Apa akan jadi jika Google ada jawapan kepada semua soalan?
Jika ada masalah kepada siapakah kita akan mencari jawapan kepada soalan yang bakal diajukan? Kalau dahulu mungkin kita akan bertanya dengan rakan sebaya kita untuk soalan-soalan yang berkaitan isu remaja. Kalau soalan ilmiah tentu kita akan bertanya kepada yang lebih ariff untuk mendapatkan jawapan. Sebenarnya tidak soalan bodoh tapi jawapan yang diberikan berkemungkinan jawapan bodoh 🙂
Bila Google ada jawapan untuk semua soalan
Bak kata pepatah Melayu, ‘Malu bertanya akan sesat jalan’. Aku tidak dinafikan kemudahan internet memudahkah maklumat dikongsi di seluruh rangkaian internet tanpa batasan selagi boleh diakses. Semasa aku dikolej dahulu buku rujukan ilmiah adalah tempat mencari jawapan kepada tugasan dan projek yang diberikan oleh pensyarah.
Ia bukanlah satu tugas yang mudah kerana aku perlu membaca senarai bab dan satu persatu muka surat dibelek belum tentu menemui jawapan yang dicari. Kalau tidak bernasib baik ketika pergi ke perpustakaan didapati buku rujukan telah dipinjamkan kepada orang lain yang terlebih dahulu daripada kita.
Carian Google, Bing dan Yahoo membantu mencari maklumat
Zaman berubah kepesatan internet dengan kewujudan Yahoo, Bing dan Google antara peneraju enjin carian membantu perkongsian maklumat makin mudah dan cepat diperolehi. Kita taip sahaja kata kunci soalan didalam enjin carian kemudian akan terpapar senarai kata kunci yang berkaitan soalan.
Begitu mudah sekali maklumat diperolehi semuannya dihujung jari. Walaupun kemudahan itu disediakan tetap sifat malas menebal untuk menyiapkan tugasan sebelum tarikh akhir sepatutnya kertas tugasan dapat disiapkan dengan awal dan padat sekali.
Jika Google ada jawapan kepada semua soalan
Aku senaraikan beberapa kata kunci yang mungkin terlintas dibenak kita.
1. Google search kata kunci mengenai wanita

Kadang2 maklumat yang disediakan Google tak menepati citarasa aya..hehe..mungkin sbb bila laman web tu hebat dalam SEO, maka dia jadi page pertama di carian Google walaupun kadang2 info yang disediakan tidak spt yang diingini..
Jika ada yang bijak main SEO menjadikan maklumat yang dicari tidak dijumpai.
sebagai webmaster macam kita ni juga kena pikirkan dua perkara pertama apa yang kita cari
dan kedua apa yg orang cari dan jumpa dalam blog kita.. hee
setakat ini statistik pembaca dari enjin carian hanya mengena kata kunci yang ok sahaja
dalam blog aku.. naya aku kalau orang jumpa kata kunci yang tak baik dalam blog yg kita usahakan,
tak gitu?
Padin bila kita lihat keyword Nuffnang ada yang menunju ke blog kadang-kadang ada unsur lucah tapi kelakar bagaimana keyword sebegitu boleh ke blog kita?
hehe tu la perasan jugak ramai yg kadang mengeluh keyword terbang..
gabungan2 keyword yg di cari menjadikan blog kita sebagai sasaran enjin carian..
tapi pencari mesti hampa kalau2 klik kan, pasal aku percaya blog bro ni mmg bebas unsur2 gitu 😀
Bertuah kalu jadi student zaman skrg kan?. Kalu nak cari info utk buat assigmt, just cari google. xperlu hempas pulas cari idea & belek buku di library.
pst: sya pun nak cari resipi masak2 buka google.heh
pst 2: comluv kat sini hanya boleh post artikel teratas saje ya?
Dalam pada itu ada juga yang salah guna Google search engine ini
xdpat bayang kehidupan tanpa google
Kalau ada perkara yang hendak dicari hanya Google terlintas difikiran 🙂
bEe mmg pengguna google yg setia 😉
Sbb semuanya ada kat google berbanding search engine lain. Mudah aje kan kan kan hehehe
google ni memang sempoi..
antara semua search engine, aku hanya minat google jer, cariannya menepati apa yg kita mahu
google memang best, apa nak dicari semua ada. Belajar buat blog pun dari carian google, cari jawapan pada masalah it,komputer petua semua ada..hehe
saya pun suka guna google berbanding yahoo. siap ada suggestion lagi.
hahah terbaek entri ni, hasil kajian singkat dari bro yang sungguh bermakna, google menjadi tempat persoalan umat manusia kini huhu
terima kasih pakcik google
namamu di hatiku
aku pun skang ni apa2 google jek..:D
memang hidup akan menjadi senang… 🙂
Kadang-kadang rujuk encik google juga, 😀
Memang pencari maklumat terpantas!
keyword yang ada unsur 18sx memang biasa top.. itulah hakikatnya..
tudia #anakEmak promote hijau..hehe
daus lala daus..
