• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Keputusan bola sepak Sukan Sea Malaysia juara kumpulan A

Keputusan bola sepak Sukan Sea Malaysia juara kumpulan A

17th November 2011 by akubiomed 41 Comments

Keputusan bola sepak Sukan Sea Malaysia juara kumpulan A untuk ke Separuh Akhir.

Tanniah kepada pasukan skuad Harimau Muda bawah 23 tahun berjaya mengalahkan skuad Indonesia yang dikenali oleh Garuda. Gol Malaysia di jaringkan oleh Shahrul Azwari pada minit 17 pada masa pertama. Skuad Indonesia tidak menurunkan pemain kesebelasan utama atas alasan taktikal. Kemenangan 1 – 0 ke atas skuad Indonesia melayakkan Malaysia sebagai juara kumpulan A.

Skuad Singapura yang berjaya menewaskan skuad Thailand dengan 2 – 0 telah tersingkir kerana 2 pasukan kumpulan A teratas  iaitu Malaysia dan Indonesia telah layak ke Separuh Akhir. Malaysia bakal bertemu skuad Myamar dan Indonesia akan bertemu Vietnam di peringkat separuh akhir.

Secara keseluruhan skuad Malaysia menguasai permainan walaupun pada penghujung masa pertama ada ringkasan data mengenai statistik penguasaan bola kedua-dua pasukan agak mengelirukan. Tanniah kepada skuad Harimau Muda kerana mempunyai pertahanan yang kental dan bermain dengan baik sekali. Ong Kim Swee jurulatih skuad Harimau Muda telah diarahkan supaya duduk di tempat penonton pada separuh masa ke 2.

Ulasan penuh antara pertemuan Malaysia vs Indonesia boleh didapati blog Zikrihusaini.

Separuh masa pertama aku terpaksa menonton Live Streaming kerana ahli keluarga memilih untuk menonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Hanya selepas filem tersebut habis tayangan barulah aku dapat menonton permainan separuh masa ke 2.

  • Pertemuan akhir Malaysia vs Indonesia bolasepak Sukan Sea 2011
  • Piala Suzuki AFF 2010 sah milik Malaysia
  • Keputusan akhir pertama Piala Suzuki AFF

Filed Under: blog Tagged With: bola sepak, sukan sea

Reader Interactions

Comments

  1. zulkbo says

    19th November 2011 at 9:01 pm

    salam..
    pasukan kita selangkah lagi
    ke perlawanan akhir kini
    setelah menang dengan Myanmar
    sebentar tadi..harapan lawan
    kita di akhir bukan Indonesia
    teruk kena provokasi nanti

    Reply
    • Yas says

      20th November 2011 at 1:41 am

      yup…insyaallah kita boleh!! Harimau Malaya bolehh…:)

      Reply
    • akubiomed says

      20th November 2011 at 8:59 am

      Pingat perak sudah didalam genggaman. Skuad Harimau muda akan bertemu skuad Garuda pada final nanti.

      Reply
  2. MDHAFiZ.NET says

    19th November 2011 at 4:39 pm

    Alhamdulillah…lepas ni time tuk kalahkan myanmar pulak…
    harap2 la indonesia kalah lwn vietnam..baru padan muke die..hehehe.. 🙂
    Tanah Tumpah Darahku!!!
    Go Tigers!!!

    Reply
  3. Yas says

    19th November 2011 at 1:47 am

    Pemain2 muda mmg menunjukan peningakatan…terbaik. Ttp kelemahan2 yg ada tu perlu diperbaiki segera…penyerang juga diharap lebih peka dgn peluang yg ada

    Reply
  4. chekgu naman says

    19th November 2011 at 1:38 am

    kenapa izzat macam gementar je malam tu..pastu takde penyudah pulak tu..harap² barisan penyerang dimantapkan..mungkin jumpa Indonesia semual di final nanti 😉

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2011 at 7:25 am

      Mungkin terganggu dengan amaran dari pengadil UAE agaknya.

      Reply
  5. b3njy says

    18th November 2011 at 11:52 pm

    pentingnya berkorban untuk keluarga … seminit sebelum perlawanan bermain B3njy dah dapat rasakan kemenangan berpihak Malaysia lebih2 lagi bila peminat Indonesia tidak menghormati lagu Negara Ku … sakitnya hati … rasa nak bok je stadium tu …

    Reply
  6. titan says

    18th November 2011 at 10:01 pm

    dari segi serangan dah ok. tapi penyudah kureng. kalau izzaq leh jadi something, aku yakin malaysia akan jadi pasukan penyerang yang paling menggerunkan. defend bermain dengan baik. tapi risau gak sebab boleh lambung kekadang terlepas gak bola tu..nasibla tak gol malam tadi..

    Reply
    • akubiomed says

      18th November 2011 at 10:22 pm

      Izzaq boleh pergi jauh dengan ketinggian dan kelincahan beliau akan matang dibahagian serangan.

      Reply
      • Yas says

        19th November 2011 at 1:51 am

        harap2 beliau dpt perbaiki kelemahan yg ada…:)

        Reply
  7. LoveHijau says

    18th November 2011 at 9:13 pm

    Memang berbaloi kemenangan nie di depan hampir 80 ribu penonton yg dok cerca Lagu Negaraku

    Reply
    • akubiomed says

      18th November 2011 at 10:25 pm

      Bagi saya skuad Harimau Muda mempunyai mental yang kuat bayangkan terpaksa naik dan balik sampai menaiki kereta perisai Barracuda ketika memasuki Stadium.

