• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Hobi dengan aquascape nano akuarium

Hobi dengan aquascape nano akuarium

10th September 2014 by akubiomed 41 Comments

Jatuh cinta dengan seni aquascape nano akuarium

aquascape nano akuarium

Ntah macam mana datang minat dengan aquascaping untuk aquascape nano akarium dengan tidak disangka-sangkakan.

Ia bermula dengan hari Sabtu minggu lepas saya telah membawa isteri pergi membeli barang runcit. Kebetulan sebaris kedai runcit ada kedai ikan hiasan. Tergerak dihati hendak membawa baby Aslah melihat ikan hiasan didalam kedai tersebut. Ntah macam mana tergerak hendak membeli aquarium kecil dan beberapa ekor ikan guppy sekadar suka-suka sahaja.

Mula saya Google informasi secara tidak sengaja terjumpa informasi mengenai seni aquascape ini dari mula titik tolak pergi lebih jauh mendapat informasi tentang aquascape ini.

Contoh-contoh Aquascape

1. The Dutch Aquarium

2.  The Jungle Style

3. The Iwagumi Style

4. The Nature Aquarium Style

Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsikan kerana bagi yang masih baru ia adalah menyeronokkan untuk mendapatkan informasi mengenai Aquascape. Saya telah menetap pemilihan Aquascaping tema The Jungle Style untuk nano akuarium low tech.

Kenapa saya memilih low tech dan tidak high tech?

Sebagai newbie untuk terjun ke Aquascape adalah lebih baik saya menimba pengalaman dahulu. Jadi low tech adalah lebih sesuai kerana kos rendah, berisiko rendah dengan mengunakan tumbuhan-tumbuhan yang lasak. Kalau tidak saya perlu memasang gas CO2 untuk tujuan fotosentisis tumbuhan hiasan seperti Java Fern didalam akuarium untuk hidup. Walaubagaimana pun saya sudah ada perancangan untuk membuat DIY menghasilkan gas CO2 itu nanti.

Bagi permulaan projek saya telah membelanjakan:-

  1. Nano Akuarium RM38
  2. Tumbuhan Java Fern RM11
  3. Tumbuhan Windelov Java Fern RM11
  4. Ikan Tetra Neon RM1/seekor
  5. Penapis RM24
  6. Lampu 3W RM14
  7. Substrate Amazon RM4/500gm

Akuarium Nano didalam pembikinan

Ikan Tetra Neon

Windelov Java Fern

Java Fern

Perancangan masa hadapan menambah Java Moss untuk tumbuhan dipermukaan dasar dan lampu untuk fotosintesis tumbuhan hiasan. Ia adalah projek jangka masa panjang dan saya tidak tergesa-gesa untuk menyiapkannya. Tidak sabar melihat hasilnya didalam masa 9 bulan dari sekarang mungkin kurang apabila eko sistem berfungsi sepenuhnya.

  • Progres Aquascape selepas 7 hari
  • Bantu saya cadang untuk masakan ikan Salmon
  • Smartphone Neffos X1 nipis dan ringan dengan pengimbas jari

Filed Under: blog Tagged With: aquascape, aquascape nano akuarium, aquascaping, nano aquaium, tetra neon

Reader Interactions

Comments

  1. masrul says

    5th January 2015 at 6:54 pm

    Cari pokok yg hardy. Jqva fern nmg hrdy tp kene ikat kt pokok. Beli egeria densa. Tmbuhan terapung. Jnis Anacharis.

    Reply
  2. Ham Hassan says

    16th December 2014 at 4:08 pm

    Tak terjage dah aquascape sy..
    Moss & plant xterurus…

    Reply
  3. Amirul says

    15th September 2014 at 2:02 pm

    dulu perhabis duit dengan ikan laga,last2 mati =(

    Reply
  4. Zuan says

    14th September 2014 at 2:33 pm

    dulu den suka bela ikan, start dengan ikan guppy, ikan laga, then ikan koi.. tapi ia sekadar hobi yang tak kekal lama.. lama2 deh lebih suka ke kucing sebab boleh manja manja dengan kucing, dengan ikan tak leh manja manja..hehehe

    Reply
  5. ahmadyani says

    13th September 2014 at 7:27 am

    Di Jalan Pudu, banyak ikan cantik-cantik….

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2014 at 3:59 pm

      Kalau ke sana lagi rambang matang. 🙂

      Reply
  6. Manan Qayyim says

    13th September 2014 at 12:28 am

    cantik ikan tu…. bercahaye…

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2014 at 4:00 pm

      Nampak bercahaya sebab pantulan lampu.

      Reply
  7. MissPuan Yati says

    12th September 2014 at 8:21 pm

    Menarik, nampak cantik. Dah boleh bayangkan perasaan balik kerja, dan disambut keindahan ni di rumah. ^_^

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2014 at 4:00 pm

      Memang leka mengadap ikan tetra neon yang aktif berenang.

      Reply
  8. sweetkurma says

    12th September 2014 at 2:44 pm

    menarik sangat2 hobi baru azrin ni
    betul tu buat santai tanpa tergesa gesa
    alhamdulillah masa punya waktu untuk hobi ini

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2014 at 4:01 pm

      Tidak mahu tergesa-gesa dengan belajar mengikut progress.

      Reply
  9. hafiz says

    12th September 2014 at 12:19 pm

    Memang cantik ni, bro, komitmen pun perlu ada ni…

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2014 at 4:01 pm

      Sebab itu saya pilih low tech aquascape tidak perlu penjagaan yang rapi.

      Reply
  10. muhammad fakhruddin says

    12th September 2014 at 12:06 pm

    Baru tahu menghias akuarium pun ada seninya. 🙂

    Dulu ada bela ikan tapi sekarang tak lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2014 at 4:02 pm

      Saya pun baru tahu kerana sebelum ini lebih tertumpu jenis ika yang ingin dibela sahaja.

      Reply
  11. KiD says

    12th September 2014 at 11:59 am

    aku tak pernah bela ikan dalam akuarium.. tapi suka tengok ikan cantik-cantik tu….

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2014 at 4:02 pm

      Boleh hadiahkan ikan untuk hero dirumah tuh. 🙂

      Reply
  12. faizul says

    12th September 2014 at 10:33 am

    Bajet tak perlu besar kan? menarik idea ni. Tapi saya kena research lagi pasal aqua nano ni untuk dapat ilmu lagi. Bagus bro!

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2014 at 4:03 pm

      Bajet tidak besar kalau memilih low tech aquascape.

      Reply
  13. Hairul Azni says

    12th September 2014 at 9:13 am

    Teringin juga nak ada akuarium sendiri di rumah..tapi bimbang tak terjaga nanti..
    Nampak menarik je aquascape nano akuarium ni ye bro?kos pun tak la tinggi mana..

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2014 at 4:03 pm

      Antara sebab saya memilih low tech dengan tidak memerlukan perhatian sangat.

      Reply
  14. Sani says

    12th September 2014 at 7:28 am

    Bagus juga bela ikan ni. Bila tengok dia bermain-main hilang rasa penat bekerja..:-)

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2014 at 4:06 pm

      Memang melekakan layan ikan-ikan berenang didalam aquarium.

      Reply
  15. Ezad Skytech says

    11th September 2014 at 9:10 pm

    saya pun suka bila tengok akuarium macam ni…tapi nak jadikan hobi kat rumah…banyak kali fikir…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th September 2014 at 12:32 am

      Sebab itu saya memilih low tech sebab penyelenggaraan kurang.

      Reply
  16. TehR says

    11th September 2014 at 6:32 pm

    ngadap ikan dalam akuarium ni memang seronok
    tak sedar masa berlalu

    Reply
    • akubiomed says

      12th September 2014 at 12:39 am

      Memang leka melihat kelibat ikan bermain-main.

      Reply
  17. suri says

    11th September 2014 at 4:15 pm

    ikan bersinar dalam air. sungguh besar kuasa Pencipta

    Reply
    • akubiomed says

      12th September 2014 at 12:41 am

      Cahaya lampu memberikan pantulan.

      Reply
  18. suri says

    11th September 2014 at 4:13 pm

    serasa mahu masuk dalam itu jadi ikan duyung ..eh.. 🙂

    Reply
  19. Hairul Hissam says

    11th September 2014 at 2:33 pm

    suka tgk landscape the jungle style…
    cuma kalau bela ikan discuss, confirm dia sorok dan tak nampak lagi… 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th September 2014 at 12:46 am

      Bermacam kreativiti Aquascape membuat kita rasa teruja melihatknya.

      Reply
  20. ema says

    11th September 2014 at 11:56 am

    cantik ikan gapi ni….ekornya warna warni…ralit bila tengok.

    Reply
    • akubiomed says

      12th September 2014 at 1:08 am

      Bukan ikan guppy tetapi ikan Tetra Neon.

      Reply
  21. Ismail N says

    11th September 2014 at 8:06 am

    Bela ikan ni mmg seronok. Tapi time mencuci akuarium tu yg adehhhhhh…….

    Reply
    • TehR says

      11th September 2014 at 6:29 pm

      selalunya aku la yang kena cuci akuarium
      huhu

      Reply
    • akubiomed says

      12th September 2014 at 1:08 am

      Yang ini low tech penyelenggaraan mudah.

      Reply
  22. siti hazreen says

    11th September 2014 at 1:08 am

    berminat tengok akuarium, tapi tak minat nak membeli 😉

    Reply
  23. Faizal Anuar says

    10th September 2014 at 11:53 pm

    menarik macam berminat plak
    beli di mana

    Reply
    • akubiomed says

      11th September 2014 at 12:29 am

      Hampir semua kedai hiasan ada jual. Saya beli dikawasan tempat tinggal saya. Kalau nak tengok yang lengkap boleh pergi Exotic Aqua N Pet, AEON Big Kota Damansara.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in