• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu

Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu

7th May 2011 by akubiomed 122 Comments

Selamat hari ibu. Kasih mu tiada galang gantinya

Tiada wang atau ungkapan yang dapat mengantikan kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah berbelah bahagi menyayangi anak-anaknya. Kadang kala kita terlupa yang kita ini pernah menguris hati ibu samada secara zahir atau perlakuan kita. Tahu tak kita tidak boleh mengucapkan walaupun perkataan ‘Ah’ sekali pun telah dianggap menderhaka. Takut mendengar menderhaka kepada ibu tidak akan dapat cium syurga.

Apabila sudah berumah tangga mempunyai isteri dan anak, dapat memahami berapa susah tugas yang dipikul oleh seorang isteri dan juga ibu yang melayan karenah anak-anak. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu. Anak-anak pula semuanya lelaki lagi huru-hara bak tongkang pecah. Si ibu bijak menjadi orang tengah jika ada pergaduhan antara adik beradik dan merotan jika perlu, bukanlah tujuan mendera tetapi untuk mendidik dan mendisiplin anak itu.

Benar ungkapan mengenai ibu, ‘si ibu boleh menjaga anak 10 orang tetapi belum tentu 10 anak boleh menjaga seorang ibu’. Sementara ibu kita masa ada di muka bumi ini dampinglah mereka dan ambil berat tentang mereka. Wang ringgit bukanlah yang diharapkan oleh seorang ibu tetapi adalah tumpahnya kasih sayang seorang anak. Ibu tidak akan senang duduk jika mengetahui si anak akan pulang. Masa ini adalah masih paling si ibu akan bersusah payah menyediakan menu kegemaran si anak dan merasa puas si anak dapat menikmati hasil tangan sendiri. Selalulah berdoa untuk orang tua setiap kali lepas solat 5 waktu. Hanya doa anak yang soleh bekalan untuk orang tua jika tiada lagi di dunia ini.

Aku dapat merasakan isteriku adalah paling sedih sempena sambutan hari Ibu esok (8 Mei 2011) kerana ibunya telah di jemput ilahi tahun lepas. Semasa ibu mertua aku ada boleh dikatakan setiap hari isteriku menelefon ibunya untuk bertanya khabar. Isteriku pernah berpesan kepada aku selalulah ambil berat kepada ibu sendiri jika sudah tiada nanti tidak berguna sesal dikemudian hari. Jari aku tidak dapat meneruskan untuk menaip lagi kerana kelopak mata sudah mula mempunyai tanda-tanda terbitnya air mata. Cukup setakat ini dahulu. Selamat hari ibu. Halal makan minum dan ampuni segala dosa si anak ini.

Tanniah kepada Mekar kerana beliau adalah komentator yang ke 8,888 untuk blog AkuBiomed.

p/s: Selamat hari ibu kepada blogger wanita yang berkunjung ke blog ini.

Sila tekan butang kongsi:

  • Jangan ambil bukan hak kita
  • Berjaya laksana cabaran ErtiSosial
  • Ada perkara yang tidak akan berubah

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. suri says

    17th May 2013 at 9:45 am

    di manakah sister mekar. dah lama dia menyepi hurm..

    Reply
  2. suri says

    17th May 2013 at 9:38 am

    hai sweet gambar ini meriah dgn anak2 heee..

    Reply
  3. hidaya says

    26th January 2012 at 7:01 pm

    ibuu…. =(

    Reply
    • suri says

      17th May 2013 at 10:26 am

      ibu dekat rumahlah huhu..

      Reply
  4. mohd saiful bin mohamad zaid says

    8th September 2011 at 12:31 pm

    tu lah anak yg tak mengenang budi yg sanggup menconteng arang di muka ibu bertaubat lah jaga lah mereka sebaik yg mungkin……

    Reply
  5. zezebel says

    15th May 2011 at 7:08 pm

    Selamat hari ibu buat semua para ibu. Saya dah jauh dari ibu, kdg2 rasa rindu pula…

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:18 pm

      Oh kesian. Nanti Zezebel selalulah telefon ibu.

