• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Jom sertai contest ” Destinasi Percutian Melastik Bintang “

Jom sertai contest ” Destinasi Percutian Melastik Bintang “

3rd February 2013 by akubiomed 62 Comments

Cadang Destinasi Percutian kepada Melastik Bintang.

Saya mengambil kesempatan untuk mewar-warkan contest baru yang dianjurkan oleh blog Melastik Bintang. Contest yang diberi nama “Destinasi Percutian Melastik Bintang” untuk disertai.

contest Destinasi Percutian Melastik Bintang

Contest ini dianjurkan sempena sambutan ulang tahun perkahwinan ke 2 pada 5hb Feb 2013 ini buat blogger Melastik Bintang dan pasangannya. Oh so sweet minta cadangan destinasi percutian romantis untuk beliau dan isteri. Sudah pasti beliau mahukan ia percutian yang memberi kenangan manis dan diingati.

Ia bukan contest SEO jadi kalau tidak ada kemahiran SEO pun boleh sertai contest ini. 2 tugasan perlu dilaksanakan dimana setiap tugasan peserta berpeluang untuk memenangi hadiah jika entri mereka terpilih. Boleh cadang destinasi pelancongan yang sesuai samada tempatan sebagai contoh Melaka Bandar Bersejarah atau diluar negara ke Bali di Indonesia.

Klebang original coconut shake
Klebang original coconut shake
Kapal Selam Agosta 70 di Pantai Klebang
Perkhidmatan menaiki helikopter di Ayer Keroh
Bangunan bersejarah di Bandar Hilir Melaka
Menaiki bot di waktu malam di Melaka River Cruise
Menaiki bot di waktu malam di Melaka River Cruise

Tugasan pertama.

Peserta perlu menulis cadangan destinasi pelancongan. Peluang menang tinggi jika disertai maklumat mengenai destinasi pelancongan yang dicadangkan seperti kos, lokasi dan sebagainya.

Tugasan kedua.

Peserta memberi pendapat mengenai pendapat anda mengenai Melastik Bintang pada diakhir perenggan entri contest. ” Saya berpendapat bahawa…………………..  “

Rasanya molek sangat disenaraikan hadiah yang boleh dimenangi.

Tugasan 1

1 Entri Terbaik
RM 100 + 1 Buku Tips Hartanah

1 Destinasi Percutian Terbaik
RM 50 + Memori Card Camera 4G

10 Hadiah Saguhati
2x Clinique Skincare
3x Perfume
1x Diskaun Card IKEA bernilai RM30
1x Topup RM 30
3x Topup RM 10

1 Penyertaan Terawal
Ruang Iklan ( 150 x 150 ) Di Salah Sebuah Blog Penaja

Tugasan 2

3 Pendapat Blogger Terbaik
3x RM 50

1 Penghargaan Khas

Hadiah akan diberikan kepada seoarang blogger yang berjaya menempatkan Entri beliau di Enjin Carian Google di Rank yang pertama sehingga tarikh tutupnya contest.

RM 50 + 1 Helai Baju ‘I LOVE BLOGGING’

1 Cabutan Bertuah

Pemenang akan ditentukan melalui proses rawak.
1 Helai Telekung

# Bonus, mereka yang menyertai contest ini secara automatik akan berada dalam Bloglist Blog Melastik Bintang.

Hadiah yang ditawarkan sudah cukup menarik untuk disertai dan saya pasti bagi yang kaki melancong tidak ada masalah untuk mencadangkan ‘Destinasi Pelancong Melastik Bintang untuk dipertimbangkan dan lebih bermakna bukan cadangan kosong kalau dapat menang hadiah dan backlink dengan menyertai contest ini.

Boleh layari laman penganjur Contest ” Destinasi Percutian Melastik Bintang ” untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan. Tarikh contest bermula 2hb Feb 2013 dan berakhir 2 Mar 2013 17 Mar 2013.

AkuBiomed: Pertama kalinya saya menjadi salah seorang penaja dan membantu promo contest yang berlangsung.

  • Jom sertai Mini Giveaway Blog Melastik Bintang 2014
  • Merai majlis Raja Sehari Broframestone dan Iera.
  • Idam pulau Bali sebagai percutian romantik

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Lynn says

    28th February 2013 at 10:00 pm

    Pertama kali tertarik nak join contest ni.

    Reply
  2. Pondok Papan says

    16th February 2013 at 1:26 am

    Contest yang sangat menarik..emm kat malaysia banyak tempat menarik kan?tapi kenapa ramai yang pergi melancong ke luar negara?huhu

    Reply
  3. Pondok Papan says

    7th February 2013 at 4:50 pm

    contest yang agak menarik..kan bro?hehe

    Reply
  4. Kak Long Mawar Merah says

    5th February 2013 at 7:18 pm

    Banyak tempat menarik di Malaysia ni. Kalau ada masa nanti nak juga cadangkan satu destinasi menarik pada Melastik Bintang.

