• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Juadah berbuka ringkas di hari pertama Ramadhan

Juadah berbuka ringkas di hari pertama Ramadhan

11th July 2013 by akubiomed 75 Comments

Berbuka dengan menu ringkas pada hari pertama berpuasa.

Sudah menjadi kebiasaan kepada saya dan keluarga berbuka dengan juadah ringkas setiap kali berpuasa di bulan Ramadhan. Walaupun ringkas tetapi seronok kerana dapat berkumpul anak beranak menanti laungan azan Mahgrib untuk berbuka bersama-sama.

baby aslah

Bila terbaca blog kak Jie terbayang terpancarya cahaya kegembiraan seorang ibu dan juga isteri menanti kepulangan suami dan anak-anak untuk berbuka bersama-sama. Saya dapat rasakan keseronokkan pulang dari kolej untuk berbuka bersama adik beradik, ibu dan bapa ketika masih belajar. Lebih-lebih lagi menanti masakan air tangan ibu adalah terbaik. Saya rasa semua bersetuju dengan kenyataan saya.

home made soya
juadah berbuka roti sosej telur
serunding daging

Bersahur dan berpuasa tidak teratur semasa merantau di Sarawak.

Ketika merantau di Sarawak, saya tinggal bujang jadi faham-fahamlah persediaan orang bujang untuk bersahur dan berbuka ala kadar sahaja. Semasa di Sarawak tubuh saya kurus cekeding sehingga arwah nenek saya pernah tergur yang cucunya tak cukup makan. Saya hanya menafikan walhal boleh nampak tulang pipi agak tersembul.

Berat akan susut lagi apabila bulan Ramadhan menjelang.

Sekarang ini berat badan saya sekitar 65kg dengan ketinggian 175cm. Apabila berpuasa sudah tentu akan susut  dan saya menjangkakan akan turun sekitar 2-3kg. Tentu seronok dapat turun menurunkan berat badan kerana terasa badan lebih ringan dan pakaian dipakai terasa longgar dan tidak berasa sendat.

Ambil peluang mengejar solat Terawih.

Solat Terawih hanya pada bulan Ramadhan dan setahun sekali. Seperti biasa saya akan membawa adik-beradik Koning solat Terawih bersama. Mereka pun sudah bersunat boleh duduk saf orang dewasa tidak lagi duduk di saf kanak-kanak.

  • Juadah berbuka pilihan bulan Ramadhan
  • Berbuka puasa di kampung
  • Berjaya laksana cabaran ErtiSosial

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. suriaamanda says

    22nd July 2013 at 8:59 am

    my sister baru jer balik for good from Sarawak, dah abih belajar..3 tahun belajar kat sana..katanya siksa duk sana, SA x fhm siksa dari segi apa..tp tu la..sejak balik ni..makin gemuk plak..duk sana dia melidi..

    Reply
    • akubiomed says

      27th July 2013 at 1:13 am

      Saya tidak ada masalah semasa berkhidmat disana. Kehidupan lebih tenang berbanding kota metropolitan di Semenanjung.

      Reply
  2. Hafizul says

    20th July 2013 at 2:53 pm

    Hehe..untung kan bro pandai buat air soya..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      20th July 2013 at 4:44 pm

      Sudah belajar dan rugi pula kalau tidak buat air soya. Lagi pun adik beradik koning suka minum air soya.

      Reply
  3. Nurul says

    18th July 2013 at 7:18 pm

    Home made soya tu yang best.. Mesti puas hati kan hasil dari air tangan sendiri..

    Reply
    • akubiomed says

      27th July 2013 at 1:15 am

      Susu soyanya lebih pekat dan berkhasiat.

      Reply
  4. suri says

    18th July 2013 at 12:03 pm

    teringin nak cari serunding daging ar pula

    Reply
  5. papa mifz says

    18th July 2013 at 6:58 am

    purple sungguh warna sunglass tuh…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      27th July 2013 at 1:16 am

      Cermin mata budak-budak jer. 🙂

      Reply
  6. syamila says

    16th July 2013 at 5:16 pm

    menu wajib berbuka…nasi…berlaukkan serunding daging pun takpe…janji nasi… hehehe

    Reply
    • suri says

      18th July 2013 at 12:04 pm

      saya nak cuba dg telur masin hurm…sesekli tukar mood juadah sahur ok gak

      Reply
  7. ema says

    16th July 2013 at 11:32 am

    kami berbuka tetap makan nasi…

    Reply
    • suri says

      18th July 2013 at 12:06 pm

      terbaliks aya pula masa sahur baru makan nasi heeee

      Reply
  8. faizul says

    16th July 2013 at 10:45 am

    Konfirm bole turun berat badan bulan puasa ni, cuma takut lepas raya naik balik je berat tu… almaklumlah makan ketupat banyak bebeno!

    Reply
  9. fiezaradzi says

    16th July 2013 at 9:34 am

    ini memang ringkas sungguh ni.. dah biasa, ok ni.. kami sekeluarga berbuka nasi, tapi kuantiti yg sedikit. nanti boleh cuba pelan2 ni..

