• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / resepi / Home made air soya segar

Home made air soya segar

12th August 2012 by akubiomed 110 Comments

Home made air soya segar dan sedap.

Ketika melakukan blog walking, rata-rata sahabat blogger sudah mula berkongsi resepi biskut Raya di blog mereka. Saya ini hendak menunaikan janji berkongsi resepi Home Made air soya segar yang boleh dibuat sendiri yang pasti kebersihan lebih terjamin. Inilah baru dikatakan ‘Janji ditepati’.

Sebenarnya tidaklah susah hendak menyediakan air soya kerana bahan utama adalah kacang soya itu sendiri yang boleh dibeli dari dikedai runcit didalam bentuk paket kecil. Ditempat saya, 1kg kacang soya dijual pada harga RM3.60. Saya belajar membuat produk berasaskan soya setelah menghadiri kursus anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor.

Ada beberapa cara untuk penyediaan air soya samada secara manual atau mengunakan mesin pembuat air soya. Panduan yang ingin dikongsikan adalah cara manual.

Bahan-bahan untuk membuat home made  air soya segar*.

  1. Kacang soya 500g
  2. Air 5 liter

Pemanis

  1. Gula 1kg
  2. Air 2 liter
  3. Daun pandan

*senarai bahan-bahan yang diberikan sebagai panduan sahaja.

Rendam kacang soya selama 4-6jam sahaja sudah memadai nanti air soya yang dihasilkan tidak akan bertahan lama dan cepat basi. Pastikan air rendaman sampai paras bekas dan tidak kering semasa proses rendaman berlaku.

Selepas proses rendaman kacang soya tus kan air dan bersihkan kulit kacang soya yang tertanggal.

membuang kulit kacang soya

Kacang soya yang telah dibersihkan akan dikisar dengan mengambil sedikit bahagian air 5 liter untuk memudahkan proses mengisar.

Kacang soya yang telah dikisar akan ditapis. Tapisan ini boleh dilakukan 2-3 kali kerana boleh dirasakan kelikatan air soya ini.

Air soya yang ditapis dengan sekali lagi akan ditapis semula untuk memastikan tiada hampas kisar dan baki 5 air liter turut dituangkan ke dalam periuk.

Masak air soya ini dengan api sederhana dan dikacau secara perlahan bagi mengelakkan kerak terjadi.

Penyediaan pemanis

Bagi pemanis boleh dimasak bahan-bahan gula, air dan pandan sekali. Masak sehingga gula larut.

Hidang air soya dengan mencampurkan pemanis mengikut rasa. Home made air soya yang dihasilkan lebih terasa pekat dan sedap berbanding yang dibeli.

Puas hati apabila anak-anak memberikan signal bagus untuk home made air soya dihasilkan sedap.

AkuBiomed: Bolehlah dihindangkan sebagai minuman berbuka puasa samada panas atau sejuk.

—————————————————————-

Senarai resepi makanan untuk berniaga:-

  1. Rahsia Putu Bambu & Piring. Bonus PERCUMA Putu Mayam
  2. Rahsia Bun. Bonus PERCUMA Pizza
  3. Rahsia Taufufa. Bonus PERCUMA Coconut Shake
  4. Bisnes Cakoi dan Donut. Bonus PERCUMA Puff Pastary & Karipap pusing
  5. Bisnes Roti Canai. Bonus PERCUMA Mee Goreng, Potongan buah style hotel & kek Batik Special

Tinggalkan email anda dan saya akan berkongsi resepi senarai diatas.

Nama Penuh
E-mail address



100% Spam Free. We respect your privacy

  • Hasil air Soya sendiri untuk juadah berbuka puasa.
  • Resepi Taufufah untuk juadah berbuka puasa
  • Mudahnya membuat Taufufah dari rumah

Filed Under: resepi Tagged With: cara membuat air soya bean, cara membuat air soya yang sedap, proses membuat air soya

Reader Interactions

Comments

  1. atie adnan says

    15th June 2016 at 2:25 am

    wah !! confirm non-gmo nih.. hee~ nanti nak try..

