• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Garden of Eden: Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan

Garden of Eden: Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan

18th April 2011 by akubiomed 91 Comments

Garden of Eden yang hijau

Kali ini sahabat blogger yang di kenali nama glamour sebagai Maza pemilik blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan telah menganjurkan pertandingan Garden Eden atau maksud Taman ku. Aku ingin mencuba nasib walaupun bukan tepat pada masanya kerana taman aku sekarang belum mengeluarkan bunga jadi hanya pemandangan kehijaun sahaja.

Gambar yang diambil telah diadunkan dengan gambar lama dan baru. Hujan pada hari Sabtu lepas memberi kesan yang sangat menarik apabila gambar diambil. Kalau kena pada harinya akan kelihatan burung-burung seperti burung Pipit yang bermain di taman, jinak sampai ke depan pintu, burung Terkukur, burung Murai memang riuh dan burung Kelicap hinggap pada bunga menikmati madu bunga.

Bunga Kertas sudah menjadi kemestian

Membiak pokok pagar didalam pasu sebab tidak cukup bajet

 

Unsur air diterapkan didalam Garden of Eden

 

Rumah burung hasil tukangan tangan

Garden of Eden

Cuma minat menjaga dan menyelenggara Garden of Eden menurun sejak kebelakangan kecuali kerja-kera memotong rumput dan memotong dahan pokok Kemboja di luar pagar. Di seberang jalan ada di tanam pokok mangga India, pokok mata kucing, pokok bunga Kantan dan Serai.

p/s: Selama tanam pokok tangan ini tidaklah panas 🙂

Saya telah terpilih sebagai pemenang tempat ke 4 untuk Contest Garden of Eden: Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan. Terima kasih kepada penaja 🙂

Sila tekan butang kongsi:

  • Mengintip burung liar
  • Bunga-bunga cinta di Lavender Garden Genting
  • Menjinak burung di Taman Burung Kuala Lumpur

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. acap says

    3rd February 2012 at 4:27 pm

    cantik2 gambarnya…..tumpang tanya ya….ini bunga apa ya?

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=243663449047397&set=o.221171147960607&type=1&ref=nf

    Reply
  2. abe awe says

    25th May 2011 at 1:25 pm

    salam bos, saya nak tanya mesin rumput tolak tu ok ke..putus ke rumput..pasal saya pernah pakai dulu tapi cat ayam je..rumput tak putus langsung..dah tak daya nak laras mata.

    Reply
    • akubiomed says

      25th May 2011 at 1:56 pm

      Bolehlah tapi tidak sebaik mesin potong rumput elektrik atau guna minyak. Tempat yang tidak dicapai perlu dipotong secara manual mengunakan gunting rumput.

      Reply
  3. Princess Zezebel Lair says

    18th May 2011 at 2:13 pm

    Teringin juga nak tanam apa-apa yang patut kat sini, tapi rumah kat tingkat satu….mimpi lah nak bercucuk tanam…hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 12:28 am

      Ada yang bijak menyesuaikan ruang yang ada mungkin Zezebel boleh cuba

      Reply
  4. Tie says

    2nd May 2011 at 6:37 am

    Walaupun rumah teres, tapi masih ada ruang untuk menghiasi dan menanam pokok2 bunga. Menarik sekali.Bunga apa ya yang warna kuning tu? Tak pernah tengok lak.

    Reply
  5. anif says

    28th April 2011 at 8:39 am

    Ada harapan menang entry ni … Gambar-gambarnya menarik 🙂

    Reply
  6. Pemerhati Dunia says

    21st April 2011 at 6:29 pm

    Senang sudah ada rumah sendiri ada pulak tanah kosong, sambil isi masa lapang, boleh cuci mata, kan.

    Reply
  7. Hisyam says

    21st April 2011 at 3:14 pm

    Pergh! cantik la bro. Ni boleh masuk dekotaman kat harian metro ni.

    Reply
  8. fendidahada says

    21st April 2011 at 1:33 pm

    pergh..smart taman mini bro..

