• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

31st January 2014 by akubiomed 48 Comments

Apa ada blogspot sehingga ramai yang mengunakannya?

Secara jujurnya saya bermula menulis blog bukan dengan platform blogspot tetapi mengunakan hosting berbayar dengan membeli nama domain. Ini tidak bermakna saya anti blogspot kerana saya juga ada membuka beberapa blog mengunakan platform blogspot.

Blogspot mudah digunakan kerana konsep ‘easy and go’

Saya pernah berhenti seketika menulis blog dan pada masa itu barulah bermula berjinak-jinak untuk mengunakan blogspot. Apa yang saya amalkan dan digunakan didalam blog WordPress dipraktikkan didalam blogspot. Agak mudah mengunakan blogspot ini kerana semuanya telah dipermudahkan oleh Google.

1. Platform blogspot boleh nampak cool dengan mengunakan theme pihak ketiga dan mengunakan domain berbayar.

Kalau tidak berkenan dengan template theme default blogspot boleh diubah mengikut kesesuaian atau mengantikan kod template theme yang banyak boleh dicari dengam mengunakan Google Search Engine. Tentu ada yang menyangka blog Hasrul Hassan | Sifu Blogspot adalah mengunakan platform WordPress dengan hosting berbayar. Sebenarnya blog beliau masih mengunakan platform blogspot dan hanya membeli nama domain berbayar. Nampak coolkan.  Saya sarankan bagi pengguna platform blogspot agar membeli nama domain serendah RM35 setahun dan mungkin ada pembekal yang menawarkan lebih rendah daripada itu.

2. Pengguna blogspot tolonglah mudah kotak komen

Perkara ini selalu terlepas pandang oleh pemilik blogspot mengenai setting diruang kotak komen sehingga hendak meninggalkan komen perlu melalui sekuriti. Ia boleh memotong mood walaupun artikel yang ditulis berjaya mencuit hati tetapi ruang komen pula spoil mood. Bagi sesebuah blog itu mati tanpa komen dan blog yang mementingkan diri walhal dengan ruang komen yang aktif menyemarakkan sesebuah blog.

Saya ingin berkongsi trick mudah untuk mendapat trafik mencurah-curah bagi pengguna blogspot.

  1. Tutorial menukar template pihak ketiga
  2. Setting komen mencurah-mencurah

Bagi saya 2 tips ini sudah memadai menjadikan sebuah blog menjadi lebih hidup. Pengunjung diluar sana suka dengan blog yang kemas dan menarik. Komen yang aktif didalam sesebuah blog menunjukkan tarikan penulisan oleh pemilik blog.

Tutorial mengunakan template pihak ketiga

1. Klik TEMPLATE
2. klik EDIT HTML

1. Buat backup dengan klik DOWNLOAD FULL TEMPLATE proses ini penting jika ada masalah boleh restore template kepada asal.
2.  Klik CHOOSE FILE dan UPLOAD template pihak ketiga.

Boleh dapatkan koleksi template pihak ketiga di laman BTemplates

Tutorial setting kotak komen

1. Klik SETTINGS
2. Klik POST AND COMMENTS
3. Pilih ANYONE(siapa sahaja boleh komen)
4. Pilih samada ALWAYS(setiap komen perlu diluluskan oleh Admin) atau NEVER(komen disiarkan tanpa perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Admin)

Harap dengan sedikit tips gempak reka bentuk blogspot dan komen mencurah-curah ini dapat membantu newbie dan mereka yang mengunakan blog di platform blogspot.

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan
ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my
serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com,
DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net,
DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

Sila tekan butang kongsi:

  • Pengalaman menulis blog
  • Blog Papa Mifz dari kaca mata AkuBiomed
  • Giveways ke 2 Cik Tom rugi tak masuk

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. MyCherita says

    10th February 2014 at 3:50 pm

    terima kasih diatas perkongsian.datang dari senarai peserta segmen ilmu blogspot., salam ukhwah, salam perkenalan,

    Reply
  2. Mekar says

    9th February 2014 at 3:30 pm

    Sebelum berjinak dgn wordpress, i mmng menggunakan blogspot. Kiranya blogspot tempat utk sya belajr mengenai blog.