    Reply
  2. Nur says

    23rd July 2013 at 2:54 am

    Belum pernah cuba… Insha Allah akan buat sendiri juga dengan rujuk panduan ni.. Tq atas perkongsian

    Reply
  3. myvitrd says

    21st July 2013 at 3:12 pm

    semalam baru minum air kacang soya.. ada masa nak cuba buat sendiri jugalah

    Reply
  4. d0d0l says

    28th January 2013 at 7:30 pm

    baru lepas beli kacang soya mentah. tjumpa blog nie ms gugel kat tenet cara2 buat air kacang soya :p tQ atas pkongsian teknik ini

    Reply
  5. Mekar says

    9th September 2012 at 12:27 am

    Selalu gak buat sendiri. mudah je kan. tapi agak leceh

    Reply
  6. lepakk.com says

    20th August 2012 at 11:05 am

    Wah perkongsian yang hebat… bleh cuba ni (untuk bisnes jela..kalau nak minum baik beli )

    Reply
  7. Khidhir says

    16th August 2012 at 12:27 pm

    wah. hebat. boleh buat bisnes camni

    Reply
    • lepakk.com says

      20th August 2012 at 11:06 am

      Kaya la pasni dgn bisnes air soya pulak

      Reply
  8. auc dot com says

    15th August 2012 at 5:53 am

    dulu rajin jg buat, le ni malas la pulak 🙂

    Reply
    • lepakk.com says

      20th August 2012 at 11:06 am

      Oh memang reti buat ke?

      Reply
  9. Jebeng Otai™ says

    14th August 2012 at 8:42 pm

    3 tester yg bertauliah ni..kompem sedap..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      15th August 2012 at 12:10 am

      Kalau 3 tukang rasa tidak lulus tak tahu lag lagi. 🙂

      Reply
  10. Norasikin says

    14th August 2012 at 3:41 pm

    Dulu masa pegang tunas bistari, saya jual air soya dalam botol air mineral 500ml. Satu hari, kena buat 25L air soya secara manual.

    Reply
    • akubiomed says

      15th August 2012 at 12:29 am

      Proses memerah secara mengunakan tangan adalah dugaan.

      Reply
    • lepakk.com says

      20th August 2012 at 11:07 am

      Oh yeke… apesal x buka bisnes Soya Norasikin je?

      Reply
  11. suri says

    14th August 2012 at 12:46 pm

    hro raya blh buat lgi heeee dah ada sesi juma lgi nie..eh bro ada dpt email saya?

    Reply
    • akubiomed says

      15th August 2012 at 12:37 am

      Email yang mana satu Suri?

      Reply
  12. suri says

    14th August 2012 at 12:28 pm

    hro raya blh buat lgi heeee

    Reply
  13. suri says

    14th August 2012 at 12:17 pm

    sedapnya buat sndri jimat wang mengalir ke penjual

    Reply
    • lepakk.com says

      20th August 2012 at 11:07 am

      Sedekah sket xde hal punya

      Reply
  14. nuriz says

    14th August 2012 at 12:16 pm

    bukan senang orang nak bagi ilmu ni..pasni buleh lah nak try2 buat.. terima kasih

    Reply
    • akubiomed says

      15th August 2012 at 12:38 am

      Penyediaan soya yang saya berikan tidak mengunakan bahan pengawet. Mungkin diluar sana ada cara untuk membuat ais soya tahan lama.

      Reply
      • lepakk.com says

        20th August 2012 at 11:08 am

        Asli dan original kan

        Reply
  15. ProfHariz says

    14th August 2012 at 10:54 am

    Terbaiklah bro. Rajin bro buat sendiri ye. Boleh meniaga lepas ni

    Reply
    • lepakk.com says

      20th August 2012 at 11:08 am

      Tu le pasal… hebat betul..

      Reply
  16. Kamal Mustafa says

    14th August 2012 at 8:32 am

    Memang elok dan lebih baik buat sendiri daripada beli. Suko tengok anak2 gembira. Air tangan ayahlah katakan.

    Reply
  17. Leeza dayasari says

    14th August 2012 at 8:07 am

    buat sendiri. waaa… good info ni.
    tapi rajin ker diri ini nk buat. aiyaaaaaaaa

    Reply
    • akubiomed says

      15th August 2012 at 12:41 am

      Tak susah hendak buat. Bolehlah cuba. 🙂

      Reply
  18. Nur says

    14th August 2012 at 5:52 am

    Terima kasih kerana berkongsi resepi.. mana tahu ada kerajinan nak buat sendiri.. Setakat ni kuih raya, belum decide nak buat berapa jenis.. Bergantung pada masa dan kerajinan.. 🙂

    Reply
  19. boni kacak says

    14th August 2012 at 3:29 am

    wah.. nak try buat ler..

    Reply
    • akubiomed says

      15th August 2012 at 12:43 am

      Saya bimbang bro Boni buat air soya. Lain jadinya nanti. 🙂

      Reply
    • lepakk.com says

      20th August 2012 at 11:09 am

      Try je bro..pastu bgtau kami jadi mcmana

      Reply
  20. Hairul Hissam says

    14th August 2012 at 1:30 am

    kalo buat air soya ini. bila nak memerah je yg leceh sikit. boleh terkeluar urat2 bila nak memerahnya… 😀

    Reply
    • akubiomed says

      15th August 2012 at 12:50 am

      Semasa kursus belajar air soya hanya 2 lelaki sahaja. Jadi urusan memerah soya diberikan kepada kami. 🙂

      Reply
      • lepakk.com says

        20th August 2012 at 11:09 am

        Susah ke nak perah dia?

        Reply
  21. Ezad Skytech says

    14th August 2012 at 12:51 am

    buat sendiri lagi terasa nikmatnya air soya ni..:D

    Reply
    • akubiomed says

      15th August 2012 at 12:53 am

      Orang bujang seperti Ezad pun boleh mengunakan Tepung Magik untuk mengoreng.

      Reply
  22. titan says

    14th August 2012 at 12:42 am

    hoho..ko jual kat pasar malam..konfirm ada 10 orang paling sikit yang beli..

    Reply
    • lepakk.com says

      20th August 2012 at 11:10 am

      Boleh jadi top 5 Air Soya #malaysia hahaha

      Reply
  23. Ummi Hanie says

    13th August 2012 at 10:34 pm

    selain boleh buat bisnes, boleh juga cuba2 tulis ebook cara buat air soya yg sedap 😉

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 10:47 pm

      Saya tidak mengunakan sebarang pengawit jadi ketahana air soya mungkin tidak lama. Jadi kalau hendak tulis ebook mengenai pembuatan air soya untuk komersial macam tidak sesuai sahaja.

      Reply
      • lepakk.com says

        20th August 2012 at 11:10 am

        Ummi ni pandai buat duit ni

        Reply
  24. Ummi Hanie says

    13th August 2012 at 10:34 pm

    semangatnya tengok anak2 gembira minum air soya hasil tgn ayah sendiri… tambah2 abg koning tu 😉

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 10:49 pm

      Betul tuh. Anak-anak suka minum air soya. Saya belum kesempatan untuk membuat taufufa yang agak mencabar.

      Reply
  25. Ummi Hanie says

    13th August 2012 at 10:19 pm

    rajinnyeee tuan blog bikin air soya… tmbh2 syg sang isteri…

    pengakuan jujur; sy tak pass lagi buat air soya… huuuuu~

    dan hampir tiap2 hari juga ni berbuka dgn air soya kotak… 😉

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 10:46 pm

      Mungkin rendam kacang soya terlalu lama. Dicadangkan rendah 4-6jam sahaja. Kalau dirumah ini tidak sempat simpan untuk esok sudah habis. Memang laku selalu. 🙂

      Reply
  26. papa mifz says

    13th August 2012 at 6:06 pm

    boleh buat bisnes nih kan bro…cuba lah mana tau masyuk…:)

    Reply
  27. Bro Framestone says

    13th August 2012 at 4:45 pm

    Eh.. Terasa macam nak berbuka dekat rumah mu…

    Bagi direction plz.. Nak melawat, itu pun jika dihidangkan air soya nie la ek…

    5 liter tue berapa kali minum baru habis ek

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 5:41 pm

      Tanjung malim dengan kawasan saya tinggal tidaklah jauh.:-)

      Reply
    • lepakk.com says

      20th August 2012 at 11:11 am

      Nak ikut gak

      Reply
  28. hafidz says

    13th August 2012 at 2:51 pm

    amboi sedapnya. nak sikit hehe 😛

    Reply
  29. Tirana Aduka says

    13th August 2012 at 2:14 pm

    Assalamualaikum wbth…

    Wah rajinnyako bro…… soya madein akubiomed 1…nakorder nie…

    Reply
  30. sw33tdarling says

    13th August 2012 at 2:08 pm

    puasa tahun ni, saya langsung tak kongsi menu berbuka sebab rasanya 2kali jer memasak untuk berbuka.. selebihnya berbuka di kampung, adik yang memasak. Di KL, hubby yang masak…

    Air soya, dulu masa kecik2, mak selalu buat masa mengandungkan adik. nak suruh putih… hehehhee

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 5:44 pm

      Ada juga diamalkan oleh isteri semasa mengandung dahulu.:-)

      Reply
    • lepakk.com says

      20th August 2012 at 11:11 am

      Oh yeke..kalau x banyak la resepi kami boleh buat

      Reply
  31. hidayah says

    13th August 2012 at 1:09 pm

    fuhhh…terasa macam..
    (beli je lah..senang 🙂 hehe..)

