• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Jom Review izwanyusof[dot]com

Jom Review izwanyusof[dot]com

5th February 2011 by akubiomed 43 Comments

Ulas blog Izwanyusof berpeluang memenangi hadiah.

Jika sebelum ini aku pernah membuat ulasan dan analisa blog Hanis Zulaikha. Kali ini blog Izwanyusof menganjurkan contest analisa blog beliau. Hadiah yang di tawarkan amat lumayan (maklumat di penghujung entri ini). Aku bukanlah pakar tapi dengan pengetahuan yang tidak seberapa ini aku berharap dapat berkongsi hasil ulasan bersama sahabat-sahabat blog mana tahu ada peluang menang hadiah utama. 🙂 Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapalah tahu.

1. Pemilihan Theme

Izwanyusof memilih nama sendiri sebagai nama blog. Theme yang mempunyai latarbelakang berwarna putih dan susun atur yang ringkas menjadi trend blogger kerana teralu banyak  DNS lookup akan melambat blog . Logo banner saya rasa perlu direka semula supaya kelihatan menarik kerana agak ganjil mempunyai gambar belakang karatur kartun.

2. Analisa meta tag analyser blog Izwanyusof

blog Izwanyusof meta tag analyser ulasan izwanyusof Contest oleh AkuBiomed

Kebiasaan Title, Description dan Keywords dan Page berkaitan antara satu sama lain. Peratusan relevan meta tag analyser untuk blog Izwanyusof adalah pada tahap sederhana. Ia bukanlah tugas  mudah untuk memastikan meta tag analyser didalam peratusan tinggi dan perlu dari semasa ke samasa di kemas kini sehingga ia relevan dengan kandungan blog. Menjadi satu cabaran jika blog kita mempunyai entri yang rojak dan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada ke seragaman meta tag analyser.

3. Analisa Page Rank, Page Indek dan Backlink blog Izwanyusof

Page Rank blog Izwanyusof masih pada kedudukan 0 dan page index untuk blog ini masih pada tahap rendah. Izwanyusof boleh hantar sitemap untuk indexing di GoogleWebmaster, Yahoo! Site Explorer dan Bing Webmaster Tool dan membantu peningkatan trafik ke blog. Proses indexing membantu Search Engine Optimization(SEO) blog untuk mendapat perhatian carian seperti Google, Yahoo!Bing dan untuk muncul hasil kedudukan carian teratas didalam senarai carian. Tutorial mengenai SEO boleh dirujuk blog AriffShah.

4.Gzip Compression

Blog Izwan yusof tidak di compress dengan GZip(Tutorial oleh Ideas.Think.Share). Gzip akan memadatkan saiz blog supaya mempercepat proses blog loading.

5. Analisa mengunakan SEO Doc

Pada asasnya blog Izanyusof lulus ujian SEO doc cuma pada logo contest di side bar sebelah tidak diletakkan ALT untuk gambar mungkin terlupa.

6. Ujian kelajuan blog antara blog Izwanyusof dan blog AkuBiomed

Ujian blog loading antara blog Izwanyusof dan Akubiomed dengan perbezaan 37% yang mana blog beliau mengambil masa 6.325 saat berbanding blog saya 8.640 saat(ujian bergantung pada talian broadband setempat). Benchmark untuk masa blog loading yang dicadang adalah di bawah 4 saat.

7. Ujian perbandingan Page Speed dan Yslow antara blog Izwanyusof dan AkuBiomed

Page Speed dan YSlow banyak membantu developer untuk membuat ujian kelajuan blog dengan mengenal pasti masalah menyebabkan blog berat dan lembap. Perbandingan blog Izwanyusof dan AkuBiomed mempunyai rating yang lebih baik. Saya tidak dapat hendak mengulas kerana mempunyai pengetahuan yang terhad.

8. Sitemap untuk entri-entri  yang terdahulu.

Page khas yang sediakan untuk mengumpulkan entri-entri terdahulu memudahkan pengunjung membaca dan mencari. Pada pendapat saya CATEGORIES dan ARCHIEVES tidak diperlukan kerana sudah ada sitemap untuk entri-entri lama. Perkemaskan tajuk STILL NEW dan MOST VIEWED dengan mencari perkataan yang lebih bersesuaian apa yang saya boleh dicadangkan seperti Yang Terhangat, Topik paling Ngetop,  Topik Terkini, Topik Muktahir dan sebagainya.