      Reply
    • suri says

      17th May 2013 at 10:30 am

      zezebel sabarlah nanti ada masa cuti panjang bolehlah ke sana hee..kalau rindu boleh sahaja call mereka tanya khabar

      Reply
  6. padin says

    12th May 2011 at 8:57 am

    benar apa yang di kata bro,
    kalau dia tahu anak2nya nak pulang
    memang tak senang duduk… 😀

    Reply
    • suri says

      17th May 2013 at 11:41 am

      padin segala macam benda dlm fikiran dia nak masak hee..apa lagi makan kegemaran anknya2

      Reply
  7. Hadi Rofiee says

    12th May 2011 at 8:31 am

    Artikel yang berjaya menyentuh hati. Aku sangat tentang kata-kata ini: “…Ibu tidak akan senang duduk jika mengetahui si anak akan pulang.”. Hal ini kerana aku perasan ia juga berlaku kepada emak aku apabila adik2 yang belajar jauh akan pulang ke rumah. 🙂

    i’Allah, aku tidak akan mempersia2kan ayah dan ibu. Ameen.

    Reply
  8. aimannajmy says

    12th May 2011 at 12:31 am

    kasih ibu membawa ke syurga..

    Reply
    • suri says

      12th June 2013 at 11:28 am

      ini yang buat teman menangis nak balik melaka

      Reply
  9. MEKAR says

    12th May 2011 at 12:05 am

    Masih belum terlewat mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu2 semua.

    Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan buat arwah ibu sya yg telah meninggal sejak saya masih kecil lagi. Saya juga tidak memiliki ibu mertua spti org lain kerana beliau juga telah meninggalkan alam ini sebelum saya bernikah dengan mr suami. Walaupun tidak sempat mengenali tetapi kedua-duanya tetap di hati. Hanya doa yg sya panjatkan. Amin.

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 12:33 am

      Al Fatihah. Tidak pernah kenal ibu sendiri dan sebelah mertua :-(. Selamat Hari Ibu diucapkan kepada Mekar

      Reply
  10. ladfe amir says

    11th May 2011 at 10:07 pm

    Ibu, bapa serta guru adalah insan yang akan sentiasa kekal dalam ingatan dan hati kita. Ibu sememangnya insan yang sentiasa inginkan kebaikan pada anak2nya. Bahkan ibu sanggup berkorban nyawa untuk kebahagiaan dan keselamatan anK2nya

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 1:11 am

      Ada yang menjadi ibu tanpa kerelaan sanggup membuang anak itu yang terasa sedih sangat

      Reply
  11. wazy says

    11th May 2011 at 6:32 pm

    Selamat hari ibu buat isteri bro

    Reply
    • suri says

      17th May 2013 at 12:54 pm

      hari ibu kalau iu degar uca[an kita mesti dia akan rasa terharukan

      Reply
  12. shaharil says

    11th May 2011 at 1:42 pm

    Hanya doa seorang anak saja yang aku dapat berikan kepada ibuku buat masa ini. Nak bagi yang belum mampu lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2011 at 6:22 pm

      Tidak apa doa seorang anak lebih afdal

      Reply
  13. Ismail N says

    11th May 2011 at 10:09 am

    aik… 2 entri sebulan lagi ke bro? keh keh keh.. update sikit ler.. tempek gambar abang koning pun alright gak…

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2011 at 6:28 pm

      Bukan tidak mahu tulis entri baru cuma masa agak terhad. Kalau semua kembali normal tidak menjadi masalah untuk tulis entri dengan kerap. Kalau letak gambar Abang Koning nanti orang bosan pula 🙂

      Reply
      • MEKAR says

        12th May 2011 at 12:11 am

        tumpang menyampuk… Abang koning tu sape ? hehe

        Reply
        • akubiomed says

          12th May 2011 at 12:31 am

          Abang Koning sudah menjadi trademark untuk blog ini. Banyak cerita Abang Koning saya abadikan didalam blog. Kalau ada kelapangan lawat entri archive saya 🙂

          Reply
          • MEKAR says

            14th May 2011 at 11:58 am

            oh.. begitu kisahnya. InsyaAllah bila ada kelapangan. Nak jalan2 kat tempat lain lagi nih hehe

            Reply
  14. benjy says

    11th May 2011 at 12:26 am

    b3njy pun sedih juga kerana menyambut hari ibu yang telah meninggal pada tahun 2008 …

    Reply
  15. ciksembang says

    10th May 2011 at 3:31 pm

    assalamualaikum semua,
    lama benar tak komen kat blog2 sahabat.
    Hilangnya seorang ibu tak dpt digambarkan dgn kata2 spt yg isteri dan saya alami, hargailah ibu kpd sesiapa yg masih mempunyai ibu.
    Sampai satu takat kita rasa kita terpanggil2 ibu kita yg dah tiada disebabkan dah terlalu biasa panggil ibu.