    Reply
  9. MEKAR says

    21st April 2011 at 11:56 am

    Wah… tak sangka org lelaki pun minat juga berkebun-kebun ni ya. bertuah isteri kamu 🙂

    Suami sya pula cuma bagi modal. Kalu bab jaga pokok semua sya uruskan sendiri. Kekadang sorang2 pi nursery beli pokok baru puas hati sbb dia xperlu tggu lama sya soping pokok2.hehe

    Reply
  10. Zida says

    21st April 2011 at 11:19 am

    cantiknya gambar!!

    teringat dulu zaman kecik2 rajin kot ikut umi pegi berkebun2, last2 pegi kutip carik memane daun main masak2. hahha tapi alhamdulillah rumah still hijau. cuma kat cairo ni je kurang hijau. miahaha

    Reply
  11. Razlan says

    20th April 2011 at 5:31 pm

    Semut tu pon nampak jelas jer,memang ad bakat terpendan sebagai photographer yang terkenal tuu

    Reply
  12. zik says

    20th April 2011 at 5:09 pm

    perghh.. bersh dan cantik halaman rumah bro… ada harapan menang nih…

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 11:50 pm

      Kalau menang rezeki 🙂

      Reply
  13. Ladfe Amir says

    20th April 2011 at 5:09 pm

    dulu2 kat bahagian depan apt aku, mmg aku tanam pokok termasuklah pokok cili, serai.

    tapi kesuntukan masa utk menguruskannya menyebabkan semua pokok pun mata, cuma tinggal pokok kucai dan ginseng cameron highland aje yg masih hidup.

    mmg seronok dapat tgk pokok2 bunga yg hidup segar. sejuk memanglah sejuk

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 11:51 pm

      Tanah di luar pagar rumah tidak berapa subur untuj tanam pokok cili dan serai

      Reply
      • Ladfe Amir says

        25th April 2011 at 11:43 pm

        tanam dalam pasu aje.
        bila lambat petik cili api yg banyak, ianya bercambah lagi ke pasu yg lain.

        akibat tidak dijaga dgn rapi, cili a[i tu betul2 kemetot n kecik.

        Reply
  14. Mus says

    20th April 2011 at 8:51 am

    indahnya kalau dapat merehatkan diri di taman kat rumah sendiri

    Reply
  15. puanbee says

    19th April 2011 at 4:29 pm

    jeles betui dgn orang yg ada taman nih hua huahua

    Reply
    • akubiomed says

      19th April 2011 at 10:40 pm

      Ada rezeki boleh cari rumah kedua yang ada laman

      Reply
  16. pipoq says

    19th April 2011 at 3:41 pm

    cantik laman bro..

    Reply
    • akubiomed says

      19th April 2011 at 10:39 pm

      Biasa sahaja banyak lagi ruang kosong 🙂

      Reply
  17. titan says

    19th April 2011 at 6:59 am

    ni pembekal oksigen untuk 100 tahun nih..bagus. bagus..

    Reply
    • akubiomed says

      19th April 2011 at 10:39 pm

      Berbakti kepada pokok akan dapat Oksigen 🙂

      Reply
  18. dnoBiz says

    19th April 2011 at 12:44 am

    mantap bro, tu air hujan atau air yang disiram ???

    Ps : mesin rumput mesra alam tu dah rosak ke Bro..??? nampak dah panjang dah rumput tu heheh

    Reply
    • akubiomed says

      19th April 2011 at 10:38 pm

      Air hujan bukan disiram. Mesin rumput mesra alam masih keadaan baik dan pakai apabila rumput panjang

      Reply
      • dnoBiz says

        20th April 2011 at 3:36 pm

        Ni kra ambil kesempatan dengan keadaan cuaca la ni ye…
        Bijak bijak 😀

        Reply
  19. Mrs.Ayie says

    19th April 2011 at 12:43 am

    Cantik, dan indah. Kena pula kesan khas semula jadi tu. Selamat berjaya

    *Cutelah rumah burung tu, pstt tempah boleh ker

    Reply
    • akubiomed says

      19th April 2011 at 10:37 pm

      Kalau ada kayu boleh aja

      Reply
  20. donny says

    18th April 2011 at 11:20 pm

    Good luck bro…cantik bunga bro.. 🙂 kita ada minat yang sama terhadap alam flora

    Reply
    • akubiomed says

      19th April 2011 at 10:37 pm

      Kalau bro pindah KL akan dikelilingi hutan batu sahaja

      Reply
  21. tehr says

    18th April 2011 at 9:39 pm

    taman aku dah naik semak
    huhu

    perlu tebas dulu baru boleh ambil gambar

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:41 pm

      Kalau nak masuk contest anjutan Maza nampak gaya bro Tehr perlu mengemas semak samin terlebih dahulu

      Reply
    • dnoBiz says

      20th April 2011 at 3:37 pm

      heheh aku pun dh jadi taman lalang hahaha… layak dipangil hutang simpan

      Reply
      • akubiomed says

        20th April 2011 at 11:52 pm

        Aga-agak ada tapir didalam semak tersebut 🙂 <–gurau sahaja

        Reply
  22. Ismail N says

    18th April 2011 at 9:27 pm

    hebat bro.. cantik, menarik, tertarik. Kawe pun ada rumah jadi kawe tahu ler bukan senang nak urus pokok bunga nie.. So tabik hormat.

