• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Kejutan belanja McDonald’s Chicken McNugget untuk abang Ngah.

Kejutan belanja McDonald’s Chicken McNugget untuk abang Ngah.

23rd September 2015 by akubiomed 24 Comments

Berazam belanja McDonald’s Chicken McNugget untuk anak-anak.

Sejak kebelakangan ini agak sibuk dan selalu balik lewat. Kalau sampai rumah hanya ada masa yang terhad untuk luangkan masa bersama anak-anak sebab yang besar-besar akan pergi kelas tambahan. Pukul 10 malam baru habis kelas dan dah nak masuk tidur. Tinggal yang sekecil sahaja.

Berazam buat kejutan belanja McDonalds.

Saya berazam untuk membuat kejutan belanja Chicken McNugget untuk anak-anak terutama abang Ngah yang suka makan Chicken McNugget. Inilah peluang saya untuk mengeratkan hubungan anak beranak melihat kegembiraan mereka bergurau senda dan tersenyum sampai ke telinga ketika makan Chicken McNugget. Saya pun melayari internet ke laman rasmi Mcdonalds Malaysia untuk promosi terbaharu.

Misi kejutan hampir kantoi.

Agar mencabar juga nak buat kejutan untuk anak-anak. Maklumlah bukan mudah untuk merahsiakan daripada mereka sebab bau McNugget hampir membuat saya kantoi. Walau pun ditanya oleh anak-anak saya berpura-pura menafikan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Kejutan belanja McDonalds di lokasi rahsia.

Saya membawa merancang nak buat kejutan belanja McDonalds dengan membawa mereka berkelah di suatu lokasi tidak jauh dari rumah. Anak-anak masih meneka-neka apa yang berlaku.

Selepas masing-masing duduk dipangkin teratak, saya pun mengeluarkan McDonalds. Wah bukan main suka mereka.

Masing-masing sudah menyerang Chicken McNugget terlebih dahulu.

Sos baharu untuk Chicken McNugget, kiri ada sos sweet Honey Mustard dan kanan adalah sos French Cheese. Nampaknya anak-anak suka akan perisa kedua-dua sos baharu ini.

Abang Ngah senyum-senyum dapat makan Chicken McNugget.

Chicken McNugget yang dicelup dengan sos French Cheese.

Chicken McNugget dicelup dengan sos Sweet Honey Mustard

Aslah ini makan Chicken McNugget atau rasa sos Sweet Honey Mustard?

Apa lagi masing-masing serbu untuk mendapatkan McNugget dengan mencelup sos baharu Chicken McNugget iaitu French Cheese dan sweet Honey Mustard.

Aslah sudah gigitan kali kedua untuk Beef Samurai Junior. Laju betul makan.

Abang ngah tidak pandang kiri-kanan lagi meletakkan sos cili diatas Beef Samurai Junior.

Video kejutan belanja McDonalds Chicken McNugget untuk abang Ngah.

Kesimpulan saya sangat berpuas hati berjaya melaksanakan misi kejutan belanja McDonalds untuk anak-anak. Yeah, Mission Accomplish.

  • Momen indah hujung minggu dengan picnic bersama keluarga
  • Pengalaman sekolah untuk tahun 1 sesi 2011
  • Pembukaan sekolah dan sambutan tahun baru 2014

Filed Under: advertorial Tagged With: chicken mcnugget, mcdonalds, mcdonalds mcnugget, mcnugget

Reader Interactions

Comments

  1. cik tom says

    2nd November 2015 at 10:01 am

    dah lama tak makan mcd…sedap tgk diorg makan…berselera..tahniah misi menjadi 🙂

    Reply
  2. Ummi Hanie says

    4th October 2015 at 4:14 pm

    aduhai terliurnya tengok nugget tu dicicah sebegitu rupa :p

    Reply
  3. JMR says

    30th September 2015 at 8:45 am

    besar-besar dah anak bro..bagus gini mencari masa luangkan bersama anak2 kan

    Reply
  4. myliferia says

    29th September 2015 at 4:21 pm

    Tak perlu nak bersusah payah nak gembirakan anak-anak. Yang pasti, tempiasnya akan buat mak ayah yang lebih happy 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      29th September 2015 at 9:03 pm

      Masa kualiti bersama keluarga sangat mahal harganya. Masa yang berlalu tidak boleh putar kebelakang.

