• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Kelas Fotografi Botani di Taman Botani Putrajaya

Kelas Fotografi Botani di Taman Botani Putrajaya

2nd November 2014 by akubiomed 23 Comments

Kelas Fotografi Botani bersama Pak Ya

Peluang belajar fotografi di Kelas Fotografi Botani di Taman Botani, Putrajaya. Terima kasih kepada Ai Media kerana menganjurkan Jom Botani. Satu peluang yang tidak dilepaskan untuk menambah dan perbaiki teknik fotografi.

Tidak pernah kenal erti jemu dengan dunia fotografi

Ini adalah kelas fotografi yang ke 6 saya menuntut ilmu fotografi dari peringkat asas hinggalah dengan peringkat pertengahan. Secara jujurnya saya tidak pernah jemu untuk menambah ilmu fotografi kerana ada beberapa bahagian rasanya perlu diperbaiki. Kali ini dapat peluang untuk mempelajari Fotografi Botani di Taman Botani, Putrajaya.

Pak Ya seorang yang cukup berpengalaman dengan fotografi

Belajar daripada encik Zakaria atau dipanggil dengan Pak Ya merupakan seorang kakitangan Taman Botani Putrajaya. Saya terkedu apabila mendengar beliau mempunyai pengalaman mengunakan Twin Lens Reflect(TLR) pada awal penglibatan dalam dunia fotografi. Beliau seorang yang cukup berpengalaman luas didalam fotografi kerana pernah mengunakan kamera filem hinggalah kamera dslr digital. Mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi sejak tingkatan 4 dan sudah merata dunia berjalan.

Kelas tambahan fotografi bersama Pak Ya

Banyak ilmu yang dikongsikan oleh Pak Ya yang tidak pernah jemu berkongsi tip dan teknik. Sebagai seorang yang kuat fundamental ilmu fotografi adalah satu kerugian jika tidak manfaat ilmu yang dicurahkan. Beliau juga meluangkan masa mengajar kelas tambahan fotografi untuk mereka yang ingin ilmu tambahan dan masih kurang faham. Saya mengambil peluang untuk menimba ilmu lagi sehinggalah jam 3.30 petang dengan beberapa peserta lain.

Kesimpulannya saya memperolehi beberapa ilmu yang dapat diperbaiki teknik fotografi dan penggunaan kamera digital dslr. Sebelum ini sudah beberapa kali telah diberitahu oleh guru-guru fotografi tetapi tidak diambil perhatian. Insyallah berusaha untuk menjadi lebih baik dan berasa kurang puas hati selepas membelek gambar bidikan lama pada padangan diri sendiri sudah cukup bagus. Sebenarnya biasa-biasa sahaja.

Sangat berbaloi berlajar Fotografi Botani di kelas fotografi anjuran Taman Botani Putrajaya. Ilmu yang diterima boleh digunakan untuk memperbaiki kelemahan dan teknik mengambil gambar. Saya umpamakan diri saya adalah pokok yang kerdil berbanding pokok-pokok besar. Begitulah jurang pengalaman dan ilmu fotografi.

Sila tekan butang kongsi:

  • Jom Outing bersama Tarmizi Shukri di masjid Putrajaya
  • Moroccan Pavillion @ Astaka Morocco aku datang
  • Jom Join Contest : Fotografi - Ceriakan Hidupmu!

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Mohd Zarin says

    8th November 2014 at 12:38 pm

    Bestnya. Rugi x tau psl kelas ni

    Reply
  2. Norizwan says

    5th November 2014 at 8:47 pm

    sangat rugi jika tidak pergi menimba ilmu….dengar yurannya sangat murah…hanya rm 20 sahaja….saya memang teringin nak pergi tetapi ada tugas lain perlu selesaikan…

    Reply
  3. Hafizul says

    5th November 2014 at 1:42 pm

    Seronok kan dapat ilmu daripada mereka yang berpengalaman…bro memang minat bab ni..mesti tak jemu punyalah..hehe

    Reply
  4. Ismail N says

    5th November 2014 at 10:56 am

    Sejak ada iPhone, dah lama terperuk kamera DSLR kawe di rumah. Entah boleh pakai lagi ker tidak 😀
    Kureng sudah minat fotografi kawe he he skrg.. Hangat2 tahi ayam 😉

    Reply
  5. hazman aka species1980 says

    4th November 2014 at 3:05 pm

    Selain dapat belajar dan perbaiki skil kemahiran – kita dapat tambah kenalan baru yang sama minat dengan kita…..

    Reply
  6. ajumohit says

    3rd November 2014 at 9:57 pm

    cantik gmbr tu, dah lama tak ber dslr 😉

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 10:56 pm

      Boleh diperasapkan kembali DSLR tersebut. 🙂

      Reply
  7. Mus says

    3rd November 2014 at 8:45 pm

    mantap hasilnya bro.. bokeh leleh

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 10:57 pm

      Nak kurang tabiat bokeh leleh pada masa hadapan. 🙂

      Reply
  8. Faizura says

    3rd November 2014 at 5:18 pm

    fotografi pun salah satu cabang ilmu. kalau dimanfaatkan dapat pulak pahala…kan best tu

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 10:58 pm

      Ya kalau kena cara boleh mendidik.

      Reply
  9. Noriza Rahman says

    3rd November 2014 at 3:16 pm

    Kagum sebenaqnya dengan depa yg duk galaih kamera ambik gambaq sana sini, mencintai sungguh alam kamera ni kan. Tahniah!

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 10:58 pm

      Minat dan kesungguhan tentu menghasilkan sesuatu yang berbaloi. 🙂

      Reply
  10. suri says

    3rd November 2014 at 10:10 am

    kala kitra rasa kita ada banyak ilmu sebenarnya masih banyak juga ilmu kita tidak ketahui darinya

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 10:59 pm

      Saya tidak pernah kenal jemu untuk mencari ilmu.

      Reply
  11. Arham Md Ali says

    3rd November 2014 at 5:50 am

    Teringin jugak nak join kelas macamni, untuk berkongsi pendapat, meluaskan network yang ada, nak tengok cara shooting dan photo instinct orang lain tapi setakat ni tak ada rezeki lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 10:59 pm

      Ai Media kerap anjurkan outing bolehlah sertai di masa hadapan.

      Reply
  12. Izan says

    2nd November 2014 at 8:43 pm

    gambar cantik dan terbaik.. tapi izan takde kamera-kamera mahal tu semua.. hmm

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 11:00 pm

      Tidak menjadi masalah. Kamera DSLR hanyalah tool. Boleh ambil gambar cantik dengan Smartphone dan Digital Camera.

      Reply
  13. titan says

    2nd November 2014 at 2:10 pm

    gambar last tu memang terbaik.

    gua suka.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2014 at 12:06 am

      Terima kasih. Antara banyak-banyak gambar yang anak pokok pilihan saya.

      Reply
  14. nafisa81 says

    2nd November 2014 at 2:05 pm

    Koi reti pakai kamera kat hp je…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2014 at 12:07 am

      Ramai juga mengambil dengan baik dengan mengunakan telefon bimbit.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in