• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / Doktor tolong selamatkan burung saya

Doktor tolong selamatkan burung saya

24th March 2012 by akubiomed 72 Comments

Doktor tolonglah selamatkan burung saya.

“Cik adik! Cik adik! tolong bantu saya. Burung saya ini lembik!,”  kata Zali dengan keadaan gusar melihat burungnya lembik setiba di klinik dengan keadaan cemas bersama Boy yang membantu pegang burung yang dibalut dengan kain basah.

“Kenapa bang? Apa yang masalah dengan burung abang?” tanya Cik adik yang menyambut Zali dan Boy ketika mereka sergah masuk ke dalam klinik.

Selalunya Cik adik duduk didalam menunggu pesakit dibilik khas. Pagi ini klinik masih baru lagi dibuka dan belum ada pesakit. Cik adik ingin mengambil angin segar sebelum pesakit pertama masuk.

burung raja udang

“Burung saya ini semakin lembik dan lemah? Boleh saya jumpa doktor untuk melihat apa masalah dengan burung saya ini? kata Zali masih lagi cemas. Boy memegang burung yang berbalut kain basah dengan erat.

Mari sini saya tengok? jawab Cik Adik. Eh cantik pula burung ini? balas Cik Adik setelah Boy membuka kain balutan pada burung.

“Maaf saya kerana panggil cik Adik” kata Zali setelah melihat tanda nama Dr.Anis pada baju Cik Adik. “Tak apa”, balas Cik Adik dengan senyuman menampakkan lesung pipit di pipi kanan.

“Hari ini doktor bertugas merawat arnab dan kucing sahaja. Esok baru ada doktor burung. Biar saya lihat dahulu keadaan burung ini”, Cik Adik mula membelek burung ditangan boy.

“Saya berpendapat burung ini ada masalah saraf mungkin disebabkan pelanggaran dan tidak boleh terbang. Peralatan diklinik ini terhad jadi saya cadangkan bawa burung ini untuk mendapatkan rawatan lanjut di UPM” Cik Adik memberitahu kepada Zali dan Boy.

Info terkini(26 Mar 2012): Burung Raja Udang yang cedera sudah dilepaskan selepas sayapnya yang cedera berjaya dipulihkan. Saya berasa lega apabila burung Raja udang ini dilepas terbang bebas kembali ke habitatnya. Terima kasih yang menanya akan keadaan kesihatan burung Raja udang yang malang ini.

Nota: Raja Udang atau Rufous – backed Kingfisher

  • Giveways ke 2 Cik Tom rugi tak masuk
  • Aslah selamat menjalani berkhatan
  • Shaheizy Sam tunjuk bakat menyanyi di kempen Nescafe Cans On The Life

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Mujahid says

    30th March 2012 at 10:44 am

    pertama kali dapat tgk burung raja udang ni
    # Ingatkan burung ape tadi.hihi3 opss!!!

    Reply
  2. hafizmd says

    29th March 2012 at 9:41 am

    wah…terbaiklah bro AB…alhamdulillah…dapat terbang balik burung tu…

    burung ni antara burung yg tercantik pernah sye tgk sejak kecil sampailah sekarang…suka sambar burung dalam air =)

    Reply
  3. Norasikin says

    28th March 2012 at 5:13 pm

    Mcm mana agaknya kalau masa melepaskan burung ni, terlupa lak tanggalkan selotep kat paruh dia. heheh

    Reply
  4. chii says

    27th March 2012 at 10:28 pm

    cantiknya bulu kaler burung ni..
    burung raja udang? chii slalu gak nampak burung warna warni mcm ni..burung yg sama kah..atau burung kenari ya

    Reply
  5. APAN says

    27th March 2012 at 6:34 pm

    cantik gile butung ni…sampai x nampak real pun ada…

    nasib baik burung ni boleh terbang calik… 🙂

    Reply
  6. iza says

    26th March 2012 at 11:52 pm

    Assalam..
    Tiba2 sedih teringatkan burung yang pernah saya selamatkan dulu..

    Reply
  7. donnyien says

    26th March 2012 at 9:15 pm

    haha.. aku ingatkan apa tadi,pandai bro buat cerita, mohon share..

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 9:25 pm

      Untuk bro Donny boleh sahaja. 🙂

      Reply
  8. Aya says

    26th March 2012 at 8:25 pm

    haha.. Aya fikir burung apa tadi… 🙂
    ( senyum bermakna..kihkih)

    Reply
  9. Khidhir says

    26th March 2012 at 8:16 pm

    pandai buat tajuk entry

    Reply
  10. boy says

    26th March 2012 at 3:26 pm

    kacak betul model burung tu..lalalalallalala 😛

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 9:43 pm

      Yang mana satu kacak burung Raja udang kah atau model yang pegang burung? 🙂

      Reply
  11. Azuan says

    26th March 2012 at 2:53 pm

    Ni burung raja udang ni.. cantik burung ni..