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2011 at 6:46 pm

      Selamat kembali online. Lama juga menyepi? Selamat Hari Ibu kepada CikSembang

      Reply
  16. hafizmd says

    10th May 2011 at 2:47 pm

    Bro, aku baca pun ade juga rasa2 bergenang…huuu…mmg kalah kalau baca@cerita bab2 ibu ini…

    Selamat hari ibu buat semua ibu2…hanya Allah saja yg mampu membalas jasa ibu2 kita…

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2011 at 6:50 pm

      Sama-samalah kita doakan kesejahteraan kedua ibubapa kita

      Reply
      • suri says

        17th May 2013 at 12:57 pm

        harap mereka sihat jika tiada layarkan doa untuk mereka ya

        Reply
    • suri says

      11th May 2011 at 10:16 pm

      sebab pengrobanan mrka dlm mjga kita tak pernh jemu 🙂

      Reply
  17. Hisyam says

    10th May 2011 at 1:25 pm

    Hahaha, memang rajin komen. Tahniah mekar.

    Reply
    • MEKAR says

      12th May 2011 at 12:08 am

      Terima kasih Hisham . 8,888

      Reply
    • suri says

      17th May 2013 at 1:13 pm

      angka 8 memang canti berseri, org cina depa memang suka

      Reply
  18. suri says

    10th May 2011 at 12:35 pm

    cukuplah dari jauh bertanya khbar..sesekli balik kg jua..rasanya nak berpish dgn ibu punyalah seksa..sb dari kecil ibu mjaga..mmbli sepenuh dijawa.

    selamat hari ibu 🙂

    Reply
  19. bEe says

    10th May 2011 at 8:56 am

    Kdg2 ibu pun tak minta kita menjaga dia.. sekadar hubungi ibubapa walau di mana aje telah menggembirakan hati ibubapa 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2011 at 11:38 pm

      Sekarang sudah mudah untuk menghubungi orang tua ada web cam, telefon video 3g, telefon dan macam-macam lagi

      Reply
  20. bEe says

    10th May 2011 at 8:53 am

    SELAMAT HARI IBU JUGA 🙂
    Mmg benar seorg ibu boleh menjaga 10anak & 10anak tak pasti boleh menjaga seorg ibu.

    Sbnrnye, (mcm bEe yg tlh bergelar ibu ni)… utk menjaga arwah emak dulu mmg susah sedikit. Sbb sbg seorg wanita yg tlh bersuami, ada anak, bekerja & masih punya ibubapa bEe ada byk t/jwb perlu digalas. Lagi satu, bila menjaga anak sekurang2nya bila marah @ jentik anak cuma akan nangis & rajuk tak pjg. Mcm org tua, hati sgt sensitif… & kita sbg anak perlu byk main emosi…

    Apa2pun… IBU hanyalah satu dlm dunia & tiada gantinya apabila ibu tiada… 🙂 Sayangi ibu sementara ada

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2011 at 11:35 pm

      Kalau ada peluang jaga orang tua kita. Macam orang tua saya membawa nenek saya yang uzur tinggal bersama sehingga dihujung hayat.

      Reply
  21. donny says

    10th May 2011 at 8:29 am

    Selmat hari ibu…

    Tak lama lagi hari bapa pula menjelma

    Reply
    • suri says

      10th May 2011 at 12:37 pm

      ya itu sudha pasti…tapi hari anak jer tak der…heeee

      Reply
      • akubiomed says

        10th May 2011 at 11:17 pm

        Hari anak cuma sambut hari lahir sahaja 🙂

        Reply
    • akubiomed says

      10th May 2011 at 11:16 pm

      Bila pula Hari Bapa?

      Reply
      • suri says

        11th May 2011 at 10:14 pm

        bulan depan kan heeee…

        Reply
  22. shamizu says

    10th May 2011 at 3:04 am

    Sedih baca artikel kau bro.
    Ibu tak harapkan kita curahkan harta bertimbun-timbun kepadanya tapi cukuplah kita jadi anak yang soleh. Dapat mendoakan mereka di alam barzakh kelak.

