• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / review / Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

25th September 2012 by akubiomed 80 Comments

Dapur Gas Infra Merah Hot Lava baharu dari Khind.

Kira-kira jam 5.40 petang.

Saya baru hendak mula menghirup kopi di meja sambil mata terkebil-kebil menahan mengantuk yang bakal menempuh perjalanan balik selepas waktu bekerja tamat.

Tiba-tiba terdengar bunyi deringan dari telefon bimbit Nokia 5800 Express yang berusia 4 tahun.

Dapur Gas Infra Merah Khind

Melihat nombor yang terpapar pada skrin sudah membuatkan diri saya tersenyum.

Ia adalah panggilan daripada isteri tersayang.

“Hello!” jawab saya.
“Assalamualaikum bang”, suara lembut kedengaran dari corong suara telefon bimbit.
“Wassalam”, jawab saya. Kemudian menghirup kopi.
“Bang dapur gas ada masalah. Api terpadam sendiri ketika masak”, suara isteri cemas.
“Hmm…kalau macam tuh. Jangan guna. Balik nanti kita sama-sama cari dapur gas baru” jawab saya. Kebimbangan mula terbit dimuka saya.

Saya tidak ada pilihan untuk mendapat gas dapur baru bagi mengantikan dapur gas yang digunakan sudah berusia 4 tahun.

Dapur gas lama berjenama Elba di beli pada harga RM49 kerana mendapat baucer diskaun daripada kedai barangan elektrik Sen Heng.

dapur gas jenama Elba yang sudah berkhidmat selama 4 tahun.

Selepas membuat tinjauan saya dan isteri tertarik dengan dapur gas keluaran terbaru Dapur Gas Infra Merah baharu daripada Khind.

Mari cuci mata melihat Dapur Gas Infra Merah Hot Lava Lava baharu dari Khind.

Khind Infrared Gas Stove IGS1515

Kelebihan Dapur Gas Infra Merah Khind.

  • Penjimata pengunaan gas lebih 30%
  • Tiada asap dan pelepasan gas toksik
  • Rintangan angin
  • Tidak berjelaga
  • 2 zon pemanas

Infrared Gas Stove from Khind from AkuBiomed on Vimeo.

Sila tekan butang kongsi:

  • Din apa kao sudah gila ya!
  • Menghasilkan baja Organic Plant Booster untuk tanaman dari bahan-bahan terbuang dapur
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2012-09-25
Reviewed Item
Khind Infrared Gas Stove IGS1515
Author Rating
5

Filed Under: review

Reader Interactions

Comments

  1. AZRINA WATI says

    11th March 2020 at 2:47 pm

    KLU TLG BELIKAN DPT STAFF PRICE BRP?

    Reply
    • akubiomed says

      14th March 2020 at 10:35 pm

      Saya beli dari kedai barangan Elektrik.

      Reply
  2. Oyong Ilham says

    27th September 2016 at 8:52 pm

    maaf ya bang kalau saya banyak berkomentar di blog ini .. karena saya suka berkomentar dgn blogger Malaysia … Salam Kenal

    Reply
  3. Ija says

    29th January 2014 at 2:16 pm

    andailah kalau ada kuah yang tertumpah ,,mcm mana yer ada kesan tak kat dapur tu n mcm mana nak cuci nyer

    Reply
  4. mimie says

    27th September 2013 at 1:58 pm

    saya staff khind..mmg bagus pun Infrared Gas Stove tu..normally kitorang staff ni panggil IGS je..nak dptkan harga murah bgtau je..sy boleh tlg belikan dgn harga staff..lg murah dr harga rm195 tu 🙂

    Reply
    • rahim says

      29th October 2013 at 1:33 pm

      mimie area mana selangor ke? saya nak satu

      Reply
    • jawa says

      3rd April 2018 at 12:30 pm

      sy nak satu

      Reply
  5. Hafizul says

    17th October 2012 at 11:27 pm

    org kata dapur ni tak panas kan periuk..tapi nasi molek2 ada masak..betul ke bro??

    Reply
    • akubiomed says

      17th October 2012 at 11:32 pm

      Bukan. Kalau tak panas tak masak jawabnya. Dapur infra red ini tidak menjadi periuk berjelaga.

      Reply
  6. Hafizul says

    17th October 2012 at 10:36 pm

    wahh seronok la dapat yang baru..hehe..lama dah berjasa tu..

    Reply
  7. Mekar says

    9th October 2012 at 5:50 pm

    Bab jimat tu yg seronok nak dengar.
    Tgk la, sda rezeki sya nanti boleh sponser dapur kat kampung

    Reply
  8. Ummi Hanie says

    1st October 2012 at 5:20 pm

    pertama kali dgr dapur gas infra merah ni.

    baguslah tak ada pelepasan asap. harusss cari ni 😉

    Reply
    • Hafizul says

      17th October 2012 at 10:43 pm

      emm sam la kita..pertama kali dengar juga..hehe

      Reply
  9. Ramzi says

    30th September 2012 at 4:19 pm

    Nasi cepet masak kalau pake kompor ini ni
    nice info mas bro..

    Reply
    • Hafizul says

      17th October 2012 at 11:17 pm

      cepat masak betul ke??

      Reply
      • akubiomed says

        18th October 2012 at 12:20 am

        Memang cepat masak selain menjimatkan pengunaan gas.

        Reply
  10. pipoq says

    29th September 2012 at 1:36 pm

    menarik jugak ni..tapi tunggu dapur yang sedia ada ni meragam dulu la kot..hehehe

    Reply
  11. oktant says

    27th September 2012 at 9:20 pm

    Mungkin saya pun akan pertimbangkan utk pakai dapur gas ni bila tiba masanya kelak. Lebih jimat & selamat.

    Reply
  12. Nur says

    27th September 2012 at 6:44 pm

    Terima kasih kerana berkongsi info. Tak pernah tahu akan kewujudan dapur ini. “Value for money”…

    Reply
  13. sha says

    27th September 2012 at 3:49 pm

    tiada gas toxic? wow mengkagumkan

    Reply
  14. rahman says

    27th September 2012 at 12:20 pm

    penjimatan gas 30%. menarik tu, boleh di pertimbangkan untuk di beli bila dapur gas yang sedia ada perlu di ganti nanti.

    Reply
  15. hafidz says

    27th September 2012 at 11:35 am

    ada juga perasan di jual di jusco.
    memang okay dapur gas infra merah ni.
    harap lepas ni ada design kaca di bahagian atas dapur gas.
    senang nak lap kesan-kesan percikan minyak selepas memasak.
    looking forward kalo ada ada upgrade versi untuk dapur gas infra merah ni ngee 😀

    Reply
  16. anif says

    27th September 2012 at 10:53 am

    Menarik juga nih.. Sesuai untuk menggantikan dapur lama yang sudah berusia di rumah! 😀

    Reply
    • lina says

      16th November 2017 at 2:27 pm

      Ya la saya sokong…….

      Reply
  17. Fauzi Blues says

    26th September 2012 at 8:10 pm

    Bleh masuk kan dlm list utk dibeli ni…

    Reply
  18. Dkna Abza says

    26th September 2012 at 4:07 pm

    pasni semakin rajin memasak… kalau dkna dapat dapur nie semakin malas memasak sebab lawa sangat, sayang nak pakai..hahaaa

    Reply
  19. suri says

    26th September 2012 at 1:58 pm

    adakah ini salah satu hadiah utk isteri sempena hari lahir dia?

    Reply
  20. suri says

    26th September 2012 at 1:51 pm

    ada masak sambil bernyanyi kmudian anak2 buat tarian yg popular tu heee..

    Reply
  21. Dulu Lain Sekarang Lain says

    26th September 2012 at 1:26 pm

    woik.. ni sambil ganti, terus upgrade ehhh…

    Reply
  22. yusri says

    26th September 2012 at 10:33 am

    memang bagus ni untuk family planning…huhuhu

    Reply
  23. shaharil says

    26th September 2012 at 9:30 am

    Penjimatan melebihi 30 peratus ditambah dengan waranti 3 tahun.. Kira berbaloi untuk dibeli.
    Boleh la beli satu..hehe

    Reply
  24. kimmie says

    26th September 2012 at 8:39 am

    macam menarik je dapur gas infra ni. Dapur gas kat rumah saya pun dah beberapa kali tukar, asyik rosak saja.

