Infrared Digital Termometer
Guna Digital Infrared Termometer untuk mengesan perubahan awal suhu badan anak.
Lebih mudah mengunakan Digital Infrared Termometer untuk mengambil suhu badan anak. Bila anak kecil demam, cara paling mudah nak mengagak suhu badan panas anak dengan meletak tapak tangan pada dahi anak atau dibelakang badan anak. Ibarat Nujum Pak Belalang mengukur dengan merasa hangat panas badan anak.
Cara konvensional mengambil suhu badan mengunakan Termometer Merkuri.
Dahulu masa zaman kecil dahulu kalau demam akan dibawa oleh orang tua berjumpa doktor. Antara perkara yang tak suka adalah ambil suhu badan. Doktor akan mengunakan Termometer merkuri dan letak dibawah lidah untuk ambil suhu badan atau kepit dibawah ketiak.
Memang tak selesa langsung sebab tersentuh hujung tip Termometer merkuri yang sejuk macam terkena kejutan elektrik bila letak dibawah lidah atau kepit dibawah ketiak. Sekarang ini lebih mudah nak ambil suhu badan tanpa anak rasa takut dengan mengunakan Infrared Digital Termometer.
Panel LCD Digital Infrared Termometer bertukar warna sebagai indikator status suhu bacaan badan.
Digital Infrared Termometer ini bertukar mana mengikut suhu bacaan badan. 3 warna latar belakang panel LCD indikator penanda perubahan suhu bacaan. Jika suhu bacaan badan normal, latar belakang paparan LCD akan berwarna hijau dengan indikator ikon senyum. Manakala suhu badan dedau akan bertukar warna oren dan suhu badan terlalu tinggi akan bertukar warna merah dengan indikator ikon tidak gembira.
Parameter suhu bacaan Infrared Digital Termomter dibahagi kepada 3 warna:
- Suhu bacaan diantara 32℃ hingga 37.4℃ – latar belakang paparan skrin berwarna hijau.
- Suhu bacaan diantara 37.5℃ hingga 37.9℃ – latar belakang paparan skrin berwarna hijau.
- Suhu bacaan diantara 38.0℃ hingga 42.9℃ – latar belakang paparan skrin berwarna hijau.
Resolusi ukuran bacaan: 0.1℃
Cara nak mengambil suhu badan mengunakan Digital Infrared Termometer ada 2 cara.
Suhu badan boleh diambil dengan 2 cara. Cara pertama dengan mengambil suhu badan pada dahi dan cara kedua adalah dengan mengunakan suhu pada dengan menghala tip sensor Digital Infrared Termometer pada lubang telinga tetapi cap Digital Infrared Termometer ini perlu ditanggalkan dahulu.
Digital Infrared Termometer ini boleh digunakan untuk aplikasi lain seperti mengambil suhu bilik, suhu objek dan suhu bancuhan botol susu anak dengan hanya menghala tips bahagian depan Digital Infrared Termometer pada objek untuk mula mengambil bacaan suhu.
Dengan kata lain sangat mudah mengunakan Digital Infrared Termometer untuk mengesan awal perubahan suhu badan anak supaya tindakan segera boleh diambil dengan membawa anak berjumpa doktor. Nak pantau suhu semasa anak pun mudah boleh diambil setiap jam samada suhu badan semakin menurun atau meningkat.
Saya sangat syorkan setiap rumah untuk memiliki Digital Infrared Termometer kerana ia sangat berguna dan mudah digunakan.
Video reviu cara guna Digital Infrared Termometer.
Makluman posting ini bukan reviu berbayar. Jika sahabat membeli. Saya akan mendapat sedikit komisen yang akan digunakan untuk membeli gajet pada masa akan datang. Gajet tersebut akan ditulis reviu untuk diberi manfaat kepada pembaca blog ini.
Berminat nak dapatkan Digital Infrared Termometer boleh dapatkan di >> Lazada
Dulu masa baru anak seorang, tak tahu pula benda ini sangat penting kena ada kat rumah. Sekarang memang dah standby satu. Anak demam boleh monitor suhu dia dengan kerap.
Senang nak periksa suhu badan. Tidaklah teragak-agak dan lambat bertindak untuk rawatan doktor.
Mudah ada alat macam ni, preparation untuk anak-anak di rumah.
Senang guna sebab bertukar warna mengikut suhu badan dan pantau perkembangan demam anak dirumah.
bagus kalau ada alat begini…senang nak detect awal simtom-simtom demam
Ya. mudah nak ambil tindakan segara dengan berjumpa doktor bila dapat kenal pasti simptom lebih awal.
Maknanya kalau termometer tu warna oren nak kena berjaga-jagalah. Kalau dah warna merah, kena bagi ubatlah.
Jika berwarna oren sudah perlu bawa jumpa doktor sebab ia tanda awal demam.