• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Dataran Sunway adalah Zon Bersih

Dataran Sunway adalah Zon Bersih

9th July 2011 by akubiomed 50 Comments

Dataran Sunway diisytiharkan sebagai Zon Bersih

Pemilihan Dataran Sunway adalah salah satu inisiatif memperkembang kempen Zon Bersih oleh kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan. Program Zon Bersih bermula dengan Seksyen 52 dipilih sebagai projek perintis pada tahun 2009. Program Zon Bersih diwujudkan bertujuan menjadikan negeri Selangor sebagai sebuah negeri bersih berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Perlaksanaan Program Zon Bersih adalah sebahagian beberapa program yang diwujudkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seperti Program Penghijauan Bandar,  Program Bandar Selamat dan Program Pemeliharaan Alam Sekitar untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai Bandaraya Sejahtera menjadi agenda utama MBPJ.

Papan tanda khas Zon Bersih dijalan masuk ke Dataran Sunway

Papan tanda khas Zon Bersih telah dipacak dan jalan raya dicat dengan perkataan Zon Bersih pada setiap jalan masuk untuk memberitahu kepada pengunjung serta komuniti di kawasan tersebut. Kawasan yang terpilih akan diberi tempoh setahun untuk bertukar menjadi kawasan bersih. Pelaksanaan undang-undang diperketatkan bagi menghalang pembuangan sampah sewenang-wenangnya. Bagi menjayakan program Zon Bersih ini telah ditambah bilangan tong sampah, peyelenggaraan berjadual, longkang dan landskap dikawasan sekitar.

Pada awal Januari 2011, pihak MBPJ telah melaksanakan operasi Zon Bersih dengan menanggalkan penyambungan tambahan secara haram dan pemasangan penutup oleh pihak premis, menurunkan pemasangan kain rentang tanpa kebenaran, meletakkan parkir sesuka hati dan membuang tampalan iklan haram.

kredit: Sunway City

Awas kepada yang sesuka hati meletak kereta kerana Dataran Sunway adalah Zon Tunda

Aku tidak nafikan pada waktu puncak kawasan Dataran Sunway ini sesak dan ada pemilik kenderaan yang tidak bertanggunjawab meletak kenderaan sesuka hati hingga mengganggu laluan trafik menyumbang kesesakkan. Kalau dahulu laluan trafik didalam kawasan Dataran Sunway adalah 2 hala kini menjadi sehala tidak menghalang kesesakan dari berlaku dikawasan ini. Aku mohon agar pihak MBPJ menukar parkir bermeter yang sedia ada kepada yang menerima duit syiling dan duit kertas kerana mesin sekarang hanya menerima duit syiling sahaja. Aku perhatikan pihak berkuasa MBPJ kerap membuat rondaan dan memberi kompaun kepada yang engkar. Antara cadangan lain ialah menambah tempat letak motosikal dikawasan ini. Rasanya ramai tidak tahu yang kawasan Dataran Sunway adalah Zon Tunda selain Zon Bersih.

sumber: Sunway City

Sila tekan butang kongsi:

  • Program Perjalanan Selamat 2012
  • The Long Short Walk membawa mesej keselamatan di jalan raya
  • Teknik two bucket wash lebih bersih nyah kekotoran

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. akuzle ayu says

    14th September 2011 at 5:42 pm

    bagi sy, kalo 1 tmpt tuh diisytiharkan zon bersih, bermakna tmpt tuh kotor benau. mcm tmpt sy now, sri muda, shah alam… kan tmpt lama n kotor so dh jd zon bersih now. tp, penduduknyer bkn nk jaga kebersihan sgt. nak2 ramei warga asing kt sini. bkn depa kisah. yg sy x ske sgt, babs haiwan peliharaan melepas hajat merata2. tuannyer takder sensitiviti langsung. kt tgh jln pon bole melepas anjingnyer….hmmmmm

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2011 at 9:50 pm

      Memang betul pemilihan Zon Bersih untuk kawasan yang dikenal pasti sebagai kotor. Sejak Kota Damansara diistiharkan Zon Bersih masih lagi nampak sampah merata-rata yang dibuang oleh pemilik premis yang tidak bertanggungjawab. Penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup jika tanpa kehadiran kesederan untuk menjaga alam sekitar supaya bersih.

