• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kalaulah masa boleh dijual beli

Kalaulah masa boleh dijual beli

17th January 2014 by akubiomed 28 Comments

Masa yang berlalu tidak akan kembali

Tercetus entri ini adalah berkaitan dengan masalah yang saya alami baru-baru ini apabila jam dinding rosak. Memang sukar apabila tidak ketahui jam berapa pada waktu itu. Terfikir sejenak betapa sukarnya kalau masa yang berlalu itu tidak manfaatkan sepenuhnya.

masa

Mensia-siakan peluang keemasan

Tentu diantara kita akan mengeluh dan menyesal tidak dapat melakukan sesuatu yang patut dilaksanakan pada waktu itu dan masa itu. Terasa kesesalan dan kerugiaan amat sangat dengan mensia-sia peluang keemasan yang sepatutnya dilaksanakn sudah tentu membuahkan hasil baik seperti yang diharapkan.

Mengeluh kesesalan dan harap ia tidak berlaku

Ada yang mengeluh dengan mengharapkan sangat ia tidak berlaku pada masa itu. Mengharapkan malang tidak bernasib baik dengan beranggapan berada diwaktu yang salah dan tempat yang salah. Perkara yang berlaku sudah berlalu hanya sesalan amat sangat dan mengharapkan kerosakkan yang dilakukan boleh dibaiki. Tidak semudah itu kalau kerosakkan yang dilakukan tidak boleh diperbaiki dengan mengharap diberi peluang kedua dan harap ia tidak berulang. Perlu diingat ada kerosakkan tersebut menjadi titik hitam selamanya didalam kehidupan seseorang.

Tidak salah menanti masa yang sesuai

Ada yang berdiam diri dengan membuat persiapan rapi untuk mendapatkan waktu yang sesuai yang dijangkakan memberikan impak. Maksud saya kalau melaksanakan terlalu awal dari waktunya mungkin ia tidak diterima dan menemui kegagalan. Situasi ini selalu berlaku didalam dunia perniagaan kalau strategi pemasaran tidak tepat pada masanya ada kemungkinan produk yang dilancarkan tidak mendapat sambutan ada kemungkinan menemui kegagalan.

Jam boleh beli tetapi masa tidak boleh dijual beli

Kalau jam kita boleh beli tetapi masa tidak boleh dijual beli. Kalau ia berlalu maka ia berlalu meninggalkan tanpa  meninggalkan sedikit walaupun sesaat. Bagi yang meminati sukan lumba Formula One, sudah tentu setuju dengan saya kemenangan dengan perbezaan satu saat pun dikira juara. Nampak berapa ketika kritikal perbezaan saat mampu memberi kegembiraan bagi sang juara.

Syukur sudah dapat jam untuk menunjukkan masa

Pergi pasaraya dan kedai jam untuk membeli jam mengantikan jam dinding yang rosak. Setelah tinjau mulut mula terkumat kamit membebel jam yang dicari kurang menarik, harga mahal dan sebagainya. Akhirnya dapat jam yang berkenan dihati dan bukan setakat cantik tetapi dapat menunjukkan masa dengan tepat.

AkuBiomed: Sekali sekala bermetafora dengan kata kunci ‘masa’. Harap ia sampai.

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. fatiha says

    4th December 2014 at 2:59 pm

    Masa memang berharga bagi yg Betul2 menghargainya…Jom beli masa dengan dhuha

    Reply
  2. Ammar says

    23rd January 2014 at 3:53 pm

    Masa itu emas. Jangan kota mensia-siakannya. 🙂

    Reply
    • suri says

      31st January 2014 at 7:47 am

      kalau orang yang berniaga tu katanya masa itu duit

      Reply
  3. hannyabdullah says

    20th January 2014 at 3:43 pm

    Masa tu mmg terlalu berharga sangat. Sebab tu paling pantang kalau org tak suka tepati masa..:)