Sesuai dengan nama Google yang melambangkan keterbukaan dalam pencarian…. hehehe
haha…
try ko taip seksi,agak2 apa yang keluar?haha…
hehe..nama pun google. macam-macam ada..
Ehh.. aku tersilap komen pulak yang atas tu.. LOL!.. Pemes jap masuk blog Akubiomed.com.. hahaha
Dengan Google, orang boleh dapatkan apa sahaja jawapan untuk soalan diorang kecuali soalan “Bilakah tarikh kiamat?”..
bagi KA google ni umpama perpustakaan yang besar dan percuma 🙂
macam-macam info yang ada
mcm aku jika tak search kat google merepek yg keluar
aku search yahoo… baru jumpa..
hebat tak hebat la kan pakcik google nih 8)
Memang mudah mencari jawapan ngn search engin ne ,tapi tak semuanya benar .Kena buat research yang ebih mendalam
ni semua adalah permainan seo 🙂
tu yang kadang2 apa yang diklik tak sama dengan apa yang kita nak…
penyanyi af nama daus tu tajuk lagu dia KENAPA.
hehehehe
cuba taip dafi pulak :p
Memang google ada jawapan kepada setiap persoalan.cuma kadang2 mengarut….
tp bhaya jugak kalau terlalu bergantung kpd google..risau faktanya menyongsang..hehe..
hehe… klau google ada semua jawapan… buat kerja sekolah taip soalan terus dapat jawapn…
tp keadaannya tak begitu jugak… dgn internet… berlaku pula kes lambakan ilmu yang terlampau banyak… jadi pengguna internet mengalami masalah untuk memilih pula… 🙂
sebab tu gunanya cikgu.tempat untuk bertanya 🙂
tapi di sebalik google tu adalah kita semua selaku penulis dan penyampai maklumat..maka jalankan tanggungjawab dengan baik 🙂
Kompius gak dengan Daus Tu.. 😀
Ps : Tapi pada aku istilah soalan bodoh tidak sesuai, kerana mungkin yang bertanya tu memang tak tahu, tapi yang jawapan bodoh tu memang selalu aku dengar…, kadang kadang sakit hati dan kadang kadang geli hati 😀
tu la yang dikatakan informasi dihujung jari
Salam ziarah… Singgah blogwalking kejap. Ingat Hijau Ingat Daus!
Dahsyat tu sampai ada macam-macam keyword berkaitan daus 😉
Kenapa saya susah sangat nak kurus ;p
sekarang ni kalau mau buat assignment kekadang rujukan ke internet tak laku.. sbb banyak yg cinuk dari fakta. heheh
tapi apa2 hal pun, kita punya otak, dan kita berkeboleh filter.. apa lagi, kasik tapis ler. hahahaha
analisis fakta dan cari sumber asalnya
Dunia sudah berubah..negara makin maju..semuanya dihujung jari jer nak dapatkan maklumat…Google ni dah jadi buah mulut orang..sebab tulah google jadi enjin carian pertama yang orang guna dan orang dah biasa sebut google jer..jadi glamourlah google..=)
hehehehe…. bijak dunia skang ni…. tp ramai yg salah guna
dulu masa kat u belajar cra menjejak buku menggunakan OPAC..sekarag masih pakai OPAC lagi ke?hehe
Mungki sudah pupus agaknya 🙂
daus tu mmg org pelik sbb kenapa kan? itu lagu dia
ermm… yg kelakar nye.. kenapa perempuan buncit?
hahaha
mendalam giler maksud dia
sori bro sbb lama xsinggah sini
nk kumpul mood berblog balik 🙁
Berapa kali saya pesan tidak perlu minta maaf. 🙂
salam..
ideas bernas dari
penciptanya..padanlah
dah kaya raya pun
sekarang kan..?
Kekayaan pemilik Google(Sergey Brin dan Larry Page) belum boleh melawan kemewahan pemilik Facebook iaitu Mark Zuckerberg
google bukan saja tempat nak cari maklumat tapi kita sering dengar..”kau google lah” bukannya kita kata “kau carilah”.. google seperti dah dominate bahasa Internet kita
Google sudah menjadi sebahagian perbendaharaan kata suatu hari nanti 🙂
Salam,
semuanya dihujung jari, google je….tapi org tak cakap yahooo je…hehehe
Aiman pun dah reti menggoogle -..-
Bukan setakat Aiman sahaja, anak saya pun dah pandai mengunakan Google 🙂
selalu jugak la guna Google kalau nak cari maklumat
Aku selalu guna kaedah ini untuk buat tajuk entri terbaru
Boleh digunakan juga sebagai tip SEO 🙂
sememangnya denaihati 🙂
Hihihihi….
