skuad Harimau Malaya. Bimbang juga ada mana-mana typo erro

            Reply
          • LK says

            7th July 2011 at 11:42 pm

            Terima kasih oldtrafford!!! Sebelum tu tak tahu, ingatkan Harimau Malaya dikenali sbl M’sia ditubuhkan.. Penjelasan tu amat dihargai!
            Tak b’niat timbulkan isu… smk hari lihat skuad Harimau kita b’jaya, amat berasa bangga.. Harap mrk terus b’jaya!

            Reply
  25. Nik Thoha says

    3rd July 2011 at 8:34 pm

    harap pasukan kita boleh menang..:)

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2011 at 10:28 pm

      Pasukan Harimau Malaya tewas dari segi jaringan tapi agregat sama

      Reply
  26. sud says

    3rd July 2011 at 6:50 pm

    kat Taiwan penonton dpat free

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2011 at 10:27 pm

      Oh ye ker. Semalam ada peminat skuad Harimau Malaya ke Taiwan menujukkan tiket perlawanan Malaysia vs Taiwan yang mereka beli di Taiwan

      Reply
  27. Sabahan Bloggers Club says

    3rd July 2011 at 6:40 pm

    Salam. Hari ni ke? tak masuk blog tak perasan plak. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2011 at 10:25 pm

      Perlawanan timbal balas Malaysia vs Taiwan hari ini

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in