    Reply
  4. blogger lelaki says

    19th January 2014 at 11:03 am

    masa lalu semakin ajuh kita tinggalkan..kematian pula semakin mendekat..hehehe

    Reply
  5. Aku PEnghibur says

    18th January 2014 at 3:10 pm

    sesungguh jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja.. kerana kita masa yang telah kita tinggalkan tak akan di ulangi.. buatlah pekara yang dalam manfaat di dunia dan di akhirat nanti

    Reply
  6. papamifz says

    18th January 2014 at 1:52 pm

    Tanpa sebuah jam memang agak susah untuk tentukan masa dengan tepat..masa itu kan emas 😉

    Reply
    • suri says

      31st January 2014 at 7:48 am

      yalah rumah saya ada dua jam satu ok satu rosak.tapi bila satu rosak jadi dua rosak huru hara jugalah. bila biasa melihat jam yang sebelum ini tak rosak tetiba rosak mula apa plan selalu masa sering tersasar

      Reply
  7. Fadhil says

    18th January 2014 at 10:37 am

    Paling hampir dengan kita adalah masa depan kita. Paling jauh dengan kita adalah masa lalu kita.

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2014 at 11:02 am

      Tepat sekali. Harap tak leka untuk menyediakan bekalan ke alam yang lebih kekal.

      Reply
  8. chii says

    18th January 2014 at 8:56 am

    kalau la masa bole dijual beli..chii rasa…masa la yg paling mhl akan dijual 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2014 at 11:06 am

      Sudah tentu mahal harganya masakan ada filem In Time lakonan Justin Timberlake dan Amanda Seyfried

      Reply
  9. suri says

    18th January 2014 at 8:46 am

    saya suri ni selalu tengok jam. setiap jam ada emas kalau terlepas pandang jam bahaya silap-sialp waktu berblogging boleh terbabas waktu patut setkan kraf mungkin akan terbengkalai uh..

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2014 at 12:33 pm

      Perlu merancang aktiviti harian supaya masa berlalu tidak disia-siakan

      Reply
  10. suri says

    18th January 2014 at 8:45 am

    dah lama nak cri jam tangan yang baru.yang lama sudah hilang

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2014 at 12:34 pm

      Saya suka jam terutama jam analog berbanding digital.

      Reply
      • suri says

        31st January 2014 at 7:49 am

        apa perbezaan kedua-dua jam itu ?

        Reply
  11. saji.my says

    18th January 2014 at 6:08 am

    Kalau masa boleh dibeli, dah ramai pilih nak umur 15-25, hehe.

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2014 at 12:58 pm

      Umur yang paling produktif dan bertenaga.

      Reply
    • suri says

      31st January 2014 at 7:52 am

      ha lingkaran umur yang amat di gilai tapi masih banyak suka mensia-siakannya..

      Reply
  12. sweetkurma says

    18th January 2014 at 1:35 am

    demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian
    memang ngeri bila sebut pasal masa ni

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2014 at 1:01 pm

      Ya, benar sekali kak Siti. Surah Al Asr sangat jelas menerangkan pentingnya masa dan kerugian kepada mereka yang tidak menguruskan masa dengan baik.

      Reply
  13. TehR says

    18th January 2014 at 1:02 am

    masa adalah harta kita
    pastinya yang paling berharga

    rumah kami tak ada jam dinding
    harap jam pada hp dan komputer je

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2014 at 1:01 pm

      Rasa tidak lengkap kalau tak ada jam.

      Reply
      • suri says

        31st January 2014 at 7:51 am

        payah tak ada jam hidup rasa bagai tak terurus

        Reply
  14. titan says

    17th January 2014 at 11:54 pm

    pakai jam tangan aje. hheehe

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2014 at 1:03 pm

      Tidak selesa memakai jam tangan sentiasa.

      Reply
      • suri says

        31st January 2014 at 7:50 am

        selalu orang guna telefon bimbit sahaja

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG â–²KUBIOMED

Isi alamat email:

â–²KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL