Menerima kejutan bungkusan hadiah yang dimenangi 3 tahun lalu.
Hari ini baru masuk kerja setelah bercuti pada hari Isnin dan sempena cuti umum Hari Raya Aidil Adha. Satu bungkusan kemas diatas meja yang tertulis nama saya sebagai penerima.
Berkerut memikir bungkusan ini mungkin salah alamat. Setelah dibelek memang tertulis nama saya sebagai penerima. Setahu saya tidak menerima apa-apa notifikasi atau pembelian online. Lalu dibuka dengan kemas untuk melihat isi di dalamnya.
Apa kaitan drama Korea Rooftop Prince?
Terdapat nota ditulis dengan kemas dan terusun. Saya beranggapan pengirim peminat drama Korea kerana nota ditulis atas buku nota edisi khas SOne sebuah saluran Korea di Astro. Mengaru-garu kepala kerana ada gambar Park Yoon Chun dan Han Ji Min pelakon utama drama Korea Rooftop Prince. Sebenarnya tiada kaitan drama Korea ini dengan kiriman bungkusan oleh Collen-KawaiDotCom.
Hadiah contest 3 tahun lalu akhirnya sampai.
Rupa-rupanya bungkusan ini adalah kiriman hadiah saya menang contest yang saya sertai 3 tahun lalu. Masa saya menyertai contest, baby Aslah masih lagi didalam buaian dan sekarang sudah pun berumur 3 tahun.
Sepatutnya hadiah yang dimenangi dihantar 3 tahun lalu tetapi berlaku pergolakan di bumi Mesir dan diberitahu hadiah-hadiah yang dibeli telah hilang. Apa pun terima kasih untuk hadiah ini. Malangnya adik beradik Koning sudah ‘booking’ hadiah menang tersebut melainkan key chain yang tinggal untuk saya.
AkuBiomed: Doa saya supaya berada didalam keadaan selamat dan semoga cita-cita untuk menjadi Doktor Muslimah tercapai. Ameen.
hahaha kelakarnya baca komen sorang-sorang.
alhamdulillah dah sampai! harapnya semua suka 🙂
doakan saya nak berjuang kat sini ye. masih lagi berbaki 3 tahun. insyaALLAH!
(ps. terima kasih untuk entri ni)
saya ingat lagi masa contest ni berlansung blog saya kena hacak selama 3 ke 4 bulan.masa tu saya buat entri sehabis baik..sampai tuan rumah contest tunggu blog saya ok untuk buat pemilihan terakhir tapi blog saya tak dapat selamatkan dia nak tutup contest sebab terlalu lama..saya akur dan anggap itu bukan rezeki saya dan ketentuan ilahi 🙂
kesan fobia sungguh kalau saya nak joint satu-satu contest sebab rata-rata jonit contest tunggulah dua atau tiga minggu blog saya mesti kena hack tak down dua ke tiga minggu. sebab benda ini sudah lama saya perhatikan dan perasan sendiri.
tahniah ab sebab berjaya. memang sungguh cantik hadiah itu. kata orang tak dapat pergi tak apa asal dapat barang jadilah
sebenarnya ada jugak hadiah untuk kak suri, tapi zida tak sempat nak post haritu, sebab nak raya kan, pejabat pos pun tutup, lepas raya terus balik ejip. haihhh
tunggu la lagi setahun ye kak suri. hehehe
wow….3 tahun lamanya perjalanan hadiah ini….agaknya naik sampan kot… apa2 pun tahniah bro..akhirnya sampai juga hadiah yang di nantikan…
mesti ada sebab yang tidak dapat di elakkan mana kita tahukan.tak apa asal barang dapat 🙂
3 tahun lamanya..dah tertulis ia adalah rezeki bro
ya baru tiga tahu tuan rumah nak bagi tunggu masa yang sesuai
hehe sapa boleh ingat 3 tahun punya contest prize.. memang rezeki bro untuk dapat hadiah ni walaupun sudah 3 tahun usianya..
tuan tanah tu ingat baguslah kalau tuan tanah lupa kita tak boleh buat apa hu..hu..
hehe kalau tuan tanah lupa kita nak ingatkan pun jadi segan kan 😀
den ada satu penaja tshirt dari ping blog popular di negara ni janji nak bagi, tapi dah berbulan bulan tak dengar kabar berita. nak tanyakan segan pula 😀
agaknya lupa kalau lupa bagi link kt dia senarai pemenang klu diam juga susah nak kata uhu…
Wahhh..jarang jumpa orang yang sebegini kan..selalu kalau dah lama gini pasti ada yg dah buat bodoh je..tapi ni tak..dah 3 tahun dia masih ingat dn kirimkan hadiah2 yg dijanjikan…
Bagus betul. Jarang orang tepati janji sampai sebegini..
setuju tapi tak semua orang bessikap begitu sebab tu ada antara kita mudah lupa.itukan salah satu kelemahan manusia 🙂
Hadiah limited edition. Lepasni tunggi Biomed pulak bagi hadiah kat orang.