      Reply
  2. Sya Isya says

    6th August 2011 at 3:44 pm

    tak faham lah contest ni camne, dia suh watpe sebenarnya. nak gak join. I love contest.

    Reply
    • akubiomed says

      6th August 2011 at 5:20 pm

      Contest ini ada 3 kategori dan saya masuk kategori terbuka. Kalau nak tahu syarat-syarat contest ini boleh klik pada banner contest didalam entri ini

      Reply
  3. bEe says

    17th July 2011 at 3:36 pm

    Amalkan kebersihan
    Hidup pun jadi sihat & tenteram… 🙂

    Nyamuk aedes pun takde… hikhikhikhiik

    Reply
    • akubiomed says

      18th July 2011 at 10:51 pm

      Pembiakan lalat dapat dihapuskam

      Reply
  4. Princess Zezebel Lair says

    12th July 2011 at 10:57 pm

    Amalkan cara hidup yang bersih gitu… 😀

    Reply
  5. ohcikgu says

    12th July 2011 at 4:19 pm

    semuanya bersih, bersih sahaja. haha..

    Reply
  6. Sobri Mansor says

    11th July 2011 at 8:56 pm

    Berani tak kalau sesiapa yang didapati membuang sampah di kawasan ni, diberi hukuman penampar seperti yang dibuat di Negara Jepun…. hehehe….

    Reply
    • akubiomed says

      11th July 2011 at 11:25 pm

      Kalau kena penampar nanti kena saman. Bagi kompaun sahaja 🙂

      Reply
  7. MEKAR says

    11th July 2011 at 11:00 am

    saya selalu pergi kat kawasan ni. banyak kemudahan/kedai ada. tapi sekarag dah sesak sangat kawasan tu. Pernah parking kereta kat area tu. Tapi tak sedar terlebih masa, terus kena saman. huhu

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2011 at 12:46 am

      Kawasan Kota Damansara memang kerap ada penguatkuasa yang selalu memantau kesalahahan meletak kereta

      Reply
  8. mak lagenda says

    11th July 2011 at 10:16 am

    bersih lain rupanya yek..ingtkan bersih yg hangat diperkatakan

    Reply
  9. tengkorak emas says

    11th July 2011 at 7:52 am

    zon bersih yg ni perlu diperjuangkan 🙂

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain says

      11th July 2011 at 4:02 pm

      Setuju TE.. Patut di perbanyakkan lagi zon sebegini. Majlis Perbandaran sila take note 😉

      Reply
      • akubiomed says

        11th July 2011 at 11:36 pm

        Kalau ia beri manfaat kepada komuniti apa salahnya.

        Reply
  10. Mus says

    11th July 2011 at 12:13 am

    bersih sebegini patut dihebohkan kepada umum..

    Reply
  11. Khidhir says

    10th July 2011 at 7:59 pm

    ingat bersih lain tadi..

    Reply
  12. Juan says

    10th July 2011 at 4:50 pm

    bersih yg ni la yg ok

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 9:55 pm

      Kawasan yang terlibat dengan program Zon Bersih akan diperketatkan undang-undang oleh PBT.

      Reply
      • yas says

        11th July 2011 at 12:07 am

        Aku perasan satu jalan di sri muda ada tanda dgn perkataan zon hijau, tanda tu betul2 atas tarmac…tp yg sedehnya area tu x bape hijau gak…sampah banyak…nak amik pic, tengah2 jalan…nak tgu line clear…jenuh gak…

        Reply
  13. zik says

    10th July 2011 at 4:42 pm

    nampaknyya kawasan dataran sunway sudah ada sistematik proses penyelengaraan yang lebih teratur..

