Program Karnival Keusahawanan 2015 peringkat sekolah.
Aktiviti hujung minggu bersama anak-anak. Jarang aktiviti sekolah dilaksanakan pada hari Sabtu dan Ahad secara berturut-turut. Ada jemputan menghadiri event terpaksa menolak kerana anak-anak pula wajib menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Hari Sabtu baru-baru ini anak lelaki saya yang sulung ada kelas tambahan dan hari Ahad pula Sukan sekolah dan Karnival Keusahawanan. Apa yang saya ingin kongsikan adalah aktiviti menarik yang disediakan di Karnival Keusahawanan 2015 Sekolah Rendah Agama.
Diantara program Karnival Keusahawanan 2015 yang dianjurkan:-
- Pameran & Pertandingan Seni Khat
- Pertandingan mewarna kanak-kanak
- Aktiviti memanah
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma
- Senaman Aerobik
- Pameran & Jualan buku
- Cabutan nombor bertuah
- Taman arnab
- Suppa Doopa Bounce Balloon Kidzania
Pengalaman pertama kali belajar memanah.
Anak-anak saya tidak lepas belajar memanah buat pertama kalinya. Tidak dinafikan anak-anak agak kekok memanah buat pertama kali tetapi pendedahan pertama ini penting untuk memupuk minat dalam sukan memanah ini pada masa hadapan. Saya tidak kesah sangat kalau busur anak panah tersasar kerana banyak perkara perlu dipelajari. Satu permulaan yang baik untuk anak-anak
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
Antara permainan yang mendapat sambutan hangat iaitu Suppa Doopa Bounce Balloon Kidzania di Karnival Keusahawanan 2015. Boleh dikatakan ramai anak-anak suka bermain sehinggalah hari hujan turun tidak ada tanda-tanda anak ini berhenti bermain. Masing-masing menggelongsor laju didalam hujan seperti main gelongsor di taman tema air.
Seni khat perlu dipertahan untuk generasi hadapan.
Gerai Seni khat yang dibuka oleh Persatuan Seni Khat Kebangsaan(PSKK) antara yang menarik minat saya. Sempat meminta menulis nama anak didalam jawi pada harga RM5 sahaja. Seni membentuk jawi yang unik dan gaya yang menarik adalah satu keseniaan warisan islam yang perlu dikekalkan.
PSKK menganjur:-
- Kursus
- Bengkel
- Demonstrasi
- Pameran
- Tempahan Tulisan Khat
Boleh hubungi mereka untuk aktiviti diatas melalui laman rasmi PSKK [+] Persatuan Seni Khat Kebangsaan
Aslah takut-takut untuk bermain arnab-arnab yang comel.
Ada taman arnab untuk anak bermain arnab yang comel dan jinak. Sudah tentu ramai adik-adik terutama perempuan yang suka membelai arnab-arnab comel. Aslah pula jenis penakut dan abang menjadi teman untuk bermain dengan arnab. Barulah Aslah hendak menyentuh arnab.
Pengalaman pertama kali membawa ATV.
Pengalaman pertama kali membawa ATV. Seronok melihat adik beradik ini membawa ATV dengan dibantu dan pantau oleh pemilik ATV. Pengalaman yang tidak mungkin dilupakan buat adik beradik ini.
Abang Koning menang pertandingan seni khat.
Abang Koning secara senyap-senyap telah memasuki pertandingan seni khat yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Khat Kebangsaan(PSKK). Tahu-tahu kata beliau diantara 5 pemenang pertandingan. Saya yang mendengarnya terpinga-pinga dengan apa yang disampaikan. Jauh didalam lubuk hati rasa bersyukur dan gembira kejayaan ini
Abang koning menerima hadiah dan nama ditulis didalam jawi selepas diantara 5 pemenang yang menang didalam Pertandingan Seni Khat.
Belon ini kalau tak ada memang tak sah. Tidak kira budak lelaki atau perempuan suka bermain belon. Kena pula dengan angin yang agak kuat meniup tapak bermain belon ini. Leka anak-anak ini bermain belon.
Antara gerai makanan dan air. Tidak bimbang kalau berasa lapar dan dahaga kerana makanan dijual serendah RM1 dengan mengunakan kupon yang boleh dibeli dari pihak sekolah.
AkuBiomed: Boleh kongsi aktiviti hujung minggu sahabat diruang komen dibawah?