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 5:45 pm

      Kalau beli memanglah senang. Ada mesin buat soya lagi senang.

      Reply
  32. Zida says

    13th August 2012 at 12:58 pm

    ala comelnya model 3 orang tu, dulu mak rajin la buat masa kitorang kecik-kecik tapi bila semua dah besar, mak pun makin busy dah tak pernah buat dah. sekarang beli je…

    nak try buat kat mesir la! (eh tapi ada ke kacang soya kat sana -.-)

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 5:46 pm

      Tak tahu lah pula kalau soya ada dijual di Mesir. Mungkin boleh cari dekat sana kot.
      Tahun ini tak balik Raya di Malaysia?

      Reply
  33. wahida says

    13th August 2012 at 12:44 pm

    dulu suka giler minum air soya, tapi sejak kawen, hubby dan anak2 tak suka minum soya, saya pun dah jarang minum, kalau teringin, baru beli air kotak soya tu..

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 5:47 pm

      Kalau macam itu lebih baik air soya kotak sahaja.:-)

      Reply
      • lepakk.com says

        20th August 2012 at 11:12 am

        Air Soya Cincau

        Reply
  34. Hafizul says

    13th August 2012 at 10:40 am

    Wahhhh menarik…buat air siya sendiri..rupa nya senang jer..aku ingtkan susah..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 5:48 pm

      Tak susah boleh cuba sendiri.:-)

      Reply
  35. Bro Zulkbo says

    13th August 2012 at 7:14 am

    salam..
    erkk..selalu minum boleh
    licin kulit nih..he he

    baru sekali je minum
    bulan puasa nih..itupun
    soya + cincau

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 5:49 pm

      Produi SKII kan berasaskan kacang soya.:-)

      Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 5:50 pm

      Produk SKII kan berasaskan dari kacang soya.:-)

      Reply
  36. sweet says

    13th August 2012 at 1:29 am

    tak gemar air soya 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 5:50 pm

      Tak boleh apa dah.:-)

      Reply
      • lepakk.com says

        20th August 2012 at 11:12 am

        Tak tau paaa…. hehe

        Reply
  37. smp3lembang says

    13th August 2012 at 12:51 am

    ini musti high kualiti karena handmade kalau yang banyak dipasaran musti guna bahan pengawet supaya bisa tahan lama

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 5:52 pm

      Kacang soya yang berkualiti harus dibeli keluaran negara Kanada lebih sedap.

      Reply
  38. Mama Murai says

    13th August 2012 at 12:16 am

    Teringat dengan gelagat anak-anak dan cik abang kita bila sesi memasak soya. Selalunya hidangan soya suami juga pekat tetapi yang tak bestnya, soya tu mudah basi. Ada sesiapa tau, macam mana nak bagi air soya tu tahan lebih lama? 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 12:25 am

      Apa yang saya belajar mengenai buat soya adalah tidak meletakkan bahan pengawet supaya bertahan lama. Mungkin proses rendaman kacang soya terlalu lama. Proses rendaman yang dicadangkan diantara 4-6jam. Setakat ini saya tidak mengalami soya basi.

      Anak-anak memanglah mengadap ketika saya menyediakan air soya ini tetapi tidaklah ditunjukkan didalam gambar. Ada yang hampir masukkan kepala dalam periuk ketika proses memerah air soya. 🙂

      Reply
    • lepakk.com says

      20th August 2012 at 11:13 am

      Wah ramai rupanya rajin buat soya sendiri

      Reply
  39. keretahitam says

    12th August 2012 at 11:52 pm

    apa pun air tangan bapa yang buat mesti dapat berkat anak yang meminumnya…kena cuba sendiri ni…

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 12:26 am

      Insyallah proses pembuatan yang ikhlas akan memberi kesan kebaikkan.

      Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 10:50 pm

      Insyallah dengan ikhlasan tentu ada kebaikkan.

      Reply
  40. daddydee says

    12th August 2012 at 11:44 pm

    terbaik lah tuan…Nanti boleh try ni…

    Thanks…

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 12:26 am

      Boleh cuba sendiri. Ia tidaklah susah.

      Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 10:50 pm

      Boleh cuba bro tak susah pembuatan air soya ini.

      Reply
  41. Shahrul says

    12th August 2012 at 8:23 pm

    buleh try ni lain kali…

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 12:27 am

      Boleh sangat mencuba. 🙂

      Reply
  42. maszull says

    12th August 2012 at 6:50 pm

    assalamualaikum akubiomed….bestnya kalau dapat buat air soya sendiri memang puas hati n berbaloi2 bila meminumnya….buatan sendiri la katakan…:)

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 12:27 am

      W’salam. Apa yang saya boleh maklumkan air soya terasa lebih pekat dan sedap diminum.

