• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Gaya rambut Pompadour dengan Shiner Gold Pomade

Gaya rambut Pompadour dengan Shiner Gold Pomade

18th March 2014 by akubiomed 32 Comments

Rambut gaya Pompadour lebih kemas selepas guna Shiner Gold Pomade

Sudah lama mencari minyak rambut yang sesuai. Sudah pelbagai jenama telah digunakan. Nampaknya Shiner Gold Pomade serasi dengan gaya rambut Pompadour yang mahu digayakan.

Rambut adalah mahkota bagi lelaki

Bagi lelaki rambut adalah mahkota. Jadi memang tidak lengkap kalau keluar rumah dengan rambut tidak berminya dan bersikat kemas. Dari sejak kecil dan sekolah sehinggalah berkerja saya dan minyak rambut tidak boleh dipisahkan. Bermacam jenama telah saya gunakan antaranya jenama Brylcreem berwarna merah diperkenalkan oleh bapa saya ketika bersekolah dahulu. Sudah tentu rambut belah tengah ada trending gaya rambut popular zaman kanak-kanak. Lama juga saya gunakan jenama Brylcreem sehingga ke sekolah Menengah.

Terikut-ikut rakan ketika di sekolah menengah

Melangkah ke sekolah menengah terikut-ikut dengan rakan sekelas mengunakan minyak rambut Tancho. Masalahnya saya sekolah sesi petang dan mengunakan basikal kayuh ke sekolah. Sampai kesekolah berpeluh kepala dah pada hujung rambut ada tanda-tanda putih. Kalau ikutkan memang rimas nampak putih-putih tersebut tetapi sebab dek kerana kawan merelakan sahaja.

Asyik bertukar-tukar jenama minyak rambut.

Apabila bekerja saya mengunakan mengunakan minyak rambut jenama Code 10, Wella form dan terakhir Mandom. Saya tidak pernah kekal dengan satu jenama sebab tidak berpuas hati dengan selepas mengunakan minyak rambut berkenaan. Memandangakan saya menunggang motorsikal ke tempat kerja apabila buka topi kaledar rambut akan kelihatan berserabut. Sampai dikerja perlu cari cermin untuk mengemaskan rambut dengan sikat biasanya rambut masi lagi kelihatan huru-hara.

Mula jatuh hati dengan Shiner Gold Pomade.

Saya pun tidak tahu macam mana bokeh tergerak dan terjumpa dengan Shiner Gold Pomade yang bunyi begitu asing kepada saya sehingglah saya menonton video Youtube bagaimana gaya rambut Pompadour digayakan dengan mengunakan Shiner Gold Pomade ini. Rambut bukan kelihatan berkilat, kemas dan bertahan lama walaupun mengunakan topi kaledar tidak menjadi masalah. Rambut boleh disikat semula tanpa masalah mengikut gaya yang mahukan. Saya rasa lebih berkeyakinan dengan gaya Pompadour dengan mengunakan minyak rambut jenama Shiner Gold ini.

Lihat brother Zarul kita ini dengan gaya rambut Pompadour. Nampa segak dan kacak.

Nak cari Pomade –> Pomade Grenade

Sila tekan butang kongsi:

  • Minyak rambut pomade untuk rambut degil
  • Ulasan 3 minyak rambut pomade
  • Syampu Dashing Elite Men tanggalkan wax sekali cucian

Filed Under: blog Tagged With: dimana ada jual shiner gold di malaysia, gaya rambut pompadour, jual minyak rambut pomade, mana nak beli pomade, minyak rambut lelaki, minyak rambut pompadour, minyak rambut shiner gold, miyak rambut shiner gold, pomade gel rambut, pomade malaysia, shiner gold malaysia, shiner gold pomade malaysia, sikat pomade

Reader Interactions

Comments

  1. Zul Amin says

    27th January 2016 at 12:22 pm

    broo sape owner pomade ni?saye nakbuat income lah boss

    Reply
  2. Nus says

    17th December 2014 at 10:23 am

    Time sek rendah agak2 minyak rambut dh hbs rilek je pki minyak masak..hhe

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2014 at 1:55 pm

      Orang dulu-dulu guna minyak kelapa, minyak zam zam atau minyak zaitun sebagai minyak rambut. Cuma rasanya agak kurang selesa sebab berminyak.

