Luasnya ilmu Internet Marketing ini
Berpeluang mendapat ilmu knowledge sharing Internet Marketing @ IM di Infokerjaya @IKR. Walaupun cuaca hujan lebat sepanjang hari tidak merencat perjalanan saya untuk menghadiri perjumpaan yang dianjurkan oleh IKR dan PPUIM.
Terdedah dengan teknik Internet Marketing
Saya pun sendiri tidak tahu bagaimana boleh terjebak dengan Internet Marketing. Mungkin pengaruh ebook Kitab SEO Merah Jambu dan melihat testimoni penghasilan pendapatan menjual produk tanpa modal iaitu affiliate.
Apa itu Internet Marketing?
Mungkin tertanya-tanya apakah itu Internet Marketing atau Pemasaran Internet ini?
“Pemasaran internet atau pemasaran online merujuk kepada pengiklanan dan pemasaran usaha yang menggunakan web dan e-mel untuk memacu jualan langsung melalui perdagangan elektronik , di samping membawa jualan dari laman web atau e-mel . Usaha pengiklanan dalam talian pemasaran Internet dan biasanya digunakan bersama dengan jenis tradisional pengiklanan seperti radio , televisyen , surat khabar dan majalah”- Sumber: Webopedia
Biasanya pemasaran online ini mengunakan semua sumber-sumber yang ada sama secara maya atau konvensional.
Apa yang menarik melihat kejayaan rakan-rakan affiliate mencapai pendapatan 5 angka dengan produk affiliate bukanlah mustahil. Bagi saya agak skeptikal kemampuan pembelian produk tanpa modal boleh meraih keuntungan besar tetapi ia dibuktikan oleh rakan-rakan affilliate ini.
IKR Gathering ini membawa perkongsian knowledge sharing teknik dan strategi pemasaran online yang digunakan untuk mencapai jualan. Antara strategi yang digunakan adalah:-
- Google Adwords Ads
- Facebook Ads
- Email marketing
- SEO
- Blog
- Landing Page/ Squeeze page
Yang bagusnya knowledge sharing ini disampaikan mereka yang mahir dengan teknik-teknik yang tersenarai. Terus-terang mereka yang berjaya buat duit dengan affiliate ini tidak lokek ilmu berkongsi untuk sama-sama memperbaiki ekonomi ummah dengan cara yang berhemah.
Ringkasan perjalanan knowledge sharing IKR Gathering 2014
Sesi disebelah pagi
- Zeo Unic – perkongsian ilmu blogging
- SifuFBAds Jamal – perkonsiaan ilmu Facebook Ads
- Mohd Shamsuriyadi – perkongsian ilmu Google Adword ads
- Akma Omar – perkongsian penulisan yang menjual
- Suhairi Shafie – perkongsian email marketing
Sesi disebelah petang adalah group couching. Dimana peserta IKR gathering dipecahkan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan diberi seorang mentor untuk peserta bertanyakan soalan yang berkaitan kemahiran mentor.
Cergas sehingga ke petang kerana ilmu yang diberikan sangat hot.
Tidak sangka sepanjang sesi yang hampir 8 jam dengan masing-masing segar walaupun pada waktu tengahari makan lauk yang sedap-sedap.
Disini saya ingin memberikan penghargaan kepada tim IKR, PPUIM, Zeo Unic, Sifu Jamal, Mohd Shamsuriyadi, Akma Omar, Suhairi Shafie, Tok Puteh, Prof Hariz dan Mohd Rijaluddin. Memang terbaik IKR Gathering 2014 banyak ilmu yang diperolehi.
sumber gambar:Tim Infokerjaya
AkuBiomed: Pelan tindakan sudah bermula dengan menceburi dunia Internet Marketing.
Kalaulah tahu seminar ni kan best.
HerMm, sibuk.
Lama juga tim IKR war-warkan mengenai gathering ini.
Best tu bro.. Ilmu dikala memerlukan..
Wah bestnya dapat belajar ilmu baru! Tahniah 😀
Ya, bukan selalu peluang knowledge sharing seperti ini selalu.
majlis ilmu begini susah nak cari kalau dapat jangan sesekali lepaskan ya
Peluang seperti ini tidak akan dilepaskan.
syukur bila dapat pergi ya ab.dapat kawan dapat idea pernigaan jana wang baik masa hadapan nanti
Berusaha mencari pendapatan sampingan secara underground pada masa hadapan.
basgus kalau ade perkongsian ilmu macam ini. memang tak puas dan tak cukup masa je kan.
Ilmu yang bermanfaat selalu maca tuh. 🙂
Lepas ni pasti income mencanak-campak sebab dah serap ilmu best dari sifu yang best-best…
Insyallah jika diizinkan olehNya dan strategi yang ampuh.
kalau dah namanya perkongsian ilmu, pastilah semua nak fokus dan segar walaupun dalam dwan tu sejuknya ya robbii…
Memang sejuk dengan kaki seluar basah kena air hujan. Bayangkan sampai kering seluar.
Memang rugi la siapa yang tak pegi. Hehe..
Ya, beruntung bangat. 🙂
rugi rasanya tak dapat folow sekali..tapi nak buat macam mana..dh ada job wedding masa tu
Lain kali kalau ada acara ini dianjurkan pada masa hadapan boleh sertai.
untung dapat ikuti program yg berilmu tersebut
boleh memantapkan lagi skill tu
Bila sudah dapat ilmu perlu bertindak. Kalau tidak mendapat hasilnya.
tabik dengan bro akubiomed, hujan lebat pun redah je, semangat nak gathering 🙂
Hampir-hampir putus asa sebab sepanjang perjalanan menempuh hujan yang lebat.
Kalau jauh macam saya di Sabah ni memang susah mo join event macam ni.. huhu..
Harap ada video rakaman yang boleh dikongsi untuk kawan-kawan yang tak dapat hadir.
rasa jeles pula dengar rakan-rakan dapat berkumpulan dan saling berkongsi ilmu..nanti share la dekat blog..tak pun buat ebook
Sudah pasti ada panduan berbentuk ebook dan video. Sebelum menghadiri gathering ini saya sudah pun membeli video mengenai program affiliate.
Pernah gak join..fbgenius…
Ilmu juga tuh. Apa yang penting untuk menambah ilmu setiap masa dan mengamalkannya.
best gathering ni. dapat sedut ilmu sebanyak mungkin. sampai lebam otak. haha. best jugak dapat dapat tukar-tukar idea dengan bro.
Ilmu sudah diperolehi tinggal tindakan yang perlu disusulkan. 🙂
Nak ikut! hehe tahun 2015 kena lebih cergas dan cerdas.. La prepare apa yang patut. Ilmu ni kena kongsi baru murah rezeki. 🙂
Saya rasa sangat beruntung dan berterima kasih dengan penganjur. Perkongsian ilmu yang membuka mata dan peluang baru didalam internet marketing.
best dapat jumpa kawan-kawan blogger, selama ni blogwalking je.