• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kebakaran hutan berdekatan kawasan perumahan

Kebakaran hutan berdekatan kawasan perumahan

8th March 2014 by akubiomed 12 Comments

Cahaya kebakaran hutan menandakan ada kebakaran berlaku

Hari ini ketika mengambil adik beradik Koning ada kelas tambahan malam, ternampak cahaya kebakaran hutan di kawasan bukit tidak jauh dari kawasan perumahan saya.

Ternampak abu diatas cermin dan bonet kereta.

Sudah menjadi rutin akan mengambil adik beradik Koning yang menghadiri kelas tambahan waktu malam. Ketika masuk didalam kereta saya ternampak abu di bonet dan cermin kereta di samar-samar cahaya malam. Saya menyangka ia ada kemungkinan abu yang diterbang dibawa oleh angin akibat kebakaran sampah oleh jiran. Saya mula bertanya kepada diri sendiri ada mereka(yang membakar sampah) ini tidak prihatin larangan membakar sampah diwaktu musim panas dan kering. Saya pun hidupkan enjin kereta memandu ke tempat kelas tambahan.

Nampak cahaya kebakaran hutan di kawasan bukit berhampiaran.

Didalam perjalanan pulang selepas mengambil adik beradik Koning daripada kelas tambahan ternampak cahaya terang dipercayai berpunca kebakaran hutan di kawasan bukit yang tidak jauh taman perumahan saya. Ada beberapa spot kebakaran kelihatan. Menurut anak saya kebakaran berlaku sejak petang.

“Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan.”

Tiada apa yang mampu saya lakukan dengan melahirkan rasa kebimbangan api boleh merebak di kawasan perumahan. Kalau dahulu dapat menonton kebakaran hutan di California dan Australia melalui berita tv. Sekarang ini kebakaran hutan berlaku di negara sendiri begitu hampir dengan kawasan perumaha. Sewaktu lalu jalan yang selalu digunakan untuk tempat kerja boleh nampak kesan kebakaran hutan dan bau terbakar dikawasan semak ditepi jalan. Apa yang saya bimbang addalah habitat unggas akan terjejas akibat kebakaran hutan yang tidak mengenal mangsa.

Memanjat doa agar diturunkan hujan

Apa yang saya mampu adalah memanjatkan doa agar kebakaran api ini tidak merebak ke kawasan perumahan. Dikala penghuni taman tidur mungkin tidak sedar api sudah begitu hampir dengan kawasan perumahan. Mudah-mudahan Allah SWT menurunkan hujan membasahi bumi dan dapat memadam api yang marak merebak oleh tiupan angin.

Sila tekan butang kongsi:

  • Misteri penyelongkar sampah terungkai
  • Aksi adik beradik Koning didalam kereta
  • Makan Satay di Bangi bersama adik beradik Koning

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. papa mifz says

    11th March 2014 at 11:06 pm

    kat area Puncak Alam nih pun banyak kawasan terbuka yang terbakar , kesannya jerebu agak teruk…

    Reply
  2. Ummi Hanie says

    11th March 2014 at 12:56 pm

    bahaya juga tu jika dekat dgn kawasan perumahan

    sepanjang saya bersafar ke KL-Selangor minggu lepas pun beberapa kali ternampak pokok2 di tepi jalan terbakar sendiri

    Malaysia sangat panas. semoga Allah turunkan hujan

    Reply
  3. ema says

    11th March 2014 at 10:36 am

    cuava sangat panas dan kering tika ini..masa balik dr perjalanan kelantan ke KL..kiri kanan belukar ada kesan kebakaran.

    Reply
  4. muhammad fakhruddin says

    11th March 2014 at 7:46 am

    Panas betul Malaysia sampai ada kebakaran hutan. Harapnya kita masih dirahmati Allah

    Reply
  5. Hafizul says

    10th March 2014 at 11:30 pm

    Emm betul tu..api ni kecik jadi kawan la..dah marak merebak susah dah nak dengar kata..emm..tu la..musim sekarang ni jangan la tambahkan lagi panasnya dengan kurang caknanya kita pada alam sekitar…

    Reply
  6. sembangmotor says

    10th March 2014 at 6:40 am

    Kebakaran hutan memang merbahaya dan serius. Di Australia dan Amerika, kebakaran hutan berlaku setiap tahun sehingga meragut nyawa dan kehilangan tempat tinggal. Syukur di Malaysia masih belum sampai tahap serius macam tu.

    Reply
  7. suri says

    9th March 2014 at 3:37 pm

    sediah sukar nak katakan sepajang saya naik bas untuk ke SBB ke kl ada sahaja kebarakan berlaku. ada pula hutan kering, kebun usahakan masih ada bekas-bekas tapak pembakarannya

    Reply
  8. hafiz says

    9th March 2014 at 12:47 pm

    Kat kawasan rumah saya juga ada kebakaran hutan belukar, memang penuh habuk

    Reply
    • suri says

      9th March 2014 at 4:09 pm

      kereta berhabuk juga. sekarang cuaca tak cantik macma dulu-dulu..

      Reply
  9. munirardi says

    9th March 2014 at 6:35 am

    Semoga kebakarannya segera berhenti tak sampai menjangkau kawasan perumahan

    Reply
    • suri says

      9th March 2014 at 4:27 pm

      sana sini terbakar tak di galakkan membakar sampah sevara terbuka

      Reply
  10. Hairul Hissam says

    8th March 2014 at 1:04 am

    Bahaya juga tu jika api terus merebak.. Taiada usaha dari pihak bomba ke bro dalam memadamkan api tu melalui ruang udara?…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in