Datuk Dr. Mazlan Othman berkomunikasi dengan mahkluk asing.
Pelik tetapi benar itulah perkataan pertama ingin aku ungkapkan. Siapa tidak kenal Datuk Dr. Mazlan Othman merupakan wanita Malaysia pertama yang mempunyai kepakaran pengkhususan didalam bidang astrofizik. Datuk Dr. Mazlan Othman adalah bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Malaysia.
Beliau sekarang ini menjawat jawatan sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOOSA) yang beribu pejabat di Vienna, Austria. Beliau telah diberi kepercayaan oleh PBB untuk berkomunikasi dengan mahkluk asing jika benar mahkluk asing ini wujud.
Sebelum ini beberapa nama individu dikaitkan untuk mengetuai berkomunikasi dengan mahkluk asing antaranya Presiden Amerika Syarikat- Barack Obama, pemimpin Rusia dan Kesatuan Eropah dan ketua gereja Roman Katolik iaitu Pope Benedict.
Seolah-olah kewujudan mahkluk digalaksi selain manusia dibumi seperti diakui.
- Agak-agak bagaimana rupa mahkluk asing ini?
- Adakah mereka mahkluk menakluk seperti yang digambar pembikin filem Hollywood?
- Adakah mempunyai teknologi beratus-ratus tahun kehadapan lebih moden dari manusia?
- Agak-agak apa soalan pertama akan ditanya kepada mahkluk asing ini?
atau
Kalau korang diberi peluang mengetuai mahkluk bumi. Apakah soalan yang korang akan tanya pada mahkluk asing ini?
Pelik tetapi benar itulah perkataan pertama ingin aku ungkapkan. Siapa tidak kenal Datuk Dr. Mazlan Othman adalah bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Malaysia.
“Filem E.T adalah arahan pengarah filem Steven Spielberg pada tahun 1982”
sifat manusiakan bila suka meneroka benar atau tidak
hanya Allah yang tahu kedaan yang sebenar
kalau mereka tahu apa kita cakap bukankah bagus
risau bila tanya dia tak faham dg bahasa malaysia kita