9. Mailing list dan Social Network dapat membantu blog

Izwan boleh meletakkan Feedburner(Tutorial oleh Teh Ramuan) untuk melanggan entri melalui email dengan ini pengunjung setia akan sentiasa mendapat notis entri terbaru melalui email akaun mereka. Sayang kalau ada entri menarik pengunjung tidak mengetahuinya sedikit banyak akan kerugian trafik ke blog. Sesuatu yang menarik blog Izwanyusof meletakkan butang sosial seperti Facebook dan Tweeter memudahkan entri dikongsikan dengan rakan serta-merta cuma pindah dibahagian atas entri sebaris dengan tajuk entri.

Peluang Untuk Menang Top-Up Rm 50 + Pakej Hosting dan Domain dari FIVO Enterprise di IzwanYusof[dot]com.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai contest yang dianjurkan oleh saudara Izwan Yusof boleh klik 1 dan klik 2.

p/s: saya ingin meminta maaf  jika didalam ulasan saya ini menguris mana-mana pihak.

Saya telah terpilih sebagai pemenang contest Jom Review izwanyusof[dot]com. Hadiah yang dimenangi adalah Top-Up Rm 50 + Pakej Hosting dan Domain dari FIVO Enterprise. Terima kasih kepada saudara IzwanYusof kerana penganjuran contest di blog beliau dan penaja hosting Fivio 🙂

  • Prestasi blog untuk bulan Mei
  • Contest Aksi Makan yanmieonline.com
  • Peningkatan trafik blog di bulan Januari

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Ladfe Amir says

    14th February 2011 at 11:25 pm

    memang padat dan lengkap.
    aku memang tak pandai nak buat review macam ni. so..aku tak nak join la contest tu.

    good luck bro

    Reply
  2. Idea Lampu says

    8th February 2011 at 4:56 pm

    Panjang lebar reviewnya.. penat buat ujikaji dan screenshot nie.. Setiap ulasan digarap dengan baik sekali. memang Terbaik. 2 thumbs up

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2011 at 1:48 pm

      Memang betul nasib baik ada beberapa progam offline dan online membantu kerja-kerja ulasan blog untuk contest ini

      Reply
  3. Azuan Razi says

    8th February 2011 at 2:45 am

    Mantap bro review nya.. ada peluang untuk menang.. hadiah pun menarik.. Good luck bro..

    Reply
  4. Norizwan says

    7th February 2011 at 10:07 pm

    hoho…lengkap sungguh…dasyat…

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2011 at 12:12 am

      Terima kasih, Jangan salah faham dengan memenuhi kriteria sebuah blog akan menarik trafik belum tentu lagi.

      Blog yang tidak memenuhi skema sebagai blog pun boleh menarik trafik kerana pengunjung dapat apa yang dihajati olehnya

      Reply
  5. ciksembang says

    7th February 2011 at 7:09 pm

    pengalaman akubiomed sunguh membantu utk review blog orang.Tahniah kerana review yg cukup baik

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2011 at 12:10 am

      Saya masih newbie banyak perkara yang perlu dipelajari. Yang penting apa yang kita cuba kongsikan dengan menulis blog.

      Matt Cutts(staf Google) pernah berkata lebih kurang bergini 2 jenis blogger.

      Blogger pertama: menulis mengikut rasa tanpa fikir SEO, trafik dan keyword contoh blog Hanis Zulaikha menulis blog mengenai dirinya tanpa memikir teknikal yang berkaitan dengannya

      Blogger pertama: menulis dengan memikir keyword yang bakal dicari pengguna search engine

      Reply
  6. suri says

    7th February 2011 at 9:26 am

    wah mmg pakar dalam bab2 membaca data blog org ni hee…

    Reply
  7. megat says

    7th February 2011 at 8:44 am

    review yang mantap! lepas ni bolehlah buat review blog baru aku pula (hehe). sedang memikirkan strategi yang sesuai.

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2011 at 12:03 am

      Segan nak review blog bro Megat kerana mengeletar tangan hendak menaip dengan membaca entri di blog bro. Banyak dosa kot 🙂

      Reply
  8. tehr says

    6th February 2011 at 8:54 pm

    kita yang tak kaji apa2 pun dapat banyak faedah bila baca entri review macam ni
    banyak cadangan dan ilmu yang boleh digunakan untuk blog sendiri

    thanks, bro
    ada link saya pulak tu 😀

    Reply
    • suri says

      7th February 2011 at 9:26 am

      betul tu suri ni biasa2 jer..rasanya msh byk yang zero dari angka ni huuu..