    Reply
  5. yas says

    5th February 2013 at 12:25 pm

    Mmg kat Melako pun besh gak…apapun semoga berjaya bro akubiomed

    Reply
  6. Qashmere says

    5th February 2013 at 9:47 am

    Melaka ni pon best

    Reply
  7. Datin Tyka says

    5th February 2013 at 12:31 am

    teringat coconut shake dia… sedapppp…

    Reply
    • Qashmere says

      5th February 2013 at 9:47 am

      Semua suka coconut..

      Reply
  8. papa mifz says

    4th February 2013 at 9:29 pm

    menarik sungguh hadiah contest nih…pasti mendapat sambutan nih…

    Reply
    • Qashmere says

      5th February 2013 at 9:47 am

      Hadiah ni memang menarik sangatkan..

      Reply
  9. hafizmd says

    4th February 2013 at 5:58 pm

    fuh!
    Nampaknya, nak kena korek balik tmpat2 menarik yg pernah diterjah…

    Reply
    • Qashmere says

      5th February 2013 at 9:48 am

      Itula sama la kita…nak cari2 tu yang takde masa tu

      Reply
  10. Seneorita Baharin says

    4th February 2013 at 3:52 pm

    mcm best je contest ni..heee…

    Reply
  11. hairulafiz says

    4th February 2013 at 3:45 pm

    dah lama tak gi bercuti sejak dah ada anak 3 ni…

    Reply
  12. Dulu Lain Sekarang Lain says

    4th February 2013 at 3:40 pm

    Apa kata Melastik ke Bintang pergi melancong ke Bintang 😀 he he.. entah ler.. kawe pun tak tahu nak suggest pi mana. Budget berapa? 😉

    Reply
  13. hairulafiz says

    4th February 2013 at 3:35 pm

    contest yg menarik, nanti terjah sana plak..

    Reply
  14. bitt says

    4th February 2013 at 2:31 pm

    kejap nak jengah, kena tulis panjang2 ke…ke boleh guna entri lama jek 😉

    Reply
  15. suri says

    4th February 2013 at 11:14 am

    menarik mamang kalau ada idea dan gmabr blh jnah terus buat entri ni heee

    Reply
  16. Qashmere says

    4th February 2013 at 10:00 am

    A ah hadiahnya menarik betul..

    Reply
    • suri says

      4th February 2013 at 11:15 am

      ada topup ada pula rm..ada pula percutian bila masa nak joint ni..hurm..

      Reply
  17. Qashmere says

    4th February 2013 at 9:59 am

    Good luck bio. Melaka sekarang dah memang menarik. Macam-macam dah ada

    Reply
    • suri says

      4th February 2013 at 11:16 am

      qas..dah pergi ke sana ke belum? mai sana byk temapt2 yg best hee..suka taman bunga melaka tu hu mmg ctik tau

      Reply
  18. PrinceKayL says

    4th February 2013 at 8:11 am

    gud Luck bro..

    Reply
  19. sweetkurma says

    3rd February 2013 at 11:23 pm

    good luck ya, melaka pun dah nampak menarik sangat2, nak honeymoon kali ke dua ek… mana lah yang paling best tu ya

    Reply
    • Qashmere says

      4th February 2013 at 10:00 am

      Heheheh Honeymoon karang terus Babymoon pulak kan…

      Reply
      • suri says

        4th February 2013 at 11:16 am

        jika ada rzki apalh salahnya hee.. cukupkan team bola ok apa

        Reply
  20. Izzuddin Fauzi says

    3rd February 2013 at 10:30 pm

    Goodluck Bro – Anyway, sy tak reti nak buat enteri pelancongan… 🙁

    Reply
    • Qashmere says

      4th February 2013 at 10:00 am

      Tu lah. Saya pon macam nak cuba join contest ni tapi masa tu takde nak duduk fikir destinasi mana..Hahaha

      Reply
      • suri says

        4th February 2013 at 11:17 am

        susah nak pikir kena tunggu mood ke sister?

        Reply
        • Qashmere says

          5th February 2013 at 9:49 am

          mestila sis…haha

          Reply
  21. Denaihati says

    3rd February 2013 at 10:10 pm

    good luck untuk peserta kontest ni nanti. banyak hadiah menarik menanti….

    Reply
    • Qashmere says

      4th February 2013 at 10:01 am

      Hadiah yang ditawarkan memang sangat menarik….huhuhuu

      Reply
  22. Aya says

    3rd February 2013 at 10:03 pm

    wow..menarik contest ni.. kat Sabah, banyak tempat menarik untuk percutian.. tapi aya takda masa nak ambil foto-foto menarik untuk paparan melastik bintang.. huhuhu

    Reply
    • Qashmere says

      4th February 2013 at 10:02 am

      Setuju dengan pendapat Aya. Sabah pon best sebab banyak pulau-pulau yang menarik dan juga seafood. Tu la sama dengan saya takde gambar yang menarik nak di share…

