• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Kenduri kahwin datang lagi

Kenduri kahwin datang lagi

23rd March 2013 by akubiomed 51 Comments

Kenduri kahwin adik ipar meriah dan penuh makna.

Alhamdulillah urusan perjalanan pernikahan 2 adik ipar perempuan yang dilangsungkan secara sederhana telah selamat dilaksanakan. Satu cabaran mengurus 2 pasangan yang berkahwin didalam satu majlis kenduri kahwin.

kenduri kahwin
red carpet ke pelamin pengantin

Majlis kenduri kahwin diuruskan secara gotong royong.

Lega dan syukur majlis pernikahan yang dilaksanakan 2 pasangan pengantin berjaya disempurnakan dan penuh makna. Urusan bermula persediaan majlis akad nikah sehinggalah majlis kenduri kahwin untuk 2 pasangan serentak berjaya dilaksanakan secara adik beradik dengan kerjasama jiran tetangga dan saudara mara secara gotong royong. Adik-beradik ipar bersepakat melaksanakan menguruskan majlis kenduri kahwin.

kaum ibu gotong royong menyediakan bahan untuk dimasak
kaum lelaki memotong daging lembu

kaum lelaki memasak di kenduri kahwin
memasak rendang ayam
rendang ayam

Amalan ‘Pulang’ meringankan beban keluarga pengantin.

Dikampung isteri saya masih mengamalkan gotong royong jika ada majlis kenduri kampung dikalangan kariah penduduk kampung. Amalan ‘Pulang’ adalah meringankan beban keluarga yang melaksanakan majlis kahwin dengan memberi beras, gula, minyak, telur dan sebagainya oleh jiran tetangga dan saudara mara. Barangan yang diberikan akan dipulang jika jiran tetangga melaksanakan majlis kahwin pada masa akan datang.

Adik ipar dan mak saudara cucuk bunga telur @ bunga pahar 
bunga telur @ bunga pahar yang sudah siap

adik ipar pasang pelamin
pelamin pengantin utama
pelamin di hari nikah

Beberapa perkara dapat dijimatkan seperti pelamin dan solekan pengantin, 2 adik ipar lelaki mempunyai kemahiran tersebut. Sudah tentu sentuhan terbaik akan diberikan untuk 2 adik ipar yang bakal melangsung perkahwinan.

Hari Pertama (Jumaat) berlangsung majlis akad nikah.

Hari kedua (malam Sabtu) berQasidah dan Malam Berinai besar.

pasangan pengantin di Malam berinai besar

Hari kedua (Sabtu) Majlis kenduri kahwin.

cup cake diberikan kepada hadirin yang hadir
Abang Koning jadi penaga
baju rasmi penaga warna biru

rendang ayam
acar timun berempahh
daging masak kurma
paceri nanas

Adat di Melaka pengantin lelaki perlu bayar tol untuk dapat duduk dengan pasangan di pelamin

Muka abang Long di sapu arang oleh sepupunya

Menjadi adat di Melaka akan ada kejar-mengejar bermain mencolek arang pada muka yang menjadi mangsa sekadar untuk berseronok selepas selesainya majlis kenduri kahwin dan sesetengah tempat bermain simbah air.

  • Majlis kahwin adik ipar sederhana tetapi meriah
  • Majlis Akad Nikah adik ipar
  • Undangan kenduri kahwin pada musim cuti sekolah

Filed Under: blog Tagged With: kenduri kahwin

Reader Interactions

Comments

  1. hafizmd says

    4th April 2013 at 3:00 pm

    Meriah! Moga2 gotong-royong ni akan ttp diteruskan oleh generasi baru nanti…ameen

    Terliur ambe tgk daging masak kurma tuh..hehe

    Reply
  2. maszull says

    2nd April 2013 at 10:36 am

    assalamualaikum akubiomed…seronoknya ada majlis kahwin yg part last tu yg paling seronoknya..;)

    Reply
  3. Kamal Mustafa says

    27th March 2013 at 4:14 pm

    Seronok kalau buek kenduri di kampung, kawasan lapang, orang kampung ramai menolong.

    Reply
  4. Mak Dara says

    27th March 2013 at 12:12 am

    perghhhh meriah sungguhhhhhhhhhhhhhhh

    Reply
  5. AmiRini says

    26th March 2013 at 2:38 pm

    meriahnya…
    semoga hubungan mereka kekal hingga ke syurga..