      Reply
    • akubiomed says

      8th February 2011 at 12:01 am

      Feedburner walaupun sudah lama masih relevan. Biar pun FB dan Twitter menjadi perhatian untuk promosi blog

      Reply
  9. Kujie says

    6th February 2011 at 6:46 pm

    suka preview ni…. lengkap sebab blog sendiri pun dah lama tak check segala bagai tu

    nak kena ambil masa buat post mortem blog lah pula..bila nak rajin ni

    Reply
  10. anif says

    6th February 2011 at 3:20 pm

    Review yang cukup lengkap. Ada pelung untuk menang “contest” tu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 3:55 pm

      Terima kasih. Agak sukar kepada saya kerana tidak mempunyai background IT tapi cuba juga keupayaan diri sejauh mana boleh pergi

      Reply
  11. Izwan says

    6th February 2011 at 1:19 pm

    Salam..
    maaf lambat update..
    boleh semak nama kat senarai peserta..
    thanks join contest ni.. yg lain pun dijemput juga.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2011 at 12:00 am

      Terima kasih lulus untuk masuk contest. Yang lain-lain pun di jemput juga 🙂

      Reply
  12. MDHAFiZ.NET says

    6th February 2011 at 7:41 am

    yeah…sempat gak ke blog nih hari ni….hahaha…
    dh kt hostel dh..
    btw.. boleh tahan hadiahnya.. boleh angkat 1 domain pun jadilah..nak buat afd nih…

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 3:53 pm

      Percuma setahun sahaja selepas itu kena bayar sendiri. 🙂

      Reply
  13. tips-kurus says

    6th February 2011 at 3:51 am

    review anda ini bole buat garis panduan kepada diriku.
    rajin buat analisa ye:-)

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 3:52 pm

      Tidak juga hanya buat analisa blog sendiri setiap hujung bulan

      Reply
  14. Fitrihadi says

    6th February 2011 at 3:08 am

    woot ada harapan nak menang ni… memenag menyeluruh review yang bro buat ni.. thumbs up.. moga berjaya 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 3:52 pm

      Terima kasih sekadar mencuba. 🙂

      Reply
  15. Wan Perlis says

    6th February 2011 at 2:14 am

    review yg baik
    blh menang ni

    Reply
  16. Amry says

    6th February 2011 at 1:07 am

    padat dan membantu…boleh menang ni. takut wo nak review blog orang. blog sendiri tak cukup bagus saya ni. hehehe… bro pakai software apa erk tuk cek semua tu?

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 3:51 pm

      Ada yang aplikasi addon Firefox dan ada yang online

      Reply
  17. zik says

    6th February 2011 at 12:37 am

    belum siap lagi entri nie.. .. ini cukup lengkap nie…

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 3:51 pm

      Saya mengambil masa untuk buat analisa dan saya tidak tekankan SEO kerana ia sangat subjektif

      Reply
  18. Sabahan Bloggers Club says

    5th February 2011 at 11:30 pm

    Waaaaaah.
    Ada blog review juga kat sini rupanya.
    Mantap. Semoga tuan blog yang direview boleh belajar sesuatu yang baru.

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 3:49 pm

      Terima kasih. Saya pun tidak ada kelebihan pun SEO pun terkial-kial dan blog pun masih PR 0 🙂

      Reply
  19. Anip says

    5th February 2011 at 10:57 pm

    sungguh detail, hehe, ajar aku nak cek semua tu, dari awl sampai ke akhir, nak juga tahu bende nie

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 3:48 pm

      Ada beberapa yang boleh dicadangkan:-
      1. SEO Doc addon untuk Firefox – senang nak audit blog memenuhi kriteria atau tidak(paling asas)
      2. SEO Sentro / Submit Express – periksa Meta tag
      3. WEB Rank addon Firefor – senang nak semak PR, Index dan Back link
      4. Firebug/Yslow/ Page Speed – lebih sesuai untuk developer

      Saya tidaklah sampai tahap developer sekadar blog mencapai audit SEO Doc pun dah happy

      Reply
  20. adele says

    5th February 2011 at 10:48 pm

    contest yg mnarik..tp sungguh,sy x review blog org..
    mantap lah bro! smoga berjaya dlm contest ni ok! 😉

    Reply
    • adele says

      5th February 2011 at 10:49 pm

      oopss.ttinggal pkataan. sy x pandai review blog org! 😀

      Reply
      • akubiomed says

        6th February 2011 at 3:40 pm

        Kalau dapat buat analisa blog sendiri pun dah okay. Paling mudah addon Firefox dengan SEO doc.

        Reply
  21. etomyam says

    5th February 2011 at 10:41 pm

    wah analisa yang cukup lengkap dan padat ni 😀

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 3:39 pm

      Hadiah yang ditawarkan membuat saya tergoda untuk menyertainya

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in