• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Filem hantu seram yang diingati

Filem hantu seram yang diingati

21st April 2011 by akubiomed 126 Comments

Filem hantu seram buat bulu roma tengkuk menegak.

Ketika kecil setiap kali menonton cerita filem hantu seram thailand atau hantu korea  tentu aku ada masalah hendak ke bilik air kerana terbayang-bayang muka hantu yang didalam filem seolah-olah memerhatikan segala gerak-geri aku. Padahal bukanlah jauh sangat hendak ke bilik air kalau sudah tidak tertahan hendak buang air kecil paksakan diri juga semua dengan tergesa-gesa sahaja. Apabila sudah menjadi ketua keluarga perasaan takut menonton filem genre seram makin berkurangan. 🙂

[Sponsored Video]

Hantu keluar dari TV

Hantu budak didalam filem Ju-On

Antara filem hantu seram yang aku rasa memberi kesan tegak bulu roma tengkuk walaupun tidak mengunakan kesan efek yang melampau adalah Ju-On dan The Ring. Kedua filem ini adalah terbitan negara Jepun memang menakutkan kerana banyak kejutan yang tidak disangkakan. Paling menakutkan hantu budak kecil didalam Ju-On dan manakala The Ring, hantu keluar dari TV. Kalau menonton cerita ini seorang diri memang tegak bulu roma dibuatnya. Kalau filem hantu komedi Hantu Mak Limah balik rumah bolehlah ketawa berdekah-dekah kerana kelakaran watak-watak di dalam filem tersebut.

Abang Ngah memang seorang penakut kalau terjumpa cicak pun menjerit

Aku selalu perhatikan Abang Ngah akan buat-buat tidur kalau cerita hantu disiarkan di TV, manakala Abang Long dan Abang Koning berani-berani takut menonton cerita hantu di TV. Kalau sudah menonton cerita hantu pergi bilik air pun ajak adik-beradik untuk berteman.

p/s: Kenapa malam Jumaat selalu dikaitkan dengan hantu yang suka berkeliaran?

Sila tekan butang kongsi:

  • Filem hantu Thailand paling seram
  • Saluran Astro Best menawarkan filem terbaik
  • Pertama kali menonton filem The Avengers 3D di Cathay Cineplexes e@curve

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Ummi Hanie says

    6th May 2012 at 10:41 am

    ju-on dan the ring mmg seram. sy peminat cerita2 hantu, alhmdllh jenis kuat semangat jugalah… leaps tgk cerita hantu masih boleh keluar bilik pegi dapur gelap2 :p

    malam jumaat ni org jawa panggil jumaat keliwon… entahlah ye, mungkin hantu2 pun suke malam jumaat kot :p

    Reply
  2. yusri says

    2nd June 2011 at 6:00 pm

    dalam berita harian hari ni ada mengulas tentang isu cerita seram dan lawak yang mendapat sambutan penonton. Kerana faktor kos murah untuk membuat filem macam ni dan keuntungan yang banyak

    Tahun ni 3 filem seram+seram lawak yang jadi top 3 kutipan tertinggi:
    1. Khurafat
    2. Ngangkung
    3. Hantu Kak Limah

    Reply
    • akubiomed says

      2nd June 2011 at 9:33 pm

      Rasanya mana penerbit adalah peniaga tentu tidak mahu ambil risiko kalau mengeluarkan bajet besar tapi filem tidak balik modal

      Reply
  3. lizz says

    2nd June 2011 at 1:39 am

    dah menjerit kekuat dalam bilik ni!!!! eeeeee, jahat wei. takut tengok ju-on tuh!!!hahahahahaahhaha

    Reply
  4. titan says

    30th May 2011 at 10:58 pm

    seram wehh..haha

    Reply
  5. afzal laidin says

    29th May 2011 at 11:07 pm

    filem hantu paling seram -> shuttle

    Reply
    • akubiomed says

      2nd June 2011 at 1:43 am

      Kena cari filem ini tapi terpaksa menonton seorang kerana sudah tentu ahli keluarga tidak berani