    Reply
  10. Kulanz Salleh says

    15th July 2013 at 10:17 pm

    Juadah ringkas untuk berbuka lagi baik rasanya..
    tak membazir.. tak berat perut untuk solat..

    Reply
  11. munir ardi says

    15th July 2013 at 6:35 pm

    saya semasa berbuka tak pernah makan berat sebab menghalangi shalat Maghrib

    Reply
  12. suriaamanda says

    15th July 2013 at 1:40 pm

    home made soya…hurm…dah tau cane nak buat tp kan x mulakan lagi…

    Reply
  13. Qashmere says

    15th July 2013 at 9:32 am

    Wahhh rajinnya buat homemade soya!!

    Reply
    • hafizmd says

      15th July 2013 at 10:42 am

      bro AB ni rajin sungguh!

      Reply
  14. papa mifz says

    14th July 2013 at 3:10 pm

    bro bersahur pagi tadi makan apa yer..??

    * bro jemput join contest terbaru yer

    http://www.papamifz.com/2013/07/contest-review-blog-papamifz-com.html

    Reply
    • akubiomed says

      14th July 2013 at 11:49 pm

      Saya bersahur ringkas dengan oat dan cornflakes sahaja.

      Reply
      • hafizmd says

        15th July 2013 at 10:46 am

        nak kena try jugak…

        Reply
  15. suri says

    14th July 2013 at 12:19 pm

    sosej telur sedap..minta sikit boleh

    Reply
  16. hafiz says

    14th July 2013 at 7:31 am

    Bulan puasa ni pun berat saya kurang hihihi

    Reply
    • hafizmd says

      15th July 2013 at 10:47 am

      kalau dapat kekal sampai habis tahun ni…bestlahkan!

      Reply
  17. Hairul Hissam says

    14th July 2013 at 2:05 am

    saya pun terasa seluar yg dipakai semakin longgar…

    teringat pula serunding daging yg biasa arwah ayah selalu buat…. dah tak dapat merasa lagi.. hu.hu.hu..

    Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:20 pm

      nampak dah kuruslah tu heee..baru beberapa hari dah kurus

      Reply
  18. Datin Tyka says

    14th July 2013 at 1:44 am

    terliur plak tengok sosej telur tu

    Reply
    • hafizmd says

      15th July 2013 at 10:49 am

      itulah….terus rasa nak beli baran2 buat petang ni…hahaha

      Reply
  19. TehR says

    14th July 2013 at 1:13 am

    selamat berpuasa dan beramal
    aku biasa berbuka dengan kurma dan nasi
    kuih muih makan lepas tarawikh 😀

    Reply
  20. Zarul Umbrella says

    13th July 2013 at 2:24 pm

    selamat berpuasa bro

    Reply
  21. amirulfaiz says

    13th July 2013 at 1:39 pm

    Berat saya juga yang susah nak susut. Hee..

    Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:23 pm

      kalau habis puasa sebulan bh sambung puasa 6 lagi

      Reply
  22. hafiz says

    13th July 2013 at 1:13 pm

    Roti sosej dgn air soya tu nampak menyelerakan…

    Reply
  23. Ummi Hanie says

    13th July 2013 at 1:02 pm

    menten kurus ye encik akubiomed… kalau suami saya berisi, susah nak turun.. hehe

    semua adik beradik koning dah bersunat ye.. bestlah babah ramai geng terawih

    terliur tgk roti sosej telur 😉

    Reply
  24. Mohd Shubhi says

    13th July 2013 at 12:56 pm

    Hidang apapun sedap saja bila berbuka nih. Jadi tak payah banyak-banyak juadah, ringkas adalah yang terbaik.

    Reply
    • hafizmd says

      15th July 2013 at 10:51 am

      Setuju tu. Kita beli byk2 kat bazar, nanti membzir jer…

      Reply
  25. waiman takwa says

    13th July 2013 at 10:53 am

    Saya juga amalkan juadah ringkas ketika berbuka. Sangat membantu untuk menjadi rajin ke solat terawih..

    Reply
  26. Hairul Azni says

    13th July 2013 at 10:41 am

    Menu ringkas tetapi tetap menyelerakan kalau makan beramai-ramai bersama ahli keluarga..

    Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:25 pm

      makan bersama lagi dapat berkat dan erat kasih sayang

      Reply
  27. BUNDA says

    13th July 2013 at 4:05 am

    Assalam,

    baguslah tu susut badan kerana berpuasa…tak payah susah2 pegi gim dan makan pil…

    Salam Ramadhan Dari Bunda..

    Reply
  28. Nur says

    13th July 2013 at 3:25 am

    Bagus sebab latih anak2 bersolat terawih di awal usia.. Selamat menjalani ibadah puasa buat Saudara Azrin sekeluarga..

