• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Dari Kellie’s Castle ke Pasar Malam Brinchang Cameron Highlands

Dari Kellie’s Castle ke Pasar Malam Brinchang Cameron Highlands

28th September 2013 by akubiomed 68 Comments

Melawat Kellie’s Castle dan membeli beli strawberry di Pasar Malam Brinchang.

Perjalanan ke Batu Gajah bukanlah satu perjalanan dirancang oleh saya dan famili pada hujung minggu lepas. Menerima berita adik ipar ditahan Hospital Batu Gajah pada hari Jumaat membuatkan kami berkeputusan untuk melawat adik ipar di Perak.

pasar malam brinchang's castle

Melawat adik ipar ditahan Hospital Batu Gajah.

Mengunakan Lebuh Raya Utara Selatan dengan bertolak seawal pagi hari Sabtu. Sudah lama saya hendak memasang hasrat didalam perjalanan pulang selepas melihat adik ipar di hospital untuk singgah 2 tempat iaitu Kellie’s Castle dan Pasar Malam Brinchang di Cameron Highlands.

Makan tengahari beramai-ramai di Batu Gajah.

Syukur kepada hari kami melawat adik ipar hospital Batu Gajah telah discaj dan dibenarkan pulang memandangkan kesihatan beliau beransur pulih. Sempat kami makan tengahari dirumah berama-ramai dengan lauk pauk dibeli di restoran.

Ramai pengunjung di Kellie’s Castle.

Tidak sangka pula Kellies’s Castle menerima pengunjung yang ramai. Nasib baiklah dapat meletak kenderaan. Ikutkan hati ingin saya meninjau suasana dalam istana dan kawasam sekitar tetapi membatalkannya kerana bimbang kesesakan menaiki Cameron Highlands. Kami sekadar mengambil gambar luar bangunan Kellie’s Castle sahaja.

Ramai pelancong di Pasar Malam Brinchang di Cameron Highlands.

Sampai di Tanah Rata sudah mula kelihatan kenderaan bersesak dan boleh lihat pelancong dari dalam dan luar negara berduyun-duyun. Tidak sangka pula Pasar Malam Brinchang ini sudah semakin besar di kiri dan kanan jalan. Pengunjung pula ramai dan bersesak membeli buah tangan terutama buah strawberry, cenderahati dan makanan. Rambang mata untuk memilih. Saya membeli buah Strawberry seberat 1kg pada harga RM30 dan makan malam.

RMakan Malan dibawah lampu jalan di Hentian R&R Tapah.

Kami mengambil keputusan untuk makan malam di kawasan Hentian R&R Tapah. Memang seronok makan malam anak beranak semuanya nampak sedap ketika perut lapar. Menu makan malam kami iaitu Nasi Ayam Penyek dan Nasi Ayam Goreng.

Bukan itu sahaja sempat kami kenduri makan buah Strawberry celup cokelat. Kalau ada peluang lagi ingin bermalam di Cameron Highlands dan mengunjungi Pasar Malam Brinchang.

  • Kenduri kahwin datang lagi
  • Persiapan pra pernikahan adik ipar
  • Majlis kahwin adik ipar sederhana tetapi meriah

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. zie fauzi says

    2nd October 2013 at 3:16 pm

    tak pernah lagi jejak kaki ke Kellie’s Castle ni… suasana cantik… best kalau ambik gambar ni… Cameron Highlands dah 2 kali sampai tp strawberr x pernah mkn sbb x berapa suka.. hihihi

    Reply
  2. Ummi Hanie says

    2nd October 2013 at 3:04 pm

    sy pun seumur hidup tak pernah jejak ke kellie’s castle walaupun pernah duduk di Ipoh berbelas tahun… huhuhu….

    Reply
  3. Ummi Hanie says

    2nd October 2013 at 3:03 pm

    perjalanan yg menarik… tambah menarik dengan berkelah makan strawberi celup coklat 🙂

    Reply
  4. sweetkurma says

    2nd October 2013 at 12:15 am

    amboiiiii pekena strawberry coklat tu hehe

    Reply
  5. Amirez says

    2nd October 2013 at 12:03 am

    tak pernah lagi ke kellie’s castle. ke cameron highland baru sekali stay 1 malam kat sana. sebut pasal cameron highland baru teringat ada draf entri ke sana. entah bila nak publish hehe

    Reply
  6. wazy says

    1st October 2013 at 11:48 pm

    Sedapnyer bila tengok buah strawberi tu,hehe

    Reply
  7. Norasikin says

    1st October 2013 at 5:12 pm

    buat saya rindu kat cameron highland. Terkenang2 bebola labu dan sayur goreng dia

    Reply
    • suri says

      5th October 2013 at 9:59 am

      jika membeli biar borong sampai puas hati

      Reply
  8. sukma says

    1st October 2013 at 3:42 pm

    first time gi kellies castle memang best, banyak pic saya amik ….tapi kawasannya org ckp agak keras sedikit….tapi sy tak sampai lagi ke Cameron Highlands…..huhu

    Reply
    • suri says

      5th October 2013 at 10:01 am

      kellies keras tapi kalau nak pergi masa hari tengah redup ok juga..

