• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Jam Digital LED Kayu

Jam Digital LED Kayu

14th December 2021 by akubiomed 2 Comments

Jam Digital LED kayu mempunyai paparan masa terang dalam gelap.

Mencari paparan jam terang pada waktu gelap.

Sebelum saya memiliki Jam Digital LED kayu ini, saya sudah pun memiliki jam Digital LCD. Dari segi saiz paparan masa tidak ada masalah cuma bila dalam keadaan bilik gelap atau kurang cahaya. Langsung tak nampak waktu jamnya.

Memang dah lama perhatikan jam Digital LED kayu tetapi belum tergerak hati nak sambar. Sehinggalah ada offer baik pada promosi HOTDAY SALE di PGMAll terus sambar.

Agak unik jam Digital LED kayu ini kerana cara paparan waktu bukan seperti jam konvensional. Paparan masa disebalik lapisan kayu yang sebenarnya adalah lapisan semi-transparent memaparkan waktu. Jam ini dikuasakan 3 bateri bersaiz AAA.

Mod yang ada pada jam Digital LED kayu ini:

  1. Paparan masa 12 jam/24 jam
  2. Penggera
  3. Tarikh
  4. Pengukur suhu

Secara keseluruhan jam ini mempunyai paparan masa yang jelas dan terang pada keadaan bilik terang atau gelap. Bunyi penggeranya kuat dan boleh set 3 waktu penggera yang berlainan. Bagi yang susah bangkit dari katil boleh set 3 waktu penggera yang berbeza.

Cara nak set masa dan tarikh pun tak susah kerana semua butang set ada dibelakang jam dengan boleh ditekan tanpa ada masalah. Unit suhu pun boleh tukar samada nak unit Celcius atau Fahrenheit tetapi sudah kita di Malaysia sudah biasa dengan unit Farenhiet.

Cuma satu kelemahan meja ini bila berada mod paparan sentiasa menyala akan kuat makan bateri. Sebaiknya jam ini perlu di set pada Sleep Mod dan bila disentuh pada jam ini akan menyala paparan masa.

Boleh letak jam Digital LED kayu ini diatas meja kecil di tepi katil. Bila-bila masa untuk mengetahui masa dengan hanya menyentuh badan jam ini.

Berminat nak dapat jam Digital LED kayu ini boleh dapatkan di PGMAll.

  • Reviu Jam Smartwatch Amazfit Bip U Pro
  • Practyl cordless screwdriver yang praktikal dan ringan
  • Shinetrip 05 Series: Lampu Emergency & Camping Tahan 80 Jam, Kalis Hujan – Wajib Ada di Rumah dan Trip Camping!
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2021-12-14
Reviewed Item
Jam Digital LED kayu
Author Rating
3

Filed Under: blog, gajet, review Tagged With: jam digital, jam digital led kayu, jam kayu

Reader Interactions

Comments

  1. Zurainny Ismail says

    14th December 2021 at 2:21 pm

    Cantik & jg interesting sbb ada bacaan suhu. Kami dah lama x guna jam meja, asyik hrp hp ja. Pakai jam tangan pun utk tujuan fitness tracking.

    Reply
    • akubiomed says

      14th December 2021 at 3:43 pm

      Zaman sudah berubah. Lebih mudah melihat jam di Smartphones. Saya masih old school nak juga ada jam meja atau jam dinding. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in