    Reply
  29. wazy says

    13th July 2013 at 1:29 am

    Dah lama tak merasa roti sosej telur ,nanti sahur boleh buat sekali 🙂

    Reply
  30. hafizmd says

    13th July 2013 at 12:11 am

    Terbaiklah roti sosej telur tu..kena pulak ada serunding…cukup utk beri tenaga sampai habis terawih…

    Reply
  31. azman says

    12th July 2013 at 10:12 pm

    Saya pun berbuka yg simple jer,makan kurma,sholat jap,lepas tu baru makan nasi.

    Reply
  32. Bidadari says

    12th July 2013 at 8:39 pm

    Saya di rumah masuk je waktu berbuka puasa, terus makan kurma dan kuih sedikit dan terus solat magrib berjemaah berimamkan bapa saya. Selepas tu baru la melantak. Seperti biasa soya buatan sendiri satu kemestian kan haha 😀

    Reply
  33. Aya says

    12th July 2013 at 5:47 pm

    Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini..

    Reply
  34. puanbee says

    12th July 2013 at 4:30 pm

    samala , saya berbuka simple2 aja , masak dan makan bersama anak2 .. itu pun berselera , maklumlah dah seharian menahan lapar dan dahaga

    Reply
  35. Denaihati says

    12th July 2013 at 3:37 pm

    Ringkas dan sedap, bila sedap memang habis , juga tak membazir. serunding dan roti sosej tu memang nakkan selera.

    Reply
  36. Anuar says

    12th July 2013 at 3:25 pm

    Eloklah kita bersederhana ketika Berbuka supaya badan lebih bertenaga untuk Solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah…

    Reply
  37. Eida says

    12th July 2013 at 2:52 pm

    berat susut tu bestt.. hehehhee..

    Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:26 pm

      kalau hari bikin begini bagus juga…

      Reply
  38. papa mifz says

    12th July 2013 at 2:49 pm

    janji kenyang sudah kan bro , yang penting elakkan pembaziran…

    Reply
  39. muktasim says

    12th July 2013 at 2:41 pm

    hehe.. awal plak tgk makanan ni.. dugaan…:)

    Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:27 pm

      nak tutup mata pun dah tak sempat

      Reply
  40. fyna says

    12th July 2013 at 1:19 pm

    sedapnya tengok roti sosej telur tue. gulp!! lambat lagi nak berbuka nih. hehehehe….

    Reply
  41. Azie says

    12th July 2013 at 12:51 pm

    Rendang tu makan dengan Nasi Panas-Panas Sedap Sungguh.

    Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:28 pm

      rendang ayam sedap makan boleh jadi nasi tambah dah ni

      Reply
  42. maza says

    12th July 2013 at 11:23 am

    aduh! … meleleh sudah air liur ni..
    tersalah masuk blog ini di tengah hari buta… aderkkkk

    Reply
  43. Kamal Mustafa says

    12th July 2013 at 10:41 am

    Juadah ringkas lebih baik daripada tak habis, jangan pula membazir di bulan ramadhan.

    Reply
  44. wahida says

    12th July 2013 at 10:10 am

    sedapnya serunding tu!!

    berat 65 kg dgn ketinggian 175cm? mmg kurus dah tu…

    Reply
  45. Lizz says

    12th July 2013 at 9:48 am

    menyesal pulak bukak blog ni pagi-pagi. hahahahaha

    Reply
  46. suri says

    12th July 2013 at 9:21 am

    pergi terawih yang seronok ini

    Reply
  47. suri says

    12th July 2013 at 9:18 am

    Wah dik makin kacak baju satin lagi tu nghee…nak cari awek satin hak ker who….

    Reply
  48. pipoq says

    12th July 2013 at 6:57 am

    memang berbeza suasananya bila menikmati juadah bersama keluarga berbanding layan solo atau dengan kawan2.

    Reply
  49. Ismail N says

    12th July 2013 at 5:20 am

    adeh, baru dua ari posa. msh adjust2 lg ni…

    Reply
  50. Mus says

    12th July 2013 at 5:19 am

    Kami pun berbuka puasa ala kadar. Kena ajar anak berjimat cermat

    Reply
  51. ciklaili.com says

    12th July 2013 at 3:38 am

    Selamat menunaikan ibadah puasa.

    Reply
  52. ohcikgu says

    12th July 2013 at 12:54 am

    serunding pun ada? wahh.

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2013 at 1:06 am

      Serunding beli dari kawan. Bantu kawan-kawan. 🙂

      Reply
      • suri says

        14th July 2013 at 9:20 am

        serunding mkn dengan nasi panas2 sedapkan

        Reply
  53. KiD says

    12th July 2013 at 12:18 am

    aku pun berbuka puasa serba sederhana je kat rumah.. tapi kalau ada undangan berbuka.. kena laa buffet.. hehehee

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2013 at 12:20 am

      Kalau ada jemputan buffet boleh merasa pelbagai menu. 🙂

      Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 9:23 am

      haa..bila tang buffet boleh ketawa lagi ya

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in