      Reply
  9. hazman aka species1980 says

    30th September 2013 at 6:02 pm

    BATU GAJAH adalah tempat tempat kelahiran gua dan kid la bro…. gambar Kellie’s Castle memang cantik laaa

    Reply
  10. ema says

    30th September 2013 at 4:18 pm

    destinasi percutian utama incik suami….dah lama tak pergi…

    Reply
    • suri says

      5th October 2013 at 10:26 am

      suasana sejuk dan boleh membeli-belah sekali

      Reply
  11. mummydearie says

    30th September 2013 at 2:01 pm

    Tak pernah sampai lagi ke Kellie’s Castle. Walaupun perjalanan tak dirancang, nampak macam enjoyed aje AB sekeluarga.

    Reply
  12. Hazmin Hamudin says

    30th September 2013 at 11:44 am

    Warna merah strawberry yang mengiurkan. Memang ramai terpikat.

    Reply
    • suri says

      5th October 2013 at 10:38 am

      merah buat orang nak terkam..saya tak ada pengalaman petik berry

      Reply
  13. MissPuanYati says

    29th September 2013 at 11:12 pm

    Warna merah strawberry sungguh mengoda. Nampak sedap.

    Reply
    • suri says

      5th October 2013 at 10:47 am

      celop sahaja dengan cokelat seperti makanan kegemaran cik siti kita

      Reply
  14. Juan says

    29th September 2013 at 10:26 pm

    dah lama giler bro saya ni x makan strawberry

    Reply
    • suri says

      5th October 2013 at 10:52 am

      dekat aeon ada jual cuma pergi kaunter dan bayar sudah pasti nikmat makan cepat di hajati

      Reply
  15. waiman takwa says

    29th September 2013 at 9:36 pm

    Wow buah strawberry bestnya..

    Reply
    • suri says

      5th October 2013 at 10:58 am

      buah mangga pun sedap juga andai di cicah dengan cokelat, belum cuba belum tahu

      Reply
  16. hafiz says

    29th September 2013 at 9:25 pm

    Terliur tgk strawberi celup coklat

    Reply
    • suri says

      5th October 2013 at 10:57 am

      buatlah hafiz kalau tak buat cuti boleh pergi cari satu kotak sedang itu..makan ramai-ramai depan tv

      Reply
  17. suri says

    29th September 2013 at 8:17 pm

    saya dh pergi heee,, tapi entri dh lama huaa

    Reply
    • suri says

      5th October 2013 at 11:02 am

      ada di blog lama yang masih tergantung lagi.doakan saya semoga blog lama akan dapat segera buat backup entri

      Reply
  18. Neu says

    29th September 2013 at 1:50 pm

    antara tempat menarik untuk menghabiskan masa bersama famili.

    Reply
    • suri says

      5th October 2013 at 11:05 am

      setuju hujung tahun sudah molek ke sana.boleh booking awal ini

      Reply
  19. eyriqazz says

    29th September 2013 at 10:38 am

    Huhuhuh..ni yang buat terliur nak pergi Cameron Highlands lagi ni..

    Reply
    • suri says

      29th September 2013 at 8:20 pm

      pergi jangan tak pergi masa cuti pergilah

      Reply
    • zik says

      30th September 2013 at 12:07 am

      apa lagi bro… jomlah buat rombongan..hehe

      Reply
  20. kak ina kl says

    29th September 2013 at 10:08 am

    tak pernah gi castle ni lagi..strawberi cameron highland memang manis..tak macam kat sini

    Reply
    • suri says

      5th October 2013 at 11:11 am

      sebab cuaca dan tempat ia memainkan rasa masam atau manis

      Reply
  21. Farid Adam says

    29th September 2013 at 8:52 am

    memang seronok dapat pergi ke Cameron Highland tu…lebih-lebih lagi bila dapat makan strawberi cecah coklat tu…

    feeling bila makan kat sana tu lain daripada makan kat rumah nih…huhu

    Reply
    • suri says

      29th September 2013 at 8:21 pm

      kena pula bery yang masam masam manis uh…kecur air liur dibuatnya

      Reply
  22. zik says

    29th September 2013 at 3:25 am

    lalu banyak kali kellies castle.. tapi tak pernah masuk masa zaman belajar disana…

    Reply
    • akubiomed says

      29th September 2013 at 10:05 am

      Kalau ke sana lagi boleh singgah.

      Reply
  23. Sop says

    29th September 2013 at 2:19 am

    wah bestnya dapat makan stsraberry cicah coklat 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      29th September 2013 at 10:06 am

      Sedap buah strawberry cicah cokelat.

