Selamat menyambut Hari Merdeka yang 57
Selamat menyambut Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia. Dalam diam tak diam sudah 57 tahun kita merdeka dan yang terakhir tanah Melayu telah dijajah oleh British.
Tahun 2014 adalah tahun yang sukar buat rakyat Malaysia apabila kehilangan MH370 dan MH17 yang telah ditembak jatuh di Ukraine. Ia adalah saat-saat sukar yang perlu dilalui oleh keluarga dan rakan taulan mangsa menerima ketentuan ilahi. Pada tahun 2013 yang lepas kita juga kehilangan anggota keselamatan gugur sebagai pewira dalam mempertahankan kedaulatan negara ketika peristiwa pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh Sulu yang menuntut Sabah dikembalikan kepada mereka.
Sama-sama memancu negara
Banyak tugas yang belum diselesai untuk sama-sama memancu negara berada didalam landasan yang betul. Setiap kita memainkan peranan tidak kecil atau besar tetap dikira menyumbang hala tuju bangsa Malaysia. Ketika semua mata melihat Malaysia biarlah ia pencapaian diperkatakan.
Cabaran generasi baru mempertahankan Kemerdekaan
Mungkin generasi tidak dapat merasai pahit maung yang dilalui oleh generasi sebelum Merdeka. Jadilah janganlah kita muda leka dengan nikmat Merdeka ini. Apalah guna Merdeka jika diri kita setakat merdeka dari penjajah. Penjajahan zaman moden lebih kritis dengan mungkin kita tidak sedar dengan penjajahan minda, penjajahan siber, penjajahan teknologi, penjajahan ekonomi dan sebagainya. Penjajahan ini tidak memerlukan tentangan ketenteraan atau pertumpahan darah. Ia adalah penjajahan baru moden mungkin berlaku dikalangan kita.
Mohd Nasrudin Mohd Yusof merupakan rakyat Malaysia pertama yang menerima anugerah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize)
Sajak Bersatulah Melayu – Lim Swee Tin
Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah
Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita
Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju
Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung
Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih
Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.
~ Lim Swee Tin
AkuBiomed: Ayuh sematkan semangat patriotik dan cintakan negara.
Logo tahun ni tidak mengecewakan, kan?
Tidak pandai hendak komen dari sudut teknikal tetapi logo yang ringkas dan tiada kontroversi.
tema tahun ini agak unik..
betul tu … unik n touching 🙂
Serius saya sangat suka gambar kanak-kanak dengan bayang-bayang Tunku Abdul Rahman.
Diam tak diam dah 57 tahun merdeka ya. Bersama-sama lah kita semua menghargainya.
selamat menyambut hari kemerdekaan ke-57 bro 🙂
salam merdeka… 😀
Selamat hari merdeka tuan Akubiomed… 🙂
Selamat menyambut hari kemerdekaan 🙂
salam merdeka bro..semoga semua rakyat Malaysia terus maju jaya
yeap bro.. masing-masing memang ada peranan untuk bersama-sama.. MERDEKA!!
merdeka diambang zaman millenium… sangat bezanya keadaan dahulu.. sekarang zaman canggih manggih…
gua suka tema tahun ini..
memang kena dengan situasi sekarang.
Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 57 bro.
selamat menyambut hari kebangsaan
moga2 kita sentiasa aman selamanya
dunia dan akhirat
Selamat hari merdeka 🙂 Merdeka negara, merdeka jiwa, merdeka bersama iman, berkat, dan rahmat. InsyaAllah
Selamat maju jaya bro..hehe..selamat hari merdeka juga..