    Selamat hari ibu buat semua.

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2011 at 11:16 pm

      Setuju kalau dapat menjadi anak yang soleh, taat kedua ibubapanya dan selalu mendoakan kesejahteraan orang tuanya

      Reply
  23. Mrs.Ayie says

    9th May 2011 at 10:43 pm

    Kasih yang takkan berganti.

    *Selamat Hari Ibu kepada isteri

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2011 at 12:06 am

      Akan saya sampaikan kepada isteri saya

      Reply
  24. sw33tdarling says

    9th May 2011 at 9:47 am

    takziah buat isteri… saya bersimpati pada beliau…

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2011 at 12:33 am

      Saya dan isteri redha apa yang berlaku

      Reply
  25. abby kamil says

    9th May 2011 at 9:32 am

    saya sayang mak saya. tapi saya malu nak wish selamat hari ibu. sebab mak saya garang. hahahahhhaa.

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2011 at 12:05 am

      Garang ibu bersebab dan yang selalu kena marah adalah yang paling disayangi

      Reply
  26. tengkorak emas says

    9th May 2011 at 8:27 am

    selamat hari ibu..

    usah tunggu tali ghaib menarik kita pulang ke pangkuan ibu..tali ghaib itu adalah tika hati ibu berkocak mahukan anaknya pulang..

    Reply
  27. tehr says

    9th May 2011 at 3:41 am

    tak ada yang sama dengan ibu kita, kan?
    selamat hari ibu untuk semua

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2011 at 12:35 am

      Ada ibu angkat yang sangat baik kepada anak yang diambil untuk dijadikan sebahagian keluarganya

      Reply
  28. zik says

    9th May 2011 at 2:18 am

    hari ibu adalah hari-hari…

    Reply
  29. khaizarien says

    8th May 2011 at 11:23 pm

    berharap sangat dapat membalas jasa mak dan buat mak bangga dengan diri ini….

    Reply
  30. sop says

    8th May 2011 at 11:16 pm

    Kasih ibu tiada gantinya. Moga kita akab sentiasa menyayangi ibu, amin

    Reply
  31. Kimmy says

    8th May 2011 at 11:01 pm

    Saya pun kini berjauhan dgn ibu saya. Jadi, klu berkesempatan,kami akan video cam bagi mak tgk saya dan anak2.

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2011 at 7:28 pm

      Sekarang dah muda macam-macam alternatif kita boleh gunakan salah satunya web cam 🙂

      Reply
  32. dnoBiz says

    8th May 2011 at 9:51 pm

    selama hari ibu kepada semua Ibu….
    wah bro komen dah masuk fasa angka bertuah tu… tahniah tahniah

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2011 at 7:25 pm

      Terima kasih bro. Memang berdebar menunggu angka komen bak kata orang Cina ada ong. Ha..ha..

      Reply
      • dnoBiz says

        10th May 2011 at 9:18 pm

        ong dan menuju ketahap yang lebih baik 😀

        Reply
  33. Kimi Rekonen says

    8th May 2011 at 9:40 pm

    tiap2 hari adalah hari ibu

    Reply
  34. Kujie says

    8th May 2011 at 9:39 pm

    Ustazah Kak Jie tak bagi cakap mcm ni “ibu boleh menjaga anak 10 orang tetapi belum tentu 10 anak boleh menjaga seorang ibu” kerana anak itu tanggungjawap didikan ibubapa , kalau 10 anak yg ‘gagal’ menjada ibubapa mereka itu bermaksud ada yang tak kena semasa ibubapa mendidik anak mereka.

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2011 at 7:21 pm

      Mungkin ada betul jika orang tua gagal mendidik anak dengan baik mungkin ada balasan.

      Ada kisah mengenai seorang pemuda pada zaman Nabi Musa ber ibubapakan babi tapi pemuda ini menjaga kedua orang tua dengan penuh sayang dan selalu memanjatkan doa agar Allah SWT mengampunkan dosa kedua ibubapanya.