      Reply
    • suri says

      4th February 2013 at 11:18 am

      entri ini memerlukan gambar utk lebih cantik dan point dia butir2 tempt tersebut best. sy takdr kamera bagaimana tu hee..hp kecik..skrg nak pi mana2 tgu hujug tahun ok gak hee…

      Reply
      • Melastik Bintang says

        4th February 2013 at 4:11 pm

        tidak juga suri.. yang bukan kaki melancong pun boleh sertai.. anda boleh cari maklumat di internet,buku,agensi pelancongan dan kumpulkan maklumat…

        gambar pun boleh diambil dari internet dan sumber lain.. tidak semestinya kena ambil gambar sendiri.. kalau ambil gambar sendiri itu bonus pada anda.. yang penting maklumat destinasi, segala kos, pengankutan… (^_^)

        Reply
  23. TehR says

    3rd February 2013 at 9:33 pm

    betul tu
    siapa yang kaki melancung moleh sangat sertai contest ni
    senang sebab banyak maklumat dalam simpanan

    Reply
    • Qashmere says

      4th February 2013 at 10:03 am

      Melancong tu macam-macam. Ada melancong ke untuk bercuti ada yang nak tangkap2 gambar

      Reply
      • suri says

        4th February 2013 at 11:19 am

        bercuti sambil take pic best nnti blh tgok kembali memori tu pasti sentap jiwa terusik hati

        Reply
  24. padin says

    3rd February 2013 at 9:12 pm

    ahah boleh juga masuk list untuk percutian akan datang

    Reply
  25. Zarul Umbrella says

    3rd February 2013 at 8:54 pm

    good luck bro

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2013 at 9:35 pm

      Bro Zarul telah salah faham. Saya tolong promo contest ini sebagai salah seorang penanja. 🙂

      Reply
      • Izzuddin Fauzi says

        3rd February 2013 at 10:31 pm

        O… Penaja… Dah silap komen… 😛 Hehehe… Nak kene join nie…

        Reply
      • suri says

        4th February 2013 at 11:20 am

        bla salah taip ehee.senyum..senyum selalu..

        Reply
  26. cikRa says

    3rd February 2013 at 8:52 pm

    menarik juga ni..ade due date utk contest ni , tak?

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2013 at 9:36 pm

      Terima kasih memperingatkan saya tarikh contest ini. Saya memang terlupa hendak letak. 🙂

      Reply
      • suri says

        4th February 2013 at 11:20 am

        aisyh apa ni bro lupa tulis hee… jgn lupa tarikh perkahwinan bro udah le he…

        Reply
  27. Katak Comel says

    3rd February 2013 at 8:32 pm

    wow! cam menarik je contest ni..
    trase nk join jgkla..
    ahaha

    Reply
  28. puteri kasih says

    3rd February 2013 at 8:32 pm

    erm menarik ni..good luck bro 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2013 at 9:36 pm

      Saya tolong promo untuk contest selaku salah seorang penaja. Saya bukan peserta. 🙂

      Reply
      • suri says

        4th February 2013 at 11:21 am

        bro penaja mmg best.klu nk jadi penaja tak blh joit ker bro?

        Reply
  29. azura says

    3rd February 2013 at 8:25 pm

    well best tu bro…pi la jauh sikit Sabah ker kan

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2013 at 9:37 pm

      Jom masuk contest ini boleh bantu cadangkan kepada Melastik Bintang destinasi pelancongan untuk mereka.

      Reply
  30. munir ardi says

    3rd February 2013 at 8:02 pm

    Boleh Nih ikutan kontes ini dari luar negara

    Reply
  31. Shasha Mohamed says

    3rd February 2013 at 6:54 pm

    Cadangan: Pantai Cenang, Langkawi sambil menonton LIMA Langkawi. Best!

    Reply
  32. Fahmi Raazali says

    3rd February 2013 at 4:59 pm

    Menarik juga pertandingannya. Nak kena bagi cadangan tempat percutian. Pertandingan ini amat sesuai untuk mereka sudah bercuti di merata-rata tempat. Boleh bagi pandangan berdasarkan pengalaman sendiri.

    Reply
  33. Kamal Mustafa says

    3rd February 2013 at 3:44 pm

    Siapo yang kaki bercuti tue eloklah masuk contest nie, bori cadangan mano satu percutian yang best.

    Reply
  34. anif says

    3rd February 2013 at 3:21 pm

    Menarik! Hadiahnya juga cukup hebat! 😀

    Reply
  35. sukma says

    3rd February 2013 at 3:17 pm

    interested….tgh fikir nak syor di mana lokasinya….

    Reply
  36. Anarm says

    3rd February 2013 at 2:50 pm

    contest yang menarik.. nak join ke tak? nak join ke tak? kena fikir dulu

    Reply
  37. titan says

    3rd February 2013 at 2:47 pm

    not bad. Nanti aku fikir nak join ke tidakk..

    Reply
    • Melastik Bintang says

      25th February 2013 at 4:24 pm

      join la encik titan.. =)

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in