Doktor merawat Amsyar untuk stabil di Zon Kuning Unit Kecemasan
Jangkitan kuman pada paru-paru bayi Amsyar.
Pada 11hb Feb 2018 Ahad minggu lepas, bayi saya berusia lima bulan telah masuk hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Bayi Amsyar telah dirawat selama dua belas hari di hospital sehinggalah keadaan penyembuhan semakin baik barulah beliau discaj dari hospital.
Beberapa hari sebelum itu bayi Amsyar telah mengalami tanda-tanda kemerosotan keadaan kesihatan.
Bayi Amsyar telah mengalami selsema dan sesekali batuk. Kesukaran tidur dan kerap berjaga.
Selera minum susu pun semakin kurang.
Bayi Amsyar ini menyusu badan penuh.
Saya dan isteri bawa Amsyar telah bawa bayi Amsyar ke klinik untuk berjumpa doktor untuk rawatan.
Pada hari Ahad keadaan kesihatan semakin merosot bila beliau tidak lagi aktif seperti biasa dan selera menyusu semakin berkurang.
Bayi Amsyar nampak sukar untuk bernafas setiap kali menarik nafas, kelihatan perut berombak nampak beliau berusaha keras untuk bernafas.
Kerap merengek.
Paling ketara bayi Amsyar tidak berdaya mengerakkan tangan dan kaki seolah-olah lembik.
Saya nekad untuk bawa Amsyar ke klinik untuk rawatan kali kedua.
Berita mengusarkan bila bayi Amsyar telah diberi surat untuk minta dirujuk ke hospital.
Bayi Amsyar telah dimasukkan Zon Kuning Unit Kecemasan.
Doktor cuba stabilkan keadaan Amsyar
Doktor telah mengambil tindakan untuk menstabilkan bayi Amsyar. Lama juga kami berada Unit Kecemasan.
Imej X-Ray juga telah diambil untuk melihat keadaan paru-paru bayi Amsyar.
Akhirnya saya dan isteri akur, bila doktor memberitahu Amsyar perlu mendapatkan rawatan susulan serta perlu masuk ke wad.
Selama 12 hari bayi Amsyar menerima rawatan jangkitan kuman pada paru-paru.
Amsyar telah dipakaikan topeng Oksigen dan dipasangkan alat bantuan pernafasan Ventilator
Selama dua belas hari bayi Amsyar menerima rawatan di hospital.
Sepanjang berada di hospital bayi Amsyar telah dipakaikan topeng Oksigen dan pernafasan beliau dibantu oleh mesin Ventilator pada mode BiLevel Positive Air Pressure (BiPAP).
Memandangkan bayi Amsyar susu badan penuh dan didalam rawatan bayi Amsyar tidak boleh menyusu badan.
Susu perlu diberikan melalui tiub dan isteri saya perlu pam susu.
Doktor yang merawat Amsyar beritahu ada jangkitan kuman pada paru paru pada paru-paru bayi Amsyar sebelah kanan atas ada jangkitan dengan menunjukkan hasil filem X-Ray paru-paru bayi Amsyar.
Semasa tempoh rawatan bacaan nadi dan pernafasan tinggi menunjukkan bayi Amsyar menghadapi kesukaran untuk bernafas.
Isteri saya sepenuh masa menemani bayi Amsyar ketika berada di hospital.
Amsyar demam
Pada hari yang rawatan ke sembilan baru lah ada nampak perubahanan.
Paru-paru sebelah kanan semakin pulih tetapi ada tanda jangkitan pada paru-paru kiri.
Syukur alhamdulillah ujian darah tidak menunjukkan ada jangkitan kuman didalam darah.
Beransur-ansur setting mesin ventilator diturunkan bila bayi Amsyar menunjukkan tanda positif dengan rawatan yang diberikan.
Pada ketika ini bayi Amsyar masih pakai topeng oksigen dengan mode pada mesin Ventilator adalah (Continous Positive Air Way Pressure (CPAP).
Bayi Amsyar boleh bernafas sendiri dengan sentiasa diberikan gas oksigen.
Bayi Amsyar mula buka topeng Oksigen
Bila progres kesihatan bayi Amsyar bertambah positif, doktor mula benarkan Amsyar buka topeng oksigen untuk jangka masa pendek melihat samada bayi Amsyar boleh bernafas tanpa bantuan mesin.
Keadaan Amsyar semakin positif dan tidak lagi pakai topeng oksigen
Keadaan kesihatan bayi semakin positif dan bayi Amsyar tidak lagi mengunakan topeng oksigen serta mesin Ventilator.
Bayi Amsyar sudah boleh bernafas sendiri masih pakai tiub oksigen untuk bekalan oksigen.
Mula menyusu badan.
Perut semakin kurang berombak dan nampak dada bayi Amsyar sudah mula turun dan naik.
Akhirnya bayi Amsyar discaj.
Akhirnya pada 22hb Feb 2018, Amsyar telah dibenarkan discaj dari rawatan dan boleh pulang ke rumah.
Kami telah dinasihatkan supaya bayi Asmyar dipantau dan kurang didedahkan kepada orang dewasa sehinggalah kesihatan beliau benar-benar pulih.
Doktor telah meminta beli spray Sterimar baby Nasal Hygiene dari farmasi untuk digunakan membersih hingus dan mukus yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan tersumbat.
Spray Sterimar baby Nasal Hygiene mengandungi cecair air laut dan selamat kanak-kanak dibawah 3 tahun.
Memandangkan bayi tidak pandai hembus hingus seperti orang dewasa.