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 9:43 pm

      Mula-mula kami keliru kerana biasanya warna burung Raja udang berwarna biru.

      Reply
    • hafizmd says

      29th March 2012 at 9:42 am

      Mmg cantik..dan yg selamatkannya mmg lelaki kacak =)

      Reply
  12. faiz says

    26th March 2012 at 12:03 pm

    cantik burung ni..

    Reply
  13. eiela says

    26th March 2012 at 10:56 am

    comelnya burung tuh… cantik.

    Reply
  14. Norizwan says

    26th March 2012 at 10:56 am

    1st time tengok burung ni…cantik betul…sian tengok keadaannya…ni mesti salah makan ni…

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 9:44 pm

      Bukan salah makan tetapi cedera dan tidak boleh terbang.

      Reply
  15. tehr says

    26th March 2012 at 3:58 am

    Wah, burung ni payah juga nak bela ni
    Agaknya salah makan tak, bro?

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 9:46 pm

      Burung ini cedera dan tidak boleh terbang.

      Reply
  16. maza says

    26th March 2012 at 12:36 am

    wah! daku membaca dgn bernafus berahi sekali..

    mujur juga bukan malam jumaat, dan yg penting burung itu selamat…

    hhahahaha

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 9:46 pm

      Burung Raja udang sudah pulih daripada kecederaannya dan dilepaskan bebas terbang ke habitatnya

      Reply
    • hafizmd says

      29th March 2012 at 9:42 am

      hohoho…ganas lantunan bang maza…. =)

      Reply
  17. Jobless Girl says

    25th March 2012 at 11:33 pm

    Warna bulu burung ni cantik la. Kasihan dia sudah sakit ni.

    Reply
  18. nuriz says

    25th March 2012 at 9:55 pm

    cantik warna burung raja udang ni

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 11:08 pm

      Warnanya seakan-akan ungu memberi kelainan.

      Reply
  19. ohcikgu says

    25th March 2012 at 8:15 pm

    dah baik ke lom burung nih??

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 11:10 pm

      Tak tahulah bro kerana kawan saya bawa balik untuk diserahkan kawan beliau yang mempunyai minat membela burung sementara untuk dipulihkan.

      Reply
  20. suri says

    25th March 2012 at 7:27 pm

    wah cantik burung itu.raja udang kah namanya heee

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 11:17 pm

      Betultuh Suri nama burung ini adalah Raja udang.

      Reply
  21. nizamghazi says

    25th March 2012 at 3:56 pm

    Burung Raja Udang ke namanya?
    Saya suka coloring pada tubuhnya
    Sangat kewl 🙂

    Reply
    • suri says

      25th March 2012 at 7:28 pm

      di bela bagus juga tapi tak d galakkan heeeee

      Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 11:42 pm

      Saya dan rakan sekerja melihat pertama kali pun tertarik dengan warna burung Raja udang ini.

      Reply
  22. faizfakhirin says

    25th March 2012 at 2:30 pm

    lawanya..burung per tu?

    Reply
  23. isza says

    25th March 2012 at 2:12 pm

    Cantiknya..
    Pertama kali tengok burung ni..
    Macam dilukis2 jer..

    Reply
  24. Fyzal says

    25th March 2012 at 1:32 pm

    cantik burung tu.

    Reply
  25. Amirez says

    25th March 2012 at 12:55 pm

    nampam macam burung patung tadi. rupanya betul2 burung. unik warna burung raja udang ni. selalunya saya tengok warna biru

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 11:43 pm

      Burung ini memang burung Raja udang yang sebenar.

      Reply
  26. sabree hussin says

    25th March 2012 at 11:45 am

    ingatkan burung patung.. burung betul rupenya

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 11:44 pm

      Bukan patung bro ini adalah burung Raja udang yang sebenar.

      Reply
  27. titan says

    25th March 2012 at 4:56 am

    ohh..burung ni. pernah jumpa masa kat sabah dulu.

    Reply
    • hafizmd says

      29th March 2012 at 9:43 am

      isk3…..jauhnya jumpe…tp burung ni mmg cantik…serius sekali tgk macam patung jer…

      Reply
  28. Naziman says

    25th March 2012 at 3:00 am

    dari mula-mula tengok gambar nak tanya burung apa tu..tapi last-last ada juga beritahu burung raja udang. cantik.