Ada hasrat untuk buat Contest dan Give Away tetapi kekangan masa dan perlu tumpuan. Mungkin ada.
Walaupun sudah 3 tahun penganjurnya memang jujur…
bersyukur dan hargailah apa yang kita dapat
hehe..memang rezeki bro lah kirsnya ni..mujurlah penganjur masih belum lupa lagi..cantik keychain tu..nak boleh?hahaha
Hanya keychain tinggal untuk saya sebab yang lain telah di ‘booked’ terlebih dahulu. 🙂
bagus betul orang macam ni. Walaupun dah tiga tahun masih tidak lupa janji untuk menghantar hadiah tersebut.
Tahniah. Smart hadiah2 nih bro AB.
cantik sayang kalau nak simpan sesekali mesti guna
Tahniah bro hehehe dpt gak hadiah daripada salah org pengumuman pemenang lagi bengang…
wah..mujur tak tumbuh kulat.heheh
apa nak tumbuh kulat buka orang tu bagi bunga
wah..agak alam tu..takpe jnj sampai jugak bro hadiahnya
wah 3 tahun memang agak lama tuh , takpe lah janji penganjur ingat kan…
bila ingat kita mesti rasa terharu dan tak sangka
bagus empunya contest ni. ingat akan tanggungjawab terhadap peserta. sikap yang patut dicontohi blogger lain.
Kata orang better late than never..Menarik juga hadiahnya…
Memang tabik dgn si pengirim tu, 3 tahun masih ingat dan janji dikotakan…key pun ada juga hehe
ini namakan janji di tepati
fuhhh lamanya.. takpe la rezeki anak.. bapanya pun dapat juga.. hehehe
wah… bestnye. rezeki utk dpt hadiah tu mmg ada, lmbt @ cpt saja 😉
menarik post anda..singgah sebentar di sini 😉
tahniah, bro
tahniah juga kepada collen-kawai
moga2 beliau sentiasa mendapat rahmatNya
Alhamdulillah. dah terlulis rezeki bro, tetap sampai. tahniah…
Ho akubiomed ni seorang doktor? Apa-apa pun tahniah dapat hadiah tu, walaupun 3 tahun sudah berlalu menunjukkan rezeki tidak pernah putus. Saya doakan semoga biomed berjaya menjadi doktor muslimah, tapi kenapa muslimah yer?
Bro sudah salah faham. Yang bakal doktor adalah Zida pengirim hadiah. 🙂
Hoooo…baru faham. Ucapan zida pada bro rupanya. he he he
Walaupun lama tu 3 tahun,sampai juga hadiahnya
Walaupun ambil masa 3 tahun, akhirnya sampai juga hadiah2 tu ke tangan si penerima. Baik sungguh si pengirim.
walaupun benda 3 tahun tapi pengirimnya masih ingat lagi….menarik hadiahnya…..
cantiklah…
keychain tu yg mahal tu
alhamdulillah janji dikota dan dpt jg walaupun keaadaan yg meruncing di sana…
Rezeki Allah datang tanpa diduga, syukur kerana pintu rezeki kita masih lagi terbuka.
Alhamdulillah, ada dari tiada kan 🙂
Key Chain pun takpa asalkan dapat…heheee
Syukur ada untuk saya. 🙂
Alhamdulillah dapat juga dari tak dapat langsung.
aku pun dapat. dia baru balik malaysia nih kot..
Tanniah bro. 🙂
Alhamdulillah, rezeki selepas 3 tahun. Jarang jumpa yang amanah. Biasanya kalau dah 3 tahun ada yang buat2 lupa. ^_^
Semoga Allah SWT murahkan rezeki si pengirim ini.
lama juga hadiah hadiah tu sampi, nasib dia ingat. 3 tahun, lama tu.
3 tahun…lama tu…walaupun da lama…tetap dihantar jugak hadiah tu…kalau sy pun, mesti blur kalau tetiba dapat macam ni…3 tahun lepas punya cerita mana nak ingat sangat kan…hee
Salam AB…baca entri ni..teringat yang cikmin belum reply mesej dari pengirim hadiah ni..masa terima sms tu cikmin tak sihat…
Oh Cikmin tidak sihat ya. 🙁
3 tahun lama tu. Kalau kita mungkin tak hantar dah sebab dah lama, jujur betul orangnya 🙂
Boleh buat calon menantu. Sudi?
3 tahun nasib baik tka genap 5 tahun. asal dapat syukurlah
wow..lamanya
tapi lebih baik daripada tiada
Rezeki sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha.
Kalau aku pun.. garu2 kepala gak.. tiga tahun tu.. btw, ingat lagi yea hadiah tu..
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.