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 9:56 pm

      Betultuh bro. Lebih tersusun cuma masalah meletakkan kenderaan antara masalah utama di kawasan ini

      Reply
  14. nuriz says

    10th July 2011 at 4:31 pm

    zon bersih yang ni tak kena tangkap kan 🙂 bersih alam sekitar

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 9:56 pm

      Alam sekitar yang bersih memberi pulangan kesihatan kepada tubuh badan

      Reply
  15. yas says

    10th July 2011 at 3:42 pm

    aku sokong kempen BERSIH yang nih…errr yg ni version ke bape bro?:)

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 9:57 pm

      Yang ini tidak versi. Kalau mengikut garis panduan dari PBT tidak ada maaf bagi mu

      Reply
    • tengkorak emas says

      11th July 2011 at 7:54 am

      versi seumur hidup ni bro, dan bukan setakat di sini je

      Reply
  16. titan says

    10th July 2011 at 2:58 pm

    hemm..aku kena bersihkan hosting aku hari ini. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 9:57 pm

      Simpanan hosting saya pun sudah bertanda koning tunggu masa sahaja untuk penuh

      Reply
  17. mankuchai says

    10th July 2011 at 1:47 pm

    Bersih yang digalakan oleh kerajaan..:)

    Reply
  18. haiqal says

    10th July 2011 at 1:35 pm

    Wahhh,bila pulak klang nak jadi zon bersih ni.Sungai Klang yang err no komen

    Reply
  19. Mrs.Ayie says

    10th July 2011 at 12:56 pm

    Nak kawasan bersih, sikap setiap individu tu yang kena bersihkan dulu. Sama-sama jaga kebersihan 😀

    Reply
  20. adele says

    10th July 2011 at 12:43 pm

    harap dpt diperbanyakkan lagi zon bersih lps ni.. 😀

    Reply
  21. syahrilhafiz says

    10th July 2011 at 11:41 am

    haha, ni #bersih kot lain ni..

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 11:48 am

      Yang ini kalau gagal mematuhin undang-undang akan dikenakan kompaun.

      Reply
      • anif says

        10th July 2011 at 12:17 pm

        Laaa.. dah ada Zon Bersih rupa-rupanya..

        Patut Bersih 2.0 buat kat sini la.. 😀

        Reply
        • akubiomed says

          10th July 2011 at 12:30 pm

          Kawasan Kota Damansara sudah cukup sesak. Kalau dibuat seni habis lumpuh gedung-gendung besar disini

          Reply
  22. sayacomel says

    10th July 2011 at 1:25 am

    ohh..zon bersih rupanya..

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 11:49 am

      Jangan marah yer. Program ini diwujudkan oleh kerajaan negeri Selangor

      Reply
  23. tehr says

    10th July 2011 at 12:33 am

    nampak semakin ramai yang suka kepada bersih ni
    kan?

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 12:44 am

      Islamkan mengalakkan umatnya menjaga kebersihan 🙂

      Reply
  24. saiful says

    9th July 2011 at 11:03 pm

    Elok gak dataran sunway diwartakan sebagai zon bersih tapi lagi elok kalau ianya diperluaskan di semua tempat dlm jangkamasa yg lebih singkat,lama gak setahun tu. Cuma masalahnya,adakah kita boleh mengikut undang-undang yg telah ditetapkan?.Takut nanti, sampah sarap menimbun di bawah papan tanda Zon Bersih,huhu

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 12:43 am

      Kawasan Zon Bersih sentiasa diawasi oleh pihak PBT. Kalau kereta kena tunda dan kompaun tidak bayar parkir memang kerap dikawasan ini.

      Reply
  25. Sabahan Bloggers Club says

    9th July 2011 at 10:47 pm

    Hihihi…. Ingatkan semua orang bersih boleh ke dataran sunway ni. 🙂
    lain plak maknannya.

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 12:42 am

      Sedut sedikit keyword Bersih 2.0 ini 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in