    Reply
  3. zik says

    4th February 2014 at 6:12 pm

    masih guna blogspot, update blog biasa2 jer guna… memang senang…

    Reply
  4. Ummi Hanie says

    4th February 2014 at 5:02 pm

    oh begitu kisahnye AB dgn blogspot…

    menarik perkongsiannya. sy pun gilakan theme pihak ketiga. jarang2 pakai theme blogspot yg disediakan

    Reply
  5. Akuro San says

    4th February 2014 at 4:48 pm

    dah lama tinggalkan blogspot. tapi sekarang nih mcm nak buat balik blog blogspot sbb dia ada kelebihan tersendiri.

    Reply
  6. Sop says

    4th February 2014 at 10:52 am

    Sop pengguna tegar blogspot 🙂
    mmg easy & go blogspot nih. xperlu byk pikir hehhee

    good luck bro utk pertandingn ini 🙂

    Reply
  7. anif says

    4th February 2014 at 9:37 am

    Masih setia dengan blogger (blogspot). Kalau tahu & kena gayanya, mantap juga platform ni sebenarnya 🙂

    Reply
  8. Faizal Fredley says

    4th February 2014 at 12:38 am

    wah dah lama aku tinggal dunia blogspot nih….Bro Hasrul Hassan adalah otai dalam bab blogspot nih…

    Reply
  9. Doctor Blogger says

    3rd February 2014 at 2:52 pm

    dah lama tak godek godek blogspot ni…. dulu masa guna blogspot memang rajin…. siap tahu coding coding dah..

    Reply
  10. hafiz says

    3rd February 2014 at 1:27 pm

    teringat masa zaman menggunakan platform blogspot ni..

    Reply
  11. Denaihati says

    3rd February 2014 at 1:18 pm

    mudahan ramai dapat manfaatbta dan semoga sukses bro untuk kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia.

    Reply
  12. ajumohit says

    3rd February 2014 at 1:14 pm

    owh contest ke? emmm good luck ya!!!

    Reply
  13. Dulu Lain Sekarang Lain says

    3rd February 2014 at 8:27 am

    Actually guna blogspot best gak. Kawe pun ada sebijik domain yg dibeli dan diletakkan pada platform blogspot. Jimat eehhh. Maybe, yg buat kawe prefer WP ialah ia lebih user friendly dan bab design tu lebih ngetop. Other than that, tak baca beza guna WP dan Blogspot kot?

    Reply
  14. Irwan Alessa says

    2nd February 2014 at 9:45 pm

    Ya, blogspot lebih mudah untuk kita kendalikan.. tidak seperti WordPress.. Tetapi kedua-dua platform ini juga mempunyai kelebihan masing-masing..

    Gud luck untuk penyertaan kontes ini..

    Reply
  15. Hafizul says

    2nd February 2014 at 1:46 am

    Emm kadang2 rasa macam seronok pulak blogspot ni..haha..gud luck bro..

    Reply
  16. muja says

    1st February 2014 at 8:22 pm

    saya pun dah join kontes ni,, rasa macam good good je saya bagi tips,, rasa macam tak layak pung ada,, harap2 ada la faedahnya entry saya tu,, 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 2:25 am

      Tidak kira ilmu yang disumbang sedikit atau banyak kerana ia mampu membezakan kita dengan orang lain.

      Reply
  17. suri says

    1st February 2014 at 8:06 pm

    bab komen memang buat sakit jiwa kekadang bila first masuk blog dah baca entri sampai habis.bila nak komed tang itu jadi masalah.lasti out terus

    Reply
  18. Bro Zulkbo says

    1st February 2014 at 7:02 pm

    Assalamualaikum..
    wahh..lama tak ke sini
    join contest ke?
    semoga berjaya..

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2014 at 8:12 pm

      Ada kunjungi bro Zulkbo sebagai silence reader sebab ruang komen blog bro Zulkbo tidak dibuka untuk semua jenis platform terhad kepada pemilik akaun Google+ sahaja.

      Reply
  19. iluvtour says

    1st February 2014 at 4:11 pm

    sokong yg no.2 tu. serius tak suka komen blog yg ada pasang kod sekuriti. kalo senang nak baca xper gak.

    Reply
  20. Prosihat says

    1st February 2014 at 3:03 pm

    Sebenarnya platform blogspot ni tidak kurang hebatnya daripada platform berbayar jika kita mahir mengolah reka bentuk laman web dan kontent artikel yang bermanfaat.

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2014 at 8:13 pm

      Blogspot anak emas Google sudah tentu ditatang bagai minyak yang penuh.