      Reply
  5. ahmadyani says

    27th September 2015 at 5:36 am

    Lebih bagus bungkus dan makan di luar berbanding dalam premis. Boleh bersantai-santai dan bergurau berlebih-lebih…

    Reply
    • akubiomed says

      29th September 2015 at 9:04 pm

      Ya, antara satu kelainan yang lebih privasi bersama anak-anak.

      Reply
  6. Noriza Rahman says

    26th September 2015 at 8:59 pm

    Memang dah lama tak melayan nuget McD ni..

    Tengok anak-anak teruja makan ibubapa pun suka kan…

    Reply
    • akubiomed says

      26th September 2015 at 11:58 pm

      McDonalds ada perkenalkan sos baru untuk cicah McNugget iaitu sweet Honey Mustard dan French Cheese. Boleh cuba rasa. 🙂

      Reply
  7. zik says

    26th September 2015 at 3:45 pm

    suka anak2 kejutan macam nih.. hampir kantoi tuh … baunya kuat jugak..

    Reply
    • akubiomed says

      26th September 2015 at 11:58 pm

      Hampir-hampir kantoi. 🙂

      Reply
  8. titan says

    26th September 2015 at 3:08 am

    dah lama jugak tak pi McD.

    Makan nugget kat rumah je. Bini masak. Hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      26th September 2015 at 11:58 pm

      Jangan macam tuh. Apa kata bawa famili merasa McNugget tentu mereka suka. 🙂

      Reply
  9. moque says

    25th September 2015 at 11:53 am

    Budak-budak mmg suka Mc Donalds. Baru je belanja diorang 3 hari lepas. Tapi tak boleh selalu sgt makan makanan segera…

    Reply
  10. DLSL says

    25th September 2015 at 7:52 am

    Hmm.. jarang kawe layan Nugget di McD. Selalunya ambik burger aje. Mana lebih sedap bro..nugget KFC or McD?

    Reply
    • akubiomed says

      26th September 2015 at 11:59 pm

      Part ini payah nak jawab sebab masing-masing ada preference. Apa kata kita cuba McNugget pula. 🙂

      Reply
  11. Tehr says

    23rd September 2015 at 2:05 pm

    mujur juga bukan ‘mission impossible’
    seronok la mereka dapat berkelah dan makan

    Reply
    • Akubiomed says

      23rd September 2015 at 2:22 pm

      Hampir-hampir kantoi sebab anak-anak dapat hidu bau McNugget.

      Reply
  12. zara says

    23rd September 2015 at 1:46 pm

    saya pun baru dapat idea nak surprisekan anak2..dah lama tak luangkan masa makan kat luar dengan diorang..anak2 ni appreciate sgt even bende yg kita buat tu kita rasa xseberapa..bestnye kejutan tu..lagi2 dapat berkelah pulak kan

    Reply
    • Akubiomed says

      23rd September 2015 at 2:23 pm

      Kejutan yang tidaj seberapa tetapi impaknya besar untuk anak-anak.

      Reply
  13. Mus says

    23rd September 2015 at 12:55 pm

    bahagia melihat anak-anak gembira.. tambah pula ada si comel sang puteri..

    p/s: bokeh gambar pun sedap juga tu bro..

    Reply
    • Akubiomed says

      23rd September 2015 at 2:24 pm

      Budak-budak memang suka dapat belanja makan sekali sekala.

      Reply
  14. ohsempapa says

    23rd September 2015 at 12:31 pm

    Terbaiklah usaha untuk membuat kejutan ni. Hahaha…boleh ambe amalkan untuk anak ambe juga. Good idea.

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2015 at 12:00 am

      Kejutan seperti ini bukan setakat gembirakan anak-anak sahaja tetapi boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in