    Reply
  29. Yas says

    25th March 2012 at 2:44 am

    Cantik betul warna2 burung tu…anugerah yg tak ternilai nih

    Reply
  30. muazfaris says

    25th March 2012 at 2:32 am

    wah, doktor burung… bleh buat satu pakar baru tu.

    Reply
  31. Hazmin Hamudin says

    25th March 2012 at 12:05 am

    menarik warna burung ni… Harap cepat sembuh la sakit burung ni.

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 12:18 am

      Saya pun harap burung Raja udang yang malang ini akan sembuh dan kembali ke habitatnya semula.

      Reply
  32. Jebeng Otai™ says

    24th March 2012 at 11:44 pm

    raja udang ni kaler purple..x pnah ag nmpk.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 12:19 am

      Betul bro ada kelainan pada warna badan berwarna unggu dan berkilat.

      Reply
  33. puanbee says

    24th March 2012 at 11:22 pm

    cantiknya burung tu , kalau dpt pegang tu rasa bertuah sgt

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2012 at 11:24 pm

      Boleh pegang tapi garang asyik hendak mematuk sahaja sebab ia hidup meliar.

      Reply
  34. Sobri Mansor says

    24th March 2012 at 9:58 pm

    Tengok tajuk, rasa saspen juga. Rupa-rupanya baru la tau burung apa yang lemah tu.

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2012 at 11:25 pm

      Jangan marah yer bro ini adalah berdasarkan kisah benar. 🙂

      Reply
  35. azura says

    24th March 2012 at 9:24 pm

    kenapa mulut burung tu kena salotip

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 12:17 am

      Mulut terpaksa dilekat dengan tape sebab ia hendak mematuk.

      Reply
      • azura says

        25th March 2012 at 6:52 pm

        spesis ganasla ni

        Reply
        • akubiomed says

          25th March 2012 at 6:57 pm

          Burung Raja udang yang dijumpai ini adalah spesis liar bukan jenis yang dibela.

          Reply
  36. madammondoq says

    24th March 2012 at 9:00 pm

    ala kiutnya burung u bro!!!

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2012 at 11:25 pm

      Bukan burung sayalah tetapi burung kawan saya. Saya tukang ambil gambar sahaja. 🙂

      Reply
  37. azmanisma says

    24th March 2012 at 8:54 pm

    Burung ni boleh bela ker?.Kalau kit dah bela dia wajib rawat kalau dia sakit 🙂

    Reply
  38. Faris says

    24th March 2012 at 8:42 pm

    Haiwan jugak perlukan rawatan khas, bukan manusia je…hehehehe =)

    Reply
  39. Faris says

    24th March 2012 at 8:41 pm

    Wow! Cute jugak Burung Raja Udang ni…nak buat hiasan kat rumah pun best jugak… =)

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2012 at 11:26 pm

      Saya rasa ia tidak boleh dibela kerana ia adalah haiwan dilindungi. Kawan saya cuba selamatkan burung ini dari mati atau dimakan pemangsa.

      Reply
  40. zulkbo says

    24th March 2012 at 8:41 pm

    salam..
    alahai..ingatkan burung apa la
    yang sakit tadi..kesian betul..
    nasib baik saya tak bela burung

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2012 at 11:27 pm

      Seboleh-boleh saya tidak mahu bela burung biarlah ia terbang bebas didalam habitatnya.

      Reply
  41. nurmisnan says

    24th March 2012 at 7:29 pm

    Tajuk itu mengejutkan aku mula2nya.. hik3.. suspended betul..
    Burung raja udang ke tuh??? cantik warnanya.. Get well soon
    cik burung tok tok tok tok ….

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2012 at 11:29 pm

      Betul dari spesis burung Raja udang tetapi tidak pasti famili mana kerana biasanya burung Raja udang yang biasa kita lihat berwarna biru dibadan dan sayapnya. Yang ini berwarna ungu dan cokelat maroon lain daripada yang lain.

      Reply
  42. pipoq says

    24th March 2012 at 7:15 pm

    ape la agaknya yang dilanggar burung tu..
    kalau kat kampung selalunya nampak yang berbulu warna biru mendominasi populasi raja udang ni..baru pertama kali pulak tengok yang berwarna lebih menarik macam dalam gambar ni..spesis yang jarang ke ape ?

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2012 at 11:30 pm

      Betul bro yang biasa kita lihat berwarna biru tapi yang ini lain sedikit tetapi saya tidak pasti dari famili yang mana satu. Puas juga Google mencari informasi mengenainya.

      Reply
  43. anif says

    24th March 2012 at 7:09 pm

    Mana dapat burung raja udang ni? Selalunya ada di sungai sebab burung ni makan ikan!

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2012 at 7:15 pm

      Burung ini dijumpai oleh rakan sekerja didepan premis tidak boleh terbang.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in