    Reply
  6. akhil says

    26th March 2013 at 1:36 am

    wah kawen 2 skali gus..meriah abes.
    owhh tu laa gmbr bdk dlm entri tribute lahad datu tuu..kene contengf arang rupanya hahaha!!

    Reply
  7. Izzat Eshak says

    26th March 2013 at 1:11 am

    Masuk cuti sekolah lagi minggu ni, pasti lagi banyak kenduri kawen

    Reply
  8. Amanina says

    25th March 2013 at 11:00 pm

    Seronok kalau kenduri, semua org kerjasama gotong royong.

    Reply
  9. Kak Long Mawar Merah says

    25th March 2013 at 6:44 pm

    Seronoknya bila ada gotong-royong begini. Macam masa dulu2, memang kemeriahan begini terasa sebab semua orang kampung dan sanak saudara berkumpul lebih awal, bukan setakat semasa hari nikah atau langsung aje, kan?

    Reply
  10. Norfanil says

    25th March 2013 at 1:01 pm

    meriah…. bagus pos ni.. secara tak langsung dapat info kahwin di melaka secara kampung..

    Reply
  11. hafiz says

    25th March 2013 at 10:47 am

    meriah ada dua pengantin, pengantin perempuan tu kembar ke bro..

    Reply
  12. anif says

    25th March 2013 at 9:33 am

    Meriah betul majlisnya.. 😀

    Reply
  13. Aya says

    24th March 2013 at 11:42 pm

    cantik pelaminnya… akubiomed dan isteri dah macam pengantin baru dah..hehhee

    Reply
  14. Petua Puteri says

    24th March 2013 at 10:03 pm

    ye laaa .. macam kembar la kedua2 pengantin tu.. jgn tersalah ambik bini sudah lah…. heee

    psst: cantik2 gambar nya…

    Reply
  15. zik says

    24th March 2013 at 9:27 pm

    kalau di johor ada tol sebelum duduk di pelamin… meriahnya… besar budget nih… huhu

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2013 at 7:13 am

      2 pasangan sekali jalan. Mana yang boleh dibuat sendiri dapat mengurangkan kos.

      Reply
  16. Dulu Lain Sekarang Lain says

    24th March 2013 at 8:12 pm

    Hmm.. jurugambar pon sempat naik pelamin gak. Teringat memori silam ker? 😀

    Reply
  17. hanafi abdullah says

    24th March 2013 at 9:28 am

    saat paling indah dalam hidup naik pelamin…

    Reply
  18. azura says

    23rd March 2013 at 3:44 pm

    muka pengantin perempuan macam kembar bro…wow meriahnya

    Reply
  19. suri says

    23rd March 2013 at 3:24 pm

    di Melaka adat ini masih kaya lagi

    Reply
  20. suri says

    23rd March 2013 at 3:20 pm

    abe weh..mempelainya sempat lagi tacap lip goss yah heeee

    Reply
  21. suri says

    23rd March 2013 at 3:18 pm

    tengah tgu pic loading heeee byk gambar dah..

    Reply
  22. papa mifz says

    23rd March 2013 at 1:50 pm

    Amboi siap ada baju rasmi yer..

    Pasti lega apabila majlis telah selesai dan berjalan dengan lancar,kan?

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2013 at 10:15 pm

      Sudah tentu lega apabila segala urusan yang dirancang selesai.

      Reply
  23. sukma says

    23rd March 2013 at 12:54 pm

    kalau belah melaka mas kahwin RM 40…paling murah & mampu milik hehehe..
    ada pakai lagi sanggul baba & nyonya tu ekk…?

    Reply
    • suri says

      23rd March 2013 at 3:25 pm

      tu yg paling murah heee klu negeri lain mmg lain harga

      Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2013 at 10:17 pm

      Cuba kekalkan budaya atas permintaan adik ipar yang berkahwin.

      Reply
  24. TehR says

    23rd March 2013 at 12:21 pm

    tahniah kepada pasangan pengantin
    moga2 kekal bahagia dunia dan akhirat

    aku belum pernah dapat peluang main kejar-kejar conteng arang ni
    hehe, mesti best je budak2 tengok orang dewasa main kejar2
    atau khas untuk budak2 je, bro?

