DIY Face Mask Ear Loop Extender.
Cik Puan selalu mengadu sakit belakang telinga apabila pakai Face Mask untuk tempoh yang lama ketika berurusan diluar rumah. Bagi yang bertudung kak pakai Face Mask agak leceh.
Saya mencari penyelesaian mudah dengan membuat Face Mask ear loop extender guna butang seluar jean dan getah seluar. Modal Face Mask ear loop ini dibawah RM4 dan bahan-bahan mudah diperolehi dari kedai MrDIY atau kedai ECO.
Tutorial menghasilkan Face Mask Ear Loop Extender sendiri.
Butang seluar jean dan getah seluar bahan-bahan nak menghasilkan Face Mask Ear Loop Extender
Butang seluar jean.
getah seluar
Potong getah seluar lebih kurang 17cm panjang. Boleh potong ikut keselesaan memandang ukuran lilitan tidak sama untuk semua.
Bakar hujung getah seluar untuk elak hujung getah seluar pecah.
Lipat hujung getah seluar lebih kurang 1cm
Cucuk pin butang seluar jean pada getah seluar yang dilipat.
Pasang butang seluar jean.
Guna playar atau pengetuk untuk masukkan pin pada butang seluar jean. Ketip atau ketup sekadar untuk pin masuk ke dalam lubang butang seluar jean. Pada permukaan seluar butang jean boleh lapik dengan kain untuk elak calar masa pemasangan.
Face Mask Ear loop extender.
pandangan dari belakang cara pemakaian face mask ear loop extender.
pemandangan sisi cara pemakaian face mask ear loop extender.
ooo…senang pakai snap button je…takyah jait jait…
Ini mudah nak buat tanpa bahan yang banyak. 😊