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:39 pm

      Terima kasih, tapi tidak setanding Garden of Eden di rumah orang tua bro

      Reply
      • suri says

        19th April 2011 at 1:01 pm

        yelah suka yg kolam tu…tapi kebayakan umah skrg dok taman mmg ruang agak terhad nak wat kolam ikan..air pancut huuu..tanam dlm pasu juga mjdi pilihan 🙁

        Reply
        • akubiomed says

          20th April 2011 at 10:38 pm

          Kolam ini tidak sebesar mana pun hanya sebesar dulang sahaja.

          Reply
  23. saiful says

    18th April 2011 at 7:53 pm

    Dah lama merancang nak buat taman mini kat rumah tapi sbb selalu banjir,dah makin tawar hati tapi bila tengok taman mini yg bro buat ni, rasa nak teruskan jugakla niat tu

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:39 pm

      Aduhai habislah usaha membina taman rosak akibat banjir. Biasanya hadirnya banjir membawa kelodak dan lumpur yang menyuburkan tanah

      Reply
  24. bEe says

    18th April 2011 at 4:00 pm

    Cantiknye gambar bunga & yg ada semut kecik2 tu. bEe sukaaaaaaaa… pandainye dia amik gambo. Wah, akubiomed dah sahut cabaran. bEe aje yg lom sempat lagi…. Nak juga masuk. huhuhuhu. Neway, bEe sgt teruja dgn gambo yg ada semut kecik2. 😉

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:30 pm

      Guna kamera biasa sahaja bukan DSLR 🙂

      Reply
      • bEe says

        21st April 2011 at 11:51 am

        bEe dah sahut cabaran……. hehehehe…. tp tak secantik edited dari akubiomed lorr….

        http://sakura040582.wordpress.com/2011/04/21/garden-of-eden-contest-organised-by-gubuk-kecil-kembara-jalanan/

        Reply
        • suri says

          24th April 2011 at 1:13 pm

          kira oklah tu…kita juga yg tak de taman..baru duduk huuu smeua tak terurus lagi heeee

          Reply
          • akubiomed says

            28th April 2011 at 11:05 pm

            Perlu lupa sebentar blog dengan bina taman di halaman rumah 🙂

            Reply
  25. abby kamil says

    18th April 2011 at 3:52 pm

    rumah sy dulu abah rajin menanam.

    skang dia da malas.

    cam hutan dah. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:29 pm

      Mana taknya asyik Abah sahaja yang bersih 🙂

      Reply
  26. shamizu says

    18th April 2011 at 3:17 pm

    sejuk mata memandang ada taman macam ni.
    Kalau rasa buntu idea, boleh pi jalan-jalan round taman.
    Dapatlah idea jatuh dari langit.He3

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:29 pm

      Betul, cuma saya tidak ada bajet nak buat Gazebo boleh lepak dengan famili sambil minum teh

      Reply
  27. syahrilhafiz says

    18th April 2011 at 12:46 pm

    pergh, halaman rumah bro ke tu?
    memang cantik la, sebijik macam ayah saya suka halaman bersih
    macam2 pokok dia kaut letak depan rumah..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:26 pm

      Sambil berbakti dengan pokok dapat Oksigen baik untuk tubuh badan

      Reply
  28. Esempoi says

    18th April 2011 at 8:24 am

    rajin la..
    saya plak memang malas nak hias depan rumah ni..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:26 pm

      Ada jiran tetangga yang tidak berminat membina taman dengan simen penuh

      Reply
  29. adele says

    18th April 2011 at 7:56 am

    kalau dpt amik gmbr tumbuhan lps hujan mmg cantik sgt..terasa nyamannya.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:25 pm

      Kalau tidak ada hujan pun boleh siram air untuk dapat kesan khas 🙂 tapi taman saya adalah kesan khas hujan asli tau

      Reply
      • Ismail N says

        18th April 2011 at 9:33 pm

        boleh cilok idea ni.. 😀

        Reply
        • akubiomed says

          20th April 2011 at 10:41 pm

          Boleh sahaja. Perasan didalam filem yang mana jalan raya selalunya basah meninggalkan kesan efek

          Reply
          • MEKAR says

            3rd May 2011 at 4:55 pm

            pokok-pokok saya tak akan kena hujan sebab dia duduk dalam bangunan. huhu

            Reply
  30. Eizil says

    18th April 2011 at 7:46 am

    Cantik dan menarik, stakat ni, taman kat umah ni masih dalam proses pembinaan, tambah dan tanam pokok sedikit demi sedikit… 😀

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:24 pm

      Apa bila dah siap bolehlah letak gambar didalam blog nanti

      Reply
  31. decrewz says

    18th April 2011 at 3:28 am

    Kat KL dok umah flat xleh nak wat taman sendiri.. Teringin nak dok umah teres, tapi almaklumlah, harga pulak bulat biji mata memandang..