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2013 at 10:19 pm

      Semua peringkat umur yang bermain arang ini. Selalu terkena colekan arah tanpa ketahui dari mana datang.:-)

      Reply
      • TehR says

        24th March 2013 at 10:57 am

        kalau hidangan yang ditempah, bukan dengan cara masak gotong royong, tak ada la adegan contong arang ni
        atau disediakan juga oleh tuan rumah?

        Reply
  25. Bahrain says

    23rd March 2013 at 9:15 am

    Wah!!!..nampak meriah je…..hehe
    tahniah kat adik ipar..

    Reply
  26. Oneblogsocial says

    23rd March 2013 at 9:08 am

    Tahniah yang baru kahwin,teringat sekali dengan kampung.Yang berlainan jika di sini yang memasak kaum lelaki di kampung saya yang memasak ibu ibu atau kaum perempuan.

    Reply
  27. amirulfaiz says

    23rd March 2013 at 7:35 am

    Gambar pengantin lama yang pakai t-shirt biru berseluar jeans berposing atas pelamin ye? 😀

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2013 at 10:20 pm

      Ambil mood duduk atas pelamin yang sudah lama tinggal.:-)

      Reply
  28. Mus says

    23rd March 2013 at 6:59 am

    Gambar dah cantik.. makanan nampak sedap.. bestnya kenduri kawen…

    Reply
    • suri says

      23rd March 2013 at 3:26 pm

      tunggulah cuti sekolah lagi penuh heee

      Reply
      • akubiomed says

        23rd March 2013 at 10:21 pm

        Cuti sekolah sudah mula lagi banyak jemputan kenduri kahwin.

        Reply
  29. KiD says

    23rd March 2013 at 6:28 am

    waaaaaahhhhh… syukurlah dah selesai.. istilah ‘pulang’ yea. ada yang istilah ‘menanam’ atau ‘tanam’ dalam hal yang sama.. haaaaa.. semoga pengantin berbahagia hingga hujung nyawa.. waaaaah, kena calit arang.. dulu, siap simbah air sirap.. hahhahaaa

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2013 at 10:22 pm

      Nak buat macam mana bro. Kalau pengantin selalu kena ketika kusyuk cuci periuk belanga.

      Reply
  30. Ladfe Amir says

    23rd March 2013 at 6:07 am

    alhamdulillah..selesai sudah. selamat pengantin baru untuk kedua2 pasangan mempelai. semoga bahagia hingga akhir hayat. in shaa Allah

    Reply
  31. staibaqhang says

    23rd March 2013 at 6:05 am

    Wah.. Mmg best bila dpt cover majlis 3 pasangan…eh 2 pasangan pengantin baru dan satu pasangan pengantin tak berapa nak baru… Apa pun cantik gambar tu… Ada area melaka ni mmg unik.. Teringan nak cover event mcm tu

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2013 at 10:23 pm

      Terima kasih bro. Banyak kemahiran yang perlu dikuasai ketika membidik.

      Reply
  32. titan says

    23rd March 2013 at 5:22 am

    fuhh..kenduri lagi..

    Reply
  33. auc says

    23rd March 2013 at 2:09 am

    Alhamdulillah yg penting dah selamat 🙂

    Reply
  34. Azman Ishak says

    23rd March 2013 at 1:14 am

    kiranya ade 3 pasangan pengantin la ni eh? hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2013 at 1:21 am

      Pasangan no 3 tidak masuk senarai cuma ada sedikit gatai. 🙂

      Reply
      • KiD says

        23rd March 2013 at 6:29 am

        hahhaa… gatai gatai manja takpa… 🙂

        Reply
      • Azman Ishak says

        23rd March 2013 at 10:56 am

        hahaha… aku pon same gak. kalau tangkap gambar orang kawin.. aku pon nak numpang pelamin orang. amik berkat. hehehehe

        Reply
        • akubiomed says

          23rd March 2013 at 10:24 pm

          Ha.haa….statement hampeh.:-)

          Reply
  35. Hairul Azni says

    23rd March 2013 at 1:13 am

    Eh..ehh..dua-dua gambar yang last tu…

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2013 at 1:24 am

      Sudah lama tidak merasa naik atas pelamin. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in