Dapat 4 tiket menonton wayang di TGV dari Nuffnang
Baru-baru ini inbox aku menerima email dari Nuffnang. Rupanya pihak Nuffnang hantar birthday wish sempena hari lahir aku bulan May nanti. Tidak sangka dapat birthday wish sebegitu awal. Didalam email tersebut ada memberitahu yang aku dapat 4 keping tiket untuk menonton wayang di Tanjung Golden Village dari Nuffnang sebagai hadiah kejutan.
Hari ini aku pergi mengambil tiket wayang TGV di pejabat Nuffnang yang di jalan Yap Ah Shak. Pertama kali aku pergi ke sana dan ingat hendak beramah mesra dengan warga kerja Nuffnang tapi masa tidak sesuai kerana aku sampai waktu makan tengahari. Walaubagaimana pun aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Nuffnang kerana menghadiahkan 4 tiket menonton wayang di TGV sempena hari lahir pada bulan May nanti dan tidak lupa kepada TGV yang menanja tiket 🙂
Dah jawab borang tinjuan Nuffnang boleh tebus RM1 ke dalam akaun Nuffnang atau Churp Churp dengan klik ikon dibawah:
wah.. mantop!!
sama bulanlah kita lahir ni..
Oh ye ker. Kalau macam itu saya ucapkan selamat menyambut Hari Lahir in advance 🙂
Tahniah bro!!! and happy birthday!! nuffnang memang best!!!
salam singgah ke blog saya pula..Thanks.. 🙂
Terima kasih kerana ucapan hari lahir 🙂
Tahniah Bro…
dan selamat hari lahir… sebelum terlupa
Terima kasih banyak-banyak kerana ucapan hari lahir
Syoknya bila dihargai. Saya ni, agaknya Nuffnang pun tak perasan kewujudan saya. Tak de keistimewaan langsung
Nanti sampai masanya ada kejutan kalau tidak dari Nuff, kejutan dari orang sekeliling kita
Waa..dapat free tiket bro..apapun enjoy ur bday nanti 🙂
Terima kasih untuk birthday wish dari bro
really cool.. free tix! 🙂
Tahniah bro…
Bukan mudah dan senang nuffnang nak bg hadiah nie… Dan happy birthday bro..
*Wish awal2* 😛
Terima kasih bro. Berasa amat berlainan sekali dapat wish secara maya walaupun hanya bertemu di blog(terharu)
wah! dulu takde pun crew nuffnang nak buat wish ke apa ke.. sekarang baru ada 🙂 apapun tahniah dpt ticket.. sy nak balas komen, jom tengok
Rasanya belum pernah lagi dapat apa wish dari Nuff sejak mula sertai ad mereka. Mungkin ini caranya Nuff hendak menghargai ahli-ahlinya tak pun yang hanya ada status Glitterati baru ada privilege.
bertuah nya badan.. Tahniah bro..
Kawe ni tiket funfair pun Nuffnang tak bagi lagi..isk isk isk 😀
Ha..ha..kalau Sabah macamana hendak ambil tiket pemberian Nuff nanti?
sebab tiket tiga keping rabak dua tiga ratus sebab harga teket flight
Betul bro tidak berbaloi 🙂
wah,best la bro..nizam tak pernah merasa lagi..hehehehe
Nanti bila sampai masanya dapatlah
wah..terharu la kiranya..
but saya still ada problem dgn mereka ish3…
Saya jarang sekali menyambut hari lahir tapi memandang anak sulung dan isteri dilahirkan bulan yang sama jadi kami sambut 3 serangkai sekali
pasni blh date dgn isteri pasti cinta tu akan berputik kembali heee…
klu tiket tukar cita kanak2 tak blh ker..klu blh tukar blh le satu klr tgok ctr yang anak2 minat ..dan masuk pawagam satu kluga heeee
Kalau hendak romantik suami isteri sahaja 🙂 Tak dapat bayangkan macamanalah haruk piruk bawa anak ke pawagam
wah mmg best ar dpt tiket percuma..klu nak beli satu tiket dah mahal heee…
Sekarang sudah banyak pilihan kalau tidak samada hendak pergi panggung wayang atau menonton dirumah sahaja melalui DVD, Blu Ray atau Astro First
tak sabar nak tunggu my turn lak…! hehehe
Bila tuh mak datin?
tahniah bro sbb dapat tiket wayang. bolehlah menonton wayang selepas ni ngan wife n anak2.
hari tu masa wife aku beli blackberry, dia dpt 2 tiket percuma tapi aku tak berpeluang menggunakannya.
Oh ye ker, tidak dapat banyangkan macamana nak bawa anak-anak yang masih kecil. Pergi pasaraya pun sudah huru-hara
tentu menjadi hadiah hari jadi yg terindah buat bro w/pun cuma tiket wayang..sekurang2nya ada juga pihak yg prihatin kanss? moga jadi perangsang utk terus maju dlm dunia blogging…
Sebenarnya yang memberi inspirasi kepada saya untuk blogging terutama yang mengunjung disini dengan meninggal komen dan silent reader. Saya amat menghargainya moga motivasi untuk menulis blog konsisten
birthday aku nuffnang tak bagi pun. nie yang jeles nie. haha~
Rasanya baru tahun ini Nuff ada beri tiket sempena hari lahir tak pun perlu ada status Glitterati
Tahniah. Ingat juga nuffnang dengan bro sekurang-kurangnya.
Selama bersama Nuff sejak lama belum pernah dapat apa-apa lagi
wahhhh… tahniah dah makin berusia…
happy besday lah brother…
apa kate kita kongsi2 tiket tuh.. hu3
kidding.. gd day n enjoyed ur movie
Terima kasih, sudah berumur yer 🙂
awalnya dapat hadiah dah. Tahniah ya.
*Tiket tu boleh pilih filem apa-apa je ke
Boleh tebus apa-apa filem kecuali filem 3D
Wah seronoknya dapat hadiah hari lahir inadvance..
Itulah kejutan awal yang saya dapat selalu dapat juga birthday wish dari JobStreet he..he..
bEe nak ikut boley????? (kebetulan bEe pon lahir bulan mei apa kata………… hihihihihi)
Ada free tiket byk kan!!!!
Oh ye ker. Kalau macam itu saya ucapkan selamat menyambut tarikh lahir
Sebenar saya berkongsi meraikan hari lahir bersama isteri dan anak sulung saya 🙂
Seronok kalau satu family berkongsi bulan lahir yg sama (lagi seronok kalau tarikh yg sama :-D)
Boleh wish serentak & buat jamuan serentak…. hehe
huhuhu tahniah2, lahir bulan mei juga ke bro… sama la kita bulan mei juga…
Oh ye ker, selamat menyambut hari lahir untuk bulan Mei
Mestila bro akubiomed bawak family dye,tak pernah dapat tiket atau hadiah lagi dari advertiser ne
bro nak bwk sape 4 tiket tu? 😀
Ha..ha..belum tahu lagi
wahhhhhhhhhh
saye x penah dpt . sob sob
Nanti dapatlah 🙂
jarang tul jenguk apa yang ada dalam nuffnang tu..
Hadiah kejutan ini dapat dari melalui email
Best bro! Tahniah enjoy the movie!
Terima kasih bro 🙂
pergi tgok wayang sekali, masa dulu contest nuffnang
Tahun lepas dapat tiket dari Nuffang untuk 50 peserta terawal sertai contest Season of The Witch. Malangnya tiba-tiba tayangan perdana dibatalkan
lambat lagila aku nak dapat hadiah dari nuffnang…
Tidak apa tunggu email kejutan dari Nuffnang 🙂
diorang nak amek hati bro kot. takut bro lompat pagar. hehe
Buat masa ini masih setia walaupun dari mula jadi keluarga Nuffnang sejak 2008. Percaya atau tidak belum pernah cash out kerana tidak ada hasil BE 🙂
tak pernah dapat jugak…
T__T moga sntiasa murah rezeki.. 🙂
Nanti bila sampai sambutan hari lahir dapatlah nanti. Terima kasih Amin
belum pernah dapat
mungkin sebab kat kelantan tak ada pawagam
takkah nak ke kl untuk tengok wayang
hehe
Rasanya baru tahun ini pihak Nuffnang beri tiket wayang TGV percuma
Baguslah nuffnang ni tak lama lagi adalah member blogger kita dapat kereta hadiah daripada nuffnang … aku ni memang kaki tengok wayang … kalaulah aku dapat kompom datang terus walaupun malaysia dilanda todak aku tak hiraukannya …. hehehehe
Ha..ha..biar betul bro. Kalau boleh my birthday wish mahukan iPad2 🙂
specialnya..selalu TE beli je..tiket tu kita boleh pilih nak tengok mana2 filem la kan?
Dah lama tidak menonoton wayang kali terakhir di KLCC menonton filem Spiderman 🙂
tak ambik pun masa bulan 2 hari tuh.. padahal dekat jer dengan rumah jalan yap tuh…
Zik duduk di Kampung Bharu ker?
Kerana tiada masa menonton wayang,tiket yg saya dapat dari Nuff sampai tamat tempoh tak digunakan,huhu
Ha..haa..sampai luput tarikh tiket wayang kenapa tidak diberi kepada kawan-kawan ?
errkkk.. empat tiket tu.. tak cukup org teman, maza kan ada.. ahaks?
hehehhe
tahniah weiii
Terima kasih bro Maza :-)umur dah meningkat kurang menyambut hari lahir
Jai pernah terima email tapi x pergi amek sebab ada hal, last2 xpired terus..hu3
Oh ye ker. Ini pun sahaja ingin meninjau perjabat Nuffnang 🙂
Xpernah lagi Jai ke pejabat nuff.. Mana xnya.. Earning nuff pun blm pernah cashout lagi..he3
Nanti boleh pergi pejabat Nuff ambil tiket wayang TGV
Wahahaha.. sudah dapat hadiah “in advance” untuk sambutan hari lahir yang jatuh ada bulan hadapan 🙂
Bagus juga Nuffnang buat begitu..
Tidak pernah dapat pun sebelum ini dan ini adahlah kali pertama 🙂