      Reply
    • dnoBiz says

      10th May 2011 at 9:17 pm

      betul gak tu..
      tapi mungkin untuk ibu ayat tu tak sesuai tapi kalau untuk anak rasanya ayat tu baik untuk dijadikan peringatan supaya kenang kesusahan ibu mereka…
      Ps : sekadar pandangan

      Reply
  35. Ismail N says

    8th May 2011 at 9:19 pm

    Kasih ibu, kasih sejati.. selamat hari ibu bro…
    btw, congrats.. komen blog dah capai angka 8888.. ong tu 😀

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2011 at 7:14 pm

      Sama-sama bro. Semasa lepas komen yang ke 6,666 macam jauh sahaja tapi tidak sangka cepat capai yang ke 8,888

      Reply
      • bEe says

        10th May 2011 at 8:48 am

        Byk tu dah 8888… Nombor cantek… 🙂

        Reply
        • MEKAR says

          11th May 2011 at 11:58 pm

          Harap TUAH 8888 menyebelahi mekar dalam dunia blogging ni 🙂
          hehe macam telek nasib pulak!

          Reply
          • akubiomed says

            12th May 2011 at 12:34 am

            Nombor ada Ong tuh 🙂

            Reply
  36. Fitrihadi says

    8th May 2011 at 9:15 pm

    wah mekar dapat jadi pengkomen ke 8888.. number bertuah tu.. tahniah..

    selagi ibu masih ada, balaslah jasa diorang sebelum terlambat…
    .

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2011 at 7:13 pm

      Dalam tunggu pengomen yang ke 8,888 nyaris terlepas 🙂

      Reply
      • MEKAR says

        11th May 2011 at 11:56 pm

        Itu la. terkejut saya bila nampak “mataku” menempel di atas tu. Ada apa2 yg istimewa ke akubio dengan nombor 8,888 tu ?

        Reply
        • akubiomed says

          12th May 2011 at 12:35 am

          Saya akan letakkan banner Mekar di blog ini dan tweet entri dari Mekar melalui Twitter

          Reply
  37. Ali ridha says

    8th May 2011 at 3:41 pm

    ibu aku masih ada.lagipun umur aku masih muda.

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2011 at 5:44 pm

      Nak gembirakan ibu dengan dapatkannya menantu 🙂

      Reply
  38. eiela says

    8th May 2011 at 3:21 pm

    kasih ibu tak berbelah bahagi. hargai ibu selagi ada kan? mak saya kata, individu yang mempunyai ibu merupakan individu yang paling kaya kat dunia nih.

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2011 at 5:42 pm

      Ada benar juga yang dikatakan Eiela. Terima kasih keatas pesanan tersebut

      Reply
  39. SuManje says

    8th May 2011 at 1:27 pm

    sumanje baru pasang link akuboimed dalm blog sumanje…
    maaf lambat pasang..
    kalau tak keberatan link su balik kalau sudi..
    thanks

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2011 at 5:34 pm

      Tidak ada masalah. Saya sudah letak link SuManje. Terima kasih kerana kurnia link ke blog ini

      Reply
  40. MDHAFiZ.NET says

    8th May 2011 at 12:59 pm

    hargailah mereka sementara mereka masih ada.. selagi kita masih punya kesempatan.. 🙂

    Reply
  41. Iqbal says

    8th May 2011 at 12:50 pm

    ibu ratu hatiku… terlampau banyak jasanya tak mungkin terbalas.

    Reply
  42. azana says

    8th May 2011 at 2:47 am

    bleh wish slamat ari ibu kat saya ke?
    hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2011 at 9:04 am

      Selamat hari ibu kepada Azana 🙂

      Reply
  43. maza says

    7th May 2011 at 11:59 pm

    kelu lidah hendak terungkap..

    apa2 hal pun selamat hari ibu!

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2011 at 9:21 am

      Selamat Hari Ibu kepada bro Maza

      Reply
      • bEe says

        10th May 2011 at 8:46 am

        @maza : nak leleh lah tu… hihihihi 🙂 Selamat Hari Ibu…

        @akubiomed : Selamat Hari Ibu utk wife… Sayangi wife & ibu selagi mereka ada 😉

        Reply
  44. Nadri says

    7th May 2011 at 11:55 pm

    kasih ibu mmg tiada galang gantinya..jasa mereka pada kita cukup besar..skrg aku mmg selalu bertanya khabar dgn emak w/pun tak lama..klu jumpa mesti peluk cium punya..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2011 at 9:22 am

      Rapat sungguh hubungan bro dengan ibu

      Reply
  45. yusri says

    7th May 2011 at 11:42 pm

    lelaki boleh menjaga anak..tetapi macam saya…tak sebaik isteri menjaga anak.