      Reply
      • Ummi Hanie says

        13th August 2012 at 10:31 pm

        serik lepas buat, basi pula… tak sedap :p

        Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 10:52 pm

      Tahap kepuasan berbeza kalau air soya hasil buatan sendiri. 🙂

      Reply
  43. errah says

    12th August 2012 at 6:39 pm

    bagusnya bt sendiri..kita punya feveret ni..hri ni pon soya lg..hihi..tp xrjin nk bt sendiri..ingt susah rpnye sng je

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2012 at 10:53 pm

      Kalau guna mesin air soya lagi senang. 🙂

      Reply
  44. nurmisnan says

    12th August 2012 at 6:16 pm

    alamak.. sodapnya air soya.. selalunya kalau nak raya tempah dgn
    sahabat mak. murah dan pekat rasanya..

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 6:18 pm

      Pada masa akan datang boleh cuba buat sendiri. Tak susah sebenarnya. 🙂

      Reply
      • nurmisnan says

        12th August 2012 at 6:19 pm

        Indeed.. seronok betul tgk anak2 minum kasi thumbs up

        Reply
  45. budak felda says

    12th August 2012 at 6:03 pm

    bro, dah boleh buka gerai ramadhan tahun depan nie..;:)

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 6:06 pm

      Meniaga air soya ini sebenarnya menguntungkan. Masakan adik ipar dikampung kalau meniaga air soya ketika bulan Ramadhan memang laku.

      Reply
      • budak felda says

        13th August 2012 at 2:56 pm

        memangbetul soya mmg dicari utk juadahberbuka wajib katanyer…hehehe

        Reply
  46. anif says

    12th August 2012 at 5:47 pm

    Bila buat sendiri, semuanya dalam kawalan. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 5:55 pm

      Betul tuh bro. Air soya yang dihasilkan lebih pekat dan kemanisan boleh dikawal mengikut selera.

      Reply
      • adamfaiz says

        13th August 2012 at 11:04 am

        sedapnya nampak… kalau datang beraya dapat minum air soya ni tak?

        Reply
  47. maza says

    12th August 2012 at 5:31 pm

    wah! budak2 tu panjang2 jari jempolnya menunjukkan tanda bagus.. adakah disebbkan takut kat abah mereka? hahaha

    anyway tutorila yg baik sekali ni…
    terasa mahu mencubanya.. nanti kena cari kedai india di seksyen 4, kalau2 dia ada jual kacang soya fresh gitew.. hehehe

    thanks

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 5:35 pm

      Kalau hendak penghasilan air soya yang berkualiti dapatkan kacang soya yang diimport dari negara Kanada.

      Reply
      • Ummi Hanie says

        13th August 2012 at 10:32 pm

        pertama kali dengar ni 😉

        Reply
    • anif says

      12th August 2012 at 5:46 pm

      Haha.. Tak tunjuk tanda jempol potong duit raya! 😀

      Reply
      • akubiomed says

        12th August 2012 at 5:47 pm

        Tak adalah sampai tidak dapat duit Raya kalau gagal menunjukkan isyarat bagus. 🙂

        Reply
  48. azman says

    12th August 2012 at 5:28 pm

    Petang ni pun wife tgh buat air soya sendiri…tapi letak halia,supaya rasa tak melekat sgt… (chinesee style) letak halia.

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 5:36 pm

      Belum pernah mencuba letak halia. Terima kasih berkongsi tip penambah perisa.

      Reply
    • budak felda says

      13th August 2012 at 2:57 pm

      Letak halia…belum pernah rasa lagi soya + halia….tentu ada kesannyer..

      Reply
  49. sweetkurma says

    12th August 2012 at 4:36 pm

    wahhh azrin rajinnya….macam best dan sedap jer…jadi teringin nih huhu

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 4:43 pm

      Buat air soya untuk minuman seisi keluarga. Anak-anak suka minum air soya. Lagi pun saya sudah ada mesin buat air soya lagi mudah.

      Reply
      • Ummi Hanie says

        13th August 2012 at 10:33 pm

        bagus ibu mengandung minum air soya byk2, org kata nnti bayi yg lahir tu cantik kulitnya.. wallahua’lam

        Reply
    • budak felda says

      13th August 2012 at 2:58 pm

      teringin dah boleh order kak SK…nanti kang kempunan

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in