      Reply
  6. yas says

    20th May 2011 at 12:56 am

    Hahaha…nampaknya mereka pun serupa je dgn anak2 saya yg berdua tu…yg paling sy heran siabg …dia yg paling penakut sekali…
    Nape bebudak skg jd cmtu yerr…

    Reply
  7. Princess Zezebel Lair says

    18th May 2011 at 2:10 pm

    Suka tengok cerita hantu tapi kalau dah sorang-sorang, memang takkan tengok punya, takut…tapi tak lah sampai tahap takut nak ke mana-mana…paling teruk pun, tidur dengan lampu je, hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 12:29 am

      Sekarang sudah tidak takut untuk menonton cerita hantu kerana sudah ada temankan 🙂

      Reply
  8. Ekspresi Ruang says

    5th May 2011 at 9:27 pm

    malam jumaat sepatutnya diisi dengan rancangan2 berilmiah macam ehwal islam di tv1 tu. ini tak, dilambaknya dengan drama2 seram yg khurafat je byk

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2011 at 12:24 am

      Bila ditegur oleh barulah hendak berubah 🙂

      Reply
  9. PakarBuahPinggang says

    27th April 2011 at 8:41 pm

    Tapi bro kalau anak-anak terlalu disogokkan dengan filem-filem seram ni akan menimbulkan kesan negatif dalam jangka masa akan datang.

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 11:47 pm

      Itulah terjadi pada masa saya kecil-kecil dahulu banyak cerita hantu tapi apabila besar perasaan takut makin terhakis

      Reply
  10. nizam says

    25th April 2011 at 6:00 pm

    nizam suka sangat citer seram…lagi seram lagi best kot… hehehe…
    tgk sorg2 lagi best… dapat feeling lebih… 😉

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 11:47 pm

      Pasang pula home theater mahu terkencing atas sofa nanti 🙂

      Reply
      • nizam says

        3rd May 2011 at 8:26 pm

        hehehe… terkencing tu kalau dah tengah tahan kencing tu… 😛

        Reply
        • akubiomed says

          3rd May 2011 at 11:02 pm

          Kalau takut ke bilik air boleh pakai lampin pakai untuk orang dewasa senang sahaja lepaskan sahaja 🙂

          Reply
  11. gadisgula2 says

    25th April 2011 at 5:44 pm

    entah la.. asal mlm jumaat dikaitkan dgn hantu? padahal malam jumaat lah malam aling afdal kot nak buat ibadah..

    hurm.. apa maksud abg ‘jgn masuk link dalam blog nnty ada masalah dgn copyright?’

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 11:46 pm

      Adoi terkena sejibik 🙂

      Reply
  12. tengkorak emas says

    24th April 2011 at 10:09 pm

    sebenarnya, konsep hantu jepun/korea/thai/indon selalunya adalah berkaitan hantu minta pertolongan sama ada untuk dapatkan keadilan, balas dendam tau singkap rahsia

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 11:44 pm

      Yelah perasan juga tuh apabila menuntut pembelaan dengan kewujudan roh yang membalas dendam

      Reply
  13. Sir Marcello says

    24th April 2011 at 5:45 pm

    hahaha…masa kecik2 aku punya giler takut ngan hantu…tambah2 balik kg..lagi bertambah occult…

    tapi setelah meningkat dewasa…aku lah hantunya…tengok citer hantu sambil makan kuaci…miyahaha~

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 11:43 pm

      Apabila sudah meningkat dewasa perasaan takut sudah berkurangan cuma jangan tinggal seorang diri apabila isteri dan anak balik kampung kecut juga 🙂

      Reply
  14. brat2104 says

    24th April 2011 at 4:21 pm

    saya tak tengok cerita hantu sebab takut. selagi tak tengok cerita hantu, nak suruh duduk sorang, takkan ada masalah. kalau dh tgk.. nak pergi toilet pun pikir banyak kali..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 11:13 pm