    Reply
  25. Apizd says

    26th September 2012 at 8:14 am

    betul ke jimat gas… Tapi, jaring tu kan panas… mesti bahaya selepas dapur tu digunakan dan jaring tu masih panas lagi…

    Reply
  26. Juan says

    26th September 2012 at 1:55 am

    tang jimat gas tu paling terbaik

    Reply
  27. Bro Zulkbo says

    26th September 2012 at 1:19 am

    Salam Bro..
    baru tahu ada dapur gas macam ni..?
    bermasalah tak nanti nak mencucinya..?
    kena pula tumpahan kuah dan kotoran
    didihan masakan..?

    Reply
  28. Amirez says

    26th September 2012 at 12:12 am

    rupanya ada juga gapur gas infra merah macam ni ye. jimat gas pula tu. nampak lebih selamat daripada gapur gas biasa.

    Reply
    • akubiomed says

      26th September 2012 at 12:48 am

      Macam-macam inovasi untuk pelanggan membuat pilihan.

      Reply
  29. bitt says

    25th September 2012 at 11:13 pm

    suka tang penjimatan pengunaan gas tu…

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 11:56 pm

      Salah satu langkah penjimatan kerana peningkatan harga gas.

      Reply
  30. chii says

    25th September 2012 at 10:42 pm

    hurm….nampak mcm x berbahaya sgt mcm dapur2 yg sblm ni..menarik2…

    Reply
  31. Melastik Bintang says

    25th September 2012 at 10:41 pm

    wah..terus beli dapur baru ye saudara akubiomed…hehehe..ingatkan gas habis ke tadi sebab tiba-tiba api padam sendiri…

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 11:28 pm

      Kalau gas habis tidak belum panik lagi. 🙂

      Reply
  32. KiD says

    25th September 2012 at 9:24 pm

    brape hengget yea bro??? menarik nih

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 11:34 pm

      Saya beli pada harga RM195. Diberi percuma gas regulator dan hos yang berharga RM59.

      Reply
      • AZRINA WATI says

        11th March 2020 at 2:52 pm

        KALAU MINYAK / AIR / KUAH TERTUMPAH ATAS DI ATAS MCM MN BRP?? TERSUMBAT OR CARA BERSIHKAN MCM MN???

        Reply
        • akubiomed says

          14th March 2020 at 10:34 pm

          Dari sejak beli tidak pernah ada masalah atau tersumbat.

          Reply
  33. Nurul says

    25th September 2012 at 8:44 pm

    Menarik.. 1 st time dgr dapur infrared.. Tapi sayang Nurul x dpt tgk video tu.. ade error.. 🙁

    Reply
  34. azura says

    25th September 2012 at 8:11 pm

    untung org rumah

    Reply
  35. sweetkurma says

    25th September 2012 at 6:40 pm

    wahhh bagus lah azrin, sangat teliti bila membeli barang2 keperluan

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 11:33 pm

      Itu kadang-kadang saya mengambil masa sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barang.

      Reply
  36. jeffry says

    25th September 2012 at 4:28 pm

    wah, tahniah dapat gas dapur baru bro, seng heng memang berbeza..hehe

    Reply
  37. Bro Framestone says

    25th September 2012 at 2:24 pm

    So dapaur gas ini pakai gas ke pakai gelombang infra merah?

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 5:23 pm

      Dapur gas ini masih mengunakan gas. Ia membara hampir infra merah yang selamat digunakan untuk pengguna.

      Reply
  38. suri says

    25th September 2012 at 2:07 pm

    pas ni masak sambil senyumlah

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 5:25 pm

      Sudah dapat dapur baru. Semangat memasak pun lain. 🙂

      Reply
  39. irsah says

    25th September 2012 at 2:01 pm

    Sesuai ke dengan masakan kita yang jenis berminyak? Kerana kita semua mengetahui, dapur gas selalu rosak kerana faktor corong sumbu talaan tersumbat kerana jelaga dan tumpahan lebihan minyak.. Bagaimana pula pada talaan infra merah tersebut? Kalau harga seperti @yanmie bagi tahu memang berbaloi jika menjimatkan gas. thnks.