      Reply
  21. TehR says

    1st February 2014 at 3:02 pm

    blogspot kawe masih ada lagi
    cuma tak berapa cergas je

    Reply
  22. papa mifz says

    1st February 2014 at 1:47 pm

    dulu den guna blogspot , kini tidak lagi…=)

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2014 at 8:14 pm

      Jangan dilupa blogspot kerana masih ada kesan SEO walaupun telah ditukar platform.

      Reply
  23. Anuar says

    1st February 2014 at 1:26 pm

    Terima kasih di atas perkongsian info… Dengan tips yang diberikan.. In Shaa Allah dapat saya gunakan ketika menganjurkan kursus membina blog, seperti yang dipinta oleh pegawai latihan ditempat saya bekerja… 😉

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2014 at 8:15 pm

      Ada sedikit ilmu yang tidak seberapa. Terima kasih kerana sudi berkongsi kepada yang lain. 🙂

      Reply
  24. Raudzah says

    1st February 2014 at 11:38 am

    salam Ahad Tuan Rumah..Jujurnya kita masih setia dengan Blogspot coz rasanya so far lebih user friendly kot cuma mungkin ada sedikit dsiadvantagekan..Nway thanks for the ilmu yang dikongsi..Semoga berjaya…

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2014 at 8:16 pm

      Sebenar tiada cacat cela untuk kekal dengan blogspot. Mengikut selera masing-masing samada hendak mengunakan platform percuma atau hosting berbayar.

      Reply
  25. Aniq Bukhary says

    1st February 2014 at 3:33 am

    Bermanfaat untuk pengguna blogspot mcm saya.. bab kotak komen tu dah lama nak ubah tp asyik lupa je…

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2014 at 8:17 pm

      Rasanya blog bro tidak ada masalah hendak tinggal komen.

      Reply
  26. Muaz says

    1st February 2014 at 12:28 am

    Semoga berjaya..

    terbaik ni!

    ada gaya menang.

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2014 at 8:18 pm

      Terima kasih. Harap ada rezeki memihak kepada saya. 🙂

      Reply
  27. ohcikgu says

    1st February 2014 at 12:14 am

    dah lama dah tak main kat blogspot nih..

    Reply
  28. Sukma says

    31st January 2014 at 9:58 pm

    Info yang baik boleh dipraktikkan, ada idea tak untuk domain yang terendah….

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2014 at 12:27 am

      Biasanya ada promosi pembekal memberikan diskaun dan harga runtuh untuk membeli domain.

      Reply
  29. farid laham says

    31st January 2014 at 9:57 pm

    yup mmg blogspot kene tukar bahagian komen tu..huhu

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2014 at 12:28 am

      Bagi pengguna platform blogspot boleh ubah setting komen box supaya mudah untuk tinggal komen.

      Reply
      • suri says

        1st February 2014 at 8:08 pm

        rugi kalau tak ubah tak kisah blog jenis peribadi atau maklumat tapi kalau orang sudah masuk tapi tak tinggalkan komen ras atak meriah satu blog itu.

        Reply
  30. cikgu naman says

    31st January 2014 at 9:54 pm

    Goodluck bro!

    Blogspot ada lebih dan kurangnya

    Reply
    • akubiomed says

      31st January 2014 at 9:58 pm

      Pengguna blogspot tidak perlu bimbang dengan kuasa SEO kerana blogspot anak emas Google.

      Reply
  31. kifli mally says

    31st January 2014 at 9:46 pm

    baiklah akan saya cuba ^_^
    thanks btw

    Reply
    • akubiomed says

      31st January 2014 at 9:58 pm

      Boleh ikut tutorial untuk ubat setting diruang komen supaya tidak hanya pemegang akaun Google sahaja boleh komen. Bimbang juga tutorial yang diberikan tidak cukup jelas.

      Reply
  32. shahfir says

    31st January 2014 at 9:22 pm

    terima kasih atas infonye..

    Reply
    • akubiomed says

      31st January 2014 at 9:31 pm

      Harap dimanfaatkan ilmu yang tidak seberapa ini dikongsikan.

      Reply
  33. AKMA says

    31st January 2014 at 9:01 pm

    Sy kalau bab-bab teknikal mcm ni mmg failed… huhu…

    Reply
    • akubiomed says

      31st January 2014 at 9:30 pm

      Kalau guna defaul blogspot akan mengalami masalah kotak komen perlu melalui proses sekuriti.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in