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 10:36 pm

      Kalau ada rumah teres luar dari kawasan Lembah Kelang

      Reply
  32. Cabaran SEO says

    18th April 2011 at 1:58 am

    erm, cantik pokok2 hiasan tu… kemas pun kemas… 😀

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:13 pm

      Sudah lama tidak menjengah taman mini didepan rumah 🙂

      Reply
  33. tengkorak emas says

    18th April 2011 at 1:55 am

    timing tepat bro siap ada efek lepas hujan tu

    sejuk mata memandang, good luck bro 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:07 pm

      Kebetulan hari hujan. Memang mengharapkan ada bunga mekar tapi sedihnya tidak ada hanya bunga kertas yang galak berbunga

      Reply
      • suri says

        19th April 2011 at 1:00 pm

        wah mmg menarik byk juga pokok yg di taman..menawan hati yg memandang

        Reply
        • akubiomed says

          20th April 2011 at 10:13 pm

          Tidaklah banyak pokok yang tanam. Dari sepokok saya biakkan tapi cara ini lambat untuk laman penuh dengan pokok

          Reply
  34. naimulfirdaus says

    18th April 2011 at 1:51 am

    hehe..
    best jugak pertandingan macam ni..

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:06 pm

      Kala mahu bro boleh mencuba 🙂 Jangan ingat lelaki tidak boleh membuat taman

      Reply
  35. maza says

    18th April 2011 at 1:08 am

    wow! memang cantik dan berseni seni fotografinya.. hehehe.. jealous I uuu.. heheh

    penyertaan diterima abg biomed.. heheheh

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:05 pm

      Alah Maza, biasa-biasa sahaja bukan kamera DSLR pun 🙂

      Reply
      • dnoBiz says

        19th April 2011 at 12:43 am

        heheh aku baru je nak tanya pakai kamera apa 😀

        Reply
      • adele says

        19th April 2011 at 8:56 am

        sy pun bkn DSLR..kamera olympus murah je 😀

        Reply
      • Mus says

        20th April 2011 at 8:50 am

        kalau mmg ada bakat fotografi.. guna kamera apun mmg akan cantik

        Reply
        • dnoBiz says

          20th April 2011 at 3:34 pm

          betul tu Bro Mus,
          kalau dah ada seni, pakai Hp pun nampak cantik tak hengat

          Reply
          • Ladfe Amir says

            20th April 2011 at 5:05 pm

            kamera phone pun dah ok, tetapi kena yg spec yg power la.

            Reply
            • akubiomed says

              20th April 2011 at 11:51 pm

              Kalau nak beli handphone high spec boleh rabak poket 🙂

              Reply
          • Ismail N says

            21st April 2011 at 8:47 am

            Handphone yg biasa2 pun ok. Cuma perlu dapat lighting yg baik. Kalau boleh hari yg terang dan angel yg baik. Lepas tu apa lagi.. touch-up kat Photoshop ajer ler.. 😀

            Reply
        • suri says

          21st April 2011 at 4:15 pm

          sy punya kamera pakai hp lama huu..mmg tak der bkt lngsung

          Reply
          • Ladfe Amir says

            25th April 2011 at 11:41 pm

            hp yg ada flash dan autofokus dah ok walaupun spec tak canggih mana

            Reply
  36. sazuwi says

    18th April 2011 at 12:44 am

    memang cantik..
    seronok kalau ader taman mini sendirik..

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 9:03 pm

      Kalau rumah teres yang ada tanah boleh lah buat taman mini 🙂

      Reply
      • Mus says

        20th April 2011 at 8:49 am

        kelebihan rumah bertanah.. mmg puash hati..
        kalau rumah apartment.. mmg tak dapat buat taman mini..

        Reply
        • akubiomed says

          20th April 2011 at 10:06 pm

          Memang saya hendak cari rumah yang ada tanah

          Reply
          • suri says

            21st April 2011 at 4:13 pm

            carilah yang berlot tepi semu blh taman,bt pondok
            hee

            Reply
          • akubiomed says

            28th April 2011 at 8:39 pm

            Rumah lot tepi memang luas tapi perlu sediakan duit lebih sikit

            Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in