      Ha..ha..biasa terjadi tuh kalau sudah takut sangat 🙂

      Reply
  15. Mrs.Ayie says

    24th April 2011 at 9:17 am

    The Ring tu memang seram, alahai tiba-tiba teringat balik cerita tu.Kalau menonton cerita seram dengan anak-anak sedara, tak sempat nak rasa takut. Sebab setiap kali hantu keluar, dorang siap gelak lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 6:08 pm

      Baguslah kalau anak saudara tidak ada perasaan takut

      Reply
  16. sayacomel says

    24th April 2011 at 5:47 am

    ohh, tak nak ingat-ingat..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 11:03 pm

      Kalau sudah tegak bulu roma dan tinggal pula seorang tentu kecut perut 🙂

      Reply
  17. fendidahada says

    24th April 2011 at 1:10 am

    main2 hantu pun best jugak bro..haha..lawak jugk citer tu..keke..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 11:02 pm

      Macam pernah dengar tajuk filem tersebut tetapi tidak ingat siapakan pelakonnya

      Reply
  18. zik says

    24th April 2011 at 1:03 am

    hantu jin toncit… usop dan bla bla.. tahun depan ek??

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 5:59 pm

      Saya sudah menonton previu filem Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit arahan Mamat Khalid

      Reply
  19. hafidz says

    23rd April 2011 at 9:36 pm

    betul2 takut abang ngah tuh.
    cian dia, huhu 😛

    Reply
  20. nash says

    23rd April 2011 at 6:19 pm

    ju on n the ring mmg femes… aku dengar mmg seram citer tu
    lagi2 antara pelopor filem seram thriller ala2 korea gitu kat seluruh dunia
    HKLBR tu bagi aku xseram langsung.. lawak adelah 😛

    Reply
  21. Pemerhati Dunia says

    23rd April 2011 at 4:16 pm

    Kelakarlah tengok abang ngah punya gelagat…hahaha

    Baru malam tadi dapat tengok cerita Hantu kak limah balik rumah. Kelakar tahap pecah perut. Nasib baiklah duk rumah sewa, sekeliling ada orang, kalau dekat kampung, dah hilang anak tekak rasanya…

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 5:53 pm

      Anak-anak kecil turut ketawa terbahak-bahak menonton Hantu Kak Limah balik rumah

      Reply
  22. luthfi says

    23rd April 2011 at 3:25 pm

    malam jumaat la bagus.. bukannya hantu keluar kan? hehehehhe

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 10:48 pm

      Hantu yang bertoping manusia pun ada juga yang tidak reti-reti lekat dirumah 🙂

      Reply
  23. bEe says

    23rd April 2011 at 3:17 pm

    setahu bEe lah kan… org2 tua dulu2 yg suka takut2kan kita masa kita budak2. Tiap2 mlm jumaat of coz akan ditakutkan yg mana ada hatu kentut lah, hantu pom pom lah, hantu kat balik pokok pisanglah…

    bende ni dah mcm jadi trend pulak 🙂 hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 5:52 pm

      Hantu kentut belum pernah dengar

      Reply
  24. Ismail N says

    23rd April 2011 at 1:08 pm

    Kawe rasa cerita hantu omputeh atau org jepun/cina kurang seramnya sbb environment dia. Tak rasa mcm dekat dgn kita. Tapi kalau citer malayu atau Indonesia.. erggghh.. menakutkan betul. Cerita Khurafat yg hantunya tak byk pun kira seram jugak tu dan buat terbayang-bayang. Kalau dulu2 masa kecil aku paling takut dengan cerita Penggalan Ilmu Telur..Hodoh betul muka hantu dia 😉

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 5:51 pm

      Oh..belum pernah menonton cerita seram Penggalan Ilmu Telur. Cerita lama ker bro?