    Reply
  40. puanbee says

    25th September 2012 at 1:41 pm

    harga berapa ? dapur gas sy pun dah nak kena tukar tu ..

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 5:27 pm

      Harga yang saya beli RM195. Dapat regulator dan hos gas yang berharga RM59 diberi percuma untuk setiap pembelian dapur gas Infra Merah Khind.

      Reply
    • suri says

      26th September 2012 at 1:54 pm

      klu sama2 duk kl blh server harga hee.. ni pi kedai lain harga berbeza2 dpt murah lagi ok tapi mesti tgok kualiti huu…

      Reply
  41. hety says

    25th September 2012 at 1:32 pm

    nampak menarik.mahal ke dapur jenis ni?

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 5:32 pm

      Saya rasa ia adalah pelaburan yang berbaloi dengan ciri yang ada padanya iaitu penjimatan pengunaan gas melebih 30%. Bagi saya ia adalah ‘value for money’.

      Reply
  42. CMRatu says

    25th September 2012 at 12:38 pm

    wah.. guna gas juga.. baru hari ini nampak benda ni.. menarik ni..

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 5:38 pm

      Dapur gas dirumah sudah buat perangai. Tidak ada pilihan dengan menganti yang baru kalau tidak dapur tidak berasap. 🙂

      Reply
  43. Yas says

    25th September 2012 at 12:35 pm

    Den guna hok kaca yg murah tu….lope lak nama dia…tak tau la tahan mana…arap2 leh la tahan lama….hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 5:41 pm

      Memang teringin dapur gas tempa macam bro tetapi tak ada tempat untuk letak melainkan mempunyai kabinet dapur baru molek.

      Reply
  44. yanmie says

    25th September 2012 at 12:10 pm

    Salam,

    Memang menarik, mak mertua di kampung guna dapur gas infra merah ni, mula2 masa balik kampung tu jakun sekejap guna hehee, harga pun boleh tahan 100++

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 5:42 pm

      Isteri komen cepat panas dan masak. 🙂

      Reply
    • suri says

      26th September 2012 at 1:58 pm

      tepuk dahi jap hee… klu ada rasa puas hati sb blh byk manfaatnya

      Reply
  45. Affan says

    25th September 2012 at 10:50 am

    Menarik gak ni ye.
    Bila baca komen denaihati, baru faham maksud berjelaga. Memang mudah sangat lah tu

    Reply
  46. Myra Jay says

    25th September 2012 at 10:49 am

    Bertmbah semangat la isteri memasak dengan dapur gas baru 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 5:45 pm

      Sudah semestinya bila sudah dapat pengantian dapur baru bagi menganti dapur yang sudah rosak.

      Reply
  47. Kamal Mustafa says

    25th September 2012 at 10:03 am

    Huiiih buleh boli satu nie, berapo agak eh harga dapur nie, Omak tontu suko kalau KM bolikan satu.

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 5:43 pm

      Bro KM kalau beli untuk omak KM tentu dia suka. 🙂

      Reply
  48. Denaihati says

    25th September 2012 at 9:53 am

    banyak kelebihannya tu, tak berjelaga, tak payah nak sental periuk.

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 5:46 pm

      Betul tuh bro DenaiHati. Kalau satu kerja untuk menyental periuk. 🙂

      Reply
  49. lepakk.com says

    25th September 2012 at 9:46 am

    Wah dapur baru ye…

    Reply
  50. Mus says

    25th September 2012 at 9:10 am

    wah.. mcm samalah kita bro.. dapur kat rumah saya sebelah dah rosak

    Reply
    • suri says

      26th September 2012 at 1:53 pm

      blh beli baru hee tak syok guna sebelah jer tiada perasaan nak masak ni heee

      Reply
  51. donnyien says

    25th September 2012 at 5:39 am

    Berapa harga dapur gas infa merah ni bro?

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2012 at 5:47 pm

      Saya beli pada harga RM195. Turut diberikan gas regulator bersama hos dengan jaminan 3 tahun dari pihak pengilang.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in