• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / review / Crumpler 7 Million Dollar untuk kamera DSLR Canon

Crumpler 7 Million Dollar untuk kamera DSLR Canon

30th April 2014 by akubiomed 24 Comments

Saiz Crumpler 7 Million Dollar yang bersaiz besar 

Sudah lama saya mencari beg kamera untuk kamera DSLR Canon yang memudahkan saya untuk akses aksesori kamera DLSR seperti lensa.

Sesetengah situasi tertentu saya memerlukan penukaran lensa dengan cepat dan mudah.

Crumpler 7 Million Dollar mempunyai ciri-ciri yang dimahukan bukan setakat mudah untuk mencapai lensa selain itu ia juga bersaiz besar dengan mempunyai 5 ruang simpanan yang boleh diubah suai dan 4 ruang termasuk disisi, hadapan dan penutup beg.

 

Dengan kelebihan ini tidak bermakna saya hendak sumbat kesemuanya didalam satu beg.

Ia semua bergantung kepada keperluan dan tugasan untuk mengambil gambar.

Sebelum ini saya sudah ada bag camera sling Caseman yang agak comel.

Jadi aksesori untuk dimasukkan didalam bag ini adalah terhad.

Apabila mengunakan bag ini untuk tugasan jadi perlu rancang apa yang perlu dibawa untuk dimasukkan kedalam bag ini.

 

Ciri-ciri Crumpler 7 Million Dollar:-

  • Lebar 34.5 cm
  • Tinggi: 28 cm
  • Kapsiti: 13 L
  • Berat kering: 1.1 kg

Ruang 6 simpanan yang boleh ubah dan 5 poket ruang simpanan. Mempunyai pad bagi melindungi kamera dan peralatan. Ruang hadapat bag boleh memuatkan sebuah tablet  7″ dengan mudah.

Ruang simpanan berzip memastikan simpanan berada didalam selamat

Tag Cramper The Seven Million Dollar Home

Penutup beg

Klip beg dan strap valcro untuk membuka bag dengan pantas

Pad bahu anti slip yang selesa apabila diletakkan diatas bahu

Kamera Canon dan aksesori mempuyai ruang yang secukup didalam dalam beg Crampler ini.

Apa yang ciri-ciri yang saya suka mengenai Crumpler 7 Million dollar home:-

  • Ruang simpanan yang besar dan berzip.
  • Penutup mempunyai klip dan strap valcro untuk memudahkan akses kepada beg
  • Pad sling beg yang selesa dengan beban berat sekata
  • Mudah hendak akses setiap ruang didalam beg
  • Jahitan dan material digunakan nampak teguh

Beg kamera dslr Crumpler 7 Million dollar memadai memuatkan kamera DSLR Canon dan aksesori.  Saya masih mengunakan beg sling kamera DSLR Caseman apabila membawa peralatan kamera DSLR yang minimum.

Sila tekan butang kongsi:

  • Bag kamera DSLR Lowepro Passport Sling III
  • Apa ada dalam beg anda?
  • Speedlight untuk kamera DSLR Canon
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2014-04-30
Reviewed Item
Crumpler 7 Million Dollar Home Camera Shoulder Bag
Author Rating
4

Filed Under: review Tagged With: bag kamera, reviu bag kamera

Reader Interactions

Comments

  1. Norasikin says

    6th May 2014 at 7:18 pm

    Luaran beg tak nampak macam beg kamera. Tak de la meleleh sangat kambing rempit nak meragut

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2014 at 9:56 pm

      Salah satu ciri saya memilih beg ini dan harganya juga berpatutan.

      Reply
  2. Ismail N says

    4th May 2014 at 10:54 pm

    Hensem beg ni. Ada mcm beg jalan gak. So sesuai utk pelbagai occasion. Harganya 7 million ringgit ker? 😀

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2014 at 7:52 am

      Harganya tidaklah berjuta cuma memakainya sahaja ada perasaan tersebut. 🙂

      Reply
  3. zik says

    4th May 2014 at 2:43 pm

    walawei serba lengkap lah semua… kalau dah minat.. takda masalah semua tuh..

    Reply
  4. reezluv says

    3rd May 2014 at 5:54 pm

    rare betul colour tuh..hoho..pilihan aku still Lowepro..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2014 at 7:52 am

      Kena cahaya speedlight nampak beg macam berkilat.

      Reply
  5. Hairul Azni says

    3rd May 2014 at 1:32 pm

    Apa yang penting..senang nak guna dan akses setiap bahagian dan barang kat dalam beg..

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2014 at 7:53 am

      Benar bro mudah untuk capai apa yang patut dengan beg ini.

      Reply
  6. Kamal Mustafa says

    1st May 2014 at 6:20 pm

    Beg nie memang sesuai. KM pun ada juga tercari-cari beg kamera yang sesuai untuk kamera. Nak pula bila kita bercuti.

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2014 at 7:53 am

      Sesuai sangat kerana banyak ruang.

      Reply
  7. azwan says

    30th April 2014 at 10:35 pm

    aku suka rupa beg yang tak macam beg kamera. dari segi keselamatan, kalau tertinggal dalam kereta. orang tak perasan itu beg kamera

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2014 at 7:54 am

      Sekali pandang macam beg sekolah sahaja. 🙂

      Reply
  8. AUC says

    30th April 2014 at 8:59 pm

    kalau dah hobi tiada siapa yg dapat menghalangnya lagi 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2014 at 7:55 am

      Sudah lama mencari beg yang dapat memerlukan keperluan. Jadi jenama Crumpler ini mempunyai ciri-ciri yang diinginkan dan harganya berpatutan.

      Reply
  9. Azman Ismail says

    30th April 2014 at 5:31 pm

    Buat masa sekarang masaih pakai beg canon yg diberi masa beli kamera :)..nak cari gak satu, tapi utamakan urusan yg lain dulu lah hehehe…..

    Reply
    • akubiomed says

      30th April 2014 at 7:40 pm

      Dari dulu lagi sudah janji beli barang dengan duit hasil blog. Ini adalah salah satunya.

      Reply
  10. Tehr says

    30th April 2014 at 3:02 pm

    nampak sesuai dengan peralatan
    macam2 saiz poket ada

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2014 at 7:55 am

      Betul bro banyak ruang.

      Reply
  11. suri says

    30th April 2014 at 1:39 pm

    orang kalau dah jumpa dan ngam terus sambar jer. beg ini di beli masa harga tetap atau tengah sale?

    Reply
    • akubiomed says

      30th April 2014 at 7:43 pm

      Harga berpatutan dijual pada harga RM150.

      Reply
  12. cikgu naman says

    30th April 2014 at 12:28 pm

    Bertambahlah koleksi beg kamera bro ye

    Reply
    • akubiomed says

      30th April 2014 at 7:41 pm

      Beg kamera percuma diberi sudah rosak dibahagian tali beg.

      Reply
  13. Mus says

    30th April 2014 at 8:57 am

    nampak menarik beg ni bro

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in