Kumpulan Sepah Juara Maharaja Lawak Akhir
4 peserta Maharaja Lawak iaitu Jozan, Nabil, Sepah dan Jambu terdiri 3 berkumpulan dan 1 solo telah mara ke peringkat akhir untuk merebutkan gelaran Maharaja Lawak. Pemenang Maharaja Lawak akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM350k. Bagi pelanggan Astro yang melanggan Pakej Mustika boleh menikmati siaran langsung Maharaja Lawak Akhir secara definasi tinggi melalui Saluran HD (188) yang memiliki dekoder Astro B.Yond dan Astro Warna (132).
Siapakah bakal juara Maharaja Lawak Akhir? @MaharajaLawak
Juara Maharaja Lawak 2011 telah terjawab dengan kemenangan kumpulan Sepah dinobat sebagai juara. Tempat ke-2 telah di menangi oleh Jozan, tempat ke-3 dimenangi oleh Nabil adalah satu-satunya perserta solo dan tempat ke-4 telah dimenangi oleh kumpulan Jambu. Mungkin rezeki anak untuk Shuib dari kumpulan Sepah yang bakal menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah.
Rata-rata persembahan peserta akhir sarat dengan mesej walaupun disampaikan dengan bersahaja. Pada persembahan ke-2, Sepah membawa persembahan mengenai suami yang tidak menghargai isteri. Perkara realiti yang berlaku pasangan pada zaman sekarang apabila sudah duduk serumah kalau dulu zaman bercinta semuanya madu setelah berumahtangga semua menjadi racun. Tanniah kepada kumpulan Sepah kerana ditabalkan sebagai Maharaja Lawak Akhir
Pengacara Maharaja Lawak AC Mizal mengumumkan senarai pemenang
.
Penentuan Juara Maharaja Lawak antara Sepah dan Jozan
Kredit: Astro B.Yond
sepah mmg lawak..jarang sy suka lawak dia tp yg last ni mmg pecah perut sy tergelak…hahahahaha
Sepah memang konsisten dari sejak mula rancangan Maharaja Lawak tak kala ada peserta lain memberikan prestasi macam yoyo
sememangnya ramai yang mengharapkan JOZAN juara … namun juara hanya akan ditentukan oleh sms pengundi … ini lah realiti yg terpaksa diterima walaupon hakikatnya kita tahu yg ………..
Sya tidak mgikuti rancangan itu. cuma sya suka si jozan tu. Apa2 pun tahniah kpd Sepah
tahniah buat Sepah
rasanya tak ramai yg akan ragui keputusan ini sbb Sepah mmg konsistent dari minggu ke minggu. Mungkin persembahan terbaik dtg dari Jozan dlm beberapa episod tetapi Sepah ni – almost semua persembahan mereka adalah up to standard Maharaja! well done Sepah….
Tgk youtube aje sbb mlm tu otw blk kg..
Tp, Sepah berbaloi menang sbb persembahan nye maintain… hehe
wah, perkiraaan KA betul la…
semalam baru sempat tgk, itu pun tgk online
Saluran 188 untuk definasi tinggi telah diulang sehari suntuk. Puas juga tengok berulang kali
masing masing ada aura tersendiri, dan pada malam tu sepah paling menonjol…
Ps : walaupun aku suka Jozan
Jozan tetap di hati hehe.. Sepah ni memang buat yang baik malam tu, memang layak menang, tapi di luar atau dlm tv, lawaknye kurang mungkin sebab berlakon drama terikat dgn skrip yg tak berapa lawak.
Betul tu…
Manis tak kurma itu…..
memang tek jangga Sepah menang. Masa Km buat post pasal kemenagan nie semalam macam tak percaya coz Jozan dan Nabil kira first mark pengundi. Mak su Km cakap budak2 sepah tue muka macam skema aje. Haaa sekarang sapa yang terkesima.huhuhu Tahniah Sepah
Tengok youtube jer.. tapi tetap terhibur juga,tahniah kepada semua pemenang.
Eh,tukar theme baru ke bro? menarik nih hehe
walau pun aku tak tengok
tahniah juga kepada semua pemenang
Semua peserta akhir layak diucapkan tanniah kerana memberi persembahan yang menghiburkan
dari persembahan malam tadi..dah boleh agak sepah menang. Jozan tak menjadi..nabil pun sama. Jambu cuma menjadi masa persembahan kedua aje…sepah..dua-dua segmen..orang gelak gila-gila..
