• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / diy / DIY ampaian tuala dari paip PVC

DIY ampaian tuala dari paip PVC

1st October 2017 by akubiomed 24 Comments

Rak ampaian tuala DIY dari paip PVC

Projek hujung minggu kali ini adalah rak ampaian tuala dari paip PVC yang dihasilkan secara DIY. Saya ada beli ampaian tuala yang boleh disangkut pada pintu. Masalahnya anak-anak tak sampai terlalu tinggi dan selalu disidai tidak dengan betul. Tuala menjadi berlapuk dan kerana lambat kering bila disidai dengan tidak betul.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membina rap ampaian tuala dari paip PVC adalah seperti berikut:-

  • Paip PVC 15mm – boleh pilih paip yang tebal.
  • Gam paip PVC
  • Gergaji
  • Pensel
  • Tali ukur

reka bentuk aestatik pada ampaian paip PVC

Sedikit sentuhan aestetik pada ampaian supaya tidak nampak terlalu rata

Ukuran paip PVC untuk membina rak ampaian tuala

Bahagian A membina ampaian

  • paip PVC 29″ x 3
  • paip PVC 1″ x 6
  • T joint x 4
  • Elbow x 2

Camtumkan dan ulang untuk ampaian ke dua.

Bahagian B antara ampian dan kaki ampaian

  • paip PVC 2″ x 4
  • paip PVC 1″ x 2
  • T joint x 4
  • Elbow x 4

Camtumkan dan ulang untuk bahagian yang ke dua.

Bahagian C untuk kaki ampaian.

Cantumkan kesemuanya untuk menjadi bahagian kaki ampaian.

  • paip PVC 9″ x 4
  • paip PVC 19″ x 2
  • T joint x 8

Bahagian akhir dengan cantumkan bahagian A + B + C untuk menjadi rak ampaian tuala dari paip PVC.

Hasil terakhir setelah semua bahagian rak ampaian tuala paip PVC setelah dicantum

Bonus rak ampaian tuala paip PVC upgrade version

Perkemas dan perkukuhkan rak dengan tambah kaki dan palang

Tambah T join pada kaki ampaian untuk mengelak ia menjadi melendut kerana beban setelah pasang T join pada hujung kaki.

Pasang palang pada kaki ampaian supaya dapat mengukuh binaan rak ampaian.

Cabaran bina ampaian tuala paip PVC ini ada banyak sambungan dan pengunaan ukuran paip yang panjang akan melemahkan strutktur binaan kerana terdapat tekanan pada bahagian yang lemah. Binaan rak ampaian diatas sesuai untuk sidai tuala dan sejadah. Tidak digalakkan sidai penyakut baju dibimbang struktur binaan akan jadi lemah dengan beban berlebihan.

Binaan boleh diperkukuhkan dengan menambah jumlah tiang cuma rupa bentuk tidak lagi serupa seperti diatas. Semasa mencantumkan bahagian-bahagian PVC boleh letak lebihan gam supaya cantuman menjadi kukuh selepas gam menjadi keras.

Selamat mencuba dan membina rak ampaian tuala dari paip PVC.

  • Projek DIY buat Hose Reel dari paip PVC
  • DIY rak kasut dari paip PVC
  • Projek DIY rak simpan hos paip dari paip PVC

Filed Under: diy Tagged With: ampaian baju pvc, diy paip pvc, rak ampaian pvc

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    28th April 2019 at 1:18 am

    Ya. memang ada buat sangkar kucing dari paip PVC. Super jimat dengan DIY.

    Reply
  2. Amir Mazlan says

    18th April 2019 at 10:53 pm

    tengah planning projek jugak dengan paip pvc ni..nak buat sangkar kucing..

    Reply
  3. Eray Majid says

    1st November 2018 at 11:45 pm

    hebatnya buat sendiri, boleh tunjuk dekat encik suami…mana tahu dia pun nak cuba

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2018 at 11:20 pm

      Tak susah nak buat sebab ukuran telah dikongsikan.

      Reply
  4. Azhani Azhar says

    5th June 2018 at 11:19 am

    Rajin betul buat peojek diy..

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2018 at 8:59 am

      Ide spontan terus buat. 😀

      Reply
  5. Mama Kembar Tiga says

    17th November 2017 at 8:45 am

    Rajin & kreatif, baguslah buat sendiri camtu

    Reply
    • akubiomed says

      17th November 2017 at 8:31 pm

      Terima kasih. Idea spontan dan tak sangka ia berjaya. 🙂

      Reply
  6. NORIZA ABDUL RAHMAN says

    15th November 2017 at 3:59 pm

    Kos murah dengan DIY ni dari beli yang dah siap kan. JIMAT!

    Reply
    • akubiomed says

      17th November 2017 at 8:46 pm

      Boleh jimat dan hasilnya amat puas hati.

      Reply
  7. sabree hussin says

    12th October 2017 at 10:10 am

    Macam-macam boleh dibuat dengan paip pvc ni ye. Rak kasut dah pernah buat, ampaian tuala pulak

    Reply
    • akubiomed says

      14th October 2017 at 6:54 pm

      Perlukan sedikit kreativiti dan daya imaginasi untuk ubah paip PVC kepada sesuatu yang berguna.

      Reply
  8. Dedaun Comel says

    10th October 2017 at 2:51 pm

    Memang best kalau buat sendiri.. Puas hati

    Reply
    • akubiomed says

      10th October 2017 at 9:14 pm

      Ada ilham dan ide yang dikurniakan olehNya lalu ditermahkan kepada hasil.

      Reply
  9. azimah mohd zainuddin says

    9th October 2017 at 3:33 pm

    Buat sendiri lebih jimat. Tapi antara rajin dengan tidak sahaja.

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2017 at 10:02 pm

      Bila dah siap akan senyum puas. 🙂

      Reply
  10. Hafiz Rahim says

    5th October 2017 at 1:55 pm

    Penuhkan ruang dalam pipe pvc dengan simen mungkin boleh jadi lebih kukuh kot. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      5th October 2017 at 2:05 pm

      Boleh ditambah baik untuk jadi kukuh. ?

      Reply
  11. Raihanah Ahmad says

    4th October 2017 at 10:12 am

    baguih ni, jimat dan menggunakan kemahiran yang ada

    Reply
    • akubiomed says

      4th October 2017 at 10:15 pm

      Alhamdulillah ilham dariNya dapat diterjemahkan.

      Reply
  12. rujukan says

    2nd October 2017 at 10:50 am

    saya pun minat benda benda ni, cuma masa xda dan x berapa nak rajin, hehhee

    Reply
    • akubiomed says

      4th October 2017 at 10:15 pm

      Tak dapat nak tolong bab tuh. 🙂

      Reply
  13. Mustaffa Yasin says

    2nd October 2017 at 1:11 am

    memang menarik projek DIY ni bro.. saya teringin nak mencuba.

    Reply
    • akubiomed says

      4th October 2017 at 10:16 pm

      Mudah nak buat. Ukuran telah dikongsikan dan bebas untuk ditambah baik. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in