• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Juara dunia 3 kali MotoGP ambil lesen motorsikal

Juara dunia 3 kali MotoGP ambil lesen motorsikal

19th February 2012 by akubiomed 71 Comments

Juara dunia 3 kali MotoGP ambil lesen motorsikal

Macam tidak percaya anak muda berumur 25 tahun berasal daripada Sepanyol ini telah menjuarai Juara dunia 3 kali MotoGP baru mengambil lesen motorsikal. Memang sukar dipercayai kerana beliau telah pun mempunyai lesen A1 untuk menunggang motorsikal kuasa tinggi didalam perlumbaan MotoGP tetapi tidak mempunyai lesen motorsikal untuk menunggang motorsikal di jalanan.

Jorge Lorenzo ambil lesen motorsikal untuk beliau menunggang motorsikal dijalanan

Stroll Jorge Lorenzo - lesen motorsikal

Beliau yang saya maksudkan adalah Jorge Lorenzo daripada pasukan Yamaha Factory Racing yang dahulunya gadingan beliau adalah Valentino Rossi telah berpindah ke pasukan Ducati Team. Rupanya anak muda kacak dari Sepanyol ini baru sahaja lulus ujian teori motorsikal diambil di Barcelona pada 9 Januari lalu membolehkan beliau menunggang motorsikal di jalanan.

“Hey guys! Although it sounds like a joke, i just pass the motorcycle theory test!! 😉 “

Jorge Lorenzo

Kalau kita lihat anak muda kita yang tidak berlesen pun sudah menunggang motorsikal tunggang langgang dan membuat aksi yang boleh membahayakan diri sendiri serta orang lain. Lebih malang lagi motorsikal yang tunggang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Video promosi keselamatan motorsikal oleh Jorge Lorenzo

Kredit: MOTOESCUELA

  • Lorenzo Juara Dunia MotoGP 10.10.10 dan Rossi hebat di podium
  • Senarai anak Malaysia bersaing di MotoGP 2014
  • MotoGP 10.10.10 – Lorenzo aku ingin melihat kamu ditabal World Champ

Filed Under: blog Tagged With: jorge lorenzo, motogp

Reader Interactions

Comments

  1. hairulafiz says

    8th November 2012 at 4:36 pm

    biasalah tu mesti dia asal mat rempit ni….

    Reply
  2. samdaddycool says

    27th February 2012 at 12:22 pm

    juara dunia amik lesen. respek

    Reply
  3. Pejuang Kesenian Extreme says

    27th February 2012 at 9:33 am

    La,baru ada lesen moto rupanya. Kelakar betul bila tau realiti yang sebenar yang pelumba hebat ni tak ada lesen moto..hehehe

    Reply
  4. Norasikin says

    23rd February 2012 at 11:12 pm

    Dia amik lesen keto je sbb dia ada keto. moto tak do.

    Reply
  5. Kak Long Mawar Merah says

    22nd February 2012 at 6:49 pm

    Lesen A1 tak untuk menunggang motor di litar aje ke? Memang baru tahu, ada lesen khas untuk litar sahaja.

    Reply
  6. kimmie says

    22nd February 2012 at 9:52 am

    baguslah macam tu, walaupun dah jadi juara 3 kali tidak besar kepala, masih ikut undang-undang.

    Reply
  7. zulkbo says

    22nd February 2012 at 12:25 am

    salam..
    jenis mat rempit mat saleh la nih
    baru ada talent berlumba motor..he he

    sayang lah..remaja kita tau merempit
    di jalan je..bakat tak diguna sebaiknya
    kalau lumba di litar entah jadi juara dunia
    satu hari nanti

    Reply
    • akubiomed says

      22nd February 2012 at 12:35 am

      Harap tahun in Zulfahmi yang bakal berlumba di kategori baru iaitu Moto3 menunjukkan taringnya yang sebenar. Ujian masa baru-baru ini beliau ditempat ke-6 terpantas.

      Reply
  8. amirulfaiz says

    21st February 2012 at 11:28 pm

    Tabik spring pada Jorge Lorenzo. Walaupun merempit di litar, tapi masih patuh undang-undang di atas jalanraya. Litar ko punya, jalanraya hak bersama okey. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      22nd February 2012 at 12:42 am

      Mereka ini kalau di luar litar tetap menitik berat keselamatan apabila bersukan pemotoran untuk mengekalkan kemahiran.

      Reply
  9. MEKAR says

    21st February 2012 at 11:15 pm

    Baru tahu lesen utk kedua-dua perkara ni tak sama.

    Reply
  10. cik tom says

    21st February 2012 at 9:54 pm

    oh lesen2 lain jenis ek..ptt la kl br amik pun…

    Reply
  11. Kimmy says

    21st February 2012 at 8:12 pm

    Mesti ada sebab kenapa baru sekarang dia nak amik lesen..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      22nd February 2012 at 12:45 am

      Beliau ada perancangan hendak beli rumah di Sepanyol dan memiliki motorsikal.