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2011 at 9:23 am

      Kasih sayang ibu lebih erat ketika menyusukan anak

      Reply
  46. adele says

    7th May 2011 at 11:05 pm

    semoga isteri bro bakal menjadi ibu yg hebat kelak..slmt hari ibu utk smua para ibu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2011 at 9:29 am

      Amin, Selamat hari ibu

      Reply
  47. Juan says

    7th May 2011 at 10:50 pm

    setuju dengan artikel ni, bila kita lihat raut wajah ibu, kita akan teringatkan pengorbanan dia da buat kat kita

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2011 at 9:31 am

      Ada juga yang tidak menghormati orang tua dengan menconteng arang di muka mereka. 🙁

      Reply
  48. nizam says

    7th May 2011 at 10:20 pm

    kasih sayang ibu memang tidak dapat dibalas… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2011 at 9:32 am

      Selalu memanjatkan doa untuk orang tua kita

      Reply
    • dnoBiz says

      8th May 2011 at 9:53 pm

      Betul tu Nizam..
      kalau nak dikira denga apa yang dah kita curahkan selama ni rasanya langsung tak dapat nak membayar walau setitikpun susu ibu

      Reply
  49. titan says

    7th May 2011 at 8:47 pm

    macam biasa, malam ni aku kena urut mak aku.Rutin harian. Itu aje yang aku mampu, nak beli banglo untuk mak aku..lom mampu lagi. haha..apapun, aku sayang mak aku.

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2011 at 9:22 pm

      Tidak apa urut kaki emak. Saya tidak berpeluang untuk buat itu semua kerana duduk berjauhan.

      Ambil peluang mengurut kaki emak nanti dapat upah 🙂

      Reply
  50. anif says

    7th May 2011 at 8:44 pm

    Hargai ibu anda sewajarnya.. Selamat Menyambut Hari Ibu.

    Reply
    • bEe says

      10th May 2011 at 8:44 am

      Hargai ibu selagi hayat ibu masih ada…

      Reply
  51. chii says

    7th May 2011 at 5:39 pm

    selamat hari ibu juga buat wife biomed n semua para ibu..

    mak chii sendiri sambut kt PD ngan adik..sempena rombongan cik kiah..ehehe

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2011 at 8:19 pm

      Tentu meriah apabila semua adik beradik dapat bersama 🙂

      Reply
      • bEe says

        10th May 2011 at 8:43 am

        Sememangnya meriah bila berkumpul ramai2 satu tika dulu (masa arwah emak bEe ada lagi). Kalini, agak sayu skit sambutan Hari Ibu… 🙁

        Reply
  52. senyumSOYA says

    7th May 2011 at 5:36 pm

    tahun ni ada kt rumah wish slmt ari ibu kt mak..hihihi..
    slmt hari ibu smua!!

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2011 at 8:18 pm

      Selamat hari ibu dari saya

      Reply
  53. naimulfirdaus says

    7th May 2011 at 5:27 pm

    er, saya pun dah lama tak telefon ibu di rumah..

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2011 at 8:18 pm

      Kenapa telefon bro. Mendengar suara si anak pun sudah merubat kerinduan ibu

      Reply
  54. pipoq says

    7th May 2011 at 4:38 pm

    sebolehnya bukan setahun sekali je baru kita nak menghargai atau mengucapkan ucapan istimewa buat ibu..kalo boleh setiap hari adalah hari ibu kerana tanpa ibu, siapalah kita sekarang ni..

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2011 at 4:56 pm

      Setuju bro. Datuk Dr Fadzilah Kamsah pernah berpesan jangan sekali menanti panggilan orang tua untuk pulang ke kampung

      Reply
      • Mus says

        9th May 2011 at 12:12 am

        ingat pada ibu masa senang atau susahnya..
        pendekan cerita.. setiap saat

        Reply
        • Hisyam says

          10th May 2011 at 1:26 pm

          Setiap hari adalah hari ibu.

          Reply
      • adamfaiz says

        11th May 2011 at 9:13 am

        “Kasihnya ibu membawa ke syurga…..”

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Servis karburator mesin rumput sandang
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in