      Reply
      • Ismail N says

        25th April 2011 at 8:58 pm

        lama betul tu.. time kawe sekolah rendah..
        tapi punya ler hodoh rupa hantu tu.. Sampai skrg kawe ingat .. dasyat..dasyat!

        Reply
  25. Esempoi says

    23rd April 2011 at 8:44 am

    masa kecik2 dulu banysk cite seram tapi dah lupa tajuknya

    Reply
  26. Fitrihadi says

    23rd April 2011 at 12:42 am

    erkk hantu?? larikk!!!!
    .

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 5:50 pm

      Nak lari mana kalau hantu asyik mengekori 🙂

      Reply
  27. dnoBiz says

    22nd April 2011 at 7:53 pm

    tiap tiap hari jumpa orang yang macam hantu 😀

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 5:49 pm

      Hantu yang mana satu sebab manusia yang berperangai macam hantu?

      Reply
  28. shamizu says

    22nd April 2011 at 4:21 pm

    cerita seram indon paling seram – sundel bolong.
    Melayu paling seram – rumah maut kalau tak silap aku. filem 80-an yang yusuf Haslam berlakon. Ada hantu budak kecil.
    Thailand punya – nang nak.
    Paling kelakar walaupun aku tak tengok – orang katalah Hantu Mak Limah Balik Kampung.
    macam-macam hantu sampai kita pun dah rasa tak takut dah.

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 5:47 pm

      Tak salah tajuk filem tersebut adalah Rahsia yang turut dilakon oleh Noorkumalasari. Serius memang seram juga

      Reply
      • Dani Kaina says

        11th December 2015 at 9:26 pm

        Rahsia filem yang lain,.. itu pun seram jugak. tapi tak seseram Rumah Maut. pelakonnya Yusuf Haslam dan Susan Lankaster sebagai suami isteri….. lagi satu filem Ilmu Saka.. lakonan Allahyarham S.A. Bakar…

        Reply
  29. nuriz says

    22nd April 2011 at 3:52 pm

    hantu nang nak pun seram jugak..
    skrg jarang tgk dah citer antu sebab ada ustaz bagi tau setan ni suka bila kita ni takut sgt

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 1:54 pm

      Hantu Nang Nak Thailand boleh tahan juga seramnya cuma tidak suka ada adengan upacara menghalau hantu oleh tok sami

      Reply
  30. suri says

    22nd April 2011 at 2:05 pm

    sesekali melayan best juga klu sslu jemu rasanya

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 1:53 pm

      Sekali menonton pun dah cukup kalau banyak kali sudah boleh agak adengan yang mengejutkan. Menonton kali ke 2 untuk lebih faham kerana ada adengan mula-mula terlepas menonton kerana tutup mata 🙂

      Reply
  31. zezebel says

    22nd April 2011 at 1:12 pm

    hehe..teringat kat adik-adik yamg masih kecil, nampak lipas pun menjerit macam nampak hantu..huhu

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 1:52 pm

      Ha..ha..bukan setakan budak perempuan yang menjerit lipas lalu, budak lelaki pun ada yang takut lipas 🙂

      Reply
  32. Hisyam says

    22nd April 2011 at 12:23 pm

    Malam jumaat memang ada je cite antu ni. Membuatkan anak2 kecik terasa dongeng orang dulu2 menjadi realiti.

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 10:19 pm

      Anak-anak kecil paling mudah terpengaruh dengan cerita hantu

      Reply
      • yas says

        27th May 2011 at 10:22 am

        Anak2 aku suka tengok cite2 hantu ni…tapi lepas tengok sumer cam tikuss je jadiknyaa…hehehe

        Reply
  33. hafizmd says

    22nd April 2011 at 11:27 am

    Cerita ju on…yg ni tgk kat wayang ngn member2…sekali tgk syok tgk…barisan depan dah mula menjerit2 (pompuan)….adui…potong betullah…

    pssst…ingat lagi ayat budak2 kat depan tu “waaaaa…dia dah mai daahhhhh”….