      Reply
      • Kimmy says

        22nd February 2012 at 1:29 am

        Ooo..patut laa

        Reply
  12. iza says

    21st February 2012 at 7:45 pm

    Assalam…
    Baru tau, macam tu rupanya…

    Reply
  13. titan says

    21st February 2012 at 7:09 pm

    haa, ini baru namanya kacak..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd February 2012 at 12:47 am

      Jorge Lorenzo memang kacak baru dan berumur 25 tahun sudah pun Juara Dunia 3 kali.

      Reply
  14. Norizwan says

    21st February 2012 at 5:24 pm

    wah steady rrr camtu….tak yah amik lesen dah la…pakai jer lesen track racing tu jer hehe…:)

    Reply
  15. nuriz says

    21st February 2012 at 5:10 pm

    la tidak ada lesen menunggang motor di jln biasa rupanya hehe..dia ni dari awal kenal motor terus ambil lesen motor utk race je la? hehe

    Reply
  16. Jobless Girl says

    21st February 2012 at 4:00 pm

    Tapi dia tetap juara dunia 3 kali MotoGP.

    Reply
  17. chii says

    21st February 2012 at 2:14 pm

    tp nasib baik gak la dia ada kesedaran nak amik lesen ..kalo budak2 kat malaysia..memang tak la kan

    Reply
    • akubiomed says

      22nd February 2012 at 12:53 am

      Itu yang bagusnya beliau memberikan tauladan yang baik kepada peminat-peminat MotoGP supaya mematuhi undang-undang.

      Reply
  18. LadyBird says

    21st February 2012 at 1:23 pm

    kalau di malaysia boleh x ek buat mcm tu?

    Reply
  19. Kamal Mustafa says

    21st February 2012 at 10:20 am

    Takdo Lesen ko?. Haram tak tau. Selama nie main redah ajelah tue. Pakai Lesen Agong kot.

    Reply
  20. Azman says

    21st February 2012 at 10:04 am

    AKU BIOMED : ANDA TELAH MENANG3 KEPING CLOTHDIAPER!!!

    Reply
    • akubiomed says

      22nd February 2012 at 12:56 am

      Terima kasih bro. Rezeki saya 🙂

      Reply
  21. faiz says

    21st February 2012 at 9:05 am

    hahah…camner tu ek…lesen motor lumba dah dapat tp lesen biasa xde…

    Reply
    • chii says

      21st February 2012 at 2:12 pm

      mungkin dia fikir sama je kt..kalo kat malaysia..kena amik B- dulu baru leh B-full kan..ke..errr..sila jawab bg yg tau 😀

      Reply
  22. mancai says

    21st February 2012 at 3:08 am

    hahaha… macam2 derang ni… cam ner time ujian tu erk… ala2 motor GP gak ke?

    Reply
    • akubiomed says

      21st February 2012 at 11:43 pm

      Sudah tentu ujian tidak sama. 🙂

      Reply
  23. auc dot com says

    21st February 2012 at 1:17 am

    nak race kat litar x payah pakai lesen
    tu nak merempit kat jalan raya,
    tu yg baru ambik lesen 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      21st February 2012 at 11:41 pm

      Macam mana gaya tuh bro. 🙂

      Reply
  24. Mr.Sepet says

    20th February 2012 at 9:34 pm

    adoi jgn dia buat test sma mcm dia lumba sdah .. haha

    Reply
    • akubiomed says

      21st February 2012 at 1:13 am

      Kawan tidak boleh tahan katanya pantang duduk atas motor hendak sahaja dipulas minyak. 🙂

      Reply
  25. Dulu Lain Sekarang Lain says

    20th February 2012 at 9:25 pm

    Kawe lak ada lesen motor jalanan tetapi dah bertahun-tahun dah tak bawa motor.. he he.. renew jer tiap2 tahun.

    Reply
    • akubiomed says

      21st February 2012 at 1:13 am

      Kenangan RXZ mesti tidak dilupakan. 🙂

      Reply
  26. apaajanews says

    20th February 2012 at 8:29 pm

    mungkin sebab lebih 99.9 peratus diatas trek dari jalan biasa, sebab tu lesen biasa tak begitu penting, rasanya dia baru beli kapcai kot

    Reply
    • akubiomed says

      21st February 2012 at 1:14 am

      Saya pun hera baru sekarang beliau baru ambil lesen motorsikal untuk jalanan.

      Reply
  27. ahmadyani says

    20th February 2012 at 6:01 pm

    Gunanya lesen bila kena tahan polis sahaja.

    Reply
  28. azura says

    20th February 2012 at 4:27 pm

    lesen motor, 16 tahun saya dah ambil L ok… tapi P tak ambil terus lesen kereta je hihi

    Reply
    • akubiomed says

      21st February 2012 at 1:15 am

      Senang kalau perempuan mempunyai lesen memandu kalau ada kes kecemasan boleh memandu ke klinik atau ke hospital.

      Reply
      • azura says

        21st February 2012 at 6:30 pm

        ada lesen tak perlu orang hantar ambik pergi balik kerja…dah senang

        Reply
  29. adamfaiz says

    20th February 2012 at 3:50 pm

    Janji amik gak lesen…

    Reply
    • akubiomed says

      21st February 2012 at 1:16 am

      Ada yang baru dibangku sekolah rendah sudah berani bawa motor curi-curi.