      Reply
  8. faiz says

    18th November 2011 at 8:58 pm

    malaysia boleh..teruskan usaha lagi..

    Reply
  9. Jai says

    18th November 2011 at 6:53 pm

    Mlm tadi kat kedai umah aku bukan main riuh indon ngan malaysia dok tengok bola.. Happening beb..he3. Lagi happening bila malaysia menang, penyokong indonesia diam… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2011 at 12:10 am

      Pernah dahulu ketika membeli burger lari sekejap ke restoran berdekatan untuk mengetahui kedudukan Harimau Malaya ketika bermain di Piala AFF Suzuki tahun lepas.

      Reply
  10. ZoOL says

    18th November 2011 at 6:40 pm

    tak silap aku,umur shahrul18 thn, pki jersi 18 kan? pastu die score pada waktu hampir ke 18mins dan tarikh ari ni ialah 18… best tul nombor ni ;P

    Reply
    • akubiomed says

      18th November 2011 at 6:53 pm

      Kebetulan no 18 memberi satu keistimewaan kepada beliau.

      Reply
  11. chii says

    18th November 2011 at 11:51 am

    garuda da kena baham dek harimau muda..cayalah..eheh..

    tahniah buat malaysia =)

    Reply
    • akubiomed says

      18th November 2011 at 6:54 pm

      Harimau sudah menunjukkan taringnya. 🙂

      Reply
      • chii says

        18th November 2011 at 8:57 pm

        heheh..tu yang kita mau..

        owh ye..kenapa dengan blog ni ya siang tadi..chii x boleh nak access..nasib baik ok da skrg ni =)

        Reply
        • akubiomed says

          18th November 2011 at 10:32 pm

          Blog saya ada masalah tidak boleh akses pada waktu petang kerana ada masalah teknikal. Difahamkan ada pelanggan yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan pengguna lain termasuk saya mengunakan server yang sama tidak dapat menampung beban. Pihak bantuan teknikal telah memperbaiki dan blog saya kembali boleh diakses.

          Reply
  12. zik says

    18th November 2011 at 11:18 am

    tahniah malaysia !! mungkin indonesia ada simpan sikit strategi… tak tahulah macam mana kan.. kalau melihatkan perlawanan indonesia pun ada peluang keemasan.. tapi diaorng pu ntak manfaatkan sebaiknya… izzaq faris kalau dia tak tergelincir mungkin ada peluang.. cuma ramai yang dah dapat kad kuning pertama.. lawan myanmar nanti..jangan kena kad lagi buat baddrol bakhtiar, izzaq, dan fakri..
    10q cr link 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th November 2011 at 6:56 pm

      Tidak salah saya sudah 8 pemain Harimau Muda telah mempunyai kad kuning.

      Reply
  13. hafizmd says

    18th November 2011 at 11:01 am

    satu corak permainan yg aku rasa byk improve berbanding game2 sebelum ni…

    teruskan di semi final dan terus ke final dan terus menang sekali lagi..

    kita kasi diam itu peminat garuda!!!!!

    Reply
    • akubiomed says

      18th November 2011 at 6:56 pm

      Permainan Harimau Muda sudah nampak peningkatan.

      Reply
  14. ohcikgu says

    18th November 2011 at 10:55 am

    Malaysia memang hebat malam tadi. Tahniah harimau muda!

    Reply
    • hafizmd says

      18th November 2011 at 10:57 am

      mmg lebih hebat dari game2 sebelumnya 😀

      Reply
  15. wahida says

    18th November 2011 at 10:53 am

    tahniah Malaysia!!

    tapi cukup bengang bila Indon tak hormat kan pemain Malaysia sedang nyanyikan Negaraku!!

    Reply
    • hafizmd says

      18th November 2011 at 11:00 am

      biarkanlah mereka yg memang kadang2 masih macam kurang tamadun (segelintir mereka)

      Reply
    • akubiomed says

      18th November 2011 at 6:57 pm

      Susah hendak cakap kalau sudah tidak ada timbul rasa hormat walaupun serumpun.

      Reply
  16. hafidz says

    18th November 2011 at 10:49 am

    takpa la bro layan live streaming. yang penting kepuasan hati itu pasti terasa sebab Harimau Muda telah BERJAYA! :d

    Reply
    • akubiomed says

      18th November 2011 at 6:58 pm

      Sudah semestinya tidak mahu ketinggalan untuk menonton musuh tradisi bertembung.

      Reply
  17. suri says

    18th November 2011 at 10:41 am

    bila dah menag satu gol rasa bangga jap haa..klu dua lagi le tepuk tangan

    Reply
    • akubiomed says

      18th November 2011 at 6:59 pm

      Banyak peluang sebenarnya malam tadi. Walaupun 1 gol ia tetap bermakna.

      Reply
  18. suri says

    18th November 2011 at 10:39 am

    yeS!! itu memang semestinya kita menag haaaa

    Reply
  19. dinsblog says

    18th November 2011 at 8:25 am

    puas hati betul tengok msia menang…dengan penonton yg tak hormati lagu negara org lain

    Reply
    • akubiomed says

      18th November 2011 at 7:00 pm

      Sedih juga lagu Malaysia diperlakukan sebegitu. 🙁

      Reply
  20. puanbee says

    18th November 2011 at 8:04 am

    tahniah buat skuad Malaysia , bangga juga 🙂

    Reply
  21. anif says

    18th November 2011 at 1:30 am

    Tahniah buat pasukan negara..

    Kecemerlangan dan momentum kemenangan perlu diteruskan lagi.. sehingga mencapai matlamat.

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in