      Reply
  3. ainy rusli says

    30th August 2014 at 4:45 pm

    Tolong whatapp sy yerr..dah lama cri minyak rmbut nie…0111-9989569..nak buat surprise untk my husband msa birthday party dye early januari….plezzz..help me..tenkiuuu

    Reply
    • akubiomed says

      30th August 2014 at 4:55 pm

      So sweet ada kejutan untuk buat suami. Saya beli dari –> https://www.facebook.com/PomadeGrenadeMalaysia

      Reply
  4. Ummi Hanie says

    2nd April 2014 at 3:59 pm

    tak pernah tengok suami pakai gel rambut sbb rambutnya sntiasa dipendekkan. zaman skolah2 dulu biasalah dia pakai tu.. rmbut pnjg sikit

    gaya pompadour begitu ye… first time dgr ni. hehehe

    Reply
  5. GreenLava says

    24th March 2014 at 12:28 pm

    Brylcreem dan Code10 pilihan masa sekolah dulu 🙂

    Reply
  6. Pendekar Berkuda says

    24th March 2014 at 12:47 am

    Aku pakai gel brylcreem je. Senang. hehehe

    Reply
  7. Ammar says

    23rd March 2014 at 7:35 am

    Tancho adalah minyak rambut paling rare sekali. hahahahaha

    Reply
  8. AUC says

    20th March 2014 at 9:47 pm

    huh lama tak jumpa tancho tu…

    Reply
  9. Zarul Umbrella says

    20th March 2014 at 12:21 am

    mana nak dapat krim rambut ni bro? dorang ckp krim rambut dr kedai Joes Barber tu elok utk gaya pompadour ni

    Reply
    • akubiomed says

      20th March 2014 at 12:37 am

      Beli secara online. Shiner Gold ini berbau kelapa. Ada beberapa pomade import seperti Suavecito dan Layrite.

      Reply
  10. Ismail N says

    19th March 2014 at 4:23 pm

    Hmmm.. ini rahsia Zarul rupanya… Kawe pon kena beli satu gak ehhh..

    Reply
  11. titan says

    18th March 2014 at 10:21 pm

    dah lama betul tak pakai tancho ni wehh. hoho..

    Reply
  12. Kujie says

    18th March 2014 at 9:46 pm

    Tancho tu selelu nampak, anak lelaki guna
    suami kak jie tak guna minyak rambut

    kak jie dgn intan guna minya kelapa dara utk rambut

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 10:20 pm

      Satu lagi wanita suka guna minyak zaitun.

      Reply
  13. Denaihati says

    18th March 2014 at 4:32 pm

    semua lelaki mesti kenal minyak rambut tu, tancho tu pernah jadi trend. sejak kurang rambut, minyak dah kurang kisah jugalah…heeee

    Reply
  14. munirardi says

    18th March 2014 at 4:14 pm

    Ternyata the singing blogger pakai produk ini pantas rambutnya selalu bagus

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 10:19 pm

      Harap abang Munir jangan salah faham. Zarul mempunyai gaya rambut Pampadour. Mengenait minyak rambut yang digunakan saya tidak pasti.

      Reply
  15. profhariz says

    18th March 2014 at 2:49 pm

    Rambut aku dah tak cantik macam mana nak bergaya 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 10:21 pm

      Kalau guna minyak rambut jenis pomade boleh simpan rmbut panjang dan tebal. Selepas mengunakan minyak rambut jenis pomade ini rambut kelihatan nipis dan kemas.

      Reply
  16. maza says

    18th March 2014 at 2:42 pm

    wakaka.. maza pernah pakai minyak rambut Bone.. kononnya mahu lebatkan rambut.. tapi busuk lorr.. hahaha

    errr.. masa zaman sekolah rambut maza selalunya bersaiz satu inci dari kulit kepala jerk.. ahaks

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 10:23 pm

      Minyak rambut Bon tidak boleh tahan bau yang menyeksakan. Kononnya nak lebatkan rambut. 🙂

      Reply
  17. hafiz says

    18th March 2014 at 2:00 pm

    tancho, brylcreem pernah lah guna, tapi yang shiner gold tak pernah nampak pulak…kat mana beli tu..cantik juga dia punya packaging, nampak klasik

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 10:28 pm

      Bekas Shiner gold mengekalkan bentuk klasik.

      Reply
  18. suri says

    18th March 2014 at 7:38 am

    masa sekolah tadika ayah saya sikit rambut kata sikat belah tengah haaa…rasa macma pelik pula sebab setahu saya rambut bila pusing kiri kanan lebih kueang sama jer terus tak nampak belah tengah.kalau rambut lelaki lain cerita

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 10:30 pm

      Budak lelaki selalunya dibelah dari tepi. 🙂

      Reply
  19. suri says

    18th March 2014 at 7:37 am

    wah tak caya tapi wa nampak memang kacak…

    Reply
  20. myrujukan says

    18th March 2014 at 5:42 am

    brulcreem zaman saya dulu memang guna anyak betul, sampai berkilat, hehe

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 10:31 pm

      Antara jenama yang popular. Arwah bapa saya suka pakai.

      Reply
  21. Hairul Hissam says

    18th March 2014 at 4:23 am

    bila tengok brylcream, teringat zaman sekolah dulu..
    mmg suka melaram depan cermin dgn pelbagai gaya..
    masa sekolah dulu laa. tapi skrg saya jarang pakai minyak rambut…

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 10:32 pm

      Zaman sekolah rambut disikat kemas dengan berjam-jam mengadap cermin.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in