Kecik kecik dah blajar memanahhh.. Mmg terbaik lah dikk
Tahun lepas sekolah anak aku ada buat aktiviti ini. Tahun ni tak tahulah pulak..ANyway memang best lah acara-acara yang berlangsung…
Sekecel itu dah dilatih untuk menjadi usahawan, bagus!
Teringin nk belajar memanah, tapi belum ada rezeki lagi..
Bagus2 memanah ni memang disuruh dalam islam..
Uhh bab memanah tu rasanya paling best .. anak2 sukalah tembak2 ni … cam orang tua gak .. sekali dah try, mesti ketagih …
Lagipun, amalan sunnah ni.
teringin nak memanah lepas dapat gian kat bukit cerakah setahun yang lepas…
pasni boleh abang koning turunkan ilmunya pada adik-adinya pula ya. 😉
Aktiviti sukan ni bagus untuk disiplinkan anak. Disebabkan kedua-dua anak saya perempuan, sukan memanah ni sangat sesuai.
Insya-Allah akan didedahkan pada usia yang sesuai nanti. 🙂
Banyak aktiviti menarik yang dianjurkan untuk kanak-kanak. Memanah adalah sukan yang dituntut selain berkuda. Seni khat bukan hanya untuk anak-anak, juga untuk golongan deasa. Insya-Allah jika anak-anak masih belum mampu menguasai seni khat, mereka akan pelajarinya lagi di masa depan (lihat sekolah juga lah).
wah bestnye karnival ni macam-macam ada, last time kat pesta buku jumpe jugak mamat yang buat khat tu hihi…
Seronoknya dapat belajar memanah. Aktiiti yang jarang diadakan di tempat lain.
meriahnya aktiviti depa… paling menarik aktiviti memanah tu la
Peluang belajar memanah buat pertama kali tidak dilepaskan.
Nice…acara utk ibubapa takde ke?
Ada aktiviti untuk dewasa seperti kempen pemeriksaan kesihatan.
menarik belaka aktivitinya..selain tu anak2 bolehlah mengasah bakat keusahawanan masing2 ya..
Didalam karnival keusahawanan anak-anak tidak berniaga tetapi gerai jualan diuruskan mereka yang membeli tapak gerai.
Tahniah Abang Koning!Seronok tengok budak-budak main outdoor activitiesHujung minggu rehat bersama keluarga di rumah dan pergi kenduri kahwin 🙂
Hujung minggu adalah hari untuk melunjur kaki dirumahkan. 🙂
Teringat maso bebudak dulu buek busur panah sendiri pakai getah, Getah terpelanting labik kena tangan, bukan main perit lagi sakitnya.
Budak-budak zaman dahulu kreatif dengan permainan buat sendiri.
saya suka memanah…saya boleh rasa saya akan hilang stress bila memanah…seolah2 saya sedang memanah seseorang yang saya benci…hahaha…
Marahkan siapalah tuh? 🙂
Huhu..macam mana rasanya dapat memanah ekk..rasa teruja sebenarnya nak cuba main panah memanah ni..
Boleh belajar seperti disaran dalam Sunnah Nabi.
Betul tu bro.. hehe.. insyaAllah..
Taniah abang koning ,
Lagi satu dapat memanah ini memang best , saya pun dah tua gini baru dapat belajar mengunak panah
Berpeluang juga walaupun lewat.
wah bagus.tahniah pandainya abang koning 😉
Tak sangka dalam senyap-senyap abang Koning buat kejutan. 🙂
Happening pula tengok kan aktiviti kat sekolah.
Terasa makayah yang nak join sekali.
Macam-macam ada. 🙂
dulu sekolah aku selalu buat festival macam ni masa belajar dulu
harga makanan semua rm1.
tak leh lebih dari tu.
memang makan sakan la hari tu. haha..
aktiviti plak macam-macam ada..
hahaha.. siap dapat kopun makanan lagi.. kalau ada lebih kawan2 punya, lasi seronok dapat beli makanan byk.
aktiviti yang gelongsong tu pun dkna suka, apatah lagi budak2 hihii
kenapa la dlu zaman aku tak meriah macam ni 😀
Kalau zaman dahulu pihak sekolah akan minta derma ikhlas untuk dana sekolah. Zaman sudah berubah cara ini mungkin cara terkini.