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 1:51 pm

      Mana taknya bro kalau sudahlah duduk barisan hadapan terpacul pula hantu 🙂

      Reply
      • tengkorak emas says

        24th April 2011 at 10:07 pm

        tu kalau 3D confirm dah keluar dah xD

        wah meriah dgn hantu blog ni he

        Reply
        • akubiomed says

          1st May 2011 at 9:37 am

          Kalau 3D tidak sanggup menonton kerana terlalu real dan terasa berlaku dihadapan mata sahaja

          Reply
  34. Razlan says

    22nd April 2011 at 11:17 am

    Suke cerita hantu kat tv,tapi tak suke yang kejut tu lam tenet ,betul2 tak suke he3

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 10:16 pm

      Kalau dikejutan sergah hantu saya pun melompat 🙂

      Reply
  35. pipoq says

    22nd April 2011 at 11:03 am

    masa bebudak dulu, ada satu cerita hantu yang rasa sangat la seramnya. tajuk dah lupa tapi lakonan Zami Ismail a.k.a pak uda yang menjadi hantu raya..memang menghantui tul citer tu..

    bila dah besor sikit + berpengalaman dengan makhluk ghaib ni, tak terasa sangat la keseraman bila tengok filem filem seram..

    p/s : Ju On – The Ring bukan Jepun ke ?

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 1:48 pm

      Ju On dan The Ring adalah hantu terbitan Jepun. Saya mungkin terkeliru dengan bahasa pertuturan mereka. Terima kasih kerana betulkan

      Reply
  36. abby kamil says

    22nd April 2011 at 10:52 am

    saya rasa cita hantu yg takut mesti cita asia. sama ada jepun, korea, atau thailand.

    tp antu msia tak takot. antu indon bole tahan takut cuma byk x logik. hantu omputih nampak real tp biasanya byk saspen je.

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 12:30 am

      Setuju apa yang dikatakan oleh B. Cerita hantu Thailand pun boleh tahan seram seperti Nang Nak

      Reply
  37. MDHAFiZ.NET says

    22nd April 2011 at 9:50 am

    cerita hantu indonesia lg seram kot…

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 10:13 pm

      Hantu Indonesia yang lama boleh tahan menyeramkan siap ada ulat-ulat lagi

      Reply
  38. tehr says

    22nd April 2011 at 9:27 am

    kat rumah saya tak berapa layan cerita hantu
    saja tak mahu susahkan diri sendiri
    hehe

    Reply
    • tengkorak emas says

      24th April 2011 at 10:04 pm

      betul2, nanti penat asyik terbayang haha

      Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 10:12 pm

      Memanglah kalau menonton hantu yang sangat seram akan terbayang-bayang seperti gerak geri di perhatikan sahaja 🙂

      Reply
  39. SuManje says

    22nd April 2011 at 9:12 am

    salam ziarah,…
    sumanje x suka tgok cerita seram…..cerita actions lagi best ekekekekekkekek
    salam ziaraah pagi jumaat

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 12:18 am

      Kalau sudah takut terpaksa cari alternatif menonton filem genre lain kan 🙂

      Reply
  40. BroZooL says

    22nd April 2011 at 9:11 am

    Bukan adik2 jer takut, tapi wife saya gak bro, bila tengok cite hantu camni, tak boleh dok sebelah dia sebab confirm kena cakar..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 12:16 am

      Kena cakar Harimau ker bro? 🙂

      Reply
  41. adele says

    22nd April 2011 at 8:44 am

    bro dah tengok PAranormal Activity? yg itu lg seram tahap gaban!! wlaupun hantunya tak nampak..seminggu akn diselubungi ketakutan..haha

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 12:15 am

      Saya sudah menonton tapi ada rasa kurang kalau berbanding filem seram The Blair Witch Project

      Reply
      • adele says

        24th April 2011 at 8:49 am

        owh yeke,nmpaknya kena tgok jgklah lps ni 😀

        Reply
  42. tengkorak emas says

    22nd April 2011 at 7:55 am

    budak2 nampak je tutup mata takut tapi still nak tengok juga haha
    hari tu filem khurafat boleh tahan, TE guna taktik selamat tengok dgn mata kecil.. xD

    Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2011 at 11:59 pm

      Ha..ha..ingat TE macho rupanya takut juga menonton cerita filem seram juga yer

      Reply
  43. aimannajmy says

    22nd April 2011 at 5:43 am

    hhehe comel lah telatah abg ngah..teringat masa saya kecik2 dulu..macam tu lah perangai bila tengok filem seram huhu! cerita hantu indon best jugak..tapi byk sgt adengan 18 tahun ke atas

    Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2011 at 11:57 pm

      Sekarang ini sudah panjang masih lagi berperangai takut macam itu? 🙂

      Reply
  44. sazuwi says

    22nd April 2011 at 4:51 am

    cerita hantu seronok tgk biler ramai-ramai jer..
    hilang cepat sket rasa takut tue.. hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2011 at 11:55 pm

      Ketika sekolah dulu saya tinggal di hostel kalau Malam Jumaat selepas cerita hantu kami tarik katil dekat-dekat dan tidur rapat-rapat 🙂

      Reply
      • tengkorak emas says

        24th April 2011 at 10:03 pm

        malam jumaat keliwon~~

        Reply
        • akubiomed says

          1st May 2011 at 9:38 am

          Biasa dengar Malam Jumaat Keliwon

          Reply
  45. benjy says

    22nd April 2011 at 2:34 am

    b3njy kekadng minat juga tengok serita antu … lagi2 yyang ada tanda soal banyak ???? last2 endingnya tidak diduga macam cerita the ring dan the ring 2 … ending yang amat tidak dijangka … kalau cerita melayu indon cam tahu je endingnya … kekadang seram sendiri juga … tetapi tidaklah sehingga tahap gaban takutnya …

    Malam Jumaat
    1. Selalu orang kaitkan dengan antooo…
    2. malam jumaat juga sering dikaitkan dengan suami isteri …

    b3njy cam tahu je ada link kedua2 statmen itu … para blogger tahu ke ? … hehehehe … suspen2 cam cerita The Ring 1&2…

    Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2011 at 10:22 pm

      Bijak-bijak 🙂

      Reply
  46. Amry says

    22nd April 2011 at 1:57 am

    suka tengok cerita seram/hantu..tapi bila dah habis nak ke bilik air…….huhuhu….meremang buu roma!

    Reply
  47. decrewz says

    22nd April 2011 at 1:41 am

    Samalah ngan adik Jai.. Nak tengok cite antu, dari mula sampai kesudah tangan letak kat muka, diintainya ikut celah2 jari…

    Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2011 at 10:16 pm

      Ha..haa..samalah dirumah ini. Kalau maknya selalu babahnya mangsa kena kepit 🙂

      Reply
  48. zik says

    22nd April 2011 at 1:40 am

    cerita the ring o 2 tak tengok lagi.. dvd dia dah calar… hadus.. tapi yang no1 pun memang best… tiba2 lak.. huhu

    Reply
    • tengkorak emas says

      22nd April 2011 at 7:54 am

      hm..cite hantu langsung takde dalam koleksi dvd TE, malas nak terbayang huhu

      Reply
      • suri says

        23rd April 2011 at 1:01 pm

        karang mlm2 dia tdo sekaki dgn TE bru tahu heeee

        Reply
        • tengkorak emas says

          24th April 2011 at 10:01 pm

          sebab tu cite hantu tiada dalam koleksi hehe nanti penat pula asyik tido berselubung selimut xD

          Reply
      • akubiomed says

        23rd April 2011 at 10:08 pm

        Kalau The Ring memang menyeramkan terbayang hantu keluar dari tv

        Reply
  49. anif says

    22nd April 2011 at 12:14 am

    Paling seram tentunya cerita “Sundel Bolong” lakonan Suzanna 🙂

    Reply
    • Amry says

      22nd April 2011 at 1:56 am

      sundel bolong memang best..bukan takut apa, tapi latar belakang scene tu yang buat takut…indonesia memang terkenal dengan cerita-cerita hantu ni dan masih banyak sekarang terutama dikawasan-kawasan pedalaman dan kurang membangun…ilmu diorang kuat!

