• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Ilham Nasi Kukus Mutiara Damansara baunya melekat dan rasanya padu

Ilham Nasi Kukus Mutiara Damansara baunya melekat dan rasanya padu

10th October 2019 by akubiomed 1 Comment

menikmati Ilham Nasi Kukus di Mutiara Damansara

Kuah kari meriah Ilham Nasi Kukus

Ilham Nasi Kukus baunya melekat dan rasanya padu.

Restoran Ilham Nasi Kukus terletak di Mutiara Damansara

Ilham Nasi Kukus di Mutiara Damansara antara destinasi makan-makan yang terkenal. Restoran berkonsepkan layan diri. Restoran ini tidak putus pengunjung sentiasa penuh dan pelanggan ramai beratur menunggu giliran mengambil pesanan.

Saya telah bawa famili ke Mutiara Damansara untuk menikmati Ilham Nasi Kukus yang terkenal di Mutiara Damansara.

Pelanggan beratur panjang 2 barisan menunggu giliran untuk ambil pesanan Ilham Nasi Kukus

Lauk-pauk Ilham Nasi Kukus

Mengambil pesanan Nasi Kukus dikaunter

Nasi kukus untuk diagihkan kepada ahli keluarga

Keunikkan bungkusan Ilham Nasi Kukus bila ada bahagian ayam goreng berempah terkeluar sedikit dari bungkusan terutama bagi yang memilih bahagian peha ayam.

Jenis-jenis lauk pauk yang ada pada Ilham Nasi Kukus

Waktu beroperasi Restoran Ilham Nasi Kukus.

Apa yang istimewa dengan Ilham Nasi Kukus?

Harga sebungkus Ilham Nasi Kukus ini adalah RM6.50. Apa yang menarik adalah Ayam Goreng Berempah adalah digoreng panas-panas. Jadi tidak perlu risau kesegaran Ayam Goreng Berempah yang digoreng. Lauk-lauk seperti sambal Ikan Bilis, Sambal Belacan, Nenas dan kuah Kari memberikan variasi rasa ketika makan.

Saiz ayam besar dan nasi pun banyak. Puas makan. Semasa mengambil pesanan boleh pilih bahagian ayam yang disukai. Nak ayam double pun boleh dan tidak jadi masalah. Nanti kena caj tambahan untuk tambahan ayam tersebut.

Bungkusan Ilham Nasi Kukus mengunakan pembalut kertas yang bercetak logo Ilham Nasi Kukus. Apa yang unik bila ada bahagian Ayam terkeluar dicelah lipatan pembungkusan nasi. Bau lauk menerpa akan membuka selera. Boleh tahan telan air liur berulang kali. Rasa tak sabar nak buka segera bungkusan Ilham Nasi Kukus yang sudah memanggil-manggil.

Basuh tangan pun masih tak hilang bau Sambal Belacan dan rempah kari. Mempunyailah kuat melekat pada tangan.

Video bawa famili menikmati Iham Nasi Kukus Mutiara.

Lokasi Iham Nasi Kukus Mutiara Damansara.

  • Tempat makan best di Pulau Penang
  • Resepi nasi Arab Mandy restoran Saba marvelous
  • Nasik lemak atau roti canai dihujung minggu
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2019-10-10
Reviewed Item
Ilham Nasi Kukus Mutiara Damansara
Author Rating
5

Filed Under: blog, pelancongan, review Tagged With: ilham nasi kukus, nasi kukus, nasi kukus ilham, nasi kukus ilham mutiara damansara. reviu nasi kukus ilham

Reader Interactions

Comments

  1. Jiarizaira says

    10th October 2019 at 1:22 pm

    Mmg padu ni. Antara makanan fav time lunch hour masa keje kat damansara. Parking mmg susah nak cari. Skrg ni tak dapek nak pergi dah sbb keje di KL.

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in