Spray Sterimar ini boleh digunakan untuk spray ke dalam hidung dan mencairkan hingus serta mukus.
Video panduan mengunakan Sterimar baby Nasal Hygiene.
Cara mengunakan Sterimar baby Nasal Hygiene ini mudah dengan mengiringkan bayi dan pegang supaya tidak bergerak.
Masukkan nozel ke dalam hidung bayi dan tekan spray.
Insyallah akan terkeluar hingus dan mukus dari hidung bayi.
Boleh guna suction hingus bayi untuk menyedut.
Bayi akan rasa lega dan mudah untuk bernafas.
Boleh dapatkan Sterimar baby Nasal Hygiene ini di PGMall.
Perkongsian info mengenai jangkitan kuman pada paru-paru bayi.
- Kuman dan bakteri punca jangkitan kuman pada paru-paru bayi.
- Tanda dan gejala jangkitan pada paru-paru adalah
-
- Demam panas.
- Batuk dengan atau tanpa kahak.
- Sakit dada.
- Tiada selera makan, tidak mahu makan.
- Rasa tidak sihat, sering merengek.
- Pernafasan laju atau susah bernafas.
- Muntah atau cirit-birit.
- Tanda jangkitan paru-paru yang serius:
-
- Pernafasan laju.
- Sukar untuk bernafas.
- Bibir menjadi biru.
- Batuk berdarah.
- Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.
- Rawatan jangkitan paru-paru yang serius:
-
- Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
- Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Langkah pencegahan jangkitan kuman ini?
Mengamalkan amalan cara hidup sihat.
Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
Meneruskan penyusuan susu ibu.
Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru tambahan. Contohnya:
- Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) – wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme).
- Vaksin influenza – untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan.
- Vaksin pneumococcal – untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan.
Rawatan vaksin diatas tidak disediakan oleh hospital kerajaan dan boleh diambil klinik atau hospital yang menawarkan vaksi tersebut.
Sumber: MyHealth
[PENTING] Jika terdapat tanda-tanda penyakit dan sebaiknya bawa anak untuk merujuk kepada doktor. Usahlah cuba merawat sendiri.
Beberapa hari yg lepas sya dan suami bawa ank kami yg kedua berusia 3bulan ke klinik..dah 3minggu batuk slesema..dktr bgi thu anak kami paru2 dia kena jangkitan kuman tahap 2.tpi dktr tu xrefer ank sya utk d bawa ke hospitql..dia hnya d bagi kn ubat..sya dan suami risau dgn keadaan nya skrg yg kurg myusu..dan bila batuk dia akn nangis skuat nya..baby sya full bf..
Sama macam kes saya anak mula kurang menyusu sebab sukar bernafas. Doktor klinik beri surat rujukan ke hospital. Apa yang saya boleh syorkan terus bawa ke hospital.
anak saya baru kene tahan ward harini…jangkitan kuman pada paru2…hmmm bole tahu berapa vaksin tuu
Saya tidak pasti berapa harga vaksin batuk Kokol kerana ada yang berkongsi harganya RM2++ sekali ambil dan perlu ambil 3 kali.
Menurut doktor ia adalah option tambahan tidak bermakna anak tidak boleh kena tetapi ia tidaklah seteruk pernah berlaku.
Sebelum ni anak saya pernah kene virus influenza lama juga lah kat hospital. Nasib sebelum ni anak saya dah ambil Vaksin pneumococcal atas nasihat doktor. Biasalah agak mahal juga vaksin ni kerana ambil kat hospital private. Thanks atas info ini. saya blogwalking mencari maklumat baru .. selamat berkenalan..
Saya ambil maklum mengenai pengambilan vaksin tambahan kerana kos vaksin ini mahal. Jadi kerajaan tak mampu nak beri subsidi dan perlu ambil di klinik swasta yang ada menawarkan vaksin ini.
Kelahiran anak-anak zaman sekarang penuh risiko. Jaga sebaik mana pun masih ada kemungkinan untuk sakit. Seperti kata orang, udara zaman sekarang tidak sebersih dulu lebih-lebih lagi di bandar. Udaralah agen penyebaran kuman paling mudah.
Virus Influenza sudah mengalami mutasi dan mempunyai rintangan kepada ubat. Jadi mudah manusia untuk terkena virus Influenza.
Kesian anak kecil kalau dah kena sakit macam tu. Semoga segala urusan tuan dipermudahkan. Amin
Amin. Mendoakan penyembuhan anak saya.
sampai 12 hari kena duduk kat wad..semoga terus sihat yer baby Amsyar 🙂
Syukur alhamdulillah semakin positif kesihatan anak saya.
semoga cepat sembuh ya…
Terima kasih. Aminnn.
Semoga cepat sembuh ye baby Amsyar.
Saya pun nak beli juga lah spray tu, sebab bayi saya ni termasuk pulak air dalam hidung dia, jadi hidung dia macam tersumbat dan bila hisap susu bunyi tu macam dia kurang selesa untuk menyedut susu
Boleh guna Sterimar untuk mencairkan hingus.
alhamdulillah dah sihat
fuhhh boleh bayang perasaan bro dan isteri masa anak sakit
mesti susah hati dan tak dapat tidur malam
semoga selepas nih anak bertambah2 sihat
Syukur alhamdulillah. Berat mata memandang berat lagi memikul.
Saya memang tak samoai hati bila tengok bebudak terima rawatan. Apa lagi bayi. Tube sana sini. cucuk beberapa tempat. Semoga anak bro sihat sejahtera seperti sediakala.
Tak sanggup nak tengok gambo lama-lama..
Syukur alhamdulillah semakin sehat dan ceria.