Rakaman video lebih stabil mengunakan gimbal Zhiyun Smooth Q.
Bila ada masa kelapangan saya akan merakam video mengunakan kamera DSLR atau mengunakan Smartphone bila membawa famili jalan-jalan dan aktiviti luar.
Saya akan menghasil video durasi pendek sekadar suka-suka dan upload ke Channel Youtube akaun milik saya untuk dikongsikan bersama.
Cabaran menghasilkan rakaman video yang stabil.
Mendapatkan rakaman yang stabil dan kurang gegaran adalah satu cabaran. Walaupun kamera DSLR mempunyai lensa Stabilizer atau Smartphone atau Action Camera mempunyai Stabilizer tetap ada gegaran bila merakam sambil berjalan.
Maklum lah kita nih level amatur bukan tahap pro. Kata orang masa kecil tangan tak berbedung sebab itu merakam video hasilnya ada gegaran.
Gimbal Zhiyun Smooth Q selamatkan keadaan menghasilkan gambar ala wayang.
Bunyinya macam gempak kata guna gimbal Zhiyun Smooth Q akan menghasilkan gambar ala wayang. Saya boleh kata ia hampir seratus peratus ketepatan.
Sebelum ini saya ada mengunakan gimbal mekanikal untuk Action Camera ada kurang gegaran pada rakaman video tetapi belum tahan memuaskan hati.
Masa mula gimbal elektronik ini keluar dipasaran, harganya menjangkau ribuan ringgit. Terpaksa memendam rasa untuk memiliki gimbal ini.
Semakin lama teknologi semakin dan murah apabila Zhiyun Tech mengeluarkan Zhiyun Smooth Q pada harga yang mampu milik.
Ciri-ciri gimbal Zhiyun Smooth Q.
Zhiyun Smooth Q hadir dengan aksesori standard :
- Smooth Q
- Kabel mikro USB
- Bag
- Tali bahu
Butang dan fungsi ada pada Smooth Q
Butang Power ON/OFF mempunyai dwi fungsi untuk hidupkan Smooth Q dan sebagai butang pemula rakaman video apabila Smooth Q disambungkan kepada Apps ZY Play.
Ringkasan fungsi butang-butang pada Smooth Q.
Butang Mode mempunyai tiga fungsi iaitu:-
- Pan Following Mode: Pergerakkan Smartphone ke kiri dan ke kanan. Butang Joystick untuk pergerakan kawalan manual ke atas dan ke bawah.
- Locking Mode: Kunci pergerakkan tiga paksi X, Y dan Z. Butang Joystick untuk pergerakkan kawalan manual ke kiri dan ke kanan serta pergerakkan ke atas dan ke bawah.
- Following Mode: Smarphone akan kekal pada kedudukan walaupun stabilizer bergerak dari semua arah. Butang Joystik untuk kawalan manual Smartphone berpusing paksi roll.
Tekan butang Mode sebanyak tiga kali dengan pantas akan mengubah kepada Selfie Mode.
Butang Shifter lever: pergerakkan rakaman Zoom In dan Zoom Out.
Perkara pertama sebelum hidupkan Smooth Q adalah set imbangan graviti apabila Smartphone pada Smooth Q. Skru pengimbang graviti perlu dilonggarkan untuk melaraskan imbangan graviti apabila Smartphone pasang pada Smooth Q.
Rakaman mengunakan Smartphone boleh diubah kedudukan posisi melintang dan posisi menegak.
Smooth Q cas mengunakan mikro USB.
Keistimewaan Smooth Q adalah mempunyai pengecas USB luaran 5V 2000 mAH. Pada masa bateri Smartphone lemah boleh cas mengunakan pengecas USB luaran boleh bertindak sebagai Power Bank.
Lubang skru saiz 1/4″ boleh dipasang Tripod atau aksesori tambahan.
Gimbal Zhiyun Smooth Q dipasang dengan Smartphone. Maksimum bebanan Smooth Q adalah 200g dan ini bermaksud boleh dipasang aksesori tambahan pada Smartphone seperti lensa tambahan dan lampu selfie.
Action Camera boleh pasang pada Zhiyun Smooth Q tetapi perlu aksesori tambahan iaitu Action Camera Adaptor.
Action Camera dipasang pada Zhiyun Smooth Q
Pengalaman mengunakan Smooth Q.
Harga Smooth Q sekitar RM500 bergantung kepada aksesori tambahan dan terpulang jika hendak beli gimbal Smooth Q standard.
Pergerakan Smooth Q yang lancar dan kawalan manual Joystick juga lancar dan lembut. Tidak terlalu berat dan rasa lenguh bila memegang Smooth Q ini.
Ketahanan bateri sehingga 12 jam adalah kekuatan Smooth Q dan pengecas luaran 5V 2000 mAh boleh bertindak sebagai Power Bank bila bateri Smartphone lemah boleh dicas.
Pemegang Smooth Q yang ergonomik dengan butang-butang mudah di capai.
Mungkin ada yang melihat pemegang tidak pasang getah lembut untuk pegang lebih selesa dan kemas bukanlah kekurangan pada Smooth Q. Walaupun begitu pemegang Smooth Q tidak licin dipegang.
Bateri terbina dalam boleh menimbulkan kegusaran pengantian bateri apabila tiba tempoh jangka hayat pertukaran bateri.
Smooth Q boleh disambungkan dengan Apps ZY Play dengan Bluetooth dan Smooth Q boleh berfungsi tanpa sambungan Apps.
Mengunakan Apps ZY Play boleh set Object Tracking iaitu mode mengesan objek dengan Smooth Q sendiri akan mengikut pergerakan objek yang telah diset.
Smooth Q ini mempunyai empat pilihan warna:
- Jet Black
- Gold
- Rose Gold
- Space Gray
>>Zhiyun Smooth Q Offer<<
Wajib tonton panduan pengunaan gimbal Zhiyun Smooth Q.
Ciri yang ada pada gimbal Zhiyun Smooth Q.
Contoh video mengunakan gimbal Zhiyun Smooth Q.
Best ni. Nak kena dapatkan jugak ni. Sebab suka jugak buat video pendek bila ada pemandangan cantik
Gimbal Zhiyun Smooth Q ini boleh gantikan selfie stick. 😀
video dihasilkan semakin menarik. mmg kena ada gajet ni bagi yang suka ambil video.
Wah, menarik..
Ada juga berminat nak gunakan stabilizer macam ni juga..
wah menarik nih
Selepas guna gimbal Zhiyun Smooth Q akan tiada lagi gambar video bergetar. 🙂
Saya tak pernah terfikir pun ada alat seperti ini. Dulu nak mendapatkan gambar yg stabil, kena buat landasan macam keretapi tu baru smooth
Wah, itu dah tahap nak buat filem. Guna gimbal elektronik menjadikan rakaman video lebih stabil.