Persembahan mereka terganggu macam Jozan wireless microphone terjatuh pada pusingan ke 2 dan Nabil pula kugiran lalat tidak berapa menyerlah dengan gimik spotlight
Camno ler sepah lakk…gua ingatkan team Jozann…tu la klau dh rezeki..tak kemana jugakk:)
memang harap juga Jozan memang..
Rasanya Sepahlah peserta yang paling konsisten dalam program ML ni..memang layak pun dia menang…
ye..sa pun stuju..walaupun sa minat jozan,,tapi kump sepah memang layak jadi juara…best la dorang…
kadang-kadang lawak diorang ni tak fikir sensitiviti org lain..
Betul lah persembahan Sepah konsisten sejak awal rancangan Maharaja Lawak
tahniah buat sepah tapi harap jozan juara sebenarnya
saya pun camtu…. 🙂
saya sokong!!!
Ramai yang mengharap Jozan dinobatkan sebagai Juara
sepah power
Sepah memang the best bro….10 kali aku undinya untuk dia hahahehe…
Oh ini adalah peminat setia Sepah rupanya
sepah bestt mantap peace yawww
Jozan menang yeah!!!
.
tetap juara di hatiku..
harap pada jambu aje sekarang..hehe
sah2 KA akan pilih OMG OMG…. SEPAH! 🙂
eh kat sini boleh tuju lagu tak?
huhuuh…
berharap SEPAH akan menang
Nampaknya pemilihan KA tepat. Sepah ditabalkan sebagai juara Maharaja Lawak
aku rasa jozan yang akan menang
Seeeppaahhhh!!..
Chip suka btul la Sepah ni.. tambah2 si Jeff tu..adoy..tgk muka dia je pun dah boleh tergelak..
Okay lah tuh melihat muka pun sudah boleh buat orang ketawa belum lagi melawak 🙂
susak nak agak…sebab semua dah tahap maharaja… 🙂
4 peserta terakhir Maharaja Lawak kesemuanya hebat-hebat belaka
oh yearhh, JAMBU tetap JAMBU..hehe
haha.sokong2 😉
Sy Sokong JOZAN….MAIL LAmbung…..lalalalala
Jozan terbaik!
skong Nabil…………..
aku rsalah kan Nabil yg ptut juara…………..s’bab dia punya idea 2 kreatif &lawak yg lain 2 kreatif & lwak gak tpi kurang………aku x sabarlah mau tengok nabil menang…….
Astro Beyond dah ada, tapi malam ni kena balik kampung dekat Johor pulak selepas maghrib. Macam mana nak tengok live nih….. hehehe
Nampak gayanya bro terpaksa menonton siarangan ulangan
err.. maza tak ada kemudahan itu.. maza nantikan ajelah dari Youtube, suratkhabar dan blog ini utk melaporkannya.. hehehehhe
Rakan sepejabat yang tidak melangga Astro Warna menonton Maharaja Lawak di YouTube sahaja
rasanya jozan.
kalau tak jozan, sepah.
haish. tak saba nak tgk ni.
memang tak sabar dibuatnya..
Kalau bro Maza yg masuk, sure dia yg menang! 😀
Jozan kot…. 🙂
Kalau Alex ada, alex yang menang tu. hihihihi…… 😉
Best maharaja lawak. banyak bantu blogger2 semua kan?
Trafik dari Maharaja Lawak memang ada sahabat blogger yang kehilangan bandwidth
sokong … maharaja lawak bantu blogger
aku minat sepah dan jozan, interface web bro akubiomed skrg lebih segar dan best, serius nih
semuanya hebat..aku rasa Jozanlah . . . recently posted http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/tragedi.html
tak kisah mana2 yg menang sebab semua hebat2 belaka..
cuma kalau nabil bole buat lawak yg smart dan menang lg gempak kot, yela dia buat solo je yg lain semua ada backup..
Nabil menerima tekanan dari pelawak berkumpulan. Dia selalu juga menampilkan ide baru dan kreatif. Susah sebenarnya hendak buat stand up comedy berbanding berkumpulan kerana ada kawan yang boleh sambut dan beri punch line. 🙂
btul gak apa awak kata 2………
berharap JOZAN JUARA