      Reply
  24. AUC says

    29th September 2013 at 2:11 am

    kena cuti sekolah panjang baru AUC boleh jalan2 gini… best kan bro

    Reply
    • akubiomed says

      29th September 2013 at 10:07 am

      Cuti sekolah dijamin sesak.

      Reply
  25. nizam ijam says

    29th September 2013 at 12:46 am

    perghhhh seronok pulak aku tengok…hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      29th September 2013 at 10:08 am

      Jangan jeles yer bro. 🙂

      Reply
  26. Akuro San says

    28th September 2013 at 11:11 pm

    best nya makan strawberi. serious, saya nih gi Cameron pun tak pernah. Bila lah agaknya nak merasa sampai ke sana…

    Reply
    • akubiomed says

      29th September 2013 at 10:16 am

      Memang patut pergi bermalam di Cameron Highlands.

      Reply
  27. nafisa81 says

    28th September 2013 at 11:10 pm

    sedap ke buah stoberi ni?hehe…mak jakun nakkk

    Reply
    • akubiomed says

      29th September 2013 at 10:17 am

      Okay jer. Kalau hendak rasa boleh cari.

      Reply
  28. Yus says

    28th September 2013 at 8:19 pm

    Bila baca post macam ni, tetiba je teringin nak melancong ke Cameron Highland.. 🙂

    Reply
  29. Nine says

    28th September 2013 at 7:28 pm

    Fuh tempat nih best bro, seronok bawak family jalan2. Gambar smart.

    Reply
    • akubiomed says

      28th September 2013 at 7:47 pm

      Terima kasih. Bukan selalu dapat jalan-jalan ke sana. Memandang adik ipar tinggal disana boleh kujungi selalu.

      Reply
  30. Denaihati says

    28th September 2013 at 6:56 pm

    berkelah strawbery di RnR, buat orang lain jeling-jeling ni…heeee.

    Reply
    • akubiomed says

      28th September 2013 at 7:48 pm

      Memang pun. Ramai mata yang menjeling. 🙂

      Reply
  31. papa mifz says

    28th September 2013 at 5:20 pm

    den suka bercuti ke CH sebab cuaca yang agak sejuk terutamanya pada sebelah malam…:)

    Reply
    • akubiomed says

      28th September 2013 at 7:49 pm

      Semasa pergi Pasar Malam di Brinchang agak panas. Saya berpeluh.

      Reply
  32. Kamal Mustafa says

    28th September 2013 at 4:46 pm

    KM belum pernah sampai ke Kellies Castle, Cameron Highland dah beberapa kali poie, Pasar malam Brinchang kalau tak poie tak lengkap percutian ke Cameron Highland

    Reply
    • akubiomed says

      28th September 2013 at 7:51 pm

      Kellie’s Castle ini boleh dijadikan lokasi untuk mengambil gambar.

      Reply
  33. nazra says

    28th September 2013 at 3:59 pm

    homai stoberiiiiiiiiiiiiiii
    betoi ka orang kata makan kt cameron highlands rasa dia manis? dah makan yg dibawak balik kat kedah ni masam -_-

    Reply
    • akubiomed says

      28th September 2013 at 7:52 pm

      Mungkin perubahan cuaca semasa bawa Strawberry balik.

      Reply
  34. blogger lelaki says

    28th September 2013 at 3:53 pm

    klasik betul bangunan tu

    Reply
    • akubiomed says

      28th September 2013 at 7:52 pm

      Spot yang baik untuk mengambil gambar.

      Reply
  35. kartikel says

    28th September 2013 at 3:29 pm

    best jalan2 time cuti ni, rehat minda sikit

    Reply
    • akubiomed says

      28th September 2013 at 7:53 pm

      Betul tuh boleh merehatkan minda dengan melihat suasana berbeza di tempat orang.

      Reply
  36. reezluv says

    28th September 2013 at 2:59 pm

    esok aku ke sana..cari strawberi gak..:D

    Reply
    • akubiomed says

      28th September 2013 at 3:06 pm

      Selamat beli buah strawberry. Jangan lupa beli kuah cokelat sekali.

      Reply
  37. Bahrain says

    28th September 2013 at 2:31 pm

    seronok beno tengok makan strawberry campur coklat..haha

    Reply
    • akubiomed says

      28th September 2013 at 3:07 pm

      Memang sedap buah strawberry di celup dengan cokelat. Kalau nak tahu Datuk K pikat Datuk Siti dengan cara ini.

      Reply
  38. Mus says

    28th September 2013 at 2:19 pm

    Seronok jalan-jalan begini.. dpt luang masa bersama anak-anak dan isteri

    Reply
    • akubiomed says

      28th September 2013 at 3:07 pm

      Kalau ikutkan permintaan tidur semalam di Cameron Highlands.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Cokelat Daim Pulau Langkawi

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in