Google memang best. Memudahkan tapi adakalanya menyusahkan kalau salahguna atau tak tahu guna. 🙂
Masalah ada yang mengunakan Google untuk mencari maklumat yang tidak sepatutnya. Peranan Google hanya menyenaraikan keputusan mengunakan algoritma. Memandangkan Google adalah bot bukan manusia berkemungkinan hasil carian kata kunci tidak mencapai objektif
selagi yang buatnya robot dan bukan manusia,semua tu tak dapat nak dielakkan 🙂
seronok juga main search kat google ni..kdg2 suggestion dia bagi memang kelakar..
Semua senarai cadangan adalah bergantung kepada pengguna yang memasukkan kata kunci. Jika tinggi density kata kunci, ia akan tersenarai teratas
anak kak jie kat asrama, kalau dia perlukan maklumat…dia call
‘mama…tolong google…bla..bla..bla…”
kita akan ckp ‘goooglelah..kalau suruh seseorg cari maklumat’
tapi jarang kita sebut ‘yahoolah….’
Kak Jie, Yahooo sudah ketinggalan berbanding Google
kalau sebut yahoo lagi happening kan?..”Yahooo !!”.. 😀
bila gaji….. nak naik…hehe… aduyai… berkerut2 dahi…
Terkejut juga senarai terdiri penjawat awam tidak pula senarai pekerja swasta menuntut kenaikan gaji pula 🙂 <--dah lama gaji tidak naik(pekerja swasta)
daus pozi?
makhluk hijau…hahaha
LOL!.. HAHA
ada byk mende gak google tak boleh tolong aku carikan..hahahahahah…tp apapun google byk tolong aku dr dulu sampai skang..nak plak time title student dulu2
Kalau bijak mengurus maklumat tidak apa. Bimbang tugasan kita dipertikaikan nanti. Walau banyak Jurnal boleh didapati secara maya
pepatah moden mengatakan “Kalau nama korang bukan Google, tak payah nak berlagak pandai.” Hahaha…
.
Pepatah baru nih 🙂
Mencari maklumat menggunakan enjin carian tentunya menjadi pilihan kini kerana ia amat mudah untuk digunakan. Ditambah lagi dengan kepesatan perkembangan gadget mudah alih yang berkeupayaan melayari internet menyemarakkan lagi pencarian maklumat menggunakan enjin carian.
Tiada idea? Tak tahu nak masak apa? Tak tahu nak makan apa? Tanya sahaja Pakcik Google. Tentu ada jawapan yang sesuai! 😀
Tapi kena pilih-pilih jugak dulu kan bro. Tak leh ambil sesuka hati. Adakalanya artikel yang kita sedut tu datang dari sumber yg tiada kredibiiti atau mmg sengaja utk memberikan sumber yg silap. Kalau bab IT, hiburan dan yg ringan2, kawe mmg suka tanya Pakcik Google tetapi kalau yg berat2 seperti kesihatan, politik, ekonomi dsb, kawe lebih prefer sumber yg lebih tepat seperti buku, majalah dan suratkhabar. 😀
Tapi tu la.. kalau ikut akal yang waras dan mementingkan kredibiliti sesuatu fakta tentunya takkan ambil dari sumber internet.
Jenayah Siber adalah yang menjadi cabaran kepada pihak berkuasa kerana penjenayah berselindung disebalik kemahiran IT.
betul gak tu tu bro N,
dan maklumat yang paling celaru ialah kalau bab bab politik.., silap silap boleh kelaut dibuatnya..
sama macam info berkenaan Dato Jins Samsudin yang dikatakan telah meninggal dunia.mati2 aku ingat dia dah meninggal.bila tengok kat surat khabar, takde pun.ada kalanya kena lebih bergantung dengan media cetak daripada media elektronik…
dunia dah di hujung jari. cara ni mmg menjadikan generasi baru ni lebih berinformatik tapi pada masa yang sama takut mereka terlalu bergantung pada enjin carian tanpa perlu menghafal. payah gak kalau camtu. nak survive kalau xde internet nnt alamatnya mmg sukar lah
Ada baik dan buruknya. Yang baik segala maklumat dapat diperolehi dengan pantas tapi keburukan apabila offline langsung tidak boleh buat apa-apa
Bersih baru ada 4 ke 5 suggestion.. lecturer pun cerita sekarang budak2 tak gi dah library.. seach kat internet je nak wt keje..
Kawe check tadi dah banyak… Mau gak main keyword dia tetapi blog kawe pun baru hidup… ponat jer main keyword tetap gak tenggelam dalam carian Google.. he he 😀
Tidak apa bro . Blog DLSL pun masih baru lagi. Sekarang pun sudah hangat dengan entri terbaru 🙂
Memanglah senang kalau Google sahaja. Sekarang ini banyak buku rujukan didalam bentuk format ebook. Contohnya Scribd