      Reply
      • suri says

        21st February 2012 at 2:47 pm

        ya itu mmg benar..anak2 skg ska mencuba pantang je kita lepa.. depa blh jangkau bawak motor jauh dari kita..

        Reply
  30. suri says

    20th February 2012 at 2:37 pm

    alah lom genap 5 kali he….ok lah tu dri tak der cuba belajar amik lesan langsung heee

    Reply
  31. suri says

    20th February 2012 at 2:33 pm

    anak muda skrg main bwka motor je kalau tak der lesan.klu di saman pandai baran…

    Reply
  32. suri says

    20th February 2012 at 2:30 pm

    amik lesan baru betul caranya hee nak rempit

    Reply
  33. CMRatu says

    20th February 2012 at 2:11 pm

    boleh pula macam tu.. macam2 betul la..
    kat Malaysia pun ramai, sebab kelas WIRA EPG cub prix pun ramai pelumba bawah 16thn

    Reply
    • Denaihati says

      20th February 2012 at 4:12 pm

      memang lojik, belum cukup umur nak ambil lesen. diapun dulu terlupa lah. sibuk sangat. lagipun kalau polis tahan, ambil autograf je.

      Reply
      • W.HabibuRahman says

        21st February 2012 at 11:17 am

        Hahaha…ada betul tu…

        Reply
      • kakyong says

        21st February 2012 at 3:12 pm

        setuju dgn DH.. dah jadi juara berkali2…
        mungkin di jalanan dia naik kereta.. tak naik motor..

        Reply
  34. sw33tdarling says

    20th February 2012 at 12:58 pm

    ada jugak camtu erhhh….? hehehehehe

    Reply
  35. pipoq says

    20th February 2012 at 12:04 pm

    anak muda kita ni dah la takde lesen, berlumba lak kat jalanraya sampai susahkan orang..

    Reply
    • akubiomed says

      21st February 2012 at 1:18 am

      Sebenarnya bukan dia setakat susah diri sendiri tetapi semua orang yang terlibat.

      Reply
  36. maza says

    20th February 2012 at 11:38 am

    lah ya ke? hahahaha

    memang lawaklah…
    nasib baik maza dah ada lesen.. ahaks
    boleh kembara jalanan di mana2 bahagian di Malaysia dan di negara2 Commonwealth.

    Reply
  37. ekal says

    20th February 2012 at 10:49 am

    Memang tak sama, sebagai contoh dalam cub prix, bebudak yang bawa motor tu bukan ada lesen untuk jalan raya, untu “race” je. Untuk dapatkan lesen race ni tak perlu kelulusan dari JPJ.

    Reply
  38. madammondoq says

    20th February 2012 at 9:35 am

    la.. boleh ek camni.. mesti sekali test je dah kompem lulus tu.. hehe..

    Reply
  39. Juan says

    20th February 2012 at 7:21 am

    pelik tapi benar nih, hehe

    Reply
  40. bardboo says

    20th February 2012 at 7:00 am

    hehe…rasa macam kelakar la plak..

    Reply
    • suri says

      21st February 2012 at 2:49 pm

      blh lagi tu..ate bwk motor bertahun2 tak der lesen selamat jer jln raya klu kena nasib badan kena saman gak heee

      Reply
  41. nurmisnan says

    20th February 2012 at 4:59 am

    Lama dah tak tgk suka permotoran.. kurang layan skrg.. =)

    Reply
    • yas says

      20th February 2012 at 11:49 am

      Aisehhh…cam ne nak racing ngan aku ni sis? Hehehe….

      Reply
      • nurmisnan says

        20th February 2012 at 1:59 pm

        tgh mood berbasikal dan hiking nih.. hik3
        esok lusa naik balik ler minat motor.. time tu
        kita vroommmm2..

        Reply
  42. Yas says

    20th February 2012 at 12:57 am

    Berharap sangat tahun ni untuk Yamaha pulak…nak2 dovizioso dh jd partner dia….mmg terbaik la nanti. Rossi?? saya rasa jentera rossi masih belum lagi mampu mencabar tuk sessi 2012 ini. – suka skill ride si Dovizioso.

    Reply
  43. cikgu naman says

    20th February 2012 at 12:15 am

    hahahahaha..memang agak kelakar…tapi takpelah..dia berjaya dalam lumba ‘halal’

    Reply
    • akubiomed says

      20th February 2012 at 12:24 am

      Bayangkan beliau sudah 3 kali Juara dunia MotoGP baru hendak ambil lesen motorsikal.

      Reply
      • anif says

        20th February 2012 at 12:36 am

        Ok la tu.. Lepas ni senang nak join konvoi! haha.. 😀

        Reply
  44. azmanisma says

    20th February 2012 at 12:06 am

    Tak sama lesen racing dengan lesen biasa?

    Reply
    • akubiomed says

      20th February 2012 at 12:23 am

      Tidak sama lesen untuk berlumba di litar dan di jalanan.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in