      Reply
      • tengkorak emas says

        22nd April 2011 at 7:52 am

        cakap pasal suzanna, cite 1st yg TE tengok adalah cite perjanjian malam keramat..fuh

        Reply
    • Ismail N says

      23rd April 2011 at 1:06 pm

      Famous Sundel Bolong tu.. kawe pun boleh takut nak pi kecing di tandas.. keh keh keh 😀

      Reply
    • sazali yusof says

      23rd April 2011 at 5:40 pm

      yup setuju dengan anif.. dulu time kecik2… cita sundel bolong ni sampai terbawak2.. kemimpi woo…

      Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2011 at 7:09 pm

      Bro yang mana seram atau menonton Suzana? 🙂

      Reply
  50. wazy says

    21st April 2011 at 11:38 pm

    Rajin juga tengok cerita hantu
    seram tak seram tu lain cerita
    hehehe yang penting enjoy

    Reply
    • tengkorak emas says

      22nd April 2011 at 7:51 am

      memang cerita hantu boleh menarik sifat ingin tahu manusia

      Reply
      • akubiomed says

        23rd April 2011 at 6:46 pm

        Semasa kecil dahulu terpaksa menonton cerita seram sebab orang tua menonton. Kalau tidak tonton duduk didalam pun seram sebab suara tv sampai ke bilik 🙂

        Reply
        • adamfaiz says

          3rd May 2011 at 5:32 pm

          ingat citer pontianak gua musang?… seram wooo

          Reply
    • dnoBiz says

      22nd April 2011 at 7:52 pm

      aku pun layan je Wayz…
      tapi sekarang ni semua hantu dah jadi skaptikel dah 😀

      Reply
  51. dnoBiz says

    21st April 2011 at 11:23 pm

    Cerita hantu yang paling aku takut dahulu ialah Pontianak Gua musang… sampai sudah aku pejam mata dengar bunyi je heheheh 😀

    Ps : pantun hantu
    malam ni malam jumaat
    esok malam sabtu
    malam ni jumpa mayat
    esok jumpa hantu
    :D:D

    Reply
    • wazy says

      21st April 2011 at 11:37 pm

      heheh siap ada pantun tu
      cayalah bro dno

      Reply
    • hafizmd says

      22nd April 2011 at 11:25 am

      terbaiklah bro dno…siap ada pantun lagi….hehe 😀

      Reply
      • dnoBiz says

        22nd April 2011 at 7:51 pm

        tu pantun masa kecik kecik tu hahaha

        Reply
        • akubiomed says

          23rd April 2011 at 6:43 pm

          Ada bakat pantun tapi bro jarang-jarang pantun dekat blog Teh Ramuan

          Reply
    • Amirez says

      25th April 2011 at 11:12 am

      pontianak gua musang? tak pernah tengok tapi bunyinya macam best. cerita lama ke ni?

      Reply
      • akubiomed says

        29th April 2011 at 12:22 am

        Filem lama nih bro.

        Reply
  52. AZRUL AZMI says

    21st April 2011 at 11:22 pm

    ha’ah la… malam jumaat, berderet-deret cite hantu kat tv… siap beratur lagi… saje je nak bagi mentaliti yang kurang baik kat masyarakat….

    Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2011 at 6:40 pm

      Sudah menjadi kebiasaan samada drama atau filem seram akan ditayangkan Malam Jumaat

      Reply
      • Mus says

        25th April 2011 at 1:33 pm

        sampai tak tahu nak tonton mana 1..

        Reply
      • Ismail N says

        25th April 2011 at 8:55 pm

        